Bab 13

Action Series 18478

Satu notifikasi masuk dalam telefon bimbit Bella.

Skrin iphonenya diseret ke atas sekaligus memaparkan isi kandungan mesej yang diterima.

-WILLIAM KEYNES-

FRANCE- 32 YEARS OLD- MARRIED -

STATUS : ALIVE

OCCUPATION : BUSINESS MAN

TASK: DEAD IN 1 WEEK/ TORTURE/

PAID : 50,000 DOLLAR EURO ?

CLIENT NAME: JESS

Selepas membaca semua butiran yang tertera di skrin telefonnya Bella menyimpan kembali telefon itu di dalam kocek seluar.

"Hmm France eh... Apa bahasa diorang cakap eh? Bonjour? Ca va? Je vais bien, Merci" guman Bella sendiri. Kemudian kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Macam ada slang jawa je aku sebut hahaha" gelaknya kuat. Tiba tiba Bella menepuk tangannya pula.

"Aha! Boleh ajak Luiz dating pergi sana sekali!" kata Bella teruja. Senyuman manis terukir di bibirnya yang merah mungil.

"Yeah yeah France here i come" pintu kereta dibuka sebelum Bella masuk ke dalam. Laju kereta itu meluncur pergi.

Keluar sahaja daripada perut lift Bella ternampak Luiz yang sedang berjalan ke arah pintu rumah.

Terus dia mengejar jejaka itu sebelum lengan Luiz dipaut manja.

"Baby baby! Jom kita pergi dating dekat France nak tak?" tanya Bella seperti kanak kanak kecil. Mata bundarnya dikedipkan beberapa kali memandang ke arah Luiz.

"Siapa kau ni?" tanya Luiz dengan dahi yang berkerut. Mukanya serius sahaja.

Bella terdiam sejenak. Air muka Luiz diperhatikan dengan lebih dekat. Luiz di hadapannya nampak sedikit berbeza dengan Luiz yang dia jumpa pagi tadi. Aura di sekelilingnya juga agak menyeramkan.

'Psikosis, nama penyakit aku' kata kata Luiz tempoh hari kembali terulang tayang. Dan Bella tahu lelaki ini juga menghidap penyakit dissociative.

Serta merta timbul idea nakal di fikiran Bella. Bibirnya mula tercorak senyuman senget.

"Baby! Sampai hati you lupa dekat i! I nak majok lah gini" rajuk Bella tiba-tiba. Lengan Luiz dilepas kasar. Kemudian dia menyilang pula tangannya ke dada.

Makin berkerut kerut dahi Luiz. Namun dia mengabaikan sahaja gadis itu. Langkahnya disambung kembali.

"Baby!! Sampai hati you tak pujuk i!!" jerit Bella di belakang.

'Orang gila mana pulak mamat ni kutip. Aduh nyusahkan akulah!' nguman Luiz.

Baru sahaja dia ingin menaip kode sekuriti di pintunya, Bella memaut kembali lengan Luiz.

"You! Kenapa you abaikan i ni, ouhh! Inilah janji melayu. You dah sedap sedap buat i sampai mengandung lepas tu you nak pura pura pulak tak kenal i! You jahat! Tak guna! Ey benci lah macam ni!! " dada bidang Luiz dipukul-pukul peelahan.

Laju mata Luiz memandang Bella apabila dia terdengar perkataan mengandung.

"Hah!? Sejak bila pulak aku mengandungkan kau!" tanya Luiz panik.

"Huwaaa... Mama... Abang Luiz dah lupakan Bella. Dia taknak bertanggungjawab dekat baby dia!" jerit Bella sambil menangis, dia masih lagi meneruskan lakonan dramanya. Air mata palsu mengalir deras di pipinya yang putih mulus. Padahal dalam hati sudah mengekek-ngekek dia gelakkan Luiz.

Kedutan di dahi Luiz berubah kendur apabila terdengar nama Bella disebut.

"Bella? Nama kau Bella?" soal Luiz mendatar.

Bella automatik berhenti menangis. Wajah Luiz dipandang semula.

"Yelah! Takkan nama isteri sendiri pun you dah lupa!" balas Bella berpura pura kesal.

"Nama kau Bella? Bella Lavender?" soal Luiz lagi.

Kini giliran dahi Bella pula berkerut.

Luiz memejamkan matanya seperti cuba mengingat sesuatu.

"Rose? Bella Lavender Rose? Tu nama kau kan!" kata Luiz setelah membuka matanya kembali.

"Ouh, jadi youlah yang ada memori Luiz masa tu..." balas Bella sambil tersenyum.

Luiz tersenyum menyeringai.

Tiba-tiba rambut Bella dicengkam sebelum ditarik rapat ke arahnya. Bibir mereka bertemu.

Mata Bella serta merta membulat besar. Terkejut dengan perlakuan Luiz. Tetapi dia tidak pula membantah tidak juga merelakan. Hanya terkaku seperti patung mannequin.

Selang lima saat Luiz menjarakkan mukanya sebelum rambut Bella dilepas kembali.

"That for stealing my first kiss 20 years ago" kata Luiz selamba. Pipi Bella dikucup laju. Kemudian dia terus membuka pintu rumahnya.

Terkebil kebil mata Bella sebelum senyuman nakal terukir. Dia juga turut ikut masuk ke dalam rumah Luiz. Agak agak boleh sambung ke bab seterusnya tak?.

Tetapi baru sahaja dia melangkah masuk tiba-tiba Luiz memandangnya semula.

"Kena..."

"Shush..." potong Luiz laju. Jari telunjuknya diletak ke bibir Bella.

"There's someone in my house" bisik Luiz perlahan di telinga Bella.

Air muka Bella terus berubah bengang. Laju matanya meliar ke arah ruang tamu yang terletak di belakang badan Luiz. Siot betul siapa yang kacau line aku ni.

Wajah Luiz dipandang semula. Luiz sedang tersenyum senget memandang ke arahnya.

"Bella Rose my sweety honey dear . Can you kill them for me?" bisik Luiz dengan suaranya yang serak serak basah. Kemudian tangannya naik mengusap rambut Bella lembut.

"And do my favor, come with me to France for one week" balas Bella juga dalam keadaan berbisik.

"Sure babygurl. Anything for you".

Bella tersenyum sebelum dia terus melangkah ke hadapan. Luiz pula hanya menunggu di pintu rumah dengan kaki yang disandarkan ke dinding.

Satu pisau kombat yang sememangnya tersemat di belakang poket seluarnya ditarik keluar dari sarung.

"Let play game bit*hes..."

Bilik tidur Luiz dituju tanpa rasa gentar.

Sementara itu, Luiz yang berada di luar melihat jam tangannya. Tepat 5 minit Bella keluar dari dalam bilik tidurnya dengan muka dan baju yang penuh darah.

Kemudian gadis itu masuk pula ke arah bilik kerja Luiz.

Selang 5 minit tepat, juga seperti tadi. Bella melangkah keluar dari dalam bilik. Tetapi kalini rambut perang Bella sudah bermandikan darah manusia.

Luiz hanya tersenyum melihat lantai rumahnya yang sudah bercorakkan darah serata tempat.

Akhir sekali Bella masuk ke dalam bilik hujung.

Lima minit tepat Bella keluar sambil mulut bersiul perlahan. Dia kemudian melangkah ke arah Luiz yang masih tidak beranjak di hadapan pintu masuk.

"Done..." kata Bella sepatah. Lencun bajunya dengan darah entah siapa siapa.

"Wow you're so pretty," tangan Luiz mengesat sedikit darah yang terpalit di pipi Bella.

"You dah janji. We will go to France together ..." kata Bella mendatar. Pisau kombatnya dikibas kuat sebelum dimasukkan semula ke dalam sarung.

"Yeah, i will go with you".

Bella tersenyum girang.

"How many people that you kill just now?" tanya Luiz mendatar.

"In your room there's two people, the other room three. And the last room one person".

Luiz tergelak halus.

"Bila kita nak gerak ke France?" soal Luiz.

"This evening..." jawab Bella sambil tersenyum.

"Go hit the shower first" arah Luiz mendatar.

"Okay baby!" terus Bella pergi berlari masuk ke dalam bilik air di sebelah bahagian dapur.

Luiz melangkah ke arah bilik tidurnya sebelum pintu ditolak luas.

Ada seorang mayat lelaki yang tertoreh dari kepala hingga ke alat kemaluan bawah. Dua biji matanya bocor seperti dicucuk sesuatu. Manakala satu lagi mayat terputus dibahagian kepala. Telinga, mulut dan hidung sudah hilang dariapda kedudukan asal. Semua anggota itu berterabur merata di atas lantai. Darah penuh terpercik disetiap ruang bilik itu.

Alang bilik pertama sahaja sudah sebegini rupa. Luiz pasti yang lagi dua bilik hampir sama sahaja nasib penceroboh itu dengan yang ada dalam bilik ini.

Luiz menghirup udara dalam dalam. Bau darah kuat memenuhi ruang.

"Hah~I love this smell...".

"Bella dah gerak ke France?" tanya Eva kepada Andre yang setia disisinya.

"Dah miss," balas Andre mendatar.

"Good... While Bella at France, go send a lot of hunter to that boy. Pastikan masa Bella balik ke Malaysia lelaki tu dah mati".

"Miss..." panggil Andre teragak agak.

"Apa?"

"Lelaki tu ikut sekali Bella pergi France"

"What!!"

"Good afternoon passengers. This is your captain speaking. First I'd like to welcome everyone on Rightwing Flight EY 37. We are currently cruising at an altitude of 33,000 feet at an airspeed of 400 miles per hour. The time is 1:25 pm. The weather looks good and with the tailwind on our side we are expecting to land in France approximately fifteen minutes ahead of schedule. The weather in France is clear and sunny, with a high of 23 degrees for this afternoon. If the weather cooperates we should get a great view of the city as we descend. The cabin crew will be coming around in about twenty minutes time to offer you a light snack and beverage, and the inflight movie will begin shortly after that. I'll talk to you again before we reach our destination. Until then, sit back, relax and enjoy the rest of the flight"

Luiz terjaga daripada tidurnya apabila mendengar suara lelaki yang bergema di deria pendengaran. Matanya dibuka kecil sebelum perlahan lahan menjadi luas.

What the heck!.

Laju kepalanya melihat sekeliling.

"Huarghh!" nguap Bella disebelah Luiz.

"Kau! Aku dekat mana ni? Kau bawak aku pergi mana ni hah?" tanya Luiz panik.

"Ouh you dah bangun... Good morning husband" kata Bella sambil memisat matanya. Tiba tiba bahunya dicengkam kuat oleh Luiz.

"Bella! Answer my question. Flight ni bawak kita ke mana?" tanya Luiz serius. Bulat matanya memandang Bella yang tersengih sengih seperti kerang busuk.

"France, kita nak dating dekat sana" jawab Bella selamba.

What the fu*k France.

Luiz tersandar di tempat duduknya.

"Alaa janganlah marah, bukan i culik you pun. You sendiri yang rela tahu tak. I ajak pastu you ikut. Hehe. Don't worry your medicine and all your thing i dah pack kan sekali. Kita stay sana semingu tau" kata Bella lagi.

Laju mata Luiz menjeling Bella yang menayang wajah tak bersalah.

Akhirnya hanya nafas keluh dilepas panjang. Luiz terpaksa redha. Nak memberontak pun dah tak boleh. Takkan nak terjun dari kapal terbang ni pulak.

"Hehe, dinda jangan marah marah, nanti takut lekas tua~" kata Bella sambil memaut lengan Luiz manja.

"Lepaskan tangan aku sebelum aku cekik kau sampai mampus" jawab Luiz tiada mood.

"Yelah yelah" tangan Luiz dilepas.

"Dah berapa lama aku tak sedar?" soal Luiz perlahan.

"One day half..."

Luiz meraba baju yang dipakai. Ada satu botol kecil yang dipenuhi pil ubatannya dicapai.

"Don't worry. You dah makan dah ubat tu" celah Bella yang daripada tadi tidak lepas memandang perlakuan Luiz.

Luiz meraup wajahnya beberapa kali.

"Macam mana you boleh jadi macam tu sekali? Apa yang jadi masa lepas you pergi pagi semalam? Ada orang attack you ke?" soal Bella mendatar.

Luiz tidak menjawab.

"Luiz..." panggil Bella sedikit perlahan.

Luiz masih lagi menekup wajahnya dengan kedua tapak tangan.

"Mind your own business" jawab Luiz dingin.

"You're my business" balas Bella semula.

"Since when?" perli Luiz.

"Since you kiss my lips and rape me yesterday. We hold into eac... "

Pap!

Mulut Bella terus ditekup kuat. Terjengil mata Luiz memandang Bella.

"Kau ni karang,... Jangan nak memfitnah aku yang bukan bukan eh...." ugut Luiz. Mulut Bella dilepas.

"Hehehe gurau jelah... Okay kalau you taknak cerita i tak paksa. Tapi i nak tahu... " kata Bella lagi.

"Takpayah tahu lah, tak penting pun..." balas Luiz mendatar.

Luiz kembali menyandarkan badannya ke kerusi.

"Kita pergi France ada apa ni? " soal Luiz kepada Bella setelah beberapa minit dia menyepi.

"I ada mission nak kena buat dekat sana. Tapi i tak boleh nak tinggal you sorang sorang dekat Malaysia. Nanti Eva bunuh you. Alang semalam je ada 6 orang dah ceroboh masuk rumah you" balas Bella separa jujur. Jujurnya di bahagian penceroboh itu sahaja. Dia mengheret Luiz mengikutinya bukan disebabkan risau. Tapi Bella memang sengaja ingin membawa Luiz ikut sama.

"Jahanam hari hari aku..." bebel Luiz perlahan.

Bella hanya tergelak halus mendengar bicara Luiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience