Bab 34

Action Series 18478

Tok! Tok! Tok!

"ASSALAMMUALAIKUM!" Kata Luiz kuat sambil tangan mengetuk pintu Raston Villa itu.

Diam tiada sahutan.

Hahahaha kau expect apa?

Eva jawab waalaikummussalam, masuklah. Gitu?

Luiz melihat sekeliling villa itu. Mewah. Di bahagian tepi villa itu ada sebidang tanah untuk bermain anak panah. Manakala bahagian tepi kanan pula ada kolam renang yang agak besar.

Vila itu satu satunya terletak di kawasan yang seluas beberapa hekta itu. Hanya satu. Jauh daripada kehidupan dan jiran yang lain.

Namun pemandangannya cukup cantik dan indah. Boleh nampak menara KLCC Berkembar dari bahagian sudut tepi.

Hmmm mesti mahal rumah ni. Berjuta rasanya.

Pintu villa itu dilihat semula. Tiada sahutan. Luiz bawa keluar pistol dalam kocek seluarnya sebelum dihala kearah tombol pintu.

Bang!

Sekali tembakan sahaja, hancur terus  tombol pintu yang tadinya masih kekal utuh.

Pintu ditolak kedalam. Luiz melangkah masuk dengan berhati-hati.

Rumah itu besar. Cukup besar dan mewah. Lantai mozek putih yang dipijak juga tampak berkilat dan bersinar. Menunjukkan yang rumah itu sentiasa dijaga rapi oleh seseorang.

Kebanyakkannya barang dalam rumah itu berwarna putih. Tampak suci sahaja.

Susah untuk percaya yang villa itu milik perempuan sial macam Eva.

Luiz jalan lagi. Mata tidak lepas memandang ruang sekelilingnya sebelum terarah pada satu pintu yang berada di lantai.

Bilik bawah tanah?

Pintu itu dibuka. Tak berkunci.

Tanpa rasa ragu ragu Luiz terus sahaja melangkah turun menuruni tangga untuk ke ruang bawah.

Tangga itu bersambung pada satu hall yang panjang. Dan dihujung hall itu terdapat tiga pintu bilik yang tampak sangat mencurigakan.

"Hurmm...mak kata ambik tengah tengah kalau tak tahu buat pilihan. Eh? Aku ada mak ke? Hahahaha" Luiz terus sahaja masuk ke dalam bilik yang berada ditengah tengah.

Bilik itu gelap gelita. Tiada cahaya lampu. Mungkin sebab bawah tanah.

Bam!

Tiba tiba pintu tadi tertutup dengan sendirinya.

Luiz cuba bukak pintu itu semula namun tidak berjaya.

Ah shit! Aku baru je lepas kena kurung, ni kena kurung lagi!

Dum! Dum! Dum!

"Oi Eva! Kau tak bosan ke asyik kurung kurung orang? Aku dah bosan ni asyik kena kurung! Jangan sampai lepas ni aku pulak yang kurung kau!" Tanya Luiz kuat.

Serentak itu lampu bilik itu terpasang. Bilik yang tadinya gelap gelita kini sudah jelas menunjukkan sifat dan objek yang ada dalam bilik itu.

Ada satu kerusi kayu terletak ditengah tengah bilik yang menghadap ke dinding kaca bilik sebelah.

Dalam bilik itu ada seorang perempuan yang terikat pada satu kerusi. Pada lehernya pula ada semacam tali gantung yang elok diikat tidak terlalu ketat.

"Bella..." panggil Luiz perlahan.

Perlahan lahan kakinya melangkah mendekati dinding kaca itu. Kaca itu disentuh.

"Bella! Dengar suara aku tak!"

Bam! Bam!

Dinding kaca yang agak tebal itu diketuk.

"Bella! Bella!"

Bella membuka mata perlahan apabila terdengar namanya dipanggil.

"Luiz?" Jawab Bella masih lagi dalam keadaan mamai.

Wajahnya diangkat melihat depan.

"Luiz?" Soalnya lagi.

"Tak! Ni aku, Jay!" Balas lelaki itu semula.

"Jay? Apa yang dah jadi? Kenapa you dekat sini?" Bella cuba menggerakkan tangannya namun pergerakannya itu terbatas akibat tali yang mengikat diseluruh badannya. Lehernya dilihat. Ada tali gantung yang Eva selalu gunakan untuk memberi hukuman kepada anak buahnya ketika membuat kesalahan.

Sial! Tak sangka Eva sanggup pergi sejauh ini.

Wajah Luiz dipandang semula sebelum perlahan lahan matanya terbuntang besar. Atau lebih tepat dia memandang bilik yang berada di belakang Luiz.

"Apa kau buat ni sial! Lepaskan aku!" Tengking Bella kasar.

Luiz memalingkan wajahnya ke belakang. Dan di belakangnya juga ada dinding kaca yang membolehkan melihat isi dalam bilik di sebelah.

Dan disitu ada Eva dan seorang wanita yang amat dibenci oleh Jay.

"Hello Luiz Martin. Akhirnya kita berjumpa juga" sapa Eva sambil mulut tersengih jahat.

"Kau..." tangan Luiz mengenggam erat. Wajah Eva dan Faridah dipandang bersilih ganti.

'Mama...'

"Apa kau nak dari aku?" Tanya Luiz mendatar.

"Aku?" Eva datang mendekati dinding kaca itu.

"Aku cuma nak tengok keluarga kau merana. Seperti mana keluarga kau rosakkan hidup aku. Aku nak rosakkan kehidupan korang semua! Kau rampas segala galanya daripada aku! Sekarang tiba untuk aku rampas segala galanya daripada kau!" Marah Eva tiba tiba.

Dahi Luiz jelas berkerut. Nani the fuck?

Wajah polos Faridah dipandang lagi. Wanita tua itu sedang memandang redup kearahnya.

Namun hanya riak wajah benci menjadi balasan Luiz.

'Mama! Sakit! Jangan pukul lagi'

Gigi Luiz diketap.

'Mama! Taknak! Tolong jangan kurung Luiz dalam bilik ni! Luiz takut mama!'

Luiz tersengih sinis. Ah sial. Time time ni lah kau nak ingat balik semua benda.

"Luiz..." panggil Faridah lembut.

"Jangan sebut nama aku!" Tengking Luiz kasar.

"Luiz dah tak sayang mama ke?"

"Aku kata JANGAN SEBUT NAMA AKU LAH SIAL!"

Bam! Dinding kaca itu ditumbuk geram.

Faridah sedikit tersentak

Luiz memandang kebawah. Matanya dipejam sakit. Sakit tangan dia, tetapi sakit lagi hati dia yang selama ini didera oleh ibu kandungnya sendiri.

'Jay jangan sakitkan mama...'

Kepala Luiz mula terasa pening. Jaket bajunya diraba sebelum tangan laju mencapai botol ubatannya.

Ah, pandai pandai kau lah handel benda ni Luiz.

Ubat itu ditelan laju.

"Luiz! Luiz! You okay tak?" Tanya Bella jelas risau melihat lelaki itu tiba tiba terdiam kaku pandang lantai.

Luiz angkat kepalanya sebelum dia menoleh kebelakang.

"Bella?" Serentak dahi Luiz dan juga Bella berkerut.

"Luiz?"

Luiz melihat sekeliling bilik itu. Dia dikurung lagi?

'Jay! Apa kau buat ni! Memang hobi kau kena kurung ke apa?' Tanya Luiz geram.

'Lebih kurang gitu ah, tapi tak gitu pong...dia macam gane ah? Hahahahaha pandai pandai lah kau settel. Aku menyampah nak pandang muka sial depan kau tu'

Luiz toleh ke depan.

"Mama!" Jelas Luiz terkejut melihat ibunya bersama dengan Eva.

"Hahahahahahahahaha" Eva yang daripada tadi melihat lelaki itu tergelak kuat.

"Aku tak sangka yang kau ni memang dah gila. Aku tak buat apa apa lagi..."

"Lepaskan mama aku lah! Apa kau nak dari aku ni!"

Bam!

Cermin diketuk lagi.

Wajah Eva dan Bella dipandang bersilih ganti.

"Aku? Aku nak kita main satu permainan"

Share this novel

Ain Yatim
2021-08-06 11:29:59 

hi..takde prolong ke untuk novel ni

Intan Zamri
2021-08-04 03:02:22 

bila nk update.....


NovelPlus Premium

The best ads free experience