Bab 37

Action Series 18457

Rayyan menoleh kearah pintu rumah. Sebelah tangannya elok diselitkan dalam kocek seluar manakala sebelah lagi sedang memegang riffle berwarna putih.

"Hello Bella, aku datang seperti mana yang aku janjikan" kata Rayyan mendatar. Sempat lagi hujung bibirnya menyimpul satu senyuman nipis.

"Yow" Bella membelas senyuman itu dengan mengangkat tangannya sesaat.

"Arghhhhhh korang memang sial!" Jerit Eva yang sedang berada atas tanah.

Rayyan melangkah kearah Eva semakin dekat sebelum rambut Eva yang tampak serabai itu ditarik kasar.

"Hey betina. Yang kau ni otak sampah sangat sampai nak bunuh anak sendiri tu kenapa? Kau fikir anak kau tu anak patung ke apa takde perasaan? Kalau rasa rasa tak boleh nak jadi mak yang baik. Lain kali jangan mengandung. Jangan kahwin terus. Ni sibuk gatal nak kahwin lepastu anak kau jadikan macam hamba kau eh? Bangsat kau ni" kata Rayyan dingin. Tajam mata pisaunya itu menikam anak mata milik Eva.

"Kau takkan terlepas lah sial! Anak anak buah aku ramai! Aku yakin tak lama lagi diorang semua akan datang sini! Setakat korang bertiga? Hahahahahaha aku ada beratus anak buah!" tengking Eva lagi.

"Pfftt Hahahaha" gelak Keith kuat tiba tiba.

"Hahaha anak buah ramai katanya" sambung Xavier pula.

Dahi Eva berkerut melihat reaksi mereka.

"Apa yang kelakarnya bodoh!" Tengking Eva yang mula naik berang apabila melihat dirinya diketawakan.

"Haha anak buah? Maksud kau anak buah yang aku dan geng aku baru je jadikan mayat 3 minit yang lepas ke?" Tanya Rayyan sarkastik.

Senyuman Rayyan bertukar dingin.

"Semua anak buah kau dah mampuslah wey. Cuma kau dan Bella je keturunan Rose yang aku tinggalkan. Hurmm atau mungkin lepas ni Bella je satu satunya keturunan Rose yang ada dalam dunia ni. Sebab kau pun akan jadi mayat tak lama lagi. Setakat beratus. Hahaha funny sangat ayat kau ni. Tak jadi kudis dekat akulah beratus kau tu. Yang beratus tu pun bodoh bodoh belaka. Tembak aku pun kena tak kena je. Anak abang aku yang baru setahun jagung tu pun lagi power pegang pistol daripada anak buah bebal yang kau bangga bangga kan ni tahu tak? Mana kau kutip diorang eh? Dekat tempat pelupusan sampah ke? Hahaha nice joke, but try harder next time" kata Rayyan.

"Tuih!" Eva cuba untuk meludah Rayyan namun sempat lelaki itu mengelak kepalanya laju.

"Wuish garang betul binatang ni. Jangan ludah ludah lah. Najis mughallazah" kata Rayyan sebelum dia bangun daripada mencangkung. Dengan selamba muka Eva dipijak tanpa belas ikhsan.

"Kerja aku dah settel. Anak anak buah mak kau pun aku dah settelkan. Aku cau dulu" kata Rayyan kepada Bella dan juga Luiz.

"Thanks a lot Rayyan" kata Bella.

Lama Rayyan merenung wajah Bella yang tampak pucat dan juga wajah Luiz yang berdiri di sebelah gadis itu.

Hurmm Hanz 2.0.

"You two should rest" kata Rayyan lagi sebelum dia terus melangkah meninggalkan kawasan villa itu. Selang beberapa saat Xavier juga turut mengikuti langkah Rayyan.

Sempat mata Keith melihat wajah Luiz sebelum dia pun melangkah pergi dengan dahi yang berkerut.

"Kenapa muka dia macam Hanz eh? Kembar ke?" Guman Keith sendiri.

Bella melihat Luiz, mata mereka bertentang untuk beberapa saat.

"Tak sangka diorang akan datang tolong kita. Kau pujuk dia ke?" Kata Luiz sebaik sahaja mereka bertiga sudah hilang dari pandangan.

"Hehehe hebat tak i?" Tanya Bella sambil tersengih.

"Hurmm boleh lah hebat" jawab Luiz malas.

"Wah first time you puji i" ujar Bella ceria.

Luiz merenung wajah gadis itu yang jelas tampak sedikit pucat. Bibirnya yang dahulu merah pink juga kini tampak merekah bagaikan sudah berhari hari tidak menyentuh setitis air.

Sudah berapa hari dia dikurung oleh Abdre? Adakah sewaktu dia dikurung oleh Andre, Bella juga turut dikurung oleh Eva?

Rambut Bella yang sedikit terjuntai di hadapan muka itu diselak perlahan sebelum diselitkan ke belakang telinga gadis itu.

"Luiz?" Tangan Luiz yang memegang rambutnya itu digenggam kemas.

"You, Luiz kan?" Tanya Bella mendatar. Aneh melihat perlakuan lelaki itu. Kenapa dia ni macam sweet je? Selalunya Luiz dingin dengan dia.

"Ya aku Luiz" balas Luiz mendatar.

Luiz melepaskan pegangan tangan Bella sebelum dia terus melangkah kearah Eva yang masih lagi meraung atas tanah tepi kereta Audinya.

Rambut Eva dicengkam kuat sehingga kepala wanita itu terdonggak memandang kearah wajah Luiz.

"Aku tak habis lagi dengan kau" sebaik sahaja berkata sedemikian, Luiz terus mengheret wanita itu sehinggalah masuk kembali ke dalam rumah.

Bella pula hanya memerhati dengan senyuman yang puas.

Sampai sahaja dibahagian dapur, Luiz pantas mencapai satu pisau yang agak sedang saiznya sebelum pisau itu dibakar atas stove sehingga merah.

"Kau nak buat apa hah! Korang fikir korang akan terlepas ke? Aku akan pastikan yang korang berdua mati dekat tangan aku lah sial! Kau tunggu lah nasib korang!" Marah Eva.

Luiz tersenyum sinis. Pisau yang sudah merah itu diambil semula.

"Mati? Kau ke aku yang akan mati?" Habis sahaja berkata, pisau panas itu terus dicucuh pada luka tembakan di bahu dan peha Eva.

Sssttttt

Meraung raung wanita itu apabila merasakan kulitnya terbakar akibat pisau itu. Bau kulit terbakar juga kuat menyengat hidung masing masing. Seakan bau satay pun ya juga.

Tapi satay yang ni haram dimakan. Sebab tuannya serupa babi.

Apabila Luiz yakin darah pada luka tembakan Eva sudah berhenti mengalir, pisau tadi diletakkan kembali di atas meja dapur.

Dagu Eva ditarik kasar menghadap wajahnya.

"Suka? Seronok? Seronok tak kena seksa?" Soal Luiz dingin. Sempat matanya mengerling pada Bella yang dari tadi hanya tersenyum melihat ibunya diseksa.

"Kau kisah ke kalau aku bunuh binatang ke?" Tanya Luiz mendatar.

"Kisah? Kenapa pulak i nak kisah. I lebih suka kalau you bunuh dia dengan keadaan yang paling menyeksakan, paling hodoh dan paling teruk. Ouh ya kalau boleh jangan biar dia mati awal sangat. Nanti dah tak fun" balas Bella selamba.

"Kau memang anak tak guna Bella! Anak sial!" Maki Eva berkali kali.

"Like i fucking care" balas Bella selamba.

Luiz memandang wajah Eva kembali.

"Aku memang taknak kau mati awal sangat. Aku nak kau mati perlahan lahan dalam keadaan yang penuh terseksa. Aku nak kau rasakan semua seksaan yang kau dah buat dalam hidup kitaorang selama ni. Aku akan buat kau rasa macam mati tu lebih baik daripada kau hidup" dingin ayat itu dituturkan.

Eva menelan air liurnya yang terasa kesat.

"Kau akan rasa menyesal sebab kenal aku" kata Luiz dingin.

Nafas Eva tercungap cungap menahan rasa kulit nya yang terbakar. Dia tahu masanya sudah tidak lama. Dan dia pasti masa depannya itu sungguh kelam dan gelap. Patutkah dia bunuh dirinya sahaja?

Baru sahaja dia ingin menggigit lidahnya sendiri, Luiz terlebih dahulu sudah memasukkan tangan kedalam mulut Eva. Habis penuh segenggam.

"Atotototo nak buat apa ni? Nak bunuh diri ke? Jangan lah mengalah awal sangat. Aku baru je nak berkenalan dengan kau" kata Luiz semula.

"You buat lah apa yang patut. I nak pergi mandi kejap" kata Bella sebelum dia terus pergi meninggalkan Luiz dan permainan barunya itu.

Luiz hanya memerhatikan sahaja Bella yang sudah semakin hilang dari pandangan. Kemudian wajah Eva dipandang semula. Air liur wanita itu sudah penuh di tangannya yang berada dalam mulut Eva sampaikan ada yang menjejes jejes ke lantai.

'Luiz kau jangan macam macam, pecah rahsia kau dekat sini nanti' sayup sayup suara itu berlalu ditelinganya. Tak lain tak bukan siapa lagi kalau tak Si Jay salah satu personaliti yang wujud dalam kepala otaknya.

Pfftt pecah rahsia?

Kisah pulak aku

"Hi Eva. Nama aku Luiz Martin. Dan aku seorang penderita penyakit mental yang psycho. Mungkin, kau pun dah kenal aku kan?" Satu senyuman sinis terukir di bibir merah itu. Lebih kepada senyuman psycho.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience