Bab 21

Action Series 18457

"Kosong je tempat ni... Mana anak anak setan mak kau?" soal Luiz mendatar. Matanya ligat memerhati di setiap pelosok ruangan. Dapur Eva yang berkonsepkan gelap dan warna keemasan itu nampak sungguh elegan. Macam dapur pameran dekat Ikea pun ya. Bila sebut macam dapur pameran, dapur itu seolah olah tak pernah digunakan langsung. Suci murni lagi.

Satu kuali berwarna hitam dicapai.

"Mak kau tak pernah masak eh? Macam tak pernah guna je dapur ni" kata Luiz sambil menghayung hayung kuali itu ke udara.

"Dia nak masak? Siapa yang nak makan makanan dia? Anjing? Masak maggi pun tak reti" bebel Bella dengan muka bosan.

"Haha, kau lah yang makan... Kau kan anak dia" nganjing Luiz.

"Euww, tak hingin... Entah-entah dia letak racun dalam makanan tu nanti"

"Habis selama ni dia makan apa?" soal Luiz semula.

"Makan dosa hari hari" balas Bella mendatar.

"Hahaha, pikir kelakar lah tu"

Mata Luiz meliar ke sekeliling. Kosong dan sunyi bahagian dapur. Tiada langsung bayang susuk tubuh anak buah Eva.

"Kita nak pergi mana dulu ni? Bawah tanah? Or atas?" soal Luiz mendatar.

"Bawah... Kita try pergi bawah dulu"

"Okay..." Luiz jalan melangkah mendahului Bella.

"Kejap...." lengan Luiz ditarik lembut.

"Apasal you bawak kuali ni sekali?" tanya Bella sambil menunjuk ke arah kuali hitam yang masih tidak lepas daripada tangan kanan Luiz. Manakala tangan kirinya memegang satu riffle berwarna hitam yang elok disandar pada bahu kiri.

"Tak boleh ke? Alang alang dah jumpa ni. Biar aku smash kepala mak kau tu guna kuali dia haha" Luiz tergelak kecil.

"Buat perangai buat perangai..."

"Yelah yelah..."

Kuali tadi diletakkan semula atas meja dapur.

"Nak turun bawah guna apa ni?" soal Luiz mendatar.

"Lift..." jawab Bella sambil menunjuk ke arah lift yang terdapat di bahagian hujung kiri dapur. Kaki mula mengatur langkah.

Luiz hanya membuat muka 'kaya nak mampus' ke arah Bella sebelum dia turut melangkah sama.

"Bel..." kata kata Luiz termati apabila matanya terpandang satu susuk tubuh yang paling dibenci, berdiri tegak sebelah dinding dapur sambil tersenyum ke arahnya. Dadanya berombak laju secara tiba-tiba. Jelas raut kemarahan terpancar pada wajah kacak Luiz.

Tak. Tak mungkin wanita si*l itu ada di rumah Eva ketika ini.

"You?" panggilan Bella dari dalam lift mengembalikan Luiz ke alam realiti.

Kepala digeleng laju sebelum Luiz juga ikut melangkah masuk.

Tak mungkin 'dia' ada disini. Luiz yakin Ini semua hanyalah mainan ilusi matanya sahaja. Mungkin juga kesan, berhari hari dia tidak menyentuh ubat yang sepatutnya dimakan ikut waktu.

Tutup sahaja pintu lift. Ada satu semburan asap putih yang dikeluarkan menyembur ke arah mereka berdua.

"Ni disinfectant spray..." kata Bella tanpa disoal.

"Kenapa kena sembur kuman pulak?" soal Luiz yang sudah pelik dengan sistem di dalam rumah Eva.

"Sebab dekat tingkat bawah ni tempat latihan, selalunya lepas berlatihkan berpeluh-peluh. So nak naik atas kena spray binatang ni dulu. Don't ask me. Ask that crazy woman who design this house..." kata Bella mendatar.

Luiz tergelak halus. Pelik pelik jelah si Eva tu.

Habis sahaja disembur, lift itu mula bergerak turun ke tingkat bahagian bawah tanah.

"Bella..." panggil Luiz mendatar.

"Hmm?" Bella memandang muka kacak Luiz di sebelahnya.

"Ubat aku mana?" soal Luiz mendatar. Mukanya sudah berubah dingin dan beku.

"Ada ni hah kenapa?" kata Bella sambil menyelak helaian jaket baju yang dipakai. Ada dua picagari bersama satu botol ubat kecil diselit dalam jaket bahagian dalam baju itu.

"Masuk harini dah 3 hari kan aku tak makan ubat...?"

Bella tidak membalas. Dia tahu apa maksud Luiz. Selain daripada penyakit split personality nya ini Luiz mempunyai penyakit psikosis, dimana pesakit akan mula berhalusinasi jika tidak mengambil dos ubat yang sepatutnya dimakan.

Botol ubat itu digenggam erat.

Tapi jika Bella memberi Luiz ubat itu sekarang maka personaliti Luiz yang ini akan pergi dan Luiz yang sebenar akan muncul.

Tidak

Dia tidak boleh menyuruh lelaki ini tidur buat masa sekarang. Dia perlukan syaitan ini untuk melaksanakan misinya dengan sempurna.

"Luiz..."

"Actually nama aku bukan Luiz... Luiz tu nama host badan ni..." celah Luiz mendatar

Bella mengangkat kening kanannya.

"Ouh yah, i lupa pulak korang sebenarnya ada nama tersendiri. Selama ni i panggil you Luiz. Siapa nama you?" soal Bella semula.

"Jay, call me Jay" habis sahaja berkata pintu lift tadi terbuka luas.

"I will give you just one warning Bella," riffle hitamnya yang tersandar pada bahu kini sudah dihalakan ke arah luar lift.

"If my delusional start kick in. I will become a crazy devil" pemicu riffle ditarik.

Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

Manusia-manusia yang sememangnya sudah siap sedia menunggu kedatangan Bella dan juga Luiz mati begitu sahaja apabila ditembak oleh riffle Luiz secara bertubi-tubi.

Mayat bergelimpangan atas lantai bilik tingkat bawah tanah itu.

Luiz melangkah keluar sebelum diikuti oleh Bella di belakang. Dengan selamba semua mayat mayat itu dipijak tanpa rasa serba salah. Bau darah mula memenuhi ruangan.

Bau kesukaan Si Jay. Bau seakan besi karat yang diselaputi alcohol.

Sengihan sinis terukir.

Tingkat itu terbahagi kepada dua bahagian. Sebelah kanan ada satu hall maze yang sangat panjang. Manakala di sebelah kiri pula ada tempat untuk latihan menembak.

"You go to that way. I go this way" kata Bella sebelum dia tersenyum sinis. "Ouh yah, don't worry about me. I'm quite crazy as well" katanya sebelum terus melangkah ke arah bahagian kiri.

"Gudluck Jay!" sempat Bella memberi kata kata semangat ke arah lelaki itu.

Luiz tergelak mendengar bicara Bella sebelum dia melangkah ke arah bahagian kanan.

Ada dua pintu untuk masuk ke dalam Maze itu, satu diperbuat daripada kayu tebal. Manakala satu lagi diperbuat daripada besi.

"This hell, sure is funny..." pintu besi yang tercacak pelbagai jenis pisau di pemukaannya itu ditolak ke dalam sebelum Luiz melangkah masuk tanpa rasa gentar.

"Why Eva! She is your daughter! Kenapa sampai kena buat semua ni. Kau tak sayang anak kau sendiri ke? What wrong with your head! " marah betul Andre apabila mendengar rancangan Eva yang memerangkap anaknya itu di dalam rumah agam dan dipaksa bermain permainan survival yang mempertaruhkan nyawa.

"Sebab dia anak aku lah aku yakin dengan kebolehan dia... Don't worry she'll be fine" jawab Eva cukup tenang.

Turun naik dada Andre menahan amukan. Jelas api kemarahan terpancar di matanya. Perempuan ini gila!. Tak pernahkah dia puas untuk menyiksa gadis bernama Bella itu?. Malah daripada kecil lagi Bella sudah menerima pelbagai seksaan yang tak sepatutnya diterima oleh seorang manusia. Tidak puas lagikah dia?.

"Apa yang kau nak sebenarnya ni Eva? Hah? Apa yang kau dapat daripada semua ni?" tanya Andre mendatar. Kuat tangannya mengenggam menahan amarah dalam hati.

"Hurmm..., selain daripada nak uji kemampuan Bella sendiri. Rancangan sebenar aku buat semua ni adalah untuk biar lelaki tu merana, aku nak seksa mental dia sampai dia jadi gila" tutur Eva.

"Luiz?" garisan garisan melintang mula terbentuk di permukaan dahi Andre.

"Aku nak tahu apa yang hebat sangat lelaki tu sampaikan Bella terkejar kejarkan dia. Sanggup Bella ingkar arahan aku hanya kerana lelaki bodoh tu. Jadi aku nak seksa lelaki tu sampai dia gila dan terseksa. Ouh lupa pulak. Dia memang dah gila dah pun kan sekarang?... Hahahaha" Eva tergelak terbahak bahak.

Dahi Andre berkerut memandang telefonnya.

"Apa yang kau dah buat ni Eva... ?" soal Andre jelas tidak mempercayai telinganya, mendengar tutur kata wanita gila itu.

"Preparation to destroy someone insanity, maybe. HAHAHAHA!" Eva gelak lagi sekali tetapi kalini lebih kuat.

"Take a guess Andre... Bila lelaki tu dah sepenuhnya jadi gila... Kau rasa Bella masih tunggu dia atau tidak?" sambung Eva lagi.

"Eva... Kau sedar tak apa kau buat ni? Bella sayangkan Luiz. Dan lelaki tu je satu satunya harapan Bella untuk rasa macam mana adanya perasaan macam manusia biasa. Dia satu satunya lelaki yang Bella sayang. Lelaki tu je harapan untuk Bella tak terus tengelam dalam dunia yang penuh darah kau cipta untuk dia. Tanpa Luiz mungkin Bella makin susah untuk dikawal!. Kau buat macam ni seolah olah kau hancurkan masa depan anak kau sendiri! Kau sedar tak? Kau hancurkan masa depan anak kita!" kata Andre dengan nada yang semakin meninggi dari setiap patah perkataan.

"Sejak bila kau mengaku yang dia anak kau Andre?" sarkastik sungguh bunyi lontaran soalan Eva.

Andre terdiam. Jelas bunyi geselan gigi terdengar dari celahan bibirnya.

"Bella is my daughter. She is mine... Not yours. Not Luiz. Not anyone else... Aku tahu cara nak besarkan dia macam mana. Bella tu hasil ciptaan terindah aku. Kau tak perlu sibuk nak hancurkan rancangan aku Andre! Kau tak diperlukan! Kalau aku dapat tahu kau ingkar arahan aku atau kau cuba gagalkan rancangan aku. Aku akan bunuh kau tanpa ragu ragu Andre. Mark my words" ugut Eva tegas.

"Eva!" jerit Andre kuat. Sungguh dia tidak mempercayai. Sanggup Eva memperlakukan anaknya sendiri macam itu. Mana hilangnya sifat kasih seorang ibu kepada anaknya?.

"Ikut arahan aku" sejurus berhabis kata, talian itu dimatikan secara paksa.

Prang!

Telefon itu berkecai apabila dicampak kuat oleh Andre ke lantai rumah. Menyesal dia mencintai wanita itu suatu ketika dahulu. Menyesal kerana pernah bersetuju untuk memberi anak kepada wanita bertopengkan syaitan itu.

Jelas terang lagi bersuluh Eva tidak pernah mencintainya. Malah dia hanya dianggap salah satu daripada orang suruhannya sahaja.

Muka diraup kasar. Habis berserabai rambut menjadi tempat lepasan hati yang berserabut.

"Ya allah apa aku dah buat ni?. Tolong selamatkan anak aku dan Luiz ya allah..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience