Bab 38

Action Series 18457

Selesai sahaja membersihkan diri, Bella terus melangkah kearah ruangan bawah tanah semula.

Biarlah Luiz main pondok pondok dengan mamanya itu lama lama sikit.

Pintu bilik pertama ditolak kedalam. Bilik dimana ibu kandung Luiz berada.

Bibir Bella tersenyum lebar. Faridah yang masih duduk atas kerusi dalam keadaan berikat itu serta merta menoleh kearah Bella.

"Hi Faridah.... How are you? Still good?" Selangkah demi selangkah Bella mendekati sebelum dia mencapai sebuah kerusi kayu yang ada disisinya.

"Puas dah berlakon gila?"

Kerusi itu diletakkan betul betul di hadapan Faridah.

"A-apa awak cakap ni. Saya nak Luiz! Mana Luiz!" Jerit Faridah mula meracau.

"Hahaha Faridah sudah sudah lah tu, kau mungkin boleh tipu Eva, kau mungkin boleh tipu doktor kau, kau boleh tipu anak kau, kau boleh tipu satu dunia. Tapi kau tak boleh tipu aku" kata Bella mendatar.

Faridah masih lagi seperti tadi. Wajahnya jelas tampak cuak dan ketakutan.

"Hmmm kau sebenarnya tak gila kan? Hahaha kau pura pura je selama ni" bicara Bella semula.

Perlahan-lahan wajah Faridah yang tadinya tampak cuak mula berubah sinis.

"Pftt HAHAHAHAHAHA aku tak sangka rahsia aku boleh terbongkar Hahahahahahahah. Tell me Bella, dekat mana silap aku sampaikan kau boleh tahu?" Tanya Faridah mendatar.

Dalam diam hujung bibir Bella tersengih sinis.

Aku dah agak dah.

"First of all, setiap kali Luiz melawat kau dekat tempat gila kau tu. Mesti keadaan mental dia makin teruk. Benda ni kerap sangat berlaku. Let say yang kau betul betul gila. But takkan tiap kali dia tengok kau dia jadi macam tu. And aku tengok mental dia macam betul betul terseksa setiap kali dia lawat kau" terang Bella tenang.

"Kau sengaja buat macam tu dekat dia kan?" Tanya Bella mendatar.

"HAHAHAHAHAHA lagi? Selain daripada tu?" Tanya Faridah semula.

"Second, takde sebab untuk kau jadi gila. Aku dah korek masa silam kau dalam masa 2 bulan. Aku tahu apa yang kau buat sepanjang hidup kau" jawab Bella.

"Dan masa first time aku datang rumah kau. Sebenarnya kau yang upah aku untuk bunuh pembantu rumah kau masa tu. Betul tak? Kau sengaja bagi aku dengan Luiz berjumpa. Sama macam ayah kau, kau, dan jugak Luiz, korang ni sebenarnya psychopath yang berdarah dingin" sambungnya lagi.

"Wow, impressive. Hahahahahaha jujur aku sangat kagum dengan kau. Kau betul betul dah buktikan pada aku yang kau ni dari keturunan Rose. Bagus Bella. Aku suka" balas Eva sambil menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Cuma satu je yang aku tak tahu dan aku masih tak faham sampai sekarang" celah Bella laju.

"Apa dia?" Tanya Faridah bersama senyuman.

"Kenapa aku?" Soal Bella ringkas.

Senyuman Faridah semakin sinis.

"Did you know? Gen psycho boleh diturunkan melalui keturunan. And can you imagine apa anak yang akan lahir kalau kau dan anak aku bersama? HAHAHAHAHAHA. Seorang daripada gen psychopath pembunuh berdarah dingin. Seorang lagi dari gen psychopath berpenyakit mental juga pembunuh yang berleluasa"

Wajah Bella tidak menunjukkan reaksi apa apa. Hanya beriak selamba. Dia sudah dapat mengagak jawapan itu yang akan keluar dari mulut Faridah.

"Jadi selama ni kau seksa Luiz Martin bukan sebab Luiz Marcel hilang? Tapi memang sebab kau nak jadikan dia gila?" Tanya Bella serius.

"Wah bijaknya, one point for you"

"Luiz Marcel...jadi kau tahulah selama ni Eva yang culik dia?" Tanya Bella lagi.

"Bella, Bella, Bella aku ada masa dia kena culik dengan mak kau. Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri macam mana mak kau upah orang suruhan dia untuk culik anak aku" balas Faridah selamba.

"Dan kau biarkan je? Tapi dia anak kau" kata Bella lagi.

"Dia anak yang cukup sempurna dari segi akal dan fikiran. Tidak seperti Luiz Martin yang memang ada psychopath traits sejak dia kecik lagi. Jadi aku jadikan Luiz Marcel sebagai asbab untuk aku boleh berpura pura gila. See? Aku tak kena tangkap polis. Even after aku kantoi yang aku dera anak aku separuh mati sekalipun HAHAHAHAHA"

PANG!

Kuat pipi Faridah ditampar oleh Bella. Kepala Faridah terteleng kekiri.

"Ouh don't mind me. Aku tiba tiba je rasa nak tampar kau" kata Bella tanpa rasa serba salah.

Tuih. Faridah meludah sisa darah dalam mulutnya.

"Hahurmmm let me gather my mind for a while. Jadi kiranya sekarang ni punca mak aku gila sebab ayah korang? Punca kau gila dera Luiz dari kecik pulak sebab mak aku culik anak kau tapi sebenarnya tak pun. Kau pura pura je, kau memang sengaja rancangkan semua tu. Kau upah aku masa kecik tu pun untuk sengaja bagi Eva jeles bila aku rapat dengan anak kau"

Bella membuat gaya seperti orang sedang berfikir. Jari runcingnya bermain main di dagunya sendiri.

"Kau bagi Luiz Marcel kena culik sebab dia normal dan takde langsung ciri ciri psychopath. Jadi kau nak kata yang Luiz tu psychopath ke?" Tanya Bella setelah menggabungkan semua puzzle fikirannya.

"Selama ni kau perhatikan setiap jejak langkah dia kan? Kau rasa dia normal ke?" Balas Faridah semula.

Perlahan lahan mata Bella membulat sebelum tangannya naik menutup mulutnya sendiri.

"Kenapa? Kau takut?" Soal Faridah sarkastik.

"Tak. Aku suka" jawab Bella laju.

"Ahhhh bahagianya kalau Luiz betul betul psycho seperti yang kau cakapkan" kata Bella lagi. Tangannya naik memeluk badan sendiri.

"Hahahahahaha kau ni memang pelik lah" kata Faridah.

Bella berhenti daripada berangan. Wajah Faridah direnung semula dengan tatapan jijik.

PANG!

Pipi kiri Faridah ditampar.

"Aku suka kalau Luiz sekepala dengan aku. Tapi aku masih tak puas hati kenapa kau perlu seksa dia"

PANG!

Pipi kanannya pula ditampar kuat.

"Kau tahu tak gara gara kau dia kena kurung dengan Andre?"

PANG!

"Gara gara kau dia sentiasa dikejar oleh masa silam dia"

PANG!

"Gara gara beribukan macam kau dia tak dapat rasa erti kasih sayang keluarga sama seperti aku. Kau pisahkan dia dari abang kandung kembar dia sendiri"

PANG!

"Kau punca mama aku meroyan sampai aku pun diseksa dari kecik"

PANG!

"Lah jadinya semua benda ni punca dari kau ke? Nah satu kali lagi" kata Bella lagi sebelum dengan selamba dia menampar pipi Faridah dengan lebih kuat.

PANG!

Habis merah kedua dua belah pipi Faridah. Jelas timbul urat urat hijau serta merah di permukaan pipi wanita itu.

"Haha hah....." Faridah cuba mencari nafas segar. Darah yang sudah berkumpul dalam mulutnya itu diludahkan ke lantai. Pasti bahagian dalam pipinya sudah terkoyak besar.

Tamparan Bella amat memeritkan. Boleh pekak telinga.

Telinga Faridah sedikit berdesing.

"Kau cakap lah apapun yang kau nak cakap. Tapi rancangan aku akhirnya berjaya. Betul tak? Kau dah cinta mati dekat anak aku. Dan anak aku pun sama. Hahaha sekarang aku hanya tinggal tunggu masa je untuk korang berkeluarga dan hasilkan zuriat seperti yang aku harapkan" balas Faridah lemah.

Lama Bella melihat wajah Faridah sebelum tiba tiba dia bangun daripada duduknya.

"Ah buang masa lah cakap dengan kau ni. Dasar gila" kata Bella yang sudah melangkah kearah pintu bilik.

"Hahaha Bella, itu kenyataan yang kau kene terima" balas Faridah tak mahu kalah.

Sempat lagi Bella menayangkan jari tengahnya ke arah Faridah sebelum dia keluar dari bilik itu.

Kakinya perlahan lahan melangkah semakin jauh dari bilik kurungan itu. Kedua tangannya dimasukkan kedalam jaket baju hoodie yang dipakai.

"Dan aku harap kau terus berlakon jadi gila, Faridah. Hahahahahahaha" Gelak Bella yang kedengaran amat sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience