Bab 35

Action Series 18457

"Permainan? Permainan apa?" Mata Luiz mengerling pada wajah ibu kandungnya.

Di leher wanita tua itu terdapat satu tali yang serupa dengan tali yang berada di leher Bella. Tali itu tergantung pada siling. Serupa macam banduan terakhir yang dikenakan hukuman gantung sampai mati.

"Permainan biasa je. Tapi kalau kau tak dapat jawab. Kematian dua orang perempuan ni sebagai denda kau" selamba Eva menjawab sebelum dia melangkah mendekati dinding kaca di hadapannya.

Mata Luiz terbuntang luas mendengar ayat Eva.

"Kau gila ke! BELLA ANAK KAU! Takkan kau sanggup buat macam ni hanya kerana dendam bodoh! Kau dah kenapa!" Tengking Luiz.

"Ya! Memang aku gila! Korang semua yang jadikan aku gila! Korang semua yang jadikan aku macam ni!"

"Tapi dia anak kau!" Pintas Luiz.

"Kalau dia anak aku kenapa kau rampas dia daripada aku! Kenapa kau rosakkan dia! Sekarang dia lebih pentingkan kau daripada aku! Ayah aku lebih pentingkan mak kau daripada aku! Semua yang aku ada semua keluarga kau rampas! Kenapa!"

Bam!

Eva menumbuk dinding kaca itu kuat.

"Ayah....kau?" Tanya Luiz kembali. Wajahnya mula mengendur tidak tegang seperti tadi.

"Apa kena mengena ayah kau dengan mak aku?"

Eva tersengih nipis.

"Kau tak tahu? Ayah aku dan ayah mak kau adalah orang yang sama" balas Eva cukup mendatar.

Serentak itu Luiz menoleh kebelakang. Wajah Bella dipandang dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

"Jadi, aku dengan Bella...." Luiz mati kata.

Bella sudah menunduk memandang lantai. Mulutnya bagaikan terkunci. Pandangan mata Luiz tidak berani dilihat.

Luiz memandang semula wajah Eva yang berada di hadapannya.

"Tapi kenapa? Dia tetap anak kau. Kau tak sayang anak kau ke? Kenapa kau sanggup buat macam ni dekat dia?"

"Anak? Hahahaha! Habis tu mak kau sayang kau ke?" Tanya Eva kembali. Sarkastik. Mulutnya tersengih senget.

Wajah Luiz berubah dingin. Tangannya sudah erat mengepal penumbuk. Dia tahu apa maksud Eva. Dan Luiz yakin yang Eva sudah tahu tentang masa silamnya yang perit memandangnya rekod hidupnya berada di rumah Eva. Pasti kehidupannya dalam diam diperhati setiap langkah.

"Permainan apa yang kau nak main dengan aku" tanya Luiz dingin.

"Simple... kita main permainan kebenaran. Tapi seperti yang aku kata tadi. Setiap satu kesalahan yang kau jawab, nyawa diorang berdua yang jadi taruhan"

"Mulakan...." kata Luiz.

Eva tersengih lagi. Pada tangannya ada satu remote control yang terdapat empat butang merah. Dua anak panah ke atas, dua anak panah kebawah.

"Siapa nama penuh Bella..." tanya Eva mendatar sebelum kakinya melangkah mendekati Faridah semula.

"Bella Lavender Rose" jawab Luiz yakin.

"Siapa nama ibu kau?"

"Faridah Rinna....." Luiz terdiam untuk beberapa saat.

"Qaisara" sambungnya kembali.

Eva tergelak kecil. Entah apa yang mencuit hatinya. Gila mungkin.

"Siapa bapak kandung Bella?"

Bella ketap gigi mendengar soalan Eva. Apa masalah perempuan ni hah?

"Andre..."

"Bapak kandung kau?"

"Harraz..."

"...Marxel" sambungnya kembali.

Eva tergelak lagi sebelum wajah Luiz direnung tajam.

"Mana dia?"

"Siapa?"

"Mana Harraz?"

Dahi Luiz mula berkerut. Kenapa tanya dia? Manalah dia tahu, dah berpuluh tahun dia tak nampak muka ayah kandungnya itu.

"Aku tukar soalan aku. Harraz Marxel, dia masih hidup lagi atau tidak?"

"Mana lah aku tahu dia dekat mana... dah lama dia tinggalkan aku dengan mak aku. Dah berpuluh tahun dia tak balik rumah. Aku sendiri tak tahu dia hidup lagi ke tidak" jawab Luiz.

Eva menekan satu butang pada remote controlnya. Serentak itu tali gantung pada leher Faridah terjerut keatas.

"Urk..urk"

Terbuntang mata Luiz melihat tindakan selamba Eva.

"EVA! APA KAU BUAT NI!"

Bam!

Wajah Faridah kemerahan kerana tidak cukup nafas. Kakinya tidak jejak ke lantai. Tergantung.

Eva hanya menayang riak wajah selamba. Suci macam tak ada buat salah apa apa.

Manakala Bella yang berada di bilik sebelah sudah tergamam. Babi punya Eva. Tak sangka dia tak main main dengan ugutan tadi. Tali gantung yang mengikat pada lehernya dilihat.

Ah shit.

Bam! Bam!

"Sial kau Eva! Lepaskan mama akulah sial!" Marah Luiz di bilik sebelah. Jelas urat urat hijau timbul dia dahi yang putih bersih itu.

Cukup 20 saat, Eva menekan semula butang yang menunjukkan anak panah kebawah. Serentak itu Faridah terjatuh semula ke lantai.

"Kof! Kof! Luiz ...mama taknak duduk sini. Mama nak balik rumah" tangis Faridah sayu sebelum terbatuk batuk lemah. Berjurai jurai air mata keluar dari tubir matanya.

Luiz memalingkan wajahnya ke arah lain. Sungguh dia tidak sanggup melihat ibunya diperlakukan sebegitu.

"Aku dah kata kalau jawapan kau salah. Dua perempuan ni sebagai denda" kata Eva.

"Stop it! Apa kau nak! Kenapa kau buat semua ni?" Tanya Luiz menengking.

"Mana ayah Bella?" Potong Eva laju.

"What-"

"Mana Andre? Dekat mana Andre? Kenapa kau datang sini sorang sorang? Apa kau dah buat pada Andre?"

"Aku-" Luiz kembali diam. Kepalanya dipegang sebelum rambutnya diramas kasar. Sumpah dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada lelaki itu. Dia sedar sedar je dia sudah berada di tempat ini.

Jay.

Jay dah bunuh Andre ke?

"Aku, aku tak tahu-"

Eva menekan butang pada remotenya lagi.

Dan kalini tali yang mengikat pada leher Bella pula terjerut ke atas.

Muka Bella merah menahan perit tali yang mengikat ketat pada lehernya itu. Nafasnya juga ditahan agar kerongkong tidak tercedera.

"SIAL! EVA PLEASE JANGAN BUAT MACAM NI! PLEASE!" Dinding kaca itu ditumbuk oleh Luiz berkali kali. Melepaskan amukan. Terjengil luas mata Luiz memandang wanita syaitan itu yang hanya beriak selamba.

Eva menekan semula butang pada remote di tangannya. Bella terduduk ke lantai kembali. Nafasnya tercungap cungap. Jelas lehernya tampak kesan merah tali gantung.

"Fuck you Eva..." komen Bella di biliknya sebelum terbatuk batuk kecil.

"Hahahahahahahaha "

Luiz sudah terdiam. Sah wanita itu sudah gila. Tak ada faedah dia mengikuti permainan bodoh ni lagi. Dia harus cari jalan supaya dia boleh keluar dari tempat ini dengan selamat bersama dengan Bella dan mama nya.

Jaket bajunya diraba.

Ada sebilah pisau spiral kesukaan Jay dan ada dua pistol semi auto.

Luiz melihat pula sekeliling bilik itu. Bilik itu terlalu kecil dan sedikit kedap udara. Kalau dia melepaskan tembakan pasti bunyi yang dihasilkan boleh merosakkan gegendang telinganya. Pulak tu, dia berada di ruangan bawah tanah saat ini.

"Cepat bagi tahu aku Luiz..." kata kata Eva mengembalikan Luiz ke alam nyata. Wajah wanita gila itu direnung kembali.

"Apa?"

"Mana ayah kau? Mana Harraz?"

Sekali lagi dahi Luiz berkerut. Dia ni dah kenapa obses sangat dengan Harraz Marxel?

"Aip, jawab betul betul kalau kau taknak kena denda seterusnya" baru sahaja Luiz ingin membuka mulut, Eva sudah memintas kata katanya.

"Kenapa kau cari ayah aku?" Tanya Luiz mendatar.

"Kau tak kenal siapa ayah kau?" Tanya Eva kembali.

Melihat Luiz yang menayang wajah keliru, Eva tergelak sedikit kuat.

"Ayah kau salah sorang pakar bedah jantung dalam dunia gelap. Dia berhutang dengan aku! Dia rampas anak murid aku daripada aku"

Sekali lagi Luiz terbungkam. Apa benda ni sial? Sejak bila ayahnya pakar bedah jantung pulak ni?

"Kau mesti tak tahu kan? Tapi Bella tahu" sambung Eva lagi.

Serta merta Luiz memandang wajah Bella di bilik sebelah.

"Betul ke Bella?" Tanya Luiz.

Bella hanya diam. Dalam hatinya memang sudah penuh dengan sumpah seranah yang dihadiahkan untuk Eva.

Anugerah mak paling sial! Konfirm jatuh pada Eva.

"Ayah kau rampas anak murid aku, lepas tu dia hilangkan diri dia. Tell me why! Why Luiz! Kenapa keluarga kau semuanya perampas? Hah! Kenapa keluarga kau suka rampas semua yang sepatutnya jadi hak milik aku!" Tengking Eva lagi.

"Anak- murid kau?" Hairan Luiz. Sungguh dia terasa bodoh dengan kenyatan kenyataan baru yang diterima ini. Tak pernah pernah dia tahu yang ayahnya itu seorang doktor. Tiba tiba kata doktor pakar bedah. Bahagian jantung pulak tu.

"Sekarang mana Andre! Mana dia!" Tengking Eva kuat.

Faridah di sebelahnya sudah menangis ketakutan.

Luiz terdiam semula. Dia sendiri tidak tahu dimanakah Andre. Apa jadi dengan lelaki itu? Hidup ke tidak? Dia tidak tahu langsung.

'Andre dah mati'

Terdengar sayup sayup suara berlalu ditelinga Luiz.

Mata Luiz membulat. Andre dah mati? Jay ke yang bunuh?

Luiz menoleh kebelakang memandang wajah Bella. Wajahnya jelas tampak serba salah.

"Bella... "

"Andre dah mati kan?" Pintas Bella perlahan.

Lambat lambat Luiz angguk kepala.

Bibir Bella terukir senyuman nipis.

"Sokay, dia tak pernah baik dengan aku pun selama ni. Aku hidup dalam dunia ni sorang sorang takde mak bapak" kata Bella sedikit perlahan. Suaranya sedikit bergetar. Tipulah kalau kata dia tak sedih mendengar kenyataan itu. Walaupun Andre tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah, namun hakikatnya perasaan benci dalam hati Bella tidak pernah membara untuk lelaki itu.

"See? Semua yang milik aku, kau rampas! Kenapa Luiz? Lepas tu kau tanya kenapa aku buat macam ni dekat keluarga kau! Hahahahahahaha" kata Eva kuat.

Luiz menghela nafas panjang. Sepucuk pistol dari dalam jaket bajunya dibawa keluar sebelum muncung pistol itu diacu melekat pada dinding kaca bilik Bella.

"What are you doing?" Tanya Eva mendatar.

"Taking my aim" jawab Luiz dingin.

Share this novel

Intan Zamri
2021-08-17 04:40:03 

tq 4 update....bila book 3 nk habis tasya...tak sabar nyee

Ain Yatim
2021-08-12 20:13:23 

tq for updating ms author


NovelPlus Premium

The best ads free experience