Bab 1

Action Series 18478

Langkah diatur masuk ke dalam galeri seni yang terletak di tengah bandaraya Port Dickson. Sempat lagi mata Luiz terbaca akan kertas yang ditampal pada papan board di luar .

Tarikh pembukaan galeri itu hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Dan dia merupakan salah seorang orang penting yang perlu hadir semasa hari pembukaan itu nanti.

Lukisan lukisan yang tergantung disetiap dinding dipandang lama. Kebanyakkan hasil lukisan dalam galeri itu adalah hasil dari air tangannya manakala ada juga beberapa lukisan yang dibuat oleh pelukis lain.

Kaki Luiz terberhenti betul-betul di hadapan satu lukisan yang bercorakkan bunga mawar yang elok dipegang oleh tangan seorang gadis.

Lama Luiz memerhatikan lukisannya itu sebelum bibirnya mula terukir senyuman.

Terima kasih diucapkan kepada Cella yang telah membantu menjayakan lukisannya. Tanpa Cella maka tidak lengkaplah lukisan mawar merah itu.

Tangannya dibawa menyentuh lembut frame gambar.

"Cella, mungkin kau telah menghilangkan sedikit kesunyian dalam jiwa aku, tetapi kau juga telah menambah luka parut yang kekal dalam hati aku"

Tangannya jatuh ke bawah sekaligus lenyap senyuman dibibirnya.

"Andaikata kau tidak pernah curangi aku. Mungkin dengan kau aku sedang berdiri saat ini" sambung Luiz lagi.

Kalau manusia biasa yang melihat gambar itu, pasti akan mentafsirkan bahawa pelukis sedang bercinta dengan gadis si pemegang bunga mawar. Namun sebenarnya tangan yang memegang mawar itu hanyalah jasad yang sudah tiada roh. Bukan itu sahaja cecair merah yang digunakan untuk lukisan itu juga telah dicampurkan dengan darah Cella demi menghasilkan merah yang sepadan untuk bunga mawar yang dilukiskan.

"Selamat malam, jiwa Aphrodite" terus kaki Luiz melangkah pergi meninggalkan lukisan yang kini tergantung di dalam galeri seninya.

Pintu kereta dibuka sebelum badannya masuk kedalam. Enjin dihidupkan. Cermin mata yang terletak didalam dashboard kereta diambil dan dipakai.

Laju kereta berjenama toyota itu menyusur ke jalanraya. Mulut Luiz bersiul perlahan. Keretanya dipandu tanpa hala tuju. Sekejap dibelok ke kanan sekejap dibelok ke simpang kiri.

Itu sudah menjadi kebiasaan buat diri Luiz apabila dia ingin mencari idea untuk lukisannya. Lebih seronok lagi jika dia tersesat ke tempat yang tidak pernah dikunjungi. Dari situlah dia boleh mendapatkan idea-idea yang baru.

Beberapa minit memandu, matanya tertarik pada deretan pantai yang berada disebelah jalan. Cahaya bulan yang memantul pada ombak yang tinggi memukul pasir seolah-olah memanggilnya untuk berhenti menjenguk buat seketika.

Setelah pasti pintu keretanya telah dikunci, Luiz terus berjalan kearah pantai tersebut. Angin yang kuat memukul mukanya sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa sunyi dalam hati.

"I will act strong if i want to. But right now, i just want my mind go with this wind, Fredja" kata Luiz sendiri dengan mata yang dipejam. Kedua tangannya memeluk tubuh sendiri.

"She was a beautiful goddess. Doesn't she?" Ada satu suara menyampuk.

Luiz terus sahaja membuka mata apabila terdengar ada suara membalas kata-katanya sebentar tadi. Matanya menoleh ke arah sisi. Seorang perempuan berambut panjang dan berbaju kemeja putih elok berdiri di sebelahnya. Kain hitam yang dipakai oleh perempuan itu terbuai-buai mengikut pukulan angin.

Kening Luiz bertaut. Rasanya dia hanya berseorangan sahaja ketika datang ke pantai ini tadi. Dari mana pulak perempuan ni datang. Pulak tu tengah-tengah malam macam ni.

Gadis itu tersenyum manis ke arah Luiz.

"Hi, my name is Bella. But you can call me as your Fredja" kata gadis itu sambil tangan yang sudah menghulur kepada Luis.

Tangan itu tidak disambut. Luiz hanya merenung gadis disebelahnya itu tanpa berkelip.

"Excuse me?".

Gadis yang bernama Bella itu menarik semula tangannya apabila Luiz sengaja tidak menyambut hulurannya.

"Cantik kan malam ni. Nyaman je" matanya dipejamkan meniru perbuatan Luiz sebentar tadi. Tangannya didepakan luas. Mukanya menghala ke arah angin pantai yang memukul kuat.

"Miss Bella?".

Gadis itu menoleh apabila Luis memanggil namanya.

"Yes my Eros?" Jawabnya cukup selamba.

"Kau ni datang dari mana? Tiba-tiba je dah ada sebelah aku, nak kata hantu macam bukan" kata Luiz mendatar. Wajah Bella ralit ditenung.

Bella tergelak halus sebelum tangan Luis dicapai laju.

"See, mana ada hantu boleh pegang tangan".

Luiz pantas menarik tangannya semula. Bella tergelak lagi.

"You pelukis?" Soal Bella mendatar.

"Macam mana kau tahu?" Soal Luiz pelik.

"Tangan you bau cat minyak..."

Luiz serta merta menghidu tangannya. Macam mana boleh bau, padahal dia sudah membasuh tangannya bersih bersih. Ke sebab dia sentuh frame dekat galeri tadi?.

"Hahaha janganlah, i bergurau je. Takkan lah hidung i boleh bau dengan angin kuat macam ni" kata Bella semula apabila melihat Luiz sudah menghidu tangannya sendiri.

Luiz mengetap gigi. Geram apabila dirinya terasa diperbodohkan.

"Habis tu macam mana kau tahu aku ni pelukis..?" Tanya Luiz kembali.

"Tu, hujung baju you ada kesan cat, i teka je tadi, tapi tak sangka pulak betul.. " tangan Bella menunjuk ke arah hujung lengan baju yang dipakai Luiz.

"So you ada galeri?" Soal Bella lagi.

Luiz tidak menjawab, dia hanya termenung memandang ke arah gadis itu. Ada satu kelainan yang ada pada Bella. Tidak seperti gadis-gadis yang pernah dijumpai sebelum ini. Aura mungkin?

"Hello Mr painter" tangannya melambai betul betul di hadapan muka Luiz.

"Kau tanya apa tadi?"

"You ada galeri ke? Or lukis just for fun?" Ulang Bella semula.

"Tak ada aku lukis suka-suka je buat hilang bosan" bohong Luiz datar.

Bella tersenyum lagi. Tetapi kalini nampak sinis.

"Liar" balas Bella sepatah.

Terus berubah air muka Luiz. That it . Sah perempuan ni bahaya. Kakinya terus melangkah ke arah keberadaan keretanya semula.

"Hey what your name!" Laung Bella kuat daripada tempatnya berdiri tadi.

Luiz hanya mengabaikan gadis itu, langkahnya makin dipercepatkan.

"We will meet again, my Eros!"

BAM!

Pintu kereta ditutup rapat. Enjin dihidupkan sebelum Luiz laju sahaja meninggalkan kawasan pantai.

Sementara itu, Bella masih lagi berpeluk tubuh memerhatikan kereta Luiz yang semakin hilang dari pandangan.

"So, you're not just a painter but also a killer, am i right my Eros" bisik Bella perlahan dengan senyuman yang terukir elok di bibirnya yang merah. 

Perlahan-lahan kaki melangkah semula kearah seliparnya yang tadi dicabut sebelum memijak pasir.

Selipar itu dikebas.

"Somewhere.... Over the rainbow, we fly high~" mulut kecilnya bernyanyi perlahan.

"Miss" panggil satu suara.

Bella menoleh ke arah belakang. Lima orang pengawal peribadinya yang semua lengkap berpakaian suit hitam sedang berdiri tegak memandang ke arahnya.

"What?" balas Bella malas.

"Eva called you"

"So what?"

"You need to call her back"

"And what happen if i don't want to?"

Air muka pengawalnya itu semua berubah kelat mendengar jawapan anak boss mereka.

Nafas dikeluh, bukan baru kali pertama gadis itu membuat masalah. Sudah ramai lagi pengawal lain yang dipecat gara-gara perangainya yang agak susah untuk dikawal.

"Eva nak apa?" soal Bella apabila terdengar salah seorang pengawalnya mengeluh. Kakinya menendang perlahan pasir-pasir yang sudah melekat dikaki.

"Dia nak miss pulang ke rumah"

Bella mengangkat wajahnya.

"Huh? Like right now?" Soal Bella dengan dahi yang berlapis dua.

"Yes miss."

"Why?"

Pengawalnya membuat muka pelik.

"Like, why? Tiba-tiba je nak suruh balik. Dia dah nak mati ke?" Soal Bella selamba.

"Miss she is your mom" tegur salah seorang daripada mereka.

Bella tersenyum sinis sebelum perlahan-lahan melangkah ke arah pengawal yang menegurnya tadi. Tangannya elok diletakkan ke atas bahu lelaki itu.

Mukanya didekatkan, sangat hampir. Hanya tinggal beberapa inci sahaja.

"My mom? Is that what you said just now?" Kata Bella senada, muka beku ditayang. 

Yang lain sudah menelan air liur kesat.

Bella pusing menghadap ke arah pantai. Angin yang kuat bertiup menyebabkan rambutnya yang panjang separas dada itu sedikit tidak terurus.

Tiba-tiba gadis itu tergelak kuat, sangat kuat. Namun kedengaran sinis.

Wajah lelaki tadi dipandang semula.

"Don't ever said that disgusting woman as my mom" keras Bella memberikan amaran. Wajahnya berubah dingin.

Feel free to comment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience