Bab 3

Action Series 18457

Luiz membasuh mukanya berkali- kali. Biasan wajah yang memantul pada cermin hadapan direnung lama. Otaknya ligat memikirkan perihal seorang gadis yang telah mencuri perhatiannya beberapa hari yang lalu.

"Bella...."

"Remember me? My name is Bella"

"Ah such a cute cat..."

Suara itu. Kata kata itu. Senyuman itu. Kenapa bagaikan terulang tayang di minda dan kepalanya.

"Who are you Bella..." bisik Luiz sendiri.

"My name is Bella but you can call me as your Fredja..."

Luiz mengeluh panjang. Pili air yang daripada tadi terbuka ditutup rapat. Jangan membazir, membazir tu amalan syaitan. Kaki terus melangkah keluar dari dalam bilik air.

Pintu rumah dibuka oleh seorang pengawal peribadi. Bella melangkah masuk dengan pakaian yang cukup elegan. Kaki laju menuju pada sofa yang terletak di ruang tamu rumah agam itu. Seorang wanita yang sudah kelihatan sedikit berumur sedang menunggu kehadirannya.

"I'm here, what do you want Eva..." soal Bella malas. Dia mengambil tempat di atas sofa sebelum kakinya disilangkan di atas meja. Pengawal yang mengikuti bayang Bella sudah beredar ke tempat lain. Memberi ruang privasi kepada dua beranak itu berbicara secara personal.

"Don't be rude Bella , I'm your mother..." Eva menegur. Air kopi panas yang berada di tangan dicicip perlahan.

"My mother? Since when? Bella rasa sepanjang hidup Bella memang tak pernah ada makhluk yang bergelar ibu. Sejak dari lahir lagi orang lain yang jaga Bella, uruskan makan minum Bella" balas Bella sarkastik.

Eva menghela nafas panjang. Anak perempuan tunggalnya ini memang susah untuk mendengar kata. Satu file yang terselit di sisi sofa dibawa keluar sebelum diletakkan betul betul di sebelah kaki Bella yang berada atas meja.

"Apa lagi kalini?" soal Bella mendatar. File itu disepak sedikit menggunakan kakinya.

"Peguam..." kata Eva tenang.

Bella mengambil file itu sebelum isinya dikeluarkan. Mata ralit merenung 3 helai kertas yang penuh dengan informasi seorang peguam.

"Dia buat apa kalini?" soal Bella lagi. Mata masih tidak lepas membaca perihal peguam itu. Duda anak 1. Hmm not bad. Bercerai kerana terkantoi curang bersama perempuan simpanan yang disimpan dalam rumah aparmentnya. Bekas isteri meninggal kerana kemalangan jalan raya. Eh? Entah entah dia yang langgar.

"Dia tipu klien mama. Klien mama sekarang dah masuk penjara gara gara mulut dia yang tak boleh nak tutup masa dalam court" terang Eva mendatar.

Bella tergelak sinis. Kertas itu di campak perlahan ke atas meja. Kedua tangannya disilang separas dada. Wajah Eva dipandang dengan pandangan yang cukup jijik.

"Klien? Hah.. You mean your boyfriend?" soal Bella sarkastik. Mulutnya mengukir senyuman sinis.

Eva tidak membalas. Dia hanya menayangkan riak muka yang tenang.

"How much for this guy" soal Bella kembali.

"500 thousands"

"What kind of dead you prefer? Cut his bird? His tounge, cause tak boleh nak diam? Or you want me to cut his tounge and sew at his bird?" Bella tergelak halus.

"Up to you, yang mama tahu mama nak dia mati, apa apa cara sekalipun. In the most pathetic way" balas Eva tenang.

"As you wish Eva" tiga helai kertas di atas meja itu diambil sebelum dia bangun daripada duduknya. Kaki terus melangkah ke arah pintu rumah. Tak betah nak berlama lama dalam rumah ni. Panas dan sesak!.

"I'm your mother Bella..." tegur Eva dari tempat duduknya.

Kaki Bella terberhenti betul betul dihadapan pintu. Senyuman senget terukir di bibirnya yang merah bak delima. Rambut yang menjuntai di hadapan muka dikuakkan ke belakang. Ada tawa halus yang terlepas dari mulut Bella.

"Yeah, the most disgusting mother in the world" tanpa menoleh Bella terus melangkah pergi. Lima orang pengawal yang setia bersamanya turut mengikuti langkah gadis itu.

Eva yang berada di sofa hanya menghela nafas panjang. Air kopi yang sudah terasa suam dihirup sampai habis.

"Andre!" panggil Eva kuat.

Seorang pengawal yang memakai suit hitam dan bercermin mata gelap berdiri di sebelah Eva.

"Watch my daughter, burn her mistake, don't let anybody touch her" arah Eva tegas namun mukanya masih lagi berwajah tenang.

"But Miss Bella jarang buat kesilapan setiap kali melakukan tugas dia" balas pengawal yang bernama Andre itu.

"Everybody makes mistake..." kata Eva mendatar. Dia kemudian bangun daripada sofa itu sebelum melangkah ke arah tangga rumah.

Andre hanya menundukkan badannya menerima arahan.

Luiz yang sedang enak diulit mimpi  terganggu apabila deringan telefon yang kuat menyapa pendengarannya.

"Yes this is Luiz Martin, how can i help you?" soal Luiz yang seakan akan mamai. Kantung matanya hampir tertutup.

"Martin, hahaha. Long time no see" balas si pemanggil di hujung talian.

Luiz melihat skrin telefonnya.

2 am.

Sama ada orang yang menelefonnya ini tiada kesedaran sivik ataupun sudah nyanyuk barangkali. Menganggu orang pagi pagi buta macam ni.

"Siapa ni?" soal Luiz malas.

"I'm one of your best customer, Qadir"

Dalam hati Luiz sudah menyumpah yumpah makhluk bernama Qadir itu. Customer tak customer lah. Kau dah ganggu waktu tidur aku!. Gila ke call orang pagi buta.

"Hmm nak apa?" soal Luiz mendatar.

"Aku nak kau datang apartment aku esok malam boleh? Nak minta tolong lukiskan gambar kekasih aku" balas Qadir. Nada suaranya tidak kedengaran serba salah langsung mengganggu waktu tidur Luiz.

"Pukul berapa?" soal Luiz semula. Matanya digosok perlahan.

"Pukul 10 macam tu, saiz macam biasa. Boleh kan... Nanti aku bayar lah kau lebih sikit" pinta Qadir.

Luiz melihat kalendar yang berada di atas meja kecil sebelah katil.

"Hmm yelah esok aku free. Nanti apa apahal aku call balik" balas Luiz semula. Panggilan itu dimatikan sebelum telefonnya dibaling ke atas katil.

"Menyusahkan betul..." guman Luiz perlahan. Selimut yang menutupi separuh badannya diselak ke tepi. Kaki terus melangkah keluar menuju ke bilik kerja.

Lampu dibuka.

Barang barang kerjanya dibelek satu persatu.

"Aduh, kanvas dengan cat dah habis... Esok jelah pergi beli, mana ada kedai bukak pukul 2 pagi macam ni. Orang pun tengah tidur. Selalunya setan je yang kacau manusia dua tiga pagi ni" bebel Luiz sendiri. Kakinya melangkah semula pada suis lampu sebelum suis itu ditutup semula. Pintu bilik itu dirapatkan.

Dalam tak sedar ada sepasang mata yang memerhatikan gerak geri Luiz melalui teropong jarak jauh. Mulutnya tersenyum lebar.

"Hensemnya... Ahaks bangun tidur pun hensem" bicaranya dengan nada yang cukup teruja. Gula-gula getah yang mengunyah dalam mulut diludah keluar. Cukuplah untuk hari ini dia memerhatikan lelaki idamannya itu.

"Slowly but surely you will be mine..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience