Bab 39

Action Series 18478

Bella melangkah kearah ruang dapur dimana mamanya dan juga Luiz berada.

"Hey dah siap belum?" Tanya Bella sebelum matanya terpaku pada lantai berdekatan dengan kaki Luiz.

"Eh kenapa dia tido? Ke dah mati?" Tanya Bella apabila Eva tampak seperti terkaku dan tidak bergerak langsung di atas lantai itu.

"Dia kata ada benda dia nak cakap dekat kau. So aku bagi dia rehat jap. Kau lama sangat mandi. Buat apa je?" Kata Luiz yang sedang membelek telefon bimbitnya.

"Lah biasalah, perempuan memang mandi lama lah" Bella melangkah semakin dekat sebelum dia mencangkung di sebelah Eva.

Bahu wanita itu digoyang perlahan.

"Ma, bangun" panggil Bella sedikit lembut. Keadaan wanita itu tampak parah. Darah merata rata di atas lantai. Ada juga beberapa batang gigi yang Bella pasti itu adalah milik Eva. Pasti Luiz yang kerjakan ibunya itu.

"Be-bella?" Perlahan lahan mata Eva membuka sebelum wajah Bella dipandang.

"Ye kenapa mama cari Bella?" Tanya Bella lembut sahaja. Luiz yang mencuri curi pandang itu juga terasa hairan. Pehal pulak dia ni tiber je baik dengan mak dia. Dah lupa ke siapa yang nak bunuh kau sejam yang lepas?

"Bella! Maafkan mama Bella.... Bella jangan buat mama macam ni" tanpa sempat Bella membalas Eva terlebih dahulu sudah memeluk anak perempuannya itu.

"Mama minta maaf. Mama akui semua ni salah mama. Mama kejam dekat Bella. Mama punca semua ni jadi. Mama punca Bella tak bahagia. Mama mak yang tak berhati perut" sayu Eva menuturkan bicara itu.

Sempat mata Bella memandang sekilas Luiz yang sedang merenung Eva. Agak terkejut juga dia dengan perubahan ibu kandungnya itu.

Apa yang dia dah buat dekat Eva sampaikan si setan ni terus bertukar jadi baik ?

"Bella, maafkan mama please. Jangan tinggalkan mama sorang sorang. Bella jangan tinggalkan mama dekat Luiz" makin erat pelukan Eva yang melingkar di leher Bella.

Bella tersenyum. Kemudian dia membalas pelukan ibunya itu. Erat.

"Shushhh, mama jangan nangis" pujuk Bella perlahan. Pelukan dia juga semakin erat. Terlampau erat sehingga Eva tidak boleh bernafas.

"Jangan risau mama. Mama dah takkan jumpa dengan dia lagi" bisik Bella betul betul di telinga Eva sebelum leher kepala wanita itu dipusingkan kuat sehingga patah.

Hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk semua itu berlaku. Kini Eva sudah terbaring atas lantai tidak bernyawa.

"Kenapa kau taknak dengar apa yang dia nak kata?" Soal Luiz mendatar.

"Eh?" Bella memandang wajah Luiz dengan riak muka terkejut.

"Hah? Kan aku kata tadi dia ada nak kata something dekat kau" balas Luiz semula.

"Eh lahhhhh i ingatkan benda merepek dia sebut sebut tu. Bukan eh? Hahahaha ah takpelah dah mati dah pun" kata Bella sebelum dia tergelak kecil.

"Bella...." panggil Luiz senada.

"Yes?"

"Dulu kau pernah kata yang kau takkan bunuh mak kau sendiri. Bukan sebab tu ke kau minta tolong aku?"

Krik krik krik krik

"I pernah kata ke?" Tanya Bella sambil membuat muka tak bersalah.

"Damn. Kau tipu aku ke selama ni?" Soal Luiz semula. Mukanya bertukar masam.

"Ehhhhhhhh mana ada i tipu you, tapi sejak sejak i kena jerut dekat leher dengan dia tadi. I pun rasa macam tak layak nak panggil dia mak. That why kut" laju Bella membuat alasan.

"Dahlah, aku nak pergi jumpa mak aku kejap" Luiz sudah berjalan meninggalkan Bella sendirian di belakang.

"Luiz! Merajuk ke? LUIZ! ALAA LUIZ COME ON JANGAN LAH MERAJUK DENGAN I! LUIZ! NANTI KALAU I MERAJUK MACAM MANA? LUIZ MARTIN!" Panggil Bella kuat berkali kali namun lelaki itu tidak menoleh malah dia hanya terus berjalan.

Eh dia merajuk betul betul ke?

"Luiz? Hey Luiz" langkah Luiz dikejar sebelum bahu lelaki itu ditarik sedikit. Automatik Luiz memusingkan badannya memandang kearah Bella.

"Ada apa lagi?" Tanya Luiz mendatar.

"Luiz you merajuk ke?" Bella melihat anak mata Luiz yang memandang kearah-

Eh bibir dia? Dia nak cium ke apa ni?

"Lah buat apa aku nak merajuk pulak? Apa kau merepek ni" Soal Luiz bersama kerutan di dahinya.

Jangan kata yang-

Tiba tiba bahu Luiz dicengkam dengan agak kuat. Raut wajah Bella jelas tampak risau.

"Luiz? You tak dengar suara i ke?" Tanya Bella panik. Telinga Luiz dilihat, dipusing badan Luiz senget ke kiri kemudian kekanan pula.

"Tak lah, aku de-"

Pantas Bella menutup mulutnya sendiri.

"Betul betul dengar ke?" Soal Bella kembali

Kalini Luiz tidak menjawab.

"Bella a-"

"Luiz jawablah!" Marah Bella lebih kepada panik. Dia risaukan keadaan lelaki itu.

Tangan Bella ditarik kebawah.

"Ye betul kata kau. Aku tak dengar suara kau. Suara aku sendiri aku tak boleh nak dengar sekarang ni. Errr Aku rasa telinga aku problem sejak daripada aku tembak kaca dekat bilik bawah tanah tadi" kata Luiz mendatar.

"Jom pergi hospital" laju tangan Luiz dicapai.

"Bella wait" tangan Bella ditarik semula.

"Ibu aku dekat bawah" kata Luiz mendatar.

"Urgh that damn stupid old bitch" bebel Bella sebelum dia menarik tangan Luiz kearah tangga ruangan bawah tanah.

"Apa kau bebel aku tak dengar lah" kata Luiz yang berada di belakang Bella. Kemudian matanya melihat pada tangannya yang sedang digenggam kemas oleh gadis itu.

Perlahan lahan bibirnya menyimpul senyuman kecil sebelum senyuman itu cepat cepat dihapuskan.

"Takde apa lah!" Jawab Bella kuat walaupun dia tahu Luiz tidak mendengar suaranya kerana dia berjalan di hadapan lelaki itu.

Sampai sahaja di bilik itu Luiz pantas mendapatkan ibunya yang masih lagi dalam keadaan berikat.

Rantai yang mengikat pada tangan wanita tua itu dilepaskan.

Manakala Bella pula hanya memerhati dari muka pintu dengan tangan yang disilang separas dada. Tiada nafsu langsung nak masuk campur. Paling kurang pun dia berlakon balik jadi gila je.

"Mama? Mama okay?" Soal Luiz lembut sebelum memeluk badan Faridah erat.

"Luiz...huarghhh mama takut! Kenapa tinggalkan mama sorang sorang dekat bawah ni!" Raung Faridah tiba tiba.

Bella yang berada di muka pintu hampir hampir tergelak melihat lakonan perempuan gila itu.

Aku dah agak dah.

Bangang.

"Mama shuhhh sokay Luiz ada" pujuk Luiz perlahan.

"Kau memang sengaja kan?" Tanya Faridah dingin.

Dahi Luiz berkerut.

"Kenapa kau tinggalkan aku dekat sini hah! Kau ni memang anak derhaka!" Tiba tiba sahaja Faridah mula berubah watak. Pelukan Luiz dilepaskan kasar sebelum badan lelaki itu ditolak menjauhinya sedikit.

"Ma- apa yang ma ca-" belum sempat Luiz menghabiskan ayatnya tiba tiba Faridah sudah mengangkat tangannya tinggi.

Pang!

Kepala Luiz ditampar kuat sehinggakan lelaki itu terjatuh ke lantai. Pulak tu Faridah menamparnya di bahagian telinga.

"Urgh.." pantas Luiz menekup telinganya. Sakit seperti disiat siat. Sudahlah telinganya memang sudah sakit sejak dia melepaskan tembakan tadi. Pulak tu ditampar pula. Memang nak dia jadi pekak seumur hidup ke apa?

"Luiz?" Soal Faridah yang pelik melihat kelakuan anaknya itu. Rasanya dia tampar tadi takdelah kuat mana.

"Arghh" Luiz masih lagi menekup telinganya sendiri dengan keadaan melutut.

Baru sahaja Faridah ingin menyentuh Luiz ada satu lagi tangan lain yang menghalang.

"Sumpah kau dah melebih" kata Bella dingin. Tangan Faridah digenggam sehingga jelas timbul urat di permukaan kulit putihnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience