Bab 25

Action Series 18457

"Luiz, betul ke you nak ikut jugak naik tingkat 3?" Soal Bella kepada Luiz mendatar. Badannya elok menyandar pada dinding lift.

"Kenapa pulak tak boleh, aku nak jugak tengok apa benda yang ada dekat tingkat tiga tu" balas Luiz yang berdiri di tengah antara Bella dan Andre.

"Hmmm,"

Andre terus membuat muka apabila mendengar ayat Luiz. Entah kenapa dia tidak gemar langsung dengan lelaki kacukan Eropah itu. Menyebalkan. Rasa macam nak pijak pijak je muka acah suci tu.

Ting!

Pintu lift terbuka perlahan-lahan, menampakkan lagi isi seluruh tingkat neraka itu.

Bella dan Andre hanya menayang muka bersahaja memandangkan mereka sudah biasa dengan suasana itu tetapi tidak bagi Luiz yang sudah melopong melihat keadaan tingkat tiga di hadapannya.

"Bella" panggil Luiz sedikit perlahan.

"Hmm?" Gadis itu pusing kepala menghadap Luiz.

"Mak kau ni..."

"Gila kan?" Pintas Bella laju. Luiz angguk kepala. Memang betul apa yang Bella cakapkan, tingkat itu seolah-olah sudah tidak seperti suasana dalam rumah lagi. Tapi dah macam hutan betul. Malah lantai juga bukan menggunakan mozek ataupun karpet. Tetapi tanah dan juga pasir pasir keras. Malah ada juga rumput rumput dan lalang yang setinggi pinggang.

Bunyi burung, monyet dan macam macam lagi bunyi haiwan yang lain kedengaran sebaik sahaja pintu lift itu terbuka.

"Hahahahahahahaha, tapi dia bukan setakat gila je tau. Perangai pun boleh tahan macam sampah jugak," kutuk Bella selamba.

"Miss!" Tegur Andre sedikit keras.

"What? You tak suka i kutuk dia?" Soal Bella semula. Wajah Andre direnung tajam. Kening sebelahnya dinaikkan tinggi, sengaja menganjing.

"Eva tu ibu Miss Bella" kata Andre lagi.

"So what bruh? You wanna smack my head? Cause i talk shit about her?" Tawa halus terlepas dari mulut Bella. "Stupid ass mother" sempat lagi Bella mengutuk sebelum dia melangkah keluar dari dalam lift sebelum diikuti oleh Luiz di belakang.

Andre hanya mampu mengeluh panjang. Nak marah lebih lebih pun tiada guna. Perangai Bella memang sudah sejak azali lagi sangat keras kepala. Dia sendiri sudah maklum dengan perkara itu.

Akhirnya Andre juga turut mengekor langkah Bella. Keselamatan Bella lebih penting saat ini.

Bella menyelak daun daun pokok yang menghalang pandangannya.

"Agak agak butang tu dia letak dekat sini ke? Ke tempat lain? Tempat mana lagi yang ada selain dekat sini, tingkat ni je yang tinggal" bebel Bella sendiri.

Sedang mereka bertiga meredah semak semak hutan, telinga Bella menangkap bunyi sesuatu. Sesuatu yang tidak asing dalam hidupnya sepanjang menjadi kurungan Eva Elizabeth di tingkat neraka ini.

Pisau berbentuk spiral yang terselit belakang poket seluarnya dibawa keluar sebagai langkah berjaga-jaga.

Andre juga sudah siap sedia dengan pistol hitamnya di tangan apabila melihat reaksi Bella.

"Luiz," panggil Bella tanpa menoleh kebelakang.

"Hmmm?" Sahut Luiz.

"Pistol you banyak lagi peluru?" Tanya Bella perlahan.

Luiz memeriksa pistolnya. Jaket bajunya juga diselak.

"Ermm banyaklah jugak" balas Luiz semula.

"Good, cause you fucking need it right now"

"Huh?" Luiz memandang belakang tubuh Bella sambil mengerut kening.

"Apa maks-"

"Shuhsh" kata Bella menutup mulut Luiz menggunakan tapak tangannya. Badannya ditundukkan separuh. Mata Bella tajam merenung pokok pokok disekitar mereka.

Meow....

Eoww....

Tiba-tiba telinga masing masing menangkap bunyi seperti bunyi seekor kucing mengiau, tetapi kedengaran agak kasar dan garau.

Bukan seekor, bukan dua ekor. Tetapi lima dan bunyi itu seolah-olah datang dari pelbagai arah.

"Mak kau bela kucing? Dekat tempat hutan macam ni? Seriously?" Bisik Luiz perlahan.

"Tu bukan bunyi kucing sengal" kata Andre dibelakang.

"Habis tu bunyi apa? Anjing?" Marah Luiz semula masih lagi dalam keadaan berbisik.

"Tu bunyi cheetah..." celah Bella. Mukanya berubah dingin dan serius.

"A what?!" Soal Luiz semula.

"Miss, lima lima ekor datang arah kita" kata Andre pula.

"Run!" Bella pantas mencapai tangan Luiz sebelum dia terus berlari kehadapan meninggalkan Andre sendirian di belakang. Lantak kau lah Andre. Pandai pandailah kau nak hidup.

Satu ekor cheetah berwarna hitam tiba-tiba muncul di hadapan Bella dan Luiz.

"LUIZ KILL THAT THING NOW!!" Arah Bella.

Refleks Luiz yang sememangnya sedang memegang pistol di tangannya terus menghala pistol ke arah binatang liar itu.

Bang! Bang!

Dua dua tepat di kepala. Cheetah itu jatuh menyembah bumi.

"Shit! Terkejut aku!" Kata Luiz yang masih lagi berada di belakang Bella.

Sesaat selepas itu, Bella pantas pusing kepala memandang belakang.

"Tunduk!!" Jerit Bella.

Slash!!!

Satu ekor cheetah berwarna emas berbintik, terjatuh betul-betul di sebelah Luiz dengan leher yang hampir putus. Darah tersembur keluar sampaikan ada yang terkena kasut Luiz.

Mata Luiz membulat besar. Degupan jantungnya kuat kedengaran. Suasana tingkat itu automatik menjadi huru hara dengan bunyi pelbagai jenis binatang. Lagi lagi bunyi monyet yang menjerit macam tercekik anak tekak.

"Dua dah mati, ada lagi tiga ekor," kata Bella sambil mata tajam memerhatikan persekitarannya. Pisaunya digenggam erat manakala sebelah lagi tangan masih tidak lepas memegang tangan Luiz daripada tadi.

"Mak kau ni nak bunuh kau ke apa" tutur Luiz tak puas hati. Jantungnya masih lagi berdebar-debar. Luiz pegang dada sendiri. Matanya dipejam rapat. Dia harus tenangkan diri. Silap haribulan Jay boleh mengambil alih badannya semula jika emosinya tidak terkawal. Setelah yakin dirinya sudah tenang matanya dibuka semula.

"Dia bukan setakat nak bunuh..."

Bella tarik tangan Luiz sama-sama menunduk ke bawah.

Zap!

Satu anak panah lalu betul betul di atas kepala mereka berdua sebelum tercacak tepat di dahan pokok belakang Luiz.

"Tapi dia nak seksa kita sekali" sambung Bella semula.

Luiz pandang anak panah yang sudah tercacak di belakangnya. Sial punya Eva. Hampir hampir sahaja benda tu terkena kepalanya sebentar tadi.

Bella dan Luiz kemudian meneruskan semula lariannya sehingga berada di hujung atau lebih tepat sehingga mereka jumpa dinding di tingkat tiga itu.

"Sekarang apa?" Tanya Luiz kepada Bella.

"Kejap i nak cari suis," balas Bella yang sedang meraba raba dinding di hadapannya. Sekali sekala jam tangannya dijeling sekilas. Tinggal seminit lagi.

"Suis apa?" Tanya Luiz mendatar. Dadanya dipegang. Jantungnya sudah mula berdetak dengan kadar normal.

"Suis untuk matikan benda alah dekat atas tu" jari Bella menunjuk atap di atas mereka. Ada satu kotak yang besar berwarna lutsinar. Kotak itu sangat lebar sehingga menutupi seluruh ruangan. Dan di dalam kotak lutsinar itu mengandungi cecair jernih seperti air.

"What the hell is that?" Tanya Luiz dengan kening yang berkerut.

"Semestinya tu mimpi ngeri untuk kita. Dalam kotak tu ada asid. Asid sulfurik. Berita baiknya asid tu tak akan kena kita kalau kita cepat cari suis matikan benda alah tu sebelum dia jatuh" terang Bella tenang.

"Kalau berita buruknya pulak?"

"Berita buruknya, kalau benda tu jatuh atas kita asid tu boleh menghakis kulit dan menyebabkan kulit kita terbakar" sambung Bella lagi.

"The hell" guman Luiz. Kepalanya didongak memandang atas semula. Eva ni anak setan ke apa?

"Jumpa!" Jerit Bella teruja. Suis berwarna kelabu itu ditekan ke bawah. Serta merta lampu yang menyala di sebelah kotak lutsinar atas mereka itu terpadam.

"Sekarang nak ada apa lagi? Singa muncul dari dalam dinding pulak?" Soal Luiz sarkastik.

"Hahaha, you ni kelakar lah" Bella tergelak halus.

"Sejak bila aku buat lawak?" Soal Luiz semula dingin.

Tiba-tiba gadis itu terdiam. Wajahnya juga berubah serius.

"Apasal?" Tanya Luiz.

Tanpa berkata apa-apa Bella terus menarik tangan Luiz rapat ke badannya. Pistol Luiz dirampas secara paksa.

Bang! Bang! Bang!

Luiz menoleh ke belakang. Seekor cheetah berwarna hitam bercorak tompok putih sudah terbaring atas lantai dengan kepala yang berlumuran darah.

"Sumpahlah, telinga kau ni telinga gajah ke apa?" Soal Luiz kepada Bella. Dia sendiri tidak mendengar langsung binatang itu berada dibelakangnya.

Bella tergelak lagi, pistol tadi dipulangkan semula kepada Luiz.

"I don't know, but telinga i daripada kecik memang special sikit," Bella duduk mencangkung depan cheetah tadi sebelum leher binatang itu dikelar menggunakan pisaunya pula.

"Apa maksud kau special?" Soal Luiz lagi.

Bella bangun dari mencangkung. Bajunya dikebas sedikit menghilangkan kotoran debu.

"Special lah, macam sekarang. I boleh dengar dua ekor cheetah yang lain dah mati di tangan Andre" terang Bella sambil memandang wajah lelaki itu.

Luiz perhatikan pokok pokok di sekitar. Matanya dikecilkan cuba mencari bunyi yang di maksudkan oleh Bella. Tetapi telinga Luiz hanya dapat menangkap bunyi monyet dan burung burung yang berkicauan.

"Kau ni biar betul?" Soal Luiz ragu-ragu.

"Iya betul, Eva pun ada kelebihan ni jugak tau. I don't know like a curse or something tapi Eva pernah kata yang keturunan Rose semuanya ada kelebihan ni" terang Bella semula.

"Like a witch?"

"Ermm boleh dikatakan macam tu" bibir Bella tersenyum lebar.

"Sekarang kita kena cari butang tu pulak" ajak Bella. Tangan Luiz dipegang semula sebelum mereka berdua memulakan langkah.

"Perlu ke sampai nak berpimpin?" Tanya Luiz mendatar.

"Mestilah" jawab Bella semula.

Luiz lepas nafas panjang. Perempuan ni suka betul nak ambik kesempatan atas kesulitan.

"Andre datang," kata Bella perlahan.

Beberapa saat selepas itu, lelaki itu betul betul muncul di hadapan mereka berdua dengan badan yang penuh dengan darah. Mungkin darah daripada cheetah yang dia bunuh.

"Oh my gosh, sejak bila you suka mandi darah pulak ni" perli Bella sambil pura-pura menutup mulutnya.

"Binatang tu liat nak mati" balas Andre mendatar. Tangannya dikibas ke udara. "Habis baju aku,"

Bau darah daripada baju Andre menyengat hingga ke hidung.

Jantung Luiz berdetak laju. Hidungnya pantas ditekup. Pandangannya tiba-tiba menjadi kabur. Wajah Bella di sebelanya juga kelihatan berbalam- balam.

"Bella," panggil Luiz.

Bella pandang Luiz sebelum mukanya terus berubah. Kedua pipi Luiz ditekap menggunakan tapak tangan.

"Hey! Are you okay? Kenapa muka you pucat ni!" Soal Bella panik.

Luiz meraba jaket baju dan seluarnya. Tetapi botol ubatnya sudah tiada.

"Bella, ubat aku," Luiz mula tidak stabil. Bella cepat cepat memegang badan lelaki itu supaya tidak terjatuh.

Andre hanya memerhati .

"Hey you kenapa ni? Are you okay?"

"Ubat aku mana?" Soal Luiz lagi.

Bella meraba poket baju Luiz.

"Mana you letak ubat you? Terjatuh ke?"

Luiz ketap gigi. Kepalanya pening dengan bau darah yang datang daripada baju Andre.

"Suruh mamat ni jauh jauh sikit, aku pening bau dia" kata Luiz lagi. Nafasnya ditahan semampu yang boleh. Dia tak mahu Jay mengambil alih tubuhnya lagi.

"Andre, pergilah duduk jauh jauh sikit! You busuk sangat! Siapa suruh you pergi mandi darah cheetah tu!" Arah Bella kepada Andre, tangan kecilnya menghalau lelaki itu.

"Fine," Andre mendecit sedikit sebelum dia menjauhkan diri daripada Luiz.

"You okay? Dah boleh bernafas?" Tanya Bella kepada Luiz semula.

Luiz angguk kepala. Badannya distabilkan. Kepalanya digoncang sedikit cuba menghilangkan sakit yang menyerang. 

"Sekarang nak buat apa?" Tanya Luiz mendatar.

"Kita cari monyet," 

The fuck?

"Cari apa? Monyet?" Luiz buat muka. Kejadah dia nak cari monyet pulak.

"Aah, salah satu monyet yang ada dekat tingkat ni ada satu yang atas kepala dia ada butang suis,"

"Suis untuk apa pulak ni?"

Bella kerling jam tangannya semula.

"Lagi 20 minit kalau kita tak jumpa monyet tu, pintu sangkar kala jengking akan dibuka. Dalam sangkar tu sekurang-kurangnya ada 200 kala jengking. And of course kala jengking yang berbisa, satu sengatan pun boleh buat maut" terang Bella mendatar.

Again, The fuck?!

Luiz menggeleng kepala perlahan. Nafasnya dikeluh kasar. Sumpah kalau aku dapat Si Eva ni memang aku kelar leher dia sampai putus.

"Dah jom, kita kena cepat, masa berjalan" ajak Bella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience