Bab 16

Action Series 18457

- 4 Days

Bella melihat orang ramai yang berada di mall itu. Penuh dan sesak dengan pelbagai jenis kaum dan warna kulit.

Namun dalam ramai ramai manusia yang ada, tumpuannya hanya tertumpu kepada seorang. Iaitu;

Willian Keynes

Lelaki yang sudah mencecah 30an itu sedang sibuk berbelanja dengan bahagia bersama wanita simpanannya. Kalau lah dia tahu yang dirinya sudah ditarget oleh pembunuh upahan agak agak masih ada lagikah senyuman di bibir tua itu.

Sengihan sinis terukir.

Kerana tiada satu pun manusia di muka bumi ini yang tahu bila jangka hayat mereka akan tamat tempoh. Seperti Willian, siapa sangka jangka hayatnya hanya tinggal 4 hari.

Dan untuk lelaki itu. Dia cukup beruntung kerana nyawanya akan ditamatkan oleh gadis secantik Bella.

Beruntung kah dia?.

Tawa halus terlepas.

"You, lepas ni jom tengok wayang" ajak Bella kepada Luiz yang sedang berdiri di sebelahnya.

"Wayang? Ada cerita best ke" soal Luiz semula. Kening sebelahnya dinaikkan.

"Ada, tu hah cerita best" kata Bella sambil menunjuk ke arah Willian dan kekasihnya yang berada setingkat bawah daripada kedudukan Bella dan Luiz.

Luiz tergelak halus.

"Jom..."

Masuk sahaja dalam panggung, Bella dan Luiz memlih kerusi selang dua baris atas daripada Willian dan kekasihnya duduk.

Sudah 20 minit cerita berlangsung tetapi satu sampah perkataan pun Luiz dan Bella tidak faham. Terkebil kebil mata mereka menatap skrin layar di hadapannya. Maklumlah mereka memilih cerita berdasarkan apa yang target Bella pilih. Dan cerita yang dipilih pulak cerita France yang langsung tiada subtitle english.

"Pasal target kau tu, siapa yang upah kau?" tanya Luiz memulakan bicaranya apabila dia sudah bosan melihat cerita yang tertayang.

"Bekas bini dia, yang i tahu bekas bini dia tu dendam dengan dia sebab dia kaki perempuan. Lepastu bini dia kena tinggal masa tengah mengandung. Kiranya ni dia nak balas dendam macam tu lah" balas Bella dalam keadaan berbisik.

"Berapa dia bayar kau?" soal Luiz kembali.

"Entah eh i dah lupa, 50 ribu macam tu lah" balas Bella semula.

"Ringgit malaysia ke?".

"Euro" balas Bella sepatah.

"Kaya jugak eh kau buat kerja ni semua".

"Kaya duit haram nak buat apa" balas Bella kembali.

Luiz tergelak halus mendengar ayat Bella. Entah apa yang kelakar pun tak tahulah. Yang pasti ayat itu berjaya mencuit hati kecilnya.

"Kiranya kau selalu lah merantau eh?" soal Luiz semula.

"Boleh lah, tengok job jugak... ".

"Negara mana je yang kau pernah pergi?".

"Nigeria, Indonesia, Australia, Philippines, Japan, South Korea, America, China, Russia, France, UK, Arab Saudi, Netherlands hmm tu jelah kut" jujur Bella.

"Terkenal jugak eh kau ni. Macam mana nak upah kau?" soal Luiz semula.

"I famous kan?. Hohoho untung tau you dapat i" jawab Bella yakin. Walaupun keadaan dalam wayang itu gelap. Namun masih nampak samar samar muka Luiz yang meluat mendengar ayat Bella.

"Diaorang selalunya upah i melalui Eva ataupun Dark Web, tapi kalau dekat Dark Web tu mahal sikit lah berbanding direct ke Eva" sambung Bella lagi.

"Kenapa pulak macam tu?".

"Sebab dekat Dark web tu i yang letak sendiri harga khidmat. So i letak harga tinggi gila babi supaya takda siapa yang upah i" jawab Bella sebelum dia tergelak kecil.

"Yang Willian ni dari mak kau lah eh?" soal Luiz semula.

"Aah" jawab Bella sepatah.

Luiz terdiam berfikir. Alang dari mak dia je dah cecah 50 ribu sorang, agak agak berapa harga dia letak dekat Dark web tu.

"Pernah ke orang upah kau daripada Dark web?".

"Pernah, masa tu dia upah untuk racun orang ternama. I rasa yang upah i tu pun orang ternama jugak. Member member dia. Biasalah hasad dengki. Kalau dekat Dark web identiti pelanggan dirahsiakan" jelas Bella berbisik.

"Berapa dia bayar kau?" soal Luiz mendatar.

"700 ribu ringgit Malaysia".

"Gila betul harga market kau".

"Kan? So you siap siapkan lah duit hantaran awal awal. Harga i tinggi tau" sakat Bella mendatar sebelum dia tergelak kecil.

"Perasan siapa nak kahwin dengan kau" jawab Luiz.

"Iyalah tu taknak... " perli Bella sebelum matanya menoleh ke arah mangsanya semula.

"Luiz, jom buat macam tu" kata Bella sambil menunjuk ke arah William yang sedang bercumbuan dengan kekasihnya.

"Boleh tapi aku guna kaki. Nak?" ugut Luiz dingin.

"Ey dia ni. Apasal dengan Cella dulu boleh pulak you gedik gedik dengan i tiba tiba nak jadi gay pulak" balas Bella tak puas hati.

"Kau selidik latar belakang aku ke?" soal Luiz semula. Matanya tajam merenung anak mata milik Bella.

"Aah..." jawab Bella tanpa rasa serba salah.

Dengan pantas Luiz bangun daripada duduknya dan terus beredar dari panggung itu. Jelas matanya nampak api kemarahan.

Bella pula hanya memerhati dari ekor matanya sehingga Luiz hilang dari pandangan.

"Buat apa nak tipu. Lambat laun dia akan tahu jugak" guman Bella sendiri. Pandangannya tearah kembali di skrin layar. Ba*i apa benda cerita ni.

Habis sahaja cerita itu ditayangkan Bella masih lagi mengekori William dan kekasihnya. Luiz? Pandai pandai lah dia pujuk nanti. Lagipun dia tidak risau sangat pun dengan lelaki itu.

Iphonenya dibawa keluar.

Lokasi Luiz terpapar di skrin. Lelaki itu masih lagi berada di sekitar mall ini.

Sedang Bella mengekori mangsanya itu tiba-tiba ada seorang kanak kanak kecil yang berlari sebelum terlanggar badan Bella. Gadis itu terjatuh ke lantai.

Bella pantas membantu gadis kecil itu untuk bangun.

"Cantiknya akak..." kata gadis kecil itu sambil memandang muka Bella.

Bella sudah tersengih sengih apabila dipuji oleh gadis kecil itu. Orang tua tua kata budak tak pandai menipu.

Eh...

"Adik tahu malay?" soal Bella dengan dahi yang berkerut.

Gadis kecil itu mengangguk laju.

"Tapi muka adik tak macam orang malay".

"Mama saya orang Malaysia. Terima kasih kakak cantik sebab tolong Alic bangun" jawabnya sambil mengibas baju blouse yang dipakai.

"Nama adik Alic ke? Cantiknya nama" Bella mengusap kepala gadis itu.

"Tak lah nama saya Alicia. Alicia Mik.." tiba tiba dia menekup mulutnya sendiri.

"Kenapa?" soal Bella yang hairan dengan perilaku kanak kanak itu.

"Papa cakap jangan sebut nama penuh Alic kalau dekat luar. Sebab nanti ada orang jahat tangkap Alic".

Bella tergelak halus.

"Lah, kenapa pulak macam tu? Ni Alic datang dengan siapa?" Bella melihat sekeliling tetapi tiada sesiapa pun yang kelihatan seperti penjaga kepada gadis itu.

"Alic tersesat ke?" soal Bella kembali.

"Taklah Alic tengah lari daripada orang jahat" jujurnya.

"Orang jahat?".

"Sorry miss that my daughter" tegur seorang lelaki yang berpakaian suit hitam.

Gadis yang bernama Alicia itu cepat cepat bersembunyi di belakang badan Bella.

"Alic betul ke ni ayah Alic?" soal Bella mendatar.

Gadis itu menggeleng kepala laju.

"Dia ni lah orang jahat yang Alic cakap tadi" jawabnya laju.

Bella memandang lelaki itu semula.

"She is not your daughter go away before i kill you right this moment" dingin Bella memberi amaran.

"Miss this is not your business. Give my daughter back" lelaki tadi masih tidak mahu mengalah. Alic di belakang Bella makin kuat dia menggeleng kepala.

"Akak tolong Alic, Alic tak kenal pun dia".

Bella merenung lelaki itu tajam.

"Go away from here you fu*khead" kata Bella dingin.

Lelaki itu semakin mendekat.

Dengan pantas Bella mengangkat kakinya tinggi ingin menyepak lelaki itu. Kasut tumit Bella berhenti betul betul di hadapan muka dan menyentuh sedikit sahaja di bahagian hujung hidungnya.

"The second time, i won't stop. This fu*king heels will make hole inside your shitty brain" kata Bella lagi.

Lelaki itu cepat cepat meninggalkan Bella. Selepas sahaja dia pergi, Bella memandang semula gadis bernama Alic yang masih berada di belakang badannya. Kakinya mencangkung separas kanak kanak itu.

"Adik, adik datang sini dengan siapa? Bahaya lah. Adik tahu nombor telefon sesiapa tak? Akak boleh telefon kan" Bella sudah mengeluarkan Iphonenya.

"Dia datang dengan aku" celah satu suara garau di sebelah Bella.

Bella mengangkat wajahnya sebelum matanya terbeliak melihat gerangan lelaki itu.

"Uncle!" Alic terus sahaja berlari ke arah lelaki itu sebelum memeluk batang kakinya. Lelaki itu terus mendukung Alic.

"Ouh, okaylah penjaga dia pun dah sampai. Bye Alic. Akak pergi dulu... " jawab Bella cepat cepat ingin meninggalkan tempat itu. Gila!. Dia tidak menyangka Alic ada kaitan dengan keluarga mafia yang semalam dia jumpa.

"Stop right there, Bella Lavender" kata lelaki itu semula.

Kaki Bella terberhenti sebelum dia memusingkan badannya.

"Betulkan tu nama kau?".

"Yes that me" jawab Bella mendatar.

"Apa kau nak dari keluarga aku? Semalam pun aku nampak kau dekat syarikat aku" kata lelaki itu mendatar.

Dahi Bella berkerut.

"Kau dah salah faham ni, aku taknak apa apa pun dari keluarga kau..."

"Kenapa kau ada dengan Alic?" tuduhnya lagi.

"Eh kau ni. Alic yang datang dekat aku. Dia yang minta tolong dengan aku dulu. Lain kali kalau bawak budak kecik tu jangan tinggal merata rata. Orang jahat ada je dekat mana mana. For example, you and me... Right? " perli Bella sebelum berpaling semula untuk meneruskan langkahnya.

"Uncle ni! Tak baik lah! Akak tu yang selamatkan Alic tau tadi!"

Bella terdengar gadis kecil itu memarahi pakciknya. Tawa halus terlepas.

"Yelah yelah sorry..."

"Pergi minta maaf dengan kakak tu semula!"

Mata Bella terbeliak besar. Langkahnya makin dipercepatkan. Tak payah minta maaf lah!.

"Hey! Wait!. Bella!" panggil lelaki itu.

Bella berpura pura tidak dengar. Aduh masalah betullah. Kakinya semakin laju apabila dia terasa dirinya dikejar seseorang.

"Berhenti sebelum aku jerit nama panjang kau" ugut lelaki itu.

Bella terkaku. Tak guna betul mafia ni, main ugut ugut pulak.

"Hah nak apa?" soal Bella menoleh ke arah belakang semula.

"Aku minta maaf tuduh kau tadi. Tapi still apa motif kau datang syarikat aku semalam? Aku tahu kerja kau apa. Siapa yang kau tengah target?" soal lelaki itu mendatar.

"Yang pasti bukan keluarga kau" jawab Bella malas.

"Okay. I'm sorry again. Thank you selamatkan anak sedara aku tadi".

"Welcome. Anything else?".

"By the way nama aku Rayyan Mikayla... sebagai tanda terima kasih aku, sepanjang penginapan kau dekat sini biar aku tanggung. Kau stay dekat Hotel Royal Mikayla kan?" soalnya mendatar.

"Tak payahlah. Aku memang tengah nak habiskan duit haram aku" jawab Bella selamba.

Lelaki yang bernama Rayyan itu terdiam. Kemudian dia memandang wajah polos Alic yang berada dalam dukungannya.

"Alic tutup mata tutup telinga cepat" kata Rayyan laju. Kanak kanak itu hanya menurut.

Satu kad dibawa keluar dari dalam poket bajunya.

"Take this, kalau kau ada masalah. Kau contact aku. Anggap je ni sebagai tanda terima kasih aku tadi" kata Rayyan mendatar.

Bella mengambil kad berwarna merah putih yang tertera nama dan nombor telefon lelaki itu.

"Okay, same as you, well manalah tahu kau perlukan khidmat aku satu hari nanti. You can call me. But I'm pretty sure you already knows my number right... " Bella mengeyit matanya sebelah.

Sempat Bella menghadiahkan kucupan kecil di pipi kiri Alic.

"Bye baby..." katanya sebelum dia terus menghilang di balik orang ramai.

Bella menyimpan kad itu di dalam poket seluarnya.

"Siapa lelaki tu?" soal satu suara di sebelah Bella.

"Malaikat maut yang jaga abang kembar you" jawab Bella mendatar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience