Bab 23

Action Series 18457

"LUIZ WATCH OUT!!" jerit Bella nyaring.

Bang! Bang! Bang! Bang!

Siapa sangka jejak sahaja mereka berdua di tingkat 2, kehadiran mereka sudah siap sedia ditunggu oleh 10 orang anak buah Eva yang masing masing lengkap bersenjata api.

Luiz yang baru sahaja dihempap oleh badan gadis itu ditarik laju bersembunyi di belakang salah satu tiang rumah Eva.

"Are you okay?! Kena dekat mana mana tak?" tanya Bella cemas. Habis seluruh muka dan badan Luiz dari atas hingga ke bawah dibelek dan diraba.

Tangan Bella ditepis kasar.

"Jangan nak ambil kesempatan di atas kesulitan please. Nak raba tu sekali je cukup" kata Luiz mendatar.

Bella tergelak halus. Alamak kantoi.

"You tunggu sini kejap..." dua pistol semi auto berwarna hitam dibawa keluar dari dalam poket seluarnya sebelum Bella melangkah kehadapan tanpa sedikitpun rasa gentar.

Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

Bunyi tembakan demi tembakan kedengaran kuat memenuhi seluruh ruangan tingkat itu.

Luiz menyilang kedua tangannya naik separas dada. Kepalanya disengetkan sedikit menjengah keluar ke hadapan, melihat gadis yang bernama Bella sedang menggila mencabut nyawa manusia tanpa sedikitpun rasa simpati.

'What a beautiful devil' bisik satu suara samar samar berlalu dicuping telinganya, atau lebih tepat dalam fikirannya.

"Hurm.... Devil? She more like goddess to me, maybe a pervert goddess" kata Luiz mendatar.

Setiap sorang anak buah Eva pasti akan menerima beberapa tembakan tepat dibahagian dada dan di mata kanan. Dan apabila gadis itu sudah hampir. Pisau yang berbentuk spiral Jay berikan pula dijadikan senjata untuk melibas kepala musuh sehingga hampir terputus.

Bukan itu sahaja setiap kepala yang jatuh kelantai Bella akan memijak pula dengan kasut yang dipakai beberapa kali.

"How dare you try to shoot my boyfriend!" kata Bella keras sambil menghentakkan salah satu kepala anak buah Eva ke dinding sehingga tempurung kepalanya pecah.

"Hurmm... No no no. I take my words back.... Pretty sure she is a devil. Pervert psycho Fredja " gelakan halus terhasil.

Hanya 5 minit sahaja masa yang diambil oleh Bella untuk membunuh kesemua anak buah Eva yang menyerang mereka berdua tadi.

Kaki melangkah semula kearah dinding dimana Luiz berselindung.

"You jom..." ajak Bella tenang sambil tersenyum manis sehingga menampakkan baris giginya yang putih.

Luiz melihat pakaian Bella yang kini sudah bercorakkan darah dari atas hingga ke bawah.

Satu kain putih diambil dari dalam jacket baju yang dipakai.

"Ada darah..." kata Luiz mendatar sambil mengesat lembut darah yang terpalit pada wajah gadis itu.

Bella terkaku.

"Jay?" soal Bella dengan dahi yang berkerut.

Muka Luiz berubah dingin. Selesai mengelap, kain tadi disimpan semula kedalam jacket bajunya.

"My name's Luiz" ucap Luiz keras dan mendatar. Kemudian dia melangkah dahulu meninggalkan Bella dibelakang.

Perlahan-lahan bibir Bella terukir senyuman senget. Tangan kanannya naik menyentuh muka sendiri.

"Ah... How sweet..." Bella tergelak sebelum dia mula mengejar langkah Luiz.

Satu persatu pintu pintu bilik meeting dalam rumah itu di tendang kuat oleh Bella, ada yang sampai tertanggal terus. Sengaja dia tidak menggunakan tombol pintu, katanya untuk menakutkan anak buah Eva yang berada di dalam bilik itu.

Dan hampir kesemua bilik jugalah sudah digeledah oleh Luiz dan Bella. Namun butang yang dimaksudkan oleh Eva masih lagi tidak kelihatan.

Jam tangan dilihat.

1:30 AM.

"Around 5 hours and a half..." guman Luiz sendiri.

Pintu bilik meeting yang terakhir dibuka.

"What. The. Fuc*king. Hell" kata Bella satu persatu.

Di dalam bilik itu penuh dengan gambar Luiz yang ditampal pada setiap sudut. Ada yang diambil ketika mereka di France ada gambar yang diambil ketika di Malaysia.

Penuh.

Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

Luiz di sebelah sudah menutup telinganya yang terasa bingit.

"Apahal kau ni!" marah Luiz apabila Bella tidak berhenti - berhenti menembak kesemua gambarnya yang tergantung di dalam bilik itu.

"Annoying... Macam mana kalau yang ambik gambar you ni perempuan? Maknanya dia mengintip you lama. Dia tengok you melalui lubang kamera lama! I tak suka! Hanya i je yang boleh jadi stalker you!" marah Bella kuat dengan muka masam mencuka.

Kini giliran Luiz pula membuat muka menjijikkan.

"Stop being a psycho girl" komen Luiz mendatar sebelum kakinya melangkah mendekati satu meja yang terletak di tengah tengah bilik itu. Daripada buka pintu ini lagi matanya sudah tertumpu pada fail itu.

Helaian pertama diselak.

Target

Luiz Martin / 30 tahun / pelukis persendirian

Family ( STATUS )

-Luiz Marcel ( Dead )
-Faridah Rinna ( Mental hospital )
-Harraz Marxel ( Not Found )

Helaian kedua diselak. Terpampang wajah Luiz dan wajah ibunya yang berada dihospital.

"Bullsh*t!" fail itu dicampak kuat ke arah dinding sebelum jatuh ke atas lantai bilik.

Bella di sebelah Luiz hanya diam memerhati.

"Kalau Eva sentuh mak aku, aku sumpah akan bunuh dia Bella" kata Luiz keras memberi amaran.

Bella hanya diam. Fail yang sudah berada atas lantai tadi dikutip semula.

Luiz Marcel? Status Dead?

Adakah Eva tidak mengetahui bahawa Luiz Marcel kini dalam kumpulan Mikayla?

Nama ayah Luiz dibaca.

Harraz Marxel.

Lelaki ini.

Bella yakin lelaki ini yang dicari sejak beberapa bulan lepas. Namun sama seperti yang tertulis dalam fail itu. Keberadaan Harraz masih tidak diketahui. Mungkin Eva juga gagal mencari lelaki itu.

Tidak hairan juga. Alangkan nama Marcel sahaja dia tidak tahu sekarang sudah bertukar menjadi Hanz Isaak.

Dasar bodoh punya Eva.

Sengihan sinis terlakar.

"Don't worry, i takkan menjadi penghalang you, kalau you nak bunuh dia. Lagi i suka adalah" kata Bella mendatar.

Bilik itu digeledah sama seperti bilik bilik sebelum ini. Tetapi hasilnya juga tetap sama. Tiada langsung butang yang mencurigakan berada dalam bilik itu.

"Sh*t... Takkan kita tetap kena naik tingkat 3" bicara Bella perlahan tetapi masih boleh didengar memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang berada dalam bilik itu pada ketika ini. Bella tidak risau mengenai keselamatan dirinya. Kerana tingkat 3 itu bukanlah satu tempat yang asing baginya. Dia hanya risaukan Luiz.

"Kenapa dengan tingkat 3?" soal Luiz dengan dahi yang berkerut.

"Ouh yah, sebelum ni i ada bagi tahu dekat Jay. Hurmm tingkat tiga tu sebenarnya dah diubah suai menjadi forest survival"

"Forest? Survival? Maksud kau dekat atas nanti ada binatang?" soal Luiz hairan.

"Iyup, dan semuanya berbahaya dan berbisa, contohnya ular, kala jengking, cheetah, rimau... "

"Seriously? Mak kau ni gila ke apa? Dah kenapa bela harimau, cheetah, ular dalam rumah," celah Luiz dengan mata terbeliak.

"I guess so..." jam tangannya dilihat lagi.

1:53 am.

"Dan mungkin kita akan memerlukan 3 jam untuk bertahan dekat tingkat atas, so around 5 am. Baki 2 jam kita cari butang tu... " terang Bella mendatar.

"3 jam? Kenapa lama sangat?" soal Luiz semula.

"You will see, let's go," ajak Bella sebelum kaki terus melangkah ke arah lift rumah.

Luiz pula hanya mengekor dari belakang.

"Bella... Kau rasa Eva ada dalam rumah ni ke sekarang?" soal Luiz tiba-tiba.

Soalan Luiz menyebabkan langkah Bella terberhenti secara tiba-tiba di hadapan pintu masuk lift.

Selama ini dia tidak terfikir yang Eva juga berada dalam rumah ini. Tak. Selain Eva.

Andre!

Dia yakin Jay ada nampak kelibat Andre di dalam rumah ini sebelum mereka berdua masuk ke dalam.

Pantas Bella menoleh ke belakang.

Ini sudah di tingkat dua. Jadi dimanakah Andre? Kenapa daripada tadi dia tidak melihat kelibat lelaki itu.

"Bella?" tegur Luiz apabila gadis itu hanya statik melihat hall tingkat 2 yang kini sudah bergelimpangan dengan mayat dan percikan darah.

"Luiz, you kenal Andre?" soal Bella mendatar. Pintu lift yang tadinya sudah terbuka tertutup kembali.

Luiz menggeleng perlahan. Sudah pasti dia tidak kenal Andre. Hanya Jay sahaja yang sudah melihat orang kanan Eva itu.

"Siapa Andre?" soal Luiz mendatar.

"My fath..."

"Aku, nama aku Andre" celah seseorang dari arah belakang mereka.

Bella dan Luiz jelas terkejut mendengar suara itu.

Masing masing sudah mengacu tepat pistol mereka ke arah lelaki yang muncul entah dari mana melangkah mendekati Bella dan Luiz.

Sengihan sinis terukir di hujung bibir Bella. Pistolnya diturunkan kembali.

"Hi Andre. We meet again..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience