Bab 7

Action Series 18457

Bangun sahaja pagi, pintu rumah Luiz diketuk kuat oleh seseorang. Macam nak roboh dengarnya. Tak reti nak sabar betul. Kut ye pun sabar lah sikit. Ambik gap beberapa saat. Ini tak.

Entah entah tuan rumah dalam tandas ke, kan? Habis terbantut hajat nak buang air.

Mata yang terbuka separuh itu ditonyoh beberapa kali. Luiz dengan penuh rasa keterpaksaan melangkah ke arah pintu rumahnya sebelum dibuka separuh.

"Kami pihak polis, Nama Encik Luiz Martin betul?" soal salah seorang polis yang berdiri tegak di hadapan rumahnya.

"Hah ya saya Luiz Martin, ada apa eh? " jawab Luiz mendatar. Wajahnya dikawal setenang yang boleh. Dua orang anggota yang memakai jaket hijau neon itu sedikit sebanyak mampu mengentarkan hatinya.

Ah mampus. Dah kenapa pulak polis cari sampai depan pintu rumah. Nak geledah ke?

Alamak.

Pistol pistol dekat laci nombor dua.

Darah dalam botol dekat bilik kerja.

Tangan dalam peti ais bawah.

Biji mata Cella yang dia jadikan hiasan dekat meja kerja.

Dan.

Bilik hujung tu.

Air liur ditelan kesat.

Holy s*it, holy f*ck!.

I'm screwed!.

"Boleh Encik ikut kami ke balai untuk memberikan keterangan tentang mangsa bernama Mohd Qadir bin Ilyas, kami dapati nombor telefon encik ada dalam senarai panggilan terakhir mangsa" kata polis itu lagi.

"Qadir?" automatik memorinya menjadi kacau bilau.

Luiz pasti dia ada datang ke rumah Qadir dua hari lepas. Tetapi...

'Tadi i ternampak you pengsan depan rumah you dengan pintu rumah yang memang dah terbukak. So i bawak jelah you masuk dalam. Takkan i nak biar je you tidur dekat lantai'

Macam mana pulak gadis bermata coklat cair itu kata dia jumpa Luiz pengsan depan rumah.

Adakah memori Luiz menipu dirinya sendiri?

Ataupun.

Gadis itu yang menipunya.

"Kenapa dengan Qadir eh?"

"Kami percaya Encik Muhd Qadir telah mati dibunuh ketika berada dalam aparmentnya kelmarin"

"M-mati...?" Luiz berpura-pura terkejut.

"Ya, jadi Encik diminta datang ke balai untuk membantu kami buat siasatan"

"Sekarang ke?" soal Luiz semula.

"Ya sekarang"

"Kejap saya ambik beg duit dengan phone" Luiz masuk semula kedalam rumah sebelum tangannya pantas sahaja mencapai beg duitnya yang berada dalam bilik. Telefon pula dimasukkan kedalam kocek.

Sempat lagi Luiz menampar pipinya beberapa kali.

"Relaxlah bebal. Bukannya kau bunuh si Qadir tu pun" marah Luiz kepada dirinya sendiri. Kemudian dia melangkah ke arah luar rumah. Dalam hati, dia sedikit lega kerana rumahnya tidak digeledah. Andai kata dua orang polis itu masuk ke dalam rumahnya sekarang.

Mautlah jawabnya.

Sah sah dia kena gari.

Dua orang anggota polis itu pergi bersama dengan Luiz.

Tetapi tanpa mereka sedar ada sepasang mata yang mengintai dari pintu rumah sebelah yang sudah terbukak sedikit. Lama mata itu merenung belakang badan Luiz sehingga dia hilang dari pandangan.

"Saya dimaklumkan bahawa Encik Luiz ada terima panggilan daripada mangsa pada jam 9:30 malam 13 haribulan 4, betul?" soal inspector yang bernama Rafi sebaik sahaja Luiz duduk di kerusi hadapnnya.

Luiz mengangguk.

"Boleh beritahu kami dimanakah Encik Luiz pada malam kejadian?"

"Sebelum tu boleh saya tanya sesuatu tak?"

"Qadir mati dalam aparment dia ke?" sambung Luiz mendatar.

Inspektor bernama Rafi itu memandang rakannya di sebelah sebelum kepala diangguk sedikit.

Melihat anggukan daripada anggota itu tahu lah Luiz bahawa dia tidak bermimpi. Dia yakin dia juga berada di tempat kejadian. Tetapi melihat daripada soalan inspektor Rafi ini, Luiz yakin alatan lukisannya tiada di dalam bilik Qadir. Malah CCTV yang berada di aparment Qadir juga mungkin sudah digodam oleh seseorang.

Luiz menarik nafas dalam sebelum dilepaskan perlahan.

"Malam tu memang sepatutnya saya pergi ke rumah dia untuk khidmat lukisan saya. Tapi saya terpaksa tolak kerana kesihatan tidak mengizinkan. Malam tu saya terlantar dekat katil kerana penyakit saya yang datang secara tiba-tiba" bohong Luiz tenang. Pembohongan yang dicipta dalam masa 3 saat.

Kalau polis mahu menggunakan alat pengesan pembohongan sekalipun Luiz pasti tidak akan terkantoi.

Kerana itulah salah satu kelebihan yang dia ada.

Memanipulasi emosi sendiri.

"Boleh saya tahu Encik Luiz sakit apa?" soal polis itu lagi.

Muka malas ditayang. Luiz mengambil masa senggang 5 saat untuk menjawab soalan polis itu.

"Psychotic disorder..." kata Luiz mendatar. 'Dan dissociative disorder' sambung Luiz dalam hati.

"Heh, pelukis terkenal macam ni pun ada penyakit gila eh?" celupar salah seorang polis yang duduk di meja sebelah mereka.

Ya. Sebab inilah Luiz malas nak bagitahu penyakitnya.

Kerana dalam dunia ni penuh dengan masyarakat yang mulut puaka kalah loji taik. Ego tinggi setinggi gunung dan iq serendah iman.

Bila sebut sakit mental. Mesti kata gila.

Lain kali otak tu sumbat sikit dengan ilmu ilmu yang berguna, bukan kosong sepertimana kosongnya iman kau.

Hati Luiz mula terasa panas. Nametag yang tergantung pada baju polis yang mulut celupar tadi dipandang sekilas.

Muhd Majid.

Tangan Luiz mula mengenggam kuat. Sangat kuat. Namun muka Luiz masih lagi beriak tenang. Tenang dan beku. Nafas dilepas perlahan.

"Kau jangan longkang sangat mulut tu boleh tak?" tegur kawannya yang lain menyebabkan hati Luiz kembali reda. Tidak jadi niatnya untuk membunuh polis itu malam nanti.

"Apa? Aku cakap je" balas Majid tanpa rasa serba salah langsung.

'Abaikan Luiz. Abaikan je. Luiz budak baik kan? Kan? Abaikan je okay'

"Ehem... Saya rasa kalau dah takda apa Encik Luiz dah boleh pergi. Sebelum tu isikan borang ni dulu untuk tulis semula kenyataan yang Encik Luiz berikan sebentar tadi" celah Rafi, sekaligus menghapuskan suasana yang agak tegang itu. Seram juga Rafi melihat Luiz tidak berhenti merenung tajam rakan sekerjanya itu.

Luiz mengambil pen yang dihulurkan oleh inspektor Rafi dengan agak kasar.

Selesai sahaja menulis semula pembohongan yang baru diciptanya tadi, dia terus sahaja mengatur langkah keluar daripada neraka sementara itu.

Kereta toyotanya dituju. Pintu kereta dibuka sebelum dia memboloskan badannya masuk ke dalam.

"Siapa sebenarnya yang bunuh Qadir..." soal Luiz sendiri. Dia yakin Qadir mati ditembak. Walaupun polis tadi tidak memberitahu apa apa tentang cara kematian Qadir. Tetapi Luiz sangat yakin dengan apa yang dia lihat pada malam itu.

Ada seseorang yang menembak Qadir dan Stella.

Seseorang yang masuk dalam rumah apartment itu selepas dia.

Siapa?.

Kepalanya diletakkan ke atas stereng kereta sambil mata yang terpejam rapat.

Sekali lagi wajah gadis yang bermata coklat cair itu bermain difikirannya.

"Bella... Aku pasti dia tahu apa yang terjadi malam tu. Aku kena jumpa dia!. Tapi macam mana nak cari dia?. Nombor telefon pun takda. Tempat tinggal pun aku tak tahu dia duduk mana. Tiba tiba datang pastu lesap je macam tu..." satu nafas keluhan keluar dari mulut Luiz.

Enjin keretanya dihidupkan sebelum laju kereta itu meluncur pergi.

Sementara itu, Bella yang sudahpun masuk ke dalam rumah aparment Luiz sedang berdiri tegak dihadapan pintu di bilik paling hujung.

" Heh, apa yang penting sangat dalam ni sampaikan perlu tabur debu debu segala" tombol pintu itu dilihat. Bodoh sangat kalau Bella tidak perasan perkara itu.

Sejak 2 hari lepas lagi, ketika dia masuk ke dalam  rumah Luiz dia sudah perasan akan kewujudan debu di atas tombol pintu itu. Sebab itulah Bella langsung tidak menyentuh bilik yang paling hujung ini. Dia yakin Luiz sengaja meletakkan debu pasir itu sebagai penjejak.

Jam tangan fossilnya dilihat.

"10 minit pergi balai, 10 minit borak dengan polis, and maybe kalau dia perasan sesuatu dia akan pecut balik ke rumah... Hmm around 6 minutes? So total 26 minutes" teka Bella sendiri.

Bella melihat semula pintu itu. Atau lebih tepat dibahagian atas pintu. Ada satu butang berwarna hitam yang sedikit terjojol keluar.

Inilah dia rahsia untuk membuka pintu ini. Butang itu perlu ditekan serentak semasa memulas tombol.

Bella yang sudah sedia memakai glove hitam itu terus membuka pintu itu perlahan lahan.

Sejuk. Dingin.

Dua perkataan yang sesuai untuk mengambarkan keadaan bilik itu.

Penghawa dingin yang dipasang mencecah 16 darjah celsius. Atau mungkin juga penghawa dingin itu tidak pernah dimatikan. Kerana lantai yang dipijak terlalu sejuk sampaikan mencengkam hingga ke tulang kaki.

Bilik itu kelihatan normal sahaja, ada sebuah meja kerja disebelah sudut kiri yang bersandar pada dinding dan diatas meja itu ada sebalang debu yang sama warna dengan yang diletakkan atas tombol bilik.

Dibahagian sudut kanan pula ada satu katil yang bersaiz king yang melintang ke dinding kiri.

Putih.

Cadar, bantal, tilam, dinding. Malah karpet berbulu yang diletakkan diatas lantai.

Semuanya berwarna putih.

Sekali pandang macam baru melangkah masuk ke wad mental.

'Weird fetish'

Bella memijak lantai dengan berhati hati. Tidak mahu terlanggar atau terpijak apa apa yang boleh dijadikan sebagai jerat.

Setiap sudut dinding diperhatikan dengan mata tajamnya. Dua laci yang berada bawah meja kerja itu ditarik serentak.

Kosong.

Tiada apa apa.

Laci ditutup semula.

Kaki melangkah pula ke arah katil.

Bella mencangkung sedikit untuk melihat isi bawah katil.

Juga kosong.

"Ceh, ingatkan ada rangka manusia ke, tak pun tengkorak ke. Best lah sikit. Ini tak, kosong je bilik ni. Apa yang nak rahsia sangat... " bebel Bella sendiri.

Bella diri semula. Cadar katil yang berwarna putih itu ditepuk sedikit kuat.

Tiada habuk yang berterbangan.

"Sama ada bilik ni dia selalu guna atau bilik ini dia selalu bersihkan...Hurmm i wonder which one will be the truth... I wonder how, i wonder why~" Bella bernyanyi kecil. Tiba tiba pula lagu tiktok tu melekat dalam otak dia.

Bella melihat lagi di sekeliling.

Suhu dingin bilik itu menyebabkan Bella mengusap kedua dua bahunya laju untuk menghasilkan wap haba di badan.

Sedang dia melihat lihat sekeliling ada satu pintu yang juga berwarna putih menarik perhatian bella.

Jika dirumahnya pintu itu dijadikan sebagai stor. Kerana bilik didalamnya tidak terlalu besar. Hanya sedang sedang sahaja berbanding 3 bilik yang lain.

Bella tersenyum sinis.

Kaki melangkah semakin dekat ke arah pintu itu.

Kcak! Kcak!

Pintu itu berkunci.

"I found your secret~" kata Bella sambil tersenyum manis.

Kunci yang pernah diambil dalam bilik Luiz 2 hari lepas dikeluarkan dari dalam poket.

Kunci itu dimasukkan ke dalam tombol sebelum dipusing ke kanan 90 darjah.

Kcing!

Makin melebar sengihan di bibir Bella. Namun baru sahaja dia ingin melangkah masuk. Jam tangannya berbunyi kecil.

"Alamak, husband i dah nak balik... "

Pintu putih itu ditutup semula. Debu dalam balang yang berada atas meja di colet sedikit.

Kaki melangkah keluar dan debu itu ditaburkan di atas tombol pintu seperti sedia kala.

"Maybe next time..." guman Bella.

Pintu rumah Luiz ditutup perlahan lahan sebelum dia terus sahaja melangkah ke arah lift rumah. Tingkat paling bawah ditekan.

Keluar sahaja Bella dari pintu lift itu Luiz pula masuk kedalam. Mereka berselisih tetapi hanya Bella sahaja yang perasan.

Luiz yang sudah masuk kedalam lift terus menekan butang yang berada di bahagian kanan.

Bella memusingkan badannya menghadap ke arah lift.

"Hi my Eros, we meet again..." tegur Bella mendatar bersama bibir yang terukir manis.

Mata Luiz membulat besar melihat gadis yang menegurnya itu.

"Kau!"

Namun belum sempat dia berkata lagi pintu lift sudah tertutup rapat.

Luiz pantas menekan semula butang untuk buka.

Namun seperti sebelum sebelum ini.

Gadis itu sudah lesap seperti angin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience