Bab 11

Action Series 18457

Prangg!

Habis berkecai pasu bunga hiasan yang diperbuat daripada kristal itu. Harga pasu itu mungkin mencecah sehingga ribuan ringgit. Tetapi hal itu tidak dipeduli oleh Eva yang sedang panas hati mendengar berita dari anak buahnya, Andre.

"Apa you kata tadi? Saksi tu masih hidup? Apa you buat hah? You kata you akan selesaikan hal ni secepat mungkin! Sejak bila you jadi bodoh jalankan tugas?!" kata Eva dengan nada yang semakin meninggi dari satu ayat ke satu ayat. Tangannya sudah mencekak ke pinggang. Matanya tajam merenung Andre seperti pisau.

Andre hanya diam memandang ke lantai. Tidak berani hendak bertentang mata dengan wanita itu.

"Macam mana boleh gagal? Apa yang terjadi pada pembunuh yang you upah tu? " soal Eva kembali. Dia kemudian melabuhkan punggungnya atas kerusi beroda.

"Dua dua pembunuh tu hilang tanpa jejak. Saya langsung tidak dapat hubungi mereka. Mereka sudah lesap pada malam kejadian. Mungkin juga mereka sudah terbunuh" balas Andre perlahan.

"Terbunuh? Dengan siapa? Dengan saksi tu? You kata saksi tu cuma seorang pelukis. Tak mungkin seorang pelukis biasa boleh membunuh dua orang sekaligus, dan dua dua orang tu adalah pembunuh upahan. Don't make some stupid joke lah! " betah Eva dingin. Mukanya masam mencuka.

"Maaf miss... Err miss lagi satu..."

"Apa lagi !! " celah Eva kasar.

"Miss Bella hilang, rumah apartment dia kosong takda orang. Bodyguard yang berkawal di sekitar apartment Miss Bella kata sudah 3 hari Miss Bella tak balik rumah langsung. Bila mereka periksa aparment Miss Bella. Aparment tu dah kosong" jawab Andre takut takut.

"Apa!, macam mana diorang buat kerja ni? Nak jaga sorang perempuan pun susah ke hah! 6 orang lelaki? Jaga seorang perempuan? Susah ke !! " habis segala file yang berada atas meja dibaling ke arah Andre.

"Cari Bella! Cari dia sampai dapat! Kalau tak dapat jugak, bunuh semua pengawal yang bodoh tak reti buat kerja tu!" tengking Eva kuat.

Andre menundukkan kepalanya separuh.

"Hi my future husband, baru bangun ke? " tegur Bella ceria.

Luiz yang baru sahaja menutup pintu rumahnya terkejut mendengar suara gadis itu.

"Kau ni duduk mana sebenarnya? Pagi pagi buta lagi dah nampak kau" kata Luiz mendatar. Satu kayu pencungkil gigi disangkut pada hujung pintunya. Itu untuk langkah berjaga jaga. Andaikata ada seseorang yang masuk rumah Luiz, pencungkil kayu itu akan terjatuh ke lantai.

"Lah you tak tahu ke, i kan dah pindah sebelah rumah you" balas Bella selamba sambil mulutnya bersiul perlahan.

"Hah!" dengan pantas Luiz menoleh ke arah gadis itu.

"Hehe so kita boleh lah jumpa selalu, betul tak my lovely husband " sambung Bella lagi.

Luiz mengeluh perlahan sebelum tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Dia kemudian terus melangkah pergi meninggalkan Bella di belakang. Takda masa nak melayan budak gila tak cukup akal.

Bella pula cepat cepat mengikut langkah Luiz.

"You nak pergi mana ni?" tanya Bella yang berada di sebelah Luiz.

Luiz hanya diam tidak membalas.

"You, ooo you nak pergi mana ni?" tanya Bella lagi apabila Luiz tidak menjawab soalannya.

"Husband, ooo husband, jawablah soalan i" panggil Bella. Masih tidak berputus apa.

Langkah mereka terberhenti betul betul di hadapan pintu lift.

"Kau nak apa ni? Aku busy lah harini, takda masa nak layan kau" kata Luiz malas.

"Busy? Busy nak bunuh orang ke? Ke busy sebab nak culik perempuan?" balas Bella selamba.

"Kau!" serta merta wajah Bela direnung dengan mata yang tajam seperti helang.

"Hehe, now i got your attention" gelak Bella selamba.

Pintu lift terbuka, Luiz terus masuk ke dalam. Kemudian Bella pula mengikutinya.

"Aku busy, nak siapkan kerja" kata Luiz mendatar.

"Ooo, kerja. I pun ada kerja harini. Hmm tak boleh lah kita nak dating."

Luiz memandang Bella.

"Siapa kata aku nak dating dengan kau".

"Ouh tak eh? Hahaha, alaaa... ".

Pintu lift terbuka. Bella dan Luiz jalan beriringan.

Baru sahaja mereka melangkah keluar dari aparment itu tiba tiba ada satu peluru meluncur laju ke arah Luiz.

Badan Luiz ditarik ke tepi oleh seseorang. Peluru itu menyentuh sedikit baju di bahagian lengan Luiz sebelum terkena pada pokok di belakangnya.

Luiz memandang Bella dengan mata yang membulat besar. Gadis itu yang menarik badannya ke tepi tadi. Kalau tidak peluru itu sudah tepat mengena pada jantung Luiz.

"Kenapa tak hati hati ni? Tengok, kan dah hampir nak kena tembak" ucap Bella tenang setenang tenang air di tasik.

"Fu*k!" carut Luiz sebelum dia pantas menarik tangan Bella untuk berselindung semula di dalam bangunan aparment.

"Siapa dia tu!" marah Luiz. Kedua bahu Bella dicengkam kuat.

"Manalah i tahu, musuh lah kut?" jawab Bella selamba.

"Hah? Kenapa dia target aku?" tanya Luiz dingin.

"Iya ke dia target you?" tanya Bella semula sambil mengangkat sebelah keningnya tinggi.

Luiz meraup wajahnya kasar. Bala apa lagi ni?.

Bella pula hanya tergelak halus.

"Kan i dah kata Eva sekarang tengah buru you. Entah entah tadi tu orang suruhan dia, so better you hati hati mulai sekarang. Musuh you dah bertambah. Ancaman bahaya semakin meninggi. Dekat mana mana je diorang boleh hapuskan you sekelip mata. You bunuh sorang. Eva akan hantar lagi dua. You bunuh dua orang. Dia hantar lagi empat. Dia takkan pernah puas selagi you masih hidup" ucap Bella masih lagi bernada tenang.

"Tak boleh ke kau bagi tahu Si Eva tu yang aku takda kena mengena dengan kau?" soal Luiz kusut.

"You saksi pembunuhan Qadir. So yeah, nope".

"Si*l!" marah Luiz sebelum dia menumbuk kuat dinding betul-betul di sebelah kepala Bella.

Bella pula hanya memerhati Luiz melepaskan amarahnya.

"Now what? Aku nak buat apa sekarang?" soal Luiz semula.

"Bunuh Eva, dia mati you selamat. Simple as fu*k".

"Kau ni memang menyusahkan hidup aku lah!" marah Luiz semula. Matanya tajam merenung anak mata milik Bella.

"Yeah yeah, janganlah tenung i macam tu. Malu lah i" balas Bella masih lagi tidak serius.

Luiz mendengus kasar sebelum penutup hoodienya ditarik menutupi kepala. Dia kemudian terus meninggalkan Bella sendiri.

Bella pula hanya memerhati dari ekor matanya sehingga Luiz hilang dari pandangan.

Satu pucuk pistol yang terselit di belakang seluarnya dibawa keluar. Silencer pistol dipasang pada bahagian hujung.

Bang!

CCTV dibahagian luar aparment itu ditembak.

Kemudian Bella melangkah semula ke pokok yang terkena tembakan tadi. Kepalanya didongak.

Satu tembakan dilepaskan ke arah atas.

"Hehe, gotcha"

Sesaat selepas itu ada satu tubuh yang melayang jatuh daripada atas bangunan aparment sebelum terhentak ke lantai dengan kuat. Kepalanya pecah berkecai.

Di bahagian dada kirinya ada satu kesan lubang yang terhasil daripada peluru pistol Bella.

Bella mendekati mayat lelaki itu sebelum dia mencangkung.

"Lain kali, jangan cuba kacau boyfriend orang. Tengok, kan dah mati" bisik Bella betul betul di telinga lelaki itu. Kemudian dia terus meninggalkan tempat kejadian seperti tiada apa apa yang berlaku.

"5...4...3...2...1...".

"Arghhhhhhhh" terdengar satu jeritan nyaring dari arah tempat kejadian.

Bibir Bella terukir senyuman sinis. Pasti orang lain telah menjumpai mayat lelaki tadi.

"Somewhere~ over the rainbow... We fly high".

"Eh, macam salah je aku nyanyi" kata Bella sebelum dia tergelak kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience