Bab 24

Action Series 18457

Luiz melihat lelaki itu atas bawah. Siapa dia ni? Dari mana dia datang? Sedangkan hampir kesemua tempat dia dan Bella sudah geledah.

"Andre, what are you doing here? Where's Eva?" soal Bella di sisi Luiz.

"Miss Bella, why are you doing this. Kenapa kau lawan cakap Eva? Tengok apa yang dia dah buat? Kenapa kau letakkan diri kau dalam bahaya?" soal Andre sambil kedua bahu tangan Bella digenggam erat. Suaranya kedengaran agak kesal. Mungkin juga dia terkilan.

"Hand off dude... " tegur Luiz laju. Jelas dia tidak menyukai melihat lelaki itu menyentuh bahu Bella. Adakah dia jeles? Ah ngarut.

"Excuse me... Mr Luiz?... Or right now Mr Jay?" soal Andre sambil memandang wajah beku jejaka itu.

Luiz jelas terkejut mendengar soalan Andre. Terbuntang luas biji mata. Sudah pasti dirinya sudah diselidik sampaikan lelaki itu tahu nama personalitinya yang lain.

"Luiz..." kata Luiz sepatah. Mukanya automatik berubah menjadi dingin sedingin salju.

"Okay Mr Luiz. Boleh tak bagi aku ruang untuk settelkan masalah ni dengan Miss Bella" kata Andre mendatar.

"Apasal pulak aku tak boleh masuk campur?" lawan Luiz semula.

"It's family matter..." jawab Andre.

"Kau family dia ke? Tak kan? So kau tu pun orang luar je, takpayah nak acah sangat. Hal dia hal aku jugak. Musuh dia musuh aku. Aku terperangkap dekat sini sebab Eva. So aku nak dengar jugak apa yang korang nak bincangkan tu" balas Luiz laju. Panas hatinya melihat muka bersahaja lelaki kacukan italy di hadapannya ini. Padahal dia tahu Andre ini merupakan ayah kepada Bella. Memandangkan Jay sudah memberitahu perkara itu dalam kepalanya. Tapi, lantaklah ada aku kisah? Bapak dia bukan bapak aku.

Bella yang berada diantara tengah mereka sudah menahan gelak. Dalam hati dia hanya menahan riang. Luiz jeles ke? Oh my.

"Memang aku family dia!" balas Andre juga tidak mahu kalah. Nada suaranya sudah naik seoktaf.

Luiz hanya memberikan senyuman senget dengan kedua tangan yang disilang ke dada.

"Bukti?" katanya sepatah. Bicaranya seperti bermain main.

Makin panas hati Andre melayan jejaka itu. Orang nak cepat boleh pulak dia nak minta bukti bagai. Ngarut betul.

Bella yang sepertinya sudah tidak dapat menahan gelak, terus terhambur gelak tawanya kuat.

"Stop it Andre. And you too Luiz..." kata Bella sebelum memandang wajah kedua dua jejaka di hadapannya itu.

Luiz hanya membuat muka tidak bersalah.

"Andre, mana Eva?" soal Bella mengulang pertanyaannya sebentar tadi.

"Eva takda dalam rumah ni..." balas Andre sedikit perlahan.

"And why are you here then..."

"To protect you..."

"From what? This shitty hell?" soal Bella sambil menjuihkan mulutnya ke arah berpuluh mayat dibelakang Andre.

"No..." balas Andre sepatah sebelum kepalanya menoleh ke arah Luiz.

"From him..." sambungnya lagi.

Luiz masih lagi kekal seperti tadi menayang wajah dinginnya. Manakala dahi Bella sudah berkerut seribu.

"Apa maksud you?" soal Bella mendatar.

"Miss, he is a dangerous man... Dia berbahaya. Dan sangat berbahaya. Kita tak tahu apa yang dia nak. Apa motif dia rapat dengan Miss..."

"Berbahaya? Maksud you Jay?" soal Bella hairan. Jay bahaya ke? Comel je dia tengok. Hensem pulak tu.

"No... Him. Luiz Martin. He is the real psychopath" jawab Andre mendatar.

Bella terkedu.

"Hello Encik Andre bodoh. Boleh tak kalau nak kutuk aku tu sorok sorok sikit. Fitnah aku dahlah betul betul depan muka. Takda rasa serba salah langsung pulak tu. Entah entah kau yang psiko" celah Luiz yang daripada tadi hanya diam mendengar dirinya dikutuk.

"Kau fikir aku tak nampak apa kau buat daripada tingkat bawah sampai ke tingkat dua selama ni?" sindir Andre dengan senyuman sinisnya.

"Well... Tell her then. Apa benda dosa neraka yang aku buat tu" mantul Luiz laju.

"Aah, what he even did to me? He doesn't do anything at all" bela Bella pula mengiyakan kata kata Luiz.

"And that the problem! You do all the thing for him! And dia buat apa? He standing behind you while smiling? What he even do? Help you? No, right! HE PUT YOU IN DANGER" kata Andre kuat.

Dalam diam Luiz tersenyum sedikit. Tak guna. Maknanya selama ini tingkah lakunya diperhatikan. Tetapi dari mana?

Kepalanya mendongak memandang atas. Luiz tersengeh lagi sekali. Kamera bodoh.

"Huh? And that the only problem? Sampaikan you gelar dia psychopath? Are you serious Andre?" soal Bella semula.

'Gaduh pulak dah... Elak kita semua mati katak je nanti dekat sini' komen Jay yang dari tadi juga turut mendengar apa yang mereka sedang gaduhkan.

"Dia tak tolong Miss langsung! Dia biarkan Miss dalam bahaya lawan semua anak buah Eva tu! And that the fu*king problem!" marah Andre.

"I protect him because he fu*king need it!" kata Bella juga dengan nada yang semakin meninggi.

"No!" balas Andre lantang.

Keadaan menjadi sepi buat seketika. Mereka hanya memandang antara satu sama lain.

"Huh? What do you mean by no?" soal Bella sambil merenung tepat anak mata Andre.

"He..."

Bang!

Belum sempat Andre menghabiskan kata katanya, peluru pistol Luiz sudah meluncur laju sebelum menyentuh sedikit bahagian sisi pipi Andre dan terus mengena tepat pada kepala mayat yang berada di belakang lelaki itu.

Masing masing terdiam. Lagi lagi Andre. Luka akibat peluru pistol Luiz di pipinya itu sudah mengeluarkan cecair merah.

"Mak aih, hidup lagi mayat tu tadi... Sumpah aku nampak dia bangun..." kata Luiz sangat selamba sebelum dia kembali menyimpan pistolnya itu ke dalam poket seluar. Kemudian dia berpura pura melihat jam tangannya.

"I think we should go now. The clock is ticking..." kata Luiz mendatar sebelum butang pintu lift ditekan.

Sesaat selepas itu pintu lift terbuka luas sebelum dia terus melangkah masuk.

Bella pula hanya mengekor dari belakang.

"How about you? Mister nobody? Nak masuk ke tak?" soalan Luiz menyentak lamunan Andre yang masih lagi dalam keadaan terkejut.

Sangat jelas sekali itu adalah amaran daripada Luiz agar dia tidak membuka mulut.

"A.. Aa, ya aku masuk" jawab Andre sedikit tergagap. Sesaat selepas itu pintu lift kembali tutup.

'Pandai kau cover line....' kedengaran  sayup sayup satu suara berlalu di cuping telinga Luiz.

'Diam babi...'

'Hahaha'

"Puan, boleh saya tahu apa hubungan puan dengan Puan Faridah?" soal salah seorang jururawat yang menjaga kaunter hospital bahagia itu.

Cermin mata hitam yang dipakai ditanggalkan sebelum dilipat dengan kemas.

"Saya adik tiri dia. Aunty Luiz Martin" balasnya bersama senyuman manis.

"Boleh saya tahu apa sebab puan nak bawak dia pulang?" soal jururawat itu kembali.

"Semalam anak Faridah sakit. Luiz Martin. Dia kemalangan jalan raya. Dia jugak lah yang suruh saya bawakkan kakak saya balik ke rumah. Sekejap je. Boleh kan?" soalnya semula.

"Boleh, tapi sebelum tu boleh saya tahu siapa nama puan?"

"Eva. Eva Elizabeth" jawab wanita itu sambil tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience