Bab 14

Action Series 18457

Tiba sahaja di France, Bella dan Luiz terus pergi ke salah satu hotel yang ternama di negara itu.

"Dah jom," ajak Bella kepada Luiz yang sedang duduk di salah satu kerusi di lobby hotel.

Luiz pula hanya mengekor dengan tangan yang menyorong beg roda Bella dan dia.

"Jangan cakap yang kita akan tidur sebilik" kata Luiz mendatar. Mata memandang pintu bilik di hadapannya berselang dengan muka Bella yang sudah tersengih sengih seperti kera bodoh.

Bella tergelak halus sebelum membuka pintu itu.

"Mestilah, takkan i nak suruh you tidur sorang sorang pulak" jawab Bella selamba.

"Bye, aku blah dulu" kata Luiz mendatar sebelum dia terus berpusing ingin melangkah pergi. Namun cepat cepat tangannya ditahan semula oleh Bella.

"I'm just joking!" kata Bella laju.

"Ni penthouse lah. Dalam bilik ni ada lagi 4 bilik yang lain" sambung Bella.

"Yeke?" soal Luiz ragu ragu.

"Iyalah, tak percaya cuba masuk dulu" kata Bella semula sebelum dia melangkah masuk ke dalam.

Luiz pula hanya mengekor dari belakang. Memang betul apa yang Bella katakan tadi. Bilik itu mempunyai 4 bilik lain di dalamnya, ada satu sudut ruang tamu dan juga sudut dapur kecil. Mewah, luas dan sangat cantik.

"Berapa harga penthouse ni satu malam?" tanya Luiz sebelum dia mengambil tempat di atas sofa di hadapan tv. Beg roda pakaian sudah disandarkan ke dinding.

"Around 23 thousand euro, I guess...".

"A night?"

"Yup, a night" jawab Bella sebelum dia juga mengambil tempat di sebelah sofa Luiz.

"Sanggup eh kau berhabis duit semata mata nak ajak aku ikut sama" kata Luiz mendatar.

Bella tergelak halus.

"Duit i berlambak... So time ni lah kena guna habis habis. Jangan risau tu semua duit haram... Hasil dari membunuh. Hahaha" balas Bella selamba.

Tiba-tiba ada satu notifikasi masuk dalam iphone Bella.

Mesej itu ditekan dan dibaca dalam hati sahaja.

(Seeker)

-Found him/ France -
(image)

"Wow, what a coincidence" bicara Bella sendiri.

"Apa?" tanya Luiz sambil memandang wajah gadis itu. Dahinya berlapis dua.

"Not your business~" jawab Bella kembali. Gelak halus terlepas dari mulutnya. Kemudian telefon tadi disimpan semula di dalam kocek seluar. Belum tiba masa untuk Luiz tahu tentang hal ini.

Luiz pula hanya menayang wajah bersahaja. Malas nak ambik kisah.

Selesai sahaja mereka meletakkan beg pakaian ke dalam bilik masing masing. Luiz melangkah ke arah dapur, manakala Bella duduk di ruang tamu. Tetapi mata masih tertumpu ke arah Luiz yang sibuk mencari benda yang boleh dijadikan makanan.

"Aku lapar lah," ucap Luiz mendatar sebelum wajah Bella dipandang.

"Kau nak makan tak? Aku keluar pergi beli makanan kejap. Ke nak makan dekat luar je?".

Serta merta wajah Bella berubah ceria.

"Jom dating!" kata Bella teruja.

"Beli makanan bukan dating" kata Luiz mendatar.

"Eleh, sama jelah tu" Bella terus melangkah semula ke dalam biliknya. Seminit selepas itu dia keluar kembali dengan rambut yang sudah ditoncang dan muka yang di bedak sedikit.

"Jom!" ajak Bella.

Luiz hanya memandang Bella dari atas hingga ke bawah. Pemakaian Bella nampak simple tapi sangat cantik. Blouse kembang di bahagian pinggang dan seluar jeans yang bewarna biru gelap itu nampak sesuai dengan karakter dia. Sekali pandang Bella nampak sama seperti gadis gadis lain diluar sana. Bukan seorang pembunuh yang berdarah dingin.

'Cantik kan perempuan ni?' soal satu suara dalam kepala Luiz.

"Cantik..." jawab Luiz tanpa sedar.

"Hah apa? Cantik?" tanya Bella semula dengan senyuman nakal.

"Manada aku cakap apa apa" balas Luiz laju. Dia terus melangkah ke arah pintu dengan tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar. Bodoh punya mulut.

Bella cepat cepat mengejarnya dari belakang.

"You kata i cantik kan tadi! Kan? Kan? Kan? Kan Luiz kan? I dengar!" lengan Luiz dipaut mesra.

"Kau salah dengar tu.." kata Luiz mendatar. Pintu bilik dibuka selepas mengambil kad bilik yang diselit di tepi dinding.

"Ye... Tadi i dengar you kata i cantik" kata Bella masih tidak berputus asa.

"Kau salah dengar".

"Tak, i tak salah dengarlah... Iya kan! Kan kan kan..." lengan Luiz digoyang goyang lembut. Luiz pula hanya membiarkan sahaja sambil membuat muka malas.

"Hehehe sayang you" kata Bella lagi. Kepalanya elok dilentokkan ke bahu Luiz. Ketinggian Luiz yang lebih hanya beberapa inci sahaja daripada ketinggian Bella menampakkan mereka seperti pasangan yang bercinta.

"Sukahati kau lah..."

Luiz dan Bella makan di satu restoren yang agak mewah, terletak betul betul di sebelah bangunan hospital di negara itu.

Sementara makanan mereka sampai Luiz membelek belek telefonnya. Manakala Bella pula tidak henti henti merenung dan memerhati muka Luiz sehingga lelaki itu naik rimas.

"Boleh tak jangan tenung aku macam tu" kata Luiz mendatar.

"Siapa suruh you kacak sangat" balas Bella laju.

"Dah aku memang lahir lahir macam ni nak buat macam mana".

"Dah tu tahan jelah kena cabul dengan mata i" jawab Bella taknak kalah.

Luiz menghela nafas panjang.

"Tapi kan mata you cantiklah, parents you orang mana? Kacukan ke?" tanya Bella pura pura tidak tahu. Padahal semua berkaitan dengan Luiz dia sudah hafal di kepala otaknya.

"Perlu ke kau tahu?" tanya Luiz mendatar.

"Mestilah i perlu tahu asal usul bakal suami i" jawab Bella sungguh yakin.

"Siapa bakal suami kau?".

"You lah siapa lagi".

"Gila...".

"Gilakan you" balas Bella semula.

Luiz menghela nafas panjang sekali lagi. Tak boleh menang betul lawan perempuan ni.

"Ayah aku asal Ukraine. Mak aku Malaysia" jawab Luiz malas.

"Ukraine? Macam mana boleh jumpa dengan mak you" tanya Bella mendatar.

"Dulu mak aku pramugari, so jumpa time kerja" balas Luiz mudah. Malas hendak bercerita panjang panjang. Bazir air liur.

"Ouhhh. Patutlah muka you kacak tak macam orang Malaysia".

"Kiranya mata ayah you warna ni lah? Hazel hijau macam ni?" sambung Bella lagi.

"Tak, ayah aku fully hijau, mak aku warna coklat cair. So warna mata aku macam campur hazel hijau" jawab Luiz lagi.

"Ouh... Abang kembar you?" soal Bella.

"Abang kembar aku..." fikiran Luiz sedikit terganggu apabila teringat kembali tentang abangnya itu.

"Mata dia warna coklat biasa je... Kut. Entah aku dah lupa" balas Luiz perlahan. Laju tangannya meraba poket baju. Selepas dia merasa botol ubatnya dibawa bersama, nafas lega dilepas.

"You, andai kata you jumpa balik dengan abang kembar you. You nak buat apa? Bawak dia balik? Atau nak biar je dia dengan kehidupan dia sekarang" soal Bella mendatar.

"Kehidupan dia sekarang? Kenapa ayat kau seolah olah kau dah tahu dia hidup dan ada kehidupan sendiri sekarang?" soal berbalas soalan.

Tiba-tiba seorang pelayan datang menghantar makanan mereka berdua.

Selepas pelayan itu pergi Bella memandang Luiz semula.

"Yah, that what i means" jawab Bella mendatar.

Luiz terdiam. Lama dia berfikir, selama ini dia tidak pernah terfikir yang Luiz Marcel masih hidup. Dia membayangkan abangnya itu sudah mati 21 tahun yang lalu.

"Kalau kehidupan dia sekarang bahagia. Biar jelah. Dia hidup cukup sifat dah cukup bagi aku. Tapi kalau dia betul masih hidup sampai ke harini, aku nak tengok dia untuk kali terakhir...Dari jauh pun takpalah... " jawab Luiz perlahan. Nada suaranya kedengaran sayu.

"Okay, nanti i bawak you tengok dia..."

Laju mata Luiz merenung anak mata coklat milik Bella.

"Dia masih hidup ke!" soal Luiz sedikit kuat. Matanya membulat besar.

"Yah, Luiz Marcel masih hidup..." balas Bella mendatar. Makanannya mula dijamah.

"Dan dia dekat France sekarang..." sambung Bella lagi.

Luiz jelas terkejut. Dia hanya memandang kosong sahaja pinggan yang terhidang di hadapannya. Abangnya masih hidup. Jadi kenapa selama ini dia tidak pernah mencari Marcel?. Sebab selama ini dia beranggapan bahawa abangnya itu telah tiada. Sebab itu ke?.

Tak.

Sebab utama Luiz tidak mencari abang kembarnya itu kerana dia sibuk menyelamatkan nyawanya sendiri. Gara gara kehilangan Luiz Marcel lah hidupnya menjadi tunggang langgang. Mamanya berubah menjadi kaki pukul kerana kehilangan Marcel. Ayahnya meninggalkan Luiz dan mamanya juga kerana Marcel. Dia diseksa hampir separuh mati juga kerana Marcel. Punca utama hidupnya sebegini kerana Luiz Marcel. Jadi perlu ke dia berjumpa kembali dengan abangnya itu.

"Makan dulu... Tadi kata lapar" tegur Bella lembut. Sekaligus mematikan lamunan Luiz.

Lambat lambat Luiz mengambil sudu dan mula menyuap makanan ke dalam mulut. Suasana meja makan itu hanya sunyi sahaja. Masing masing mendiamkan diri.

Bella pula mahu memberi ruang untuk Luiz mententeramkan emosinya.

Selesai sahaja habis makan mereka berdua kembali semula ke bilik hotel. Masuk sahaja ke dalam Luiz terus mengunci dirinya di dalam bilik tidur.

Selang beberapa jam Bella mengetuk perlahan pintu bilik Luiz.

Tok! Tok! Tok! 

"You, i keluar kejap. I nak kena buat mission i. You kalau nak keluar hati hati tau" pesan Bella.

Namun tiada sahutan mahupun balasan yang diterima. Bella hanya pasrah. Biarlah Luiz tenangkan dirinya dahulu.

"I pergi dulu" kata Bella sebelum dia terus melangkah pergi.

Bella memakai pakaian biasa ketika keluar. Kerana dia ingin memantau mangsanya sahaja hari ini. Selepas membaca keadaan barulah dia akan bertindak hari seterusnya.

Bangunan tinggi di hadapannya dipandang lama.

"Besar gila. Bangunan ni, lebih 50 tingkat rasanya" ngomel Bella sendiri.

Dia sedang duduk di salah satu bangku yang ada berdekatan dengan bangunan itu. Jam tangannya dilihat.

7pm.

Satu persatu pekerja syarikat mula keluar dari bangunan itu. Mata Bella tidak lepas melihat ke arah pintu masuk.

Tetapi mangsa yang sepatutnya Bella bunuh masih lagi tidak kelihatan.

"Ish, mana dia ni. Dah berjam aku tunggu. Ke dia tak kerja harini?" ngomel Bella lagi.

Hari semakin gelap, tetapi Bella masih lagi tidak beranjak dari kedudukannya.

Tiba-tiba ada seorang lelaki yang berpakaian sut gelap bersama dua orang lagi lelaki yang berpakaian sut coklat melangkah keluar dari pintu masuk. Masing masing nampak kacak dan sungguh bergaya.

Tetapi mata Bella hanya tertumpu kepada seorang sahaja lelaki yang bersuit gelap berjalan antara tiga jejaka itu.

"Luiz Marcel?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience