Bab 19

Action Series 18457

Satu foto yang elok terletak di dalam laci dicapai. Gambar itu adalah gambar seorang gadis kecil yang sedang berlatih menggunakan pistol di satu tempat latihan menembak persendirian. Jelas terpancar raut mukanya yang terpaksa dan penuh kesengsaraan.

"Mama, kenapa Bella kena belajar semua ni? . Kenapa Bella kena bunuh orang lain? . Kenapa Bella tak pergi sekolah macam budak budak lain? Kenapa papa taknak datang tengok Bella langsung? Papa tak sayang Bella ke?"

Hidupnya suatu ketika dahulu penuh dengan tanda tanya. Menyoalkan kenapa dia perlu lalui semua ini. Hairan kadang kala melihat kanak kanak lain yang dibesarkan dengan makanan yang cukup, kasih sayang yang cukup, pelajaran yang cukup.

Cemburu.

Bella sangat cemburu dengan kanak kanak lain yang seusia dengannya.

Hidup mereka senang.

Hidup mereka mewah.

Lahir lahir sahaja sudah dicurahkan dengan limpahan dan pelbagai jenis kasih sayang. Dijaga dengan sempurna untuk menjadi manusia yang berjaya dan berguna satu hari nanti.

Tetapi bagaimana dengan Bella?.

Dia dibesarkan oleh seorang pembunuh. Perasaannya? Tidak dipedulikan. Keperluannya? Diketepikan. Sakit yang Bella rasai sepanjang hidupnya? Sedikit pun tidak diambil peduli.

Jika waktu kecil kanak kanak seusia Bella dimanjakan dengan jajan, makanan yang sedap sedap. Bella pula kadang kadang terpaksa berlapar sehingga berhari hari. Hanya air kosong menjadi alas perutnya.

Jika gadis kecil yang seusia Bella dipakaikan dengan baju blouse, gaun kembang dan perhiasan perhiasan mewah. Bella terpaksa memakai baju latihan tentera yang berat setiap hari.

Dan bukan itu sahaja.

Perempuan yang dianggap ibu, yang sepatutnya melindungi dan mengajar erti kasih sayang kepada seorang anaknya, itulah manusia pertama yang merosakkan zaman kanak kanak Bella Lavender Rose.

Anak?

Tidak, dia tidak membesarkam seorang anak perempuan. Yang dia besarkan adalah satu mesin pembunuh yang cekap dan tiada rasa simpati kepada mangsanya.

Anaknya perlu menyambung warisan dan legasi pembunuh Eva.

Menyesal?

Eva tidak pernah menyesal membesarkan Bella menjadi seorang pembunuh. Malah itu menjadi salah satu trofi kebanggaan kerana telah berjaya mencipta seorang pembunuh yang sangat kejam dan tidak berhati perut.

Jadi bagaimana zaman kanak kanak Bella?.

Dipukul, didera, dilatih keras seperti seorang askar, dibiar kelaparan berhari-hari, dibesarkan dengan kekerasan. Hukuman dan denda bagaikan Bella sudah lali menerima.

Jika tidak patuh arahan, Bella akan dipaksa makan makanan haiwan, diseksa dan dipukul. Setiap kali Bella jatuh sakit bukannya sakit itu dirawat malah dipersalahkan dan dikurung sehingga Bella sembuh sendiri.

Lebam, luka, bengkak, jahitan, parut. Biasa. Itu semua perkara biasa bagi Bella.

Darah...

Biasa itu perkara biasa.

Kematian...

Biasa itu perkara biasa.

Sampaikan sampai satu tahap Bella sendiri tidak tahu adakah dia ialah seorang manusia, ataupun satu barang hasil daripada ciptaan Eva.

Dia tidak tahu.

Dia tidak faham.

Tiada sesiapa pun yang mengajar Bella tentang manusia. Tiada sesiapa yang mengajar Bella tentang perasaan. Apa itu kasih sayang? Apa itu rasa sedih? Apa itu rasa kecewa? Apa itu rasa putus asa?.

Bella tidak tahu semua itu, dia tidak mempunyai perasaan perasaan manusia biasa yang dianggap normal. Kerana tiada sesiapa yang mengajarnya tentang semua itu.

Jadi bagaimana Bella diajar?.

Senyum untuk menggoda musuh. Gelak tawa di hadapan manusia. Membaca riak muka musuh agar senang untuk memanipulasi mereka.

Baca riak muka manusia.

Baca...

Baca...

Baca...

Bella baca semua tu, tapi dia masih tidak faham.

Perasaan? Apa itu perasaan?.

Emosi?. Apa benda tu?.

Sedih tu apa?.

Gembira tu apa?.

Kecewa tu apa?.

Marah tu apa?.

Yang Bella tahu cuma patuh, patuh, patuh kepada arahan Eva.

Namun suatu hari semua itu berubah apabila Bella berjumpa dengan ayah kandungnya.

Saat lelaki itu memeluk tubuh kecil Bella. Merayu dan memohon maaf kerana telah menjadi sebab Bella lahir ke dunia. Memohon maaf kerana kesal dengan silapnya. Ada terjentik sesuatu di hati Bella.

Ah... Ini rupanya yang dinamakan kasih sayang.

Tapi semua itu sudah terlambat.

Bella sudahpun dibesarkan dengan cara yang kejam. Bella sudahpun dibesarkan untuk menjadi seorang pembunuh.

Sukar untuk dia berpatah balik menjadi manusia biasa.

Kerana apa di dalam fikirannya hanyalah bunuh, bunuh, bunuh, bunuh, bunuh, dan bunuh.

Cara menggunakan pistol. Cara mengendalikan pelbagai jenis senjata api. Cara membunuh manusia secara cepat atau perlahan. Titik kelemahan manusia. Nadi dan kedudukan organ manusia. Cara menyembelih manusia. Cara menyiat isi kulit manusia. Cara menyimpan organ manusia untuk menjual ke pasaran gelap. Cara cara memikat dan menggoda mangsa.

Mustahil.

Mustahil untuk Bella hidup seperti manusia biasa selepas mempelajari semua itu.

Dan manusia yang dianggap ayah itu hanya menyinggah sebentar. Cuma sebentar seketika. Dia hanya datang untuk memohon maaf kepada Bella. Tetapi dia tidak cuba menarik Bella keluar daripada lembah hitam itu. Dia membiarkan anak perempuannya melalui kehidupan sebagai seorang pembunuh.

Sekali lagi Bella sesat di dalam dunianya sendiri.

Sampai satu tahap dia dahagakan kasih sayang daripada seseorang. Dia mahu memiliki. Dia mahu rasa disayangi. Dia mahu rasa bagaimana perasaan selain daripada kesakitan yang dirasai.

Bella dahagakan semua tu.

Dan dia jumpa.

Dia jumpa seseorang yang ingin dia miliki.

Dia jumpa dengan orang yang ingin dia sehidup semati.

Dia jumpa seseorang yang boleh menarik keluar dirinya daripada lembah yang penuh dengan kepekatan hitam dan kesenggsaraan ini.

Luiz Martin.

Lelaki itu tidak mahu hidup. Hidup dia juga serupa dengan Bella. Diseksa oleh perempuan yang dianggap ibu. Diseksa hampir separuh mati oleh seorang perempuan yang sepatutnya menyayangi dan melindungi.

Dia perlu dapatkan Luiz.

2 minit dalam hidupnya mendengar raungan Luiz ketika dipukul oleh ibunya telah menjentik tangkai hati Bella.

Dia mahu lelaki itu.

"Aku nak mati, tolong bunuh aku"

Tidak!.

Bella tak mahu lepaskan lelaki ini.

Lelaki ini hanya milik Bella seorang.

Tetapi dia belum cukup sengsara untuk berdamping dengan Bella. Dia belum cukup gila untuk hidup di dalam dunia Bella Lavender Rose.

Dan dengan satu janji yang palsu dicipta. Bella berjaya memberikan harapan kepada lelaki itu untuk terus hidup. Bergantung pada satu janji palsu yang Bella cipta.

Kerana Bella tahu. Selagi mana seseorang manusia itu mempunyai satu tujuan hidup yang kukuh. Dia tidak akan senang senang untuk berputus asa.

Jadi hiduplah Luiz dalam dunia yang penuh kesakitan ini. Hidup dalam dunia yang penuh darah ini.

Apabila sampai satu saat lelaki itu sudah cukup gila untuk mendamping hidup Bella.

Bella akan kembali dan mengambil semula hak miliknya dengan apa cara sekalipun.

Hak milik dia, Luiz Martin.

Lelaki itu adalah hak milik Bella. Jangan berani menyentuh dan mengambil dari si pembunuh berdarah dingin itu.

Bella tahu cara fikirannya, perbuatannya, perlakuannya, perasaannya tidak normal seperti manusia manusia lain diluar sana.

Heh...

Normal..

What is normal anyway, everyone has a different perspective of normal. So can the word of normal really be defined?

Hanya kerana seseorang itu berlakon baik di hadapan semua orang. Membesar dengan cukup kasih sayang, itu sudah cukup untuk memberi lesen kepada dia supaya menghukum hidup yang lain?. Macam tu?

Itu definasi normal bagi seseorang manusia?.

Sampah!.

Semua tu sampah!.

Laci tadi ditutup semula sebelum satu keluhan panjang dilepaskan. Dia tahu anak perempuannya itu akan kembali semula ke rumah ini bukan untuk berdamai. Tetapi untuk menunjukkan yang dia sudah boleh keluar daripada kongkongan Eva.

Kesal.

Tidak tergambar perasaan itu untuk diluah keluar dari mulut.

Kalaulah dulu dia tidak menjadi bahan ujikaji Eva untuk memberi zuriat keturunan seorang pembunuh. Pasti semua ini tidak akan berlaku.

Dan kalau lah dulu dia cukup kuat untuk melawan telunjuk Eva, membawa lari satu satunya darah dagingnya jauh daripada perempuan bertopengkan syaitan itu.

Pasti semua ini tidak akan terjadi.

Sekarang semuanya sudah terlambat.

Terlalu lambat untuk berpatah balik. Bella sudah jauh menyimpang dalam hidupnya. Bukan mudah untuk memperbaiki dirinya menjadi manusia biasa semula.

"Tengok ni, ini plan rumah Eva" kata Bella sambil menunjuk skrin ipad yang terpapar satu lukisan plan rumah.

"Kau ke yang lukis?" soal Luiz mendatar.

"Aah, kenapa?"

"Hodoh" jawab Luiz sepatah.

Bella mengecilkan matanya memandang Luiz.

"Eyy... Tengok ni betul betul. You kena hafal plan rumah ni. Bahagian tepi sini ada satu bangunan yang boleh jadi tempat snipe terus ke pejabat Eva" kata Bella sambil jari telunjuknya ditunjuk pada satu garisan kotak berwarna biru.

"Tapi itupun kalau dia dekat pejabat. Kalau dia dekat tempat lain?" soal Luiz mendatar.

"Kita serbu masuk" jawab Bella berani.

"Are you sure? I'm okay with that. But how about you?".

"Yea, i akan ikut you. Lagipun hanya i je tahu rumah tu secara terperinci. Jangan risau selalunya bodyguard dalam rumah Eva tak ramai. 45 orang je... Dan semua skill bodyguard Eva tak setaraf kita berdua" kata Bella lagi.

"45 huh" mulut Luiz tersenyum sinis.

"Wanna bet with me?" soal Luiz dengan sebelah kening yang dinaikkan.

"What?".

"Who kills the most win.." balas Luiz dengan senyuman menggoda.

"Bet" balas Bella juga menayang senyum.

"Ouh yah, one more thing. Don't kill this person" skrin ipad itu diseret ke tepi. Gambar seorang lelaki bermisai terpapar.

"Don't kill him" sambung Bella semula.

"Why?".

"Just don't...".

"Alright then. As you wish".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience