Bab 22

Action Series 18457

"Did you know? Saat saat terakhir seseorang manusia menghembuskan nafas. Semua memori semasa mereka hidup akan terlayar semula seperti satu wayang selama 7 minit" kini Bella mencangkung di hadapan 8 orang lelaki yang sudah terbaring bermandikan darah sendiri di atas lantai bilik latihan itu.

Masing masing sedang memegang leher, menahan agar darah tidak terkeluar dari belahan dari pisau Jay yang Bella lakukan sebentar tadi.

Ada yang menangis, ada yang seperti sudah nyawa nyawa ikan sahaja. Mendengus seperti seekor kerbau ketika disembelih.

"Hurmm... So i quite a little bit wonder what kind of memories that you see now..." kata Bella perlahan tanpa nada sebelum tersengih seriau memandang ke arah mereka semua.

"Krurk.. Krufk.." seorang demi seorang mula menutup mata. Menghembuskan nafas terakhir mereka.

Bella hanya memandang kosong tanpa rasa simpati.

"We all have a choice in this life... You can be a doctor, an engineer, do some labour work, anything. But you guys chose to live like this. Korang sendiri memilih untuk berkerja bawah Eva dan korang sendiri memilih untuk menentang aku. And of course, you guys also choose to die this pathetic way, Right?. Funny... " gelakan kecil terluah.

Bella melangkah ke arah pintu utama.

"Sedangkan aku? Aku tidak pernah diberi pilihan dalam hidup aku untuk hidup macam ni..." satu bom asap beracun dicampak masuk ke dalam bilik. Bella kemudian terus melangkah keluar sebelum pintu itu ditutup rapat.

Gas beracun yang Bella campakkan itu mampu untuk membunuh berpuluh puluh ekor gajah dalam masa 30 saat. Jadi, sangat menghairankan jika ada yang terselamat dalam bilik latihan menembak itu.

Kaki melangkah ke arah bahagian kanan.

"Aik lama benor kat dalam... Dia buat apa ni tak keluar keluar lagi..." dua  pintu masuk maze yang sangat sangat meloyakan pada dasar fizikalnya itu dipandang jijik.

Jam tangan di jeling sekilas. Sudah 20 minit berlalu namun kelibat Jay masih lagi tidak kelihatan.

"Mati ke?"

Kaki melangkah semakin dekat.

"Takkan mati kut... Mana ada manusia boleh bunuh setan".

Pintu maze yang bercorakkan kaca serta darah itu ditolak selamba.

"Jay! Ooo Jay! Hidup lagi tak?" laung Bella kuat. Meliar mata Bella mencari kelibat Jay. Ruang yang sempit dan agak kurang pencahayaannya itu diredah berani.

Dulu semasa usianya masih kecil, selalu juga Eva menyumbat dia masuk ke dalam maze membunuh ni. Sampaikan dia sudah menghafal setiap ceruk, setiap laluan dan semua jerat jerat yang ada di bahagian dalam.

"Jay! Where are you!" jerit Bella lagi. Namun masih tiada balasan atau sahutan daripada lelaki itu.

Satu daun pintu ditolak. Hampir ternganga mulut Bella melihat pemandangan di hadapannya.

Sepuluh... Tidak, hampir dua puluh orang kini sudah terbaring di atas lantai tidak bernyawa. Ada yang putus kepala. Adanya hilang biji mata. Bermacam macam lagi jenis kematian yang dicipta oleh manusia setan itu.

Sangat mengerikan. Memang malang anak buah Eva yang terpaksa berlawan dan mati di tangan lelaki itu.

Mata meliar kekiri dan kanan. Namun kelibat Jay masih lagi tidak kelihatan.

"Mana pulak dia ni... Takkan mati kut" bisik Bella sendiri.

Bang!

Satu peluru yang meluncur laju ke arahnya itu dielak dengan sangat mudah. Berlubang dinding maze yang berada betul betul di sebelah kiri telinga Bella apabila tertembus dengan satu peluru pistol .

Gigi diketap geram.

"Kau ni memang cari nahas betul..."

Bang! Bang!

Dua tembakan tepat dilepaskan ke arah dahi anak buah Eva yang cuba membunuhnya tadi.

Asap yang keluar pada muncung pistol ditiup kuat.

"Mudah sangat..." kata Bella sambil tersenyum mengejek.

"Oi Jay! Where are you!" sambung Bslla melaung kuat, gigih mencari kelibat Jay yang masih lagi tidak kelihatan.

Kakinya melangkah semakin dalam.

"Jay!" ada sekujur badan yang bermandikan darah terbaring betul betul di hujung laluan maze. Laju kaki Bella melangkah semakin dekat.

"Jay! What happen?" soal Bella cemas. Badan Luiz diangkat dan diribakan pada pehanya.

Perlahan lahan mata lelaki itu mula terbuka luas apabila terasa ada tamparan lembut pada wajahnya.

"Fu*k...kepala aku" Luiz memegang kepalanya yang terasa berpinar. Kerutan di wajah Bella tidak dihiraukan langsung.

Lapisan demi lapisan mula terbentuk pada dahi Luiz apabila dia mengamati suasana dan keadaan sekelilingnya.

"Aku dekat mana ni Bella?"

Soalan daripada Luiz berjaya mengundang lopongan mulut gadis itu. Ah sudah. Jangan kata Jay sudah bertukar dengan Luiz semula. No! No! No! Dia perlukan Jay pada ketika ini.

"Luiz?" soal Bella sepatah.

"Aku dekat mana ni Bella?" soalan kedua dari mulut lelaki itu kedengaran sungguh tegas dan kasar.

Bella hanya mampu mengeluh nafas panjang.

"Kita berdua terperangkap dekat rumah Eva" balas Bella senada.

"Malaysia?" Soal Luiz tenang. Kepalanya yang sakit direnggangkan kekiri dan kekanan.

Bella mengangguk kecil.

"Rumah Eva?" soal Luiz lagi.

Bella mengangguk lagi.

"Jadi mayat mayat ni semua aku ke yang buat?" soal Luiz selamba sambil menunjuk ke arah semua tubuh yang sudah bergelimpangan di hadapan mereka berdua. Darah merecik penuh di serata tempat.

"Hurm... I don't know... But i think yes. You yang buat. Jay. I rasa Jay yang bunuh diorang semua ni" jujur Bella.

Luiz bangun daripada duduknya. Seluar dan baju dikebas sedikit.

"Bak ubat aku" kata Luiz tegas sambil menghulur tangan keluar ke arah Bella.

Lambat lambat gadis itu memberikan pil ubatan Luiz.

Dua biji pil dikeluarkan atas tapak tangan sebelum ditelan laju. Bella hanya memerhati tindakan Luiz dari tepi.

Hancur. Rosak rancangannya. Bagaimana dia mahu selamat dalam rumah Eva, dan bagaimana dalam masa yang sama dia mahu menjaga keselamatan Luiz. Dia sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku di tingkat seterusnya. Apatah lagi rancangan Si Eva.

Selesai dua biji pil itu ditelan oleh Luiz, selebihnya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"So? Kita nak buat apa sekarang ni?" soal Luiz bingung melihat situasi dan keadaannya sekarang.

"Luiz..."

Wajah Bella dipandang sekilas.

"I janji kita akan survive... Kita berdua akan keluar dari rumah ni... selamat... Itu janji i" kata Bella tekad dengan menekankan perkataan selamat. Dia tekad untuk menjaga keselamatan lelaki itu. Memandangkan Luiz bukanlah seperti Jay yang pandai berlawan.

"Boleh tak kau terangkan dulu situasi sekarang? Kenapa kita berdua boleh ada dalam rumah mak kau ni? Dan kenapa kita kena bunuh anak buah mak kau? Tak... Benda yang paling penting sekarang ni. Apasal Jay dengan kau datang sini?" soal Luiz semula. Dahinya berkerut kerut memandang wajah gadis itu.

Bella menghela nafas panjang sekali lagi.

Dalam hati sudah mula timbul perasaan takut. Bukannya dia tidak yakin dengan kebolehan Luiz. Cuma dia terlalu sayangkan lelaki itu. Dan dia tidak mahu lelaki itu tercedera hanya kerana permainan gila Eva.

"Luiz..." jam tangannya dilihat.

10 pm.

"Tepat pukul 7 pagi besok, andai kata kita berdua masih terperangkap dalam ni. Akan ada satu gas beracun yang disembur dekat seluruh rumah ni. Dan gas itu boleh menyebabkan kita berdua mati kalau kita hidu lebih selama 5 minit. Untuk keluar dari sini, Eva suruh cari satu butang yang boleh aktifkan semula grill besi yang pagar sekeliling rumah ni. Dan sekarang kita dekat tingkat bawah tanah rumah Eva. I dah cari butang tu dalam bilik latihan menembak dekat sebelah, tapi takda. Sini pun i rasa takda. I rasa butang tu sama ada dekat tingkat 2 atau 3" terang Bella panjang lebar.

"Ouh..." balas Luiz tanpa nada, sangat jelas dia tidak berminat dan tidak kisah tentang hal itu. Mayat mayat disekelilingnya diperhatikan lagi. "Kiranya kalau kita tak bunuh diorang ni pun, diorang tetap akan mati lah?" soal Luiz semula sambil mulut yang menjuih ke depan.

"Eh, aah eh... Betul jugak apa you kata. Hurm... That weird... Takkan dia nak bunuh semua anak buah dia?" bicara Bella sendiri. Satu bola mata yang berada di hujung kakinya disepak perlahan. Bergolek golek bola mata itu ke depan seperti bola sepak.

Luiz bangun daripada duduknya. Seluar jeans yang tersarung pada kaki dikibas kibas perlahan.

"Jom gerak... Kita tak boleh nak buang masa" kata Bella semula sebelum dia mula melangkah keluar dari maze membunuh itu.

Luiz hanya diam. Kakinya mula mengatur langkah, membuntuti bayang Bella. Dalam tak sedar, perlahan lahan bibir Luiz tersengih sinis. Yang pasti sengihan itu tidak terlihat oleh gadis bertoncang yang berada di hadapannya.

'Jangan senyum sangat Luiz' tegur satu suara dalam kepala Luiz.

'Shut up Jay' balas Luiz sambil tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience