Bab 36

Action Series 18457

"LUIZ! STOP!" Jerit Bella tiba tiba.

Jari yang hampir menekan pada pemicu pistol itu terkaku.

"Whatever yang you nak buat sekarang ni. Just stop. Don't do it!" Jerit Bella lagi.

"Aku tak kisah..." dingin suara Luiz menutur.

"Luiz! Bilik ni kedap, and kita bawah tanah sekarang ni. Cermin tu tebal. Lebih dari 1.5cm! Maybe you need to shoot a couple of bullets untuk pecahkan cermin tu! No Luiz! Don't do that! Nanti ada effect dekat pendengaran you!" Merah muka Bella menahan amarah. Atau lebih tepat, dia risaukan keadaan Luiz.

Eva yang berada di bilik satu lagi sudah tergelak suka.

"Gila..." gumannya cukup perlahan namun masih boleh didengar.

Satu senyuman sinis terukir di hujung bibir Luiz.

"Yup. Aku memang gila"

BANG!

BANG!

BANG!

BANG!

Empat tembakan di lepaskan pada permukaan dinding kaca itu. Hasil daripada tembakan Luiz tadi dinding kaca itu mula retak seribu. Hanya perlukan satu hentakan sahaja untuk ia pecah berderai.

Tangan kiri Luiz naik menekup telinganya yang terasa bingit. Ada satu cecair hangat mengalir keluar dari telinga kirinya.

Apa ni? Darah ke?

"Kau ni memang degil" laju tangan Eva menekan butang remote control yang berada dalam genggaman tangannya.

Dan sekali lagi leher Bella dijerut, kalini tali itu menjerut hingga badannya ternaik tinggi keatas. Muka Bella mula memerah kerana jerutan kuat di lehernya itu.

Pranggg!

Dengan sekali tendangan sahaja dinding kaca itu pecah. Pantas Luiz mendekati Bella sebelum sebilah pisau yang berada dalam jaket bajunya dikeluarkan. Tali yang menjerut leher wanita itu pantas kelar menggunakan pisau tajam itu.

Bella terduduk semula atas kerusi. Jelas tampak tercungap cungap mencari nafas. Gila. Gila punya betina! Sanggup dia buat macam ni dekat anak sendiri.

"Hey, are you okay?" Tanya Luiz sebelum meleraikan tali dileher gadis itu. Kemudian ikatan rantai besi pada tangan Bella juga turut dilepaskan.

Tajam mata Bella menjeling kearah Luiz.

"Are you crazy! Huh! Kenapa you buat macam tu tadi!" Tengking Bella kuat. Bahu Luiz dipukul berkali kali.

Kening Luiz berkerut. Melihat dari gerak bibir Bella. Dia yakin gadis itu sedang menjerit dan memarahinya. Tetapi mengapa hanya samar samar sahaja suara Bella berlalu di telinganya.

Takkanlah...

Pap! Pap! Pap!

Eva menepuk tangannya berkali kali. Serentak mata Bella memandang kearah betina sialan itu.

Melihat dari lirikan mata Bella, Luiz turut memandang ke arah yang sama.

"Wow! Impressive! Aku sungguh tak sangka kau sanggup pergi sejauh ni untuk selamatkan seorang pembunuh gila macam Bella" tutur Eva dengan nada yang cukup menganjing.

Ahhh....

Melihat dari gerakan bibir Eva yang tidak mengeluarkan suara itu. Luiz sedar telinga kirinya itu kini telah rosak.

"See my level? See my level? Semua orang sayangkan aku. Bukan macam kau, yang takde sesiapa kisahkan langsung. Bapak tak ambik peduli. Ada laki, laki pun tak kisah. Anak pun lagi lah, sampai mampus pun aku tak kisah. Mati jelah kau ni. Hidup pun macam tak function dah" balas Bella selamba. Sempat lagi dia menyelak rambutnya kebelakang. Menganjing teruk.

Eva mengetap giginya kuat. Pistol pada tangannya dihala kearah kepala Faridah.

"Kau yakin? Dia kisahkan kau?" Soal Eva sarkastik. Wajah ketakutan Luiz itu dipandang.

"Pilih! LUIZ MARTIN! Kalau kau bunuh Bella sekarang, mak kau akan selamat! Tapi kalau kau pilih untuk selamatkan Bella, kepala perempuan bodoh ni akan pecah dekat sini jugak!" jerit Eva kuat namun hanya samar samar berlalu di telinga Luiz.

"Apa dia cakap tu Bella? Aku tak dengar" Soal Luiz cukup perlahan.

"Entahlah, i tak faham sangat bahasa binatang" jawab Bella mendatar.

"Kau taknak pilih? Okay, takpe. Kalau gitu biar kau tengok sendiri pompuan bodoh ni mati depan mata kau!" Jerit Eva.

Faridah sudah menangis teresak esak bagaikan orang kerasukan. Otak dia yang gila itu mungkin sudah menjadi semakin gila saat ini.

"Taknak! Taknak mati! Huwaaaaa Luiz selamatkan mama!"

"Hoi Eva!" Panggil Luiz kuat sebelum tangannya menyeluk jaket bajunya. Satu kotak timer dikeluarkan sebelum dihala kearah Eva.

2m 04 saat

"See? Lagi 2 minit. Sorry lah. Actually aku ada pasang bom masa masuk rumah ni tadi. Aku taknak Bella mati ditangan kau, jadi aku nak mati sama sama dengan dia"

Laju Bella menoleh kearah muka Luiz yang berada di sebelahnya. Why so sweet.... Awww...

"Tapi aku tak sangka pulak akan mati dengan ahli neraka macam kau. Urghh harap harap tak satu level lah. Kat dunia jumpa kau, kat neraka pun jumpa jugak. Bosanlah, dah lah muka kau hodoh..." sambung Luiz lagi, timer pada tangannya itu di goncang goncang.

'Bila masa pulak aku pasang bom?'

'Diamlah Jay!'

"Tapi kau akan mati jugak!" Jerit Eva.

"Ada nampak macam aku takut nak mati ke sekarang ni?" Balas Luiz kembali. Muka serius ditayang.

Muka Eva mula berubah pucat melihat timer itu yang hanya tinggal 1 minit 55 saat sahaja lagi.

Tanpa berkata apa apa Eva pantas keluar dari bilik itu dalam keadaan tergesa gesa.

"See my level? See my level? Setan pun percaya aku menipu" kata Luiz kepada Bella sebelum terlepas gelakan halus dari bibirnya.

"Lahhhh you menipu ke?" Kata Bella meleret.

"Lahhh kau memang betul betul nak mati dengan aku ke?" Balas Luiz juga ikut sama meleret.

Bibir Bella dimuncungkan kedepan.

"Why not...hahurmmmm" kata gadis itu lagi sambil membuat muka comel.

Luiz tergelak beberapa saat sebelum gelakannya itu terhenti. Matanya membulat besar.

"Eh! Mak kau dah lari!" Cepat cepat Luiz menarik tangan Bella sebelum berlari kearah pintu bilik.

Bella melihat tangannya yang kini sudah digenggam kemas oleh Luiz. Bibirnya mula terukir senyuman nakal.

"Ma! Ma tunggu kejap! Kejap lagi Luiz selamatkan mama!" Jerit Luiz kearah Faridah yang berada selang dua bilik dari bilik itu.

Bella turut memandang kearah bilik Faridah dikurung. Sempat lidahnya dijelir keluar sebelum jari tengahnya diangkat kearah wanita tua itu.

Bibir Bella bergerak mengatakan sesuatu namun tidak keluar suara.

'Jari tengah buatmu' sempat lagi Bella tersenyum menganjing kearah Faridah yang sedang menangis macam orang gila.

Sebaik sahaja mereka keluar dari bilik bawah tanah itu, pantas mereka berlari untuk naik ke tingkat atas.

Mereka harus pantas! Eva tidak boleh terlepas lagi! Dia mesti dihentikan hari ni juga!

"Luiz relax..." kata Bella yang agak termengah di belakang Luiz. Sudahlah beberapa dia tidak makan dan minum langsung. Tiba tiba kena marathon pulak.

Kaki Luiz mula melangkah perlahan sebelum wajah Bella yang berada di belakangnya dipandang, atau lebih tepat dia memandang bibir Bella.

Mereka kini sudah sampai di hadapan pintu rumah villa itu.

"Apa kau kata tadi?"

"I cakap relax, sebab Eva takkan dapat pergi jauh" kata Bella lagi.

Pintu rumah utama dibuka. Ternampak Eva yang sedang tergesa gesa berlari kearah kereta audi miliknya.

"Sebab i dah panggil bantuan" sambung Bella semula.

Bang!

Habis sahaja Bella berkata, kedengaran satu peluru sniper dilepaskan sebelum tepat mengena pada bahu Eva.

"Arghhhhhhhhh!" Jerit Eva kuat.

Bella dan Luiz memandang ke hadapan. Masing masing hanya terpaku di hadapan pintu rumah villa itu.

"Well well well, kau nak lari mana ni?" Soal Keith yang sedang melangkah kearah wanita itu dengan riffle yang elok disandarkan atas bahu kanannya.

Keith Albert?

"Tepat kan tembakan aku?" Tanya seorang lagi lelaki yang juga mula memunculkan diri.

Laju mata Luiz melihat gerangan jejaka itu pula.

Xavier Macaire!

Ni pembunuh Elit Keluarga Mikayla kan? Apesal diorang ada dekat sini?

"Ini lah bantuan yang i cakap tadi" jawab Bella yang masih lagi termengah mengah.

Mata Eva membulat melihat dua jejaka itu. Siapa je yang tak kenal mereka berdua? Mereka adalah antara grup keluarga yang paling digeruni dalam dunia gelap. Bukan mudah untuk berkawan atau meminta pertolongan dari keluarga itu.

Laju Eva menoleh kearah Bella yang berada di muka pintu villa.

"Kau ni memang anak sial! Patutnya kecik kecik dulu aku bunuh kau!" Jerit Eva kuat.

Bella membuat memek muka sedih sebelum dua jari tengahnya dihala kearah Eva.

Cukup menganjing.

"Arghhh sial kau!" Jerit Eva tak puas hati sebelum laju dia membuka pintu keretanya untuk melarikan diri.

Bang! Bang!

Dua tembakan dilepaskan pada kaki kiri Eva. Eva terjatuh melutut atas tanah. Cecair merah mengalir keluar dengan laju membasahi seluar yang sedang dipakai.

"Argggghhhhhhhhhhhh!"

"Itu baru cara yang betul kalau nak tangkap binatang" ucap seorang lelaki dengan penuh selamba.

Mereka semua menoleh kearah suara itu, termasuklah Luiz dan juga Bella.

Perlahan lahan bibir Bella terukir senyuman sinis. Tak sangka kau pun datang jugak-

Rayyan Mikayla

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience