Epilog

Action Series 18457

"What do you mean tiket dia tak valid?" Tanya Bella yang jelas tampak tak puas hati apabila tiket flight Luiz tidak lepas di balai pelepasan.

"Maaf cik tapi tiket dia takde dalam sistem kami"

"Bullshit! I tempah tiket dia sama je tarikh dengan tiket i! Apasal pulak boleh jadi macam ni!" Kata Bella yang sudah mahu mengamuk.

"Shuhhhh Bella, jangan bergaduh dekat sini" cepat cepat Luiz tarik tangan gadis itu menjauhi pengawal yang berjaga di pintu balai. Risau jugak ada yang mampus kejap lagi.

"Apa ni! Kenapa you punya tiket boleh bermasalah? I taknak lah pergi malam ni" kata Bella yang sudah cemberut.

"Lah kau naik jelah dulu, bazir je nanti tiket flight kau. Takpe aku boleh tempah flight yang seterusnya" pujuk Luiz lembut.

"Alaaaa taknak, nak pergi sama sama dengan you" kata Bella meleret.

"Hahaha kau ni jangan nak comel sangat boleh tak. Dah pergi cepat karang terlepas pulak. Nanti flight seterusnya aku book" kata Luix semula.

"Yelah yelah" akhirnya Bella pasrah.

Badan Luiz dipeluk erat.

"Book cepat cepat tau. Jangan lama sangat" guman Bella perlahan.

Luiz hanya mampu tersenyum melihat perangai tunangnya itu. Why so cute?

"I pergi dulu. Bye bye" kata Bella yang sudah menyeret beg rodanya bersama dengan muka yang monyok.

"Bye bye. Take care sayang"

Makin cemberut muka Bella mendengar ayat sweet Luiz.

"Eyyy dia ni kan"

"Hahaha dah dah pergi cepat" kata Luiz.

Sebaik sahaja Bella hilang dari pandangan senyuman di bibir Luiz terus mati. Tangan yang melambai tadi juga perlahan lahan diturunkan.

'Kau nak jumpa dia sekarang?'

"Bila lagi waktu yang aku ada?" Jawab Luiz sendiri sebelum dia terus melangkah kearah keretanya semula. Masuk sahaja kedalam kereta, tiket flightnya yang bertarikhkan hari ini itu direnung sebelum dironyokkan. Kemudian Luiz terus sahaja memandu keretanya itu laju.

Hanya satu sahaja destinasinya sekarang.

Hospital.

           Sampai sahaja di kawasan hospital itu, Luiz terus memakirkan keretanya di tempat yang agak tersorok daripada pandangan orang.

Pakaiannya memang dari awal lagi sudah ditukar menjadi serba gelap.

Dengan kepantasan dan kecekapannya, Luiz berjaya masuk kedalam bilik khas yang menempatkan Faridah tanpa tertangkap di kamera cctv.

Kaki Luiz melangkah semakin dekat. Katil single yang terhuni seseorang itu tajam direnung tak berkelip.

Satu kerusi kayu diambil sebelum diletakkan betul betul di sebelah katil itu.

"Assalammualaikum mama" sapa Luiz lembut.

Dengar sahaja suara Luiz, Faridah automatik terjaga dari tidur. Wajah pucat Luiz yang sedang merenungnya dilihat.

"Apa kau buat dekat sini hah!" Tanya Faridah yang jelas tampak ketakutan. Badannya dirapat ke dinding.

"Mama ni Luiz, bukan Jay" kata Luiz lembut sahaja berbicara.

"Kau nak apa dari aku!" Tengking Faridah.

"Mama, kenapa mama takut dengan Luiz, mama dah tak sayang Luiz ke?" Tanya Luiz lagi.

"Hey, siapa sayang kau? Daripada lahir aku memang jijik tengok muka kau. Kalau tak kerana perangai kau yang sama dengan aku. Dari kecik lagi aku dah bunuh kau tahu tak! Kau fikir bila kau dah tahu yang aku tak gila aku akan sayangkan kau? Dalam mimpi kau lah!" Kata Faridah bertubi tubi.

Senyuman dibibir Luiz berubah sayu.

"Mama..."

"Stop calling me Mama! Aku takde anak setan macam kau!" Marah Faridah.

"Ma please, jangan cakap macam tu dekat Luiz. Kalini je, kalini je Luiz mintak. Mama please jangan marah Luiz, please sayangkan Luiz macam seorang anak. Luiz kan anak mama" suara Luiz seakan merayu.

"Hey kau ni dah gila eh? Hah? Kau dah lupa apa aku buat dekat kau selama ni? Aku dera kau, Luiz! Aku dera kau separuh mati! Aku pijak kau, aku pukul kau macam binatang, aku tampar kau! Kau dah lupa ke? Dengar sini Luiz, aku sekalipun dalam hidup aku tak pernah sayangkan kau! Aku tak pernah anggap kau ni manusia! Aku anggap kau binatang bodoh tahu tak! Pergilah! Jangan kacau hidup aku!" Hambur Faridah.

"Tapi..."

"Kau fikir aku tak tahu? Kau memanipulasikan semua orang sekeliling kau? Kau sengaja biar dua anak beranak tu bergaduh! Kau biar aku dera kau walaupun aku tahu kau boleh selamatkan diri kau masa tu! Kau jugak yang sumbat aku masuk sini! Semuanya sebab kau nak Bella jadi milik kau kan? Sekarang kau dah dapat perempuan tu. Apa lagi kau nak!"

FLASHBACK

Lama Luiz melihat seorang perempuan yang tidak asing lagi di mata pandangannya itu. Seseorang yang dia tunggu selama bertahun tahun. Wanita itu sedang mengikut jejak langkah seorang lelaki. Pasti lelaki itu mangsa bunuh yang seterusnya.

Bella Lavender Rose.

"Kau nampak makin cantik, Bella" guman Luiz perlahan sebelum menyicip air kopinya dari atas tingkat 25 itu.

"Satu hari nanti kita akan bersua muka" katanya mendatar

-

Luiz melihat jam tangannya yang berjenama Rolex itu.

11 malam.

Selalunya Bella akan datang ke pantai itu waktu waktu sebegini.

Dia sendiri sudah masak dengan jadual gadis itu di dalam kepalanya. Seperti sudah ternanam dalam otak.

Kereta Luiz memakir pada tepi deretan pantai.

Angin kuat pada malam itu seolah olah menggigit hingga ke tulang. Namun Luiz tetap keluar dari keretanya. Dia perlu berjumpa dengan gadis itu harini.

"She was a beautiful goddess. Doesn't she?" ada satu suara menyampuk ayat Luiz.

Luiz tersenyum kecil sebelum matanya dibuka apabila terdengar ada suara membalas ayatnya sebentar tadi.

Akhirnya kita bersua muka jugak.

Bella Lavender Rose.

-

Pintu bilik yang bercorak putih itu ditolak kedalam. Tiada apa sangat yang ada dalam bilik itu, melainkan penuh dengan pelbagai jenis alatan seksaan.

Luiz melangkah masuk sebelum satu suis pada dinding tepinya ditekan selama 3 saat.

Tiba tiba satu papan besi terbuka dari dinding yang kaku itu.

Atas papan besi itu penuh maklumat tentang seseorang. Gambar, informasi, dan macam macam lagi. Semua itu adalah gambar orang yang sama. Daripada manusia itu berumur 10 tahun hingga lah kini. Dan kebanyakkannya gambar itu diambil secara senyap senyap.

'Kau akan lupa dia Luiz, kau kena makan ubat kau' ada satu suara menyampuk dalam kepala Luiz.

"Biarkan aku lupa, aku tak peduli. Sebab aku yakin hati aku takkan pernah beralih arah walaupun aku lupa tentang dia sekalipun" kata Luiz mendatar sebelum satu gambar Bella diambil sebelum dibawa kebibirnya.

"I miss you Bella, so much"

END OF FLASHBACK

"Ma...apa yang ma cakap ni ... Luiz tak faham" kata Luiz yang sudah berkerut.

"Dengan orang lain boleh lah kau berpura pura, Luiz. Tapi tak dengan aku. Kau tak boleh tipu aku Luiz. Aku mama kau. Aku kenal kau dari kecik lagi! Aku yang besarkan kau! Aku tahu perangai obses kau tu"

Bibir Luiz terkoyak senyuman.

"Akhirnya, mama mengaku jugak yang Luiz ni anak mama"

"Kau- kau memang gila" kata Faridah yang jelas tampak tak percaya.

"Aku dera kau selama ni Luiz! Kenapa kau masih sayang aku? Aku bukan mama yang baik! Aku cuba jadikan kau gila!" Baju hoodie Luiz diselak ke atas.

"Kau nampak tak ni! Bekas bekas ni semua aku yang buat!"

Kepala Luiz ditonjol perlahan.

"Aku jugak yang dera mental kau Luiz! Kau dah lupa ke!"

Jari Faridah digenggam kemas.

"Luiz tahu, tapi Luiz tetap sayangkan mama" bicara Luiz lembut.

Tangan Faridah ditarik sebelum badan tua itu dirangkul erat.

"Luiz sayangkan mama. Walaupun mama dera Luiz, walaupun mama pekakkan telinga Luiz, walaupun Luiz hampir mati sebab mama. Tapi Luiz tetap sayangkan mama" bisik Luiz perlahan sahaja ditelinga Faridah.

Mata Faridah mula berkaca kaca. Hatinya sebak.

"Mama satu satunya mama yang Luiz ada. Walaupun setiap kali mama dera Luiz mama akan sebut yang mama benci Luiz. Walaupun Luiz tahu yang sebenarnya mama tak gila. Walaupun mama selalu sebut yang mama sayangkan Marcel. Tapi Luiz tetap sayangkan mama. Cuma mama je satu satunya tempat untuk Luiz bergantung. Tempat untuk Luiz kekalkan kewarasan Luiz yang hampir tiada. Tempat untuk Luiz rasa kasih sayang walaupun kasih sayang itu terlalu sakit" kata Luiz lagi.

Air mata Faridah mengalir keluar.

Apa yang dia dah buat selama ni?

"Tapi mama, sekarang Luiz dah besar. Luiz dah jumpa orang yang boleh bagi Luiz kasih sayang tanpa alasan. Orang yang takkan pernah bosan dengan Luiz. Orang yang sanggup pertahankan Luiz. Orang yang sanggup berkorban nyawa untuk Luiz. Orang yang Luiz sayang. Luiz dah jumpa dia mama" senyuman di bibir Luiz berubah dingin.

"Maafkan Luiz ma, tapi Luiz dah tak perlukan ma dalam hidup Luiz lagi"

Prak!

Dengan sekali rentap, leher Faridah patah dan berpusing ke arah yang berlawanan.

Faridah terkulai dalam pelukan Luiz.

"Selamat malam Mama, Luiz sayangkan mama. Tak kira apa pun yang jadi" bisik Luiz perlahan sebelum memberikan pelukan terakhir kepada ibunya yang sudah tidak bernyawa itu.

Faridah dibaringkan semula atas katilnya.

Rambut yang mula beruban itu diselak sedikit sebelum diselitkan ditepi telinganya.

Selamat tinggal kisah silam lamaku.

         Bella yang sedang termenung memandang kepekatan langit malam itu tersengih sendiri. Langit gelap di negara France pada malam ini sangat indah dengan tergantung berjuta juta bintang.

"Hurmm mesti Faridah dah mati sekarang, kan?" nguman Bella sendiri sebelum tangannya didepakan luas.

Hahahahahaha

Satu senyuman panjang terukir.

Semuanya berlaku seperti yang dirancang.

The end

Dengan ini tamatlah sudah cerita yang paling susah nak update ni. Huhuhuhu.

How guys? Otak masih ada?

Eleh cerita ni tak heavy pun kan.

Chill chill je

Berikan komen serta ulasan anda tentang cerita ini please.

Apa apa tak faham, pura pura je lah faham. Sudah awal awal lagi tasya bagi tahu dalam buku ni takde sorang pun yang normal??

Okay tata see you next book.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience