Bab 5

Action Series 18457

"Miss" panggil seseorang dari arah pintu menyebabkan Bella yang sedang cuba mengangkat badan Luiz memusingkan kepalanya 90 darjah.

"Andre, good timing... Come here quick, help me... " kata Bella teruja melihat pengawal Eva dimuka pintu.

Andre tidak berkata banyak dia terus sahaja membantu Bella mengangkat Luiz.

"Siapa dia ni miss? Saksi ke? Macam mana dengan Qadir?" soal Andre sebaik sahaja Bella sudah duduk di seat pemandu kereta Luiz.

"Dia ni bakal suami i. Qadir? Hahaha entah. Tengah kena soal dengan malaikat maut agaknya dekat atas tu" balas Bella bersahaja. Pintu kereta ditutup rapat.

Riak muka Andre jelas tidak faham apa yang disampaikan oleh anak ketuanya itu.

"Nanti tolong uruskan Qadir dengan betina dekat atas tu eh. Kalau boleh biar dia masuk berita dalam keadaan bogel, hurmm tak pun you gantung dia dekat beranda lepas jahit k*te dia dekat dahi hahaha yang betina tu pulak buat lah apa apa yang you suka" Bella ketawa jahat.

Andre masih lagi kekal berdiri di sebelah pintu kereta. Riak risau jelas terpamer pada wajahnya.

"Don't worry I'll be fine" kata Bella sebelum lengan Andre ditepuk tepuk daripada cermin tingkap yang diturunkan. Bella terus menarik dan melilit tali pinggang keselamatan di badannya.

"Miss, kalau dia saksi, saya boleh tolong bu..." Andre tidak sempat menghabiskan kata katanya. Lidahnya sudah terkelu apabila menerima renungan tajam membunuh daripada Bella.

"Don't you dare touch him. He's mine" keras Bella memberi amaran. Wajahnya berubah dingin. Hilang senyuman manis yang tercorak pada bibir mungilnya itu tadi.

Andre menelan air liur. Rasa gerun mula mencengkam tangkai jiwanya apabila di renung tajam oleh Bella.

"Okay M-miss" balas Andre sedikit tergagap.

"Bye bye Andre, see you next time..." cermin tingkap dinaikkan sebelum pantas kereta itu meluncur pergi dengan laju dari tempat parking aparment 40 tingkat itu.

Andre hanya memerhatikan sahaja dari ekor mata sehingga kereta Bella hilang dari pandangan. Kakinya berpusing semula ke arah lift. Mayat Qadir yang berada di atas perlu diuruskan dengan segera.

"So how?" tanya Eva yang sedang berdiri menghadap cermin tingkap.

"Like always...tapi... " ayat Andre tergantung.

"Tapi apa?" Eva sudah memusingkan badannya menghadap ke arah Andre. Kedua tangan naik disilang ke dada.

"Tapi ada saksi..."

"What! Macam mana boleh ada saksi? Sebelum sebelum ni tak pernah lagi Bella gagal untuk buat misi dia. Kenapa kalini boleh sampai ada saksi? Apa Bella buat dengan saksi tu?" Eva mula naik berang. Belum pernah lagi anaknya itu membuat kesilapan dalam melakukan tugasnya. Semua misi yang diberikan pasti akan dilaksanakan dengan cukup sempurna. Tanpa sedikit pun cacat cela.

"Miss Bella kata tu bakal suami dia..." jawab Andre takut takut. Pandangannya dibuang ke lantai. Tidak berani ingin menatap mata wanita dihadapannya itu. Siapa je tak gerun apabila berhadapan dengan Eva Elizabeth Rose. Bekas pembunuh terhandal yang paling digeruni dalam dunia gelap. Malah satu satunya anak dia, Bella Lavender Rose juga dilatih daripada kecil untuk menjadi pembunuh terhandal sama sepertinya.

"What? Bakal suami!" suara Eva naik seoktaf.

Andre mengangguk lemah.

"No! Bella tak boleh rapat dengan sesiapapun. Itu semua boleh menyebabkan dia hilang fokus untuk jalankan misi. I don't wanna hear about it. Its too nonesense. Bunuh lelaki tu. Buang dekat mana mana gunung ke sungai ke i tak kisah, yang i tahu dia jauh daripada hidup Bella... " arah Eva mendatar.

"Tapi, Miss Bella tak bagi sentuh lelaki tu. Dia kata sesiapa yang apa apakan lelaki tu akan mati di tangan Miss Bella" balas Andre semula.

"I don't care. Upah mana mana assasin yang paling handal. I taknak ada sesiapa langsung dekati anak kesayangan i. Cukup lah dulu dia bodoh gara gara sorang budak lelaki tu, i taknak dia bodoh gara gara lelaki lagi buat kali yang kedua. Dia tak perlukan sesiapa. Bella hanya perlukan i dalam hidup dia. Dia memang dilahirkan untuk berseorangan sampai ke hujung akhir hayat dia" tajam mata Eva merenung Andre.

Andre hanya mampu menghela nafas yang panjang. Badannya ditunduk separuh sebelum dia terus melangkah pergi.

Dalam fikirannya sudah bercelaru. Dimanakah dia ingin mengupah assasin yang lebih handal daripada Bella.

Bella meletakkan badan Luiz perlahan lahan di atas katil. Rumah siapa? Semestinya rumah Luiz Martin. Macam mana dia boleh masuk?.

Huh alang kan bank negara pun Bella boleh rompak sesaja inikan pula rumah aparment yang guna security code bodoh tu.

Badan yang terasa lenguh direnggangkan sedikit. Nampak je Luiz ni macan kurus keding. Tapi bila pegang betul betul badan dia. Terasa ketulan ketulan abs serta urat badan yang jelas menimbul disetiap sudut anggota.

Lama Bella merenung wajah suci Luiz. Tangannya mengusap lembut rambut Luiz yang sedikit terjuntai ke bawah.

"Kenapa muka kacak you ni macam i pernah nampak sebelum ni? Nostalgic betul " bisik Bella sendiri. Dia kemudian melangkah ke arah dapur rumah Luiz.

Pintu peti sejuk dibuka. Beberapa biji buah dikeluarkan dari dalam sebelum diletakkan di atas meja dapur. Papan pemotong yang tergantung pada dinding atas singki dicapai. Pisau dapur juga diambil.

Laju tangan Bella memotong beberapa buah buahan yang wujud dalam peti sejuk Luiz. Kemudian dia membuat pula air apple jus yang dikisar menggunakan jus blender. Tidak lupa juga semangkuk oat yang terhias dengan kacang dan madu dibahagian atas.

Bella tersenyum bangga melihat hasil air tangannya yang nampak simple tapi menyelerakan. Ini dah boleh masuk list calon isteri Luiz.

Mangkuk dan gelas tadi diletakkan ke atas dulang sebelum dibawa ke dalam bilik Luiz. Dulang itu diletakkan di atas meja betul betul di sebelah katil Luiz.

Namun baru sahaja Bella ingin mengatur langkah keluar dari bilik Luiz, matanya tertancap pada satu frame gambar yang terletak atas almari kecil disudut hujung di sebelah kanan.

Frame kaca yang jelas keretakkan itu dicapai.

"Hah! No wonder i macam pernah nampak muka kacak you" bicara Bella sebelum matanya teralih pada wajah tenang Luiz yang masih lagi tidak sedarkan diri di atas katil.

Dalam gambar itu terdapat sepasang suami isteri yang jelas tercalit kegembiraaan pada wajah masing-masing. Dan ada dua orang kanak kanak lelaki yang berada dalam pelukan pasangan itu. Wajah kanak kanak lelaki itu sangat seiras seperti kembar.

"Luiz Martin, Luiz Marcel..."

Gambar itu diletakkan semula atas almari tiga tingkat itu sebelum laju tangan Bella menarik laci yang berada paling atas. Mata Bella agak terjengil melihat isi didalamnya. Almari itu penuh dengan serpihan serpihan kaca yang tercalit darah darah yang sudah kering.

Laci dibawahnya pula tarik.

Almari itu penuh dengan pelbagai jenis senjata api dan alatan alatan yang tajam.

Laci seterusnya lagi ditarik.

Kosong.

Mulut Bella terukir senyuman sinis.

"Emptiness talk the most saddest things.." bisik Bella. Papan kayu dibahagian bawah laci itu ditolak ke atas. Ada satu kunci terlihat di bawah papan almari itu.

"Hmmm so, which one of your secret that i can open with this key?" kaki Bella melangkah semula ke sisi katil Luiz. Ada satu peti besi yang terletak betul betul bawah meja sebelah katil Luiz.

Bella mencangkung ke bawah sebelum tangan sibuk membelek peti itu. Peti besi itu perlu diisikan dengan 6 angka kode untuk dibuka.

Wajah Luiz dipandang sekilas.

"Peti ni betul betul dekat sebelah katil. Terlalu terdedah untuk mata perompak tetapi dikunci dengan beberapa kode. That means dalam peti ni ada benda yang selalu diperlukan dalam keadaan yang tertentu... Hmmm. Maybe some kind of sedative? Tadi pun dia ada sebut pasal pills... "

Otak Bella ligat berfikir. Jari runcingnya perlahan mengetuk pada permukaan atas peti besi itu menjadi satu irama.

"Kode... Hmmm... Something that you always remember when you sick... Something that makes you fall sick?" mata Bella menoleh semula di mana terletaknya frame gambar tadi.

"Death anniversary?"

Satu tarikh diisikan pada kode peti besi itu. Selang beberapa saat pintu peti itu terbuka dengan hanya sekali cubaan.

Mulut Bella terukir senyuman gembira tetapi tak lama setelah matanya melihat isi di dalam peti besi itu. Ketulan ketulan asap yang keluar dari peti jatuh ke lantai secara perlahan.

Peti itu penuh dengan picagari yang sudah terisi dengan cecair.

Bella mencapai salah satu picagari yang ada sebelum dibawa ke hidungnya. Cecair itu dihidu dalam.

Macam bau ubat.

Tak habis dengan itu dia memicit pula cecair itu ke atas tapak tangannya sebelum dijilat sedikit.

"Sulpiride?" teka Bella.

Kemudian salah satu daripada botol botol ubat yang tersusun di sebelah kanan peti itu pula dicapai. Tulisan yang pada botol itu dibaca dengan teliti.

"Clozapine... Why you need this medicine? " soal Bella sendiri. Dahinya yang putih mulus itu berlapis lapis apabila dikerutkan. Setahu dia, Clozapine dan Sulpiride itu adalah ubat penenang yang digunakan oleh pesakit yang mengalami penyakit psikosis atau schizo.

"Ja-jangan... Sakit ma... Sakit... "

Bella pantas menoleh ke arah Luiz yang berada atas katil. Mata Luiz masih lagi terpejam rapat. Namun wajahnya yang berkerut itu jelas menunjukkan seperti dia berada dalam kesakitan.

Botol tadi disimpan semula ke dalam peti besi sebelum pintu peti itu ditutup rapat kembali.

Bella duduk di ruangan kosong sisi katil Luiz. Dia tidak membuat apa apa. Hanya mata sahaja yang tidak lepas daripada merenung muka kacak Luiz.

"Jangan mama... Sakit... " rengek Luiz lagi. Nafas yang ditarik juga nampak seperti tersekat dihalkumnya. Dahi Luiz jelas nampak air peluh yang mula kelihatan walaupun penghawa dingin sudah ditahap minimum.

"Apa benda yang dia mimpi ni?".

Tangan Luiz merangkul erat badan sendiri. Seolah olah melindungi badannya daripada sesuatu. Kepalanya juga bergerak kekiri dan kekanan.

Tanpa rasa serba salah Bella pantas menarik baju Luiz ke atas. Terserlah badan Luiz yang berketul ketul. Namun bukan itu yang menjamah pandangan Bella. Tetapi parut parut luka lama yang jelas kelihatan diseluruh badan Luiz.

Ada yang seperti kesan parut jahitan, ada yang seperti kesan lecuran, ada yang seperti kesan terbakar. Kesan kesan itu terlalu banyak. Sampaikan hampir setiap inci badan Luiz dipenuhi dengan kesan kesan yang jelas nampak menyakitkan.

"What the hell..."

"Ma... Sakit..." rengek Luiz lagi. Ada satu linangan air mata yang turun ke pipi Luiz.

Bella sudah tergagam di tempatnya. Mulutnya yang terbukak kecil itu ditekup menggunakan tangan.

Tanpa berkata apa apa terus Bella menghayunkan tangannya ke pipi Luiz dengan agak kuat.

Pang!

Serta merta Luiz terjaga dari tidur secara mengejut. Nafasnya termengah mengah.

"Good morning sunshine" kata Bella selamba.

"Kau! Apa kau buat dekat sini" tanya Luiz kuat sebelum matanya melihat disekeliling.

"Apa kau buat dalam rumah aku hah!"

Pantas kedua bahu Bella ditarik sebelum ditekan kuat ke atas katil. Posisi mereka sudah berubah. Kini Bella pula yang terbaring dan Luiz berada diatasnya.

Namun perkara itu bukannya menakutkan Bella. Malah membuatkan bibir Bella mula tersenyum lebar.

Auch. Luiz nampak sangat seksi dimata pandangannya sekarang. Tambah pula dengan cahaya lampu bilik yang samar samar. Macam tengah berlakon aksi romantik dalam bilik.

Bila agaknya boleh start bukak baju ni?.

"Jawab!" jerkah Luiz kuat sehingga mematikan lamunan Bella sebentar tadi.

"Tadi i ternampak you pengsan depan rumah you dengan pintu rumah yang memang dah terbukak. So i bawak jelah you masuk dalam. Takkan i nak biar je you tidur dekat lantai" bohong Bella tenang.

Dahi Luiz berkerut seribu. Pengsan? Depan rumah? Bukan ke tadi dia dekat rumah Qadir?.

Qadir.

Bau darah.

Kepala Luiz yang terasa berdenyut hebat itu dipegang. Perlahan lahan pegangan di bahu Bella dilepaskan.

Bella tersenyum sinis. Tangannya elok membuka butang baju kemejanya satu persatu.

"Kau dah kenapa gila!" marah Luiz sebelum tangannya kuat menggengam tangan Bella.

"Lah... habis tu you dah hempap badan i macam ni. I ingatkan kita nak recreate scene romantik atas katil" balas Bella selamba. Bibir mungilnya itu masih kekal dengan senyuman.

Pantas Luiz bangun daripada badan Bella.

"Keluar" kata Luiz sepatah. Mukanya dikalih ke arah lain.

"Hehe yelah yelah... Nak keluar lah ni" kata Bella sebelum dia bangun dan melangkah ke arah pintu. Namun langkahnya termati. Luiz yang masih kekal di atas katil itu dipandang semula.

"Tu sebelah meja tu ada makanan sikit. I buatkan tadi. Jangan lupa makan tau" kata Bella mendatar sebelum dia terus menghilang dibalik pintu.

Luiz memandang dulang yang berada atas meja tepi katilnya itu.

"Gila..." kata Luiz perlahan. Wajahnya diraup kasar. Kenapa fikirannya bercampur aduk?. Adakah penyakitnya semakin teruk. Bagaimana pula perempuan tadi sampai boleh masuk dalam rumah dia.

Bermacam macam soalan berlegar di otak Luiz.

Bella menutup pintu rumah Luiz perlahan lahan. Tanpa sedar bibirnya terkoyak senyuman sinis. Sangat sinis. Tangannya menyeluk kedalam poket seluar.

"Pinjam dulu tau sayang... Nanti i pulangkan" kata Bella sambil memandang kunci yang berada dalam tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience