Bab 33

Action Series 18457

'Jagakan anak aku baik baik Jay'

Ayat Andre terulang kembali dikepala. Luiz pandang semula mayat Andre yang kini sudah tiada nyawa di lantai bilik itu.

Dia nak jumpa aku sebab tu je? Sebab dia takut yang aku akan sakiti anak dia?

Muncung pistol digaru ke dahi. Aneh aneh orang zaman sekarang. Luiz bangun semula daripada mencangkung. Sekeliling bilik itu diamati.

"Aku dekat mana ni?" Tanya Luiz keliru.

Pintu bilik dibuka. Ada semacam tangga untuk naik ke tingkat atas.

Tangga itu didaki sebelum akhirnya terjumpa pula dengan satu pintu untuk keluar daripada basement bawah.

Luiz melangkah ke arah dapur. Perutnya sudah berkeroncong meminta makanan.

Bodoh! Nak panggil aku panggil jelah cara lain. Ni dia kurung aku bagi kebulur. Jadah kau. Nasib dah mati. Kalau tak mati tadi memang aku pulak yang bunuh.

Mata Luiz terarah pula pada satu tudung saji yang terletak di atas meja makan.

Tudung saji itu diangkat. Di bawahnya ada sepinggan bubur, sepinggan nasi, sepinggan lauk yang penuh dan masih panas, secawan air jus apple dan sehelai kertas nota.

Nota itu dicapai.

"Jay, aku minta maaf sebab terpaksa biar kau kebulur. I don't know what else cara yang boleh panggil kau keluar. Bila kau baca surat ini aku tahu maknanya kau dah keluar dari bawah basement dan aku sudahpun meninggal dunia. Kalau kau dah baca surat ini maksudnya aku dah bunuh diri, dan makna lainnya pula aku dah tahu yang kau takkan sakiti Bella. Aku tahu aku bukan ayah yang baik untuk dia Jay, aku banyak sakitkan hati Bella. Aku biar dia terus bergelumang dengan seksaan daripada Eva. Aku tahu aku tak layak untuk dipanggil ayah. Tapi aku nak kau tahu yang aku memang betul sayangkan anak aku. Cuma hidup aku tersekat diantara Eva dan Bella. Jay, aku minta maaf sebab minta benda ni pada kau tapi tolong bunuhkan Eva untuk Bella. Hidup kau dengan hidup Bella hampir serupa Jay. Selagi Eva hidup, selagi tulah hidup Bella akan terancam dan terikat dengan kehidupan sebagai pembunuh upahan. Tolong bebaskan anak aku Jay. Aku merayu pada kau. Lepas kau dah bebaskan Bella daripada Eva aku tak kisah kalau kau nak kahwin dengan anak aku. Aku harap kau dengan Luiz dapat jaga dia baik baik sepenuh hati kau.

Bella sekarang berada di Raston Villa. Cari dia. Selamatkan dia daripada Eva.

Note: tolong bakar rumah ni lepas daripada kau keluar. Biarkan mayat aku terkubur sekali dengan rumah ni"

"Yeay dapat kahwin" seloroh Luiz tiba-tiba.

Kerusi meja makan ditarik sebelum dia terus melabuhkan punggungnya. Dengan penuh selera, Luiz terus makan kesemua makanan yang terhidang atas meja itu.

Sesekali kertas nota yang Andre tulis itu dilihat semula sambil mulut yang penuh mengunyah.

"Apa yang dah jadi ni? Aku tak faham lah. Apa dah jadi masa dekat rumah Eva haritu?" Ngomelnya sendiri.

Selesai sahaja makan, seperti permintaan Andre yang berada dalam nota. Luiz terus membakar rumah itu sehingga rentung dan tidak meninggalkan satu habuk apa sekali pun.

Rumah yang sedang dijilat api marak itu dipandang kosong.

"Kau tahu siapa yang lebih jahat daripada orang jahat?"

"Orang baik yang diam melihat kejahatan" Luiz tersengih.

"Nasib kau bagi aku makan Andre. Kalau tak memang aku seksa mayat kau cukup cukup..." kata Luiz lagi sebelum dia terus melangkah ke arah kereta Andre yang berada di hujung jalan dengan tangan yang dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Enjin kereta dihidupkan.

Raston Villa kan dia sebut tadi?

Sengihan mulut Luiz melebar sebelum laju kereta itu membelah jalan raya. Aparmentnya dituju. Ada sesuatu yang dia ingin bawa bersama.

Pintu rumah dibuka setelah menekan kode sekuriti di pintu. Luiz terus melangkah ke arah bilik tidurnya yang berada di bilik utama. Peti besi sebelah katilnya didekati.

Kode ditekan, pintu besi itu dibuka dengan luas. Kepulan kepulan asap putih perlahan jatuh menyentuh lantai apaerment.

Dua picagari diambil. Satu botol ubat juga diletakkan atas katilnya. Sebelum itu sempat juga Luiz mengambil dua biji pil yang berada dalam botol itu sebelum ditelan tanpa air.

Luiz kemudian terus melangkah ke arah pintu bilik airnya pula. Pakaiannya dibuka sebelum dicampakkan kedalam bakul mandi.

Entah sudah berapa hari dia tak mandi. Busuk tahu tak! Nak jumpa Bella kena wangi wangi. Baru nanti dia sayang. Tapi kalau aku datang sana busuk busuk pun aku tahu dia still sayang aku hahahahaha kan?

Luiz berdiri di bawah pancuran air. Jelas ternampak kulit badannya yang penuh dengan kesan kesan deraan yang dilakukan oleh ibunya ketika dia kecil. Daripada atas hinggalah bawah. Tiada seinci kulit pun yang tertinggal. Dan kesemua bekas luka itu jelas tampak perit menyakitkan. Entah bagaimana Luiz melalui zaman kanak kanak dia.

Kau lupa, dia dah mental dah pun?

Hahahaha

Setelah selesai mandi Luiz meyarungkan semula pakaian yang baru. Dua picagari dan botol ubat tadi diselitkan dalam jaket bajunya.

Sempat juga matanya mngerling pada frame kaca yang retak di atas almari bilik.

"Hai Marcel, kita berjumpa lagi" kata Luiz mendatar sebelum dia tersenyum sinis. Frame itu ditelungkupkan. Mukanya berubah marah. Sial, gambar perempuan yang berdiri di sebelah Marcel tu sungguh menyebalkan. Kalau aku jumpa sial tu lagi sekali memang aku bunuh dia terus.

'Jangan sakitkan mama, Jay'

"Diamlah bodoh" marah Luiz sendiri.

Luiz keluar semula daripada biliknya itu. Pistolnya di periksa. Setelah yakin peluru sudah diisikan penuh, Luiz terus melangkah keluar dari rumah aparmentnya itu.

Raston Villa dituju seperti yang Andre katakan dalam nota wasiatnya tadi.

Wasiat? Hahahaha wasiat lah tu kan?

Padel minyak ditekan makin laju.

Agak agak permainan apa lagi yang Eva sediakan untuk dia?

Hmm tak sabar!

       Bella membuka matanya perlahan lahan. Cahaya lampu bilik yang terang benderang itu menyebabkan matanya terkebil kebil memandang atas.

Masuk hari ini, sudah berapa hari dia dikurung. Tapi bukan itu yang dia kisahkan. Daripada kecil selalu jugak dia dikurung sebegini rupa. Ini bukan satu benda baru untuk Bella.

Yang dia risaukan ialah Luiz. Entah apa khabar lelaki itu. Masih waraskah dia? Apa yang Andre dan Eva dah buat pada lelaki itu.

"Oi! Faridah! Mak aku mana?" Selamba Bella memanggil Faridah yang juga dikurung bersama dengannya.

"Tak tahu...tak tahu...tak tahu...tak tahu" ulang Faridah berkali kali.

Bella hela nafas panjang. Kau apa je yang tahu? Semua tak tahu.

Tangan Bella yang masih lagi bergari itu cuba digerak gerakkan. Kulit dibahagian pergelangan tangannya sudah mula merah dan sedikit melecet.

Bella melihat sekeliling.

"Oi apa yang kau pegang tu?" Tanya Bella kepada Faridah lagi. Telefon pada tangan wanita itu dilihat.

Telefon? Siapa punya? Eva ke?

"Ni? Ni tak tahu. Tak tahu. Nak telefon Luiz,  mama nak telefon Luiz. Luiz sayang..." jawab Faridah lagi.

Bella tersengih.

Tu mesti telefon Eva.

"Faridah pinjam telefon tu kejap" panggil Bella mendatar.

"Mana boleh! Mana boleh! Ni untuk telefon Luiz!" Jerit Faridah tiba tiba. Telefon Luiz? Memang itu ke rancangan Eva?

"Ye aku nak telefonkan dia lah ni. Meh pinjam kejap. Kau nak cakap dengan Luiz tak?" Pancing Bella.

"Nak! Nak cakap dengan Luiz"

"Hah kalau nak cakap meh aku pinjam kejap telefon tu" kata Bella lagi.

Perlahan lahan Faridah mendekati Bella yang diikat atas katil. Telefon itu diletakkan atas tangan Bella yang bergari.

"Nak telefon Luiz..."

"Ye ye aku nak telefonkan lah ni" kata Bella malas.

Satu nombor telefon ditekan laju sebelum didail. Butang loudspeaker juga ditekan. Sesaat kemudian panggilan itu diangkat.

"Hello siapa ni?"

"Ni aku Bella. Remember me?"

"Bella?"

"Yah, i need your help right now. In return kalau kau perlukan bantuan aku di masa akan datang, aku akan tolong kau"

"Hahaha what kind of help?"

"Aku perlukan anak buah kau yang ada dekat Malaysia. Datang Raston Villa"

"Malaysia eh...hmmm okay. Kebetulan ada sorang memang tengah dekat sana. Kau nak minta dia buat apa?"

"Jangan biarkan Eva lari. Kau kenal Eva kan? Pembunuh upahan terkenal dalam dunia gelap"

"Kenal"

"Hah pastikan dia tak boleh lari dari Raston Villa dengan apa apa cara sekalipun."

"Deal"

Serentak itu panggilan dimatikan. Bibir Bella terkoyak senyuman. Bodoh kau fikir aku betul betul akan telefon Luiz ke?

"Mana Luiz! Kata nak telefon Luiz! Tadi bukan Luiz" bentak Faridah tiba tiba.

"Heh kau ni kenapa macam tak cukup akal sangat? Dulu depan mata aku sendiri kau dera Luiz sampai separuh mati. Baru sekarang kau nak sibuk melekat dengan dia" marah Bella kepada Faridah.

"Aku nak Luiz! Aku nak Luiz!" Faridah mula menjerit bingit.

"Luiz ada. Kejap lagi dia datang sini" celah satu suara yang baru sahaja melangkah masuk bilik itu.

Bella melihat ke arah figura itu.

"Hello mak yang terpaling sial! Apa khabar mu? Puas dah kurung aku dekat sini?" Selamba Bella berkata sambil mulut menghadiahkan senyuman sinis.

Eva datang melangkah dekat.

"Bella call Luiz untuk dapatkan bantuan daripada dia kan? Hahahahaha jangan ingat mama tak tahu" telefon pada tangan Faridah dirampas.

"Telefon aku! Ni telefon Luiz!"

"Diam!" Tengking Eva kuat kepada Faridah. Wanita itu serta merta terdiam sebelum melangkah ke arah hujung bilik.

Bella menyorok sengihannya mendengar bicara Eva. Bodoh. Bebal.

"Kalau iya pun kenapa?" Bella menyoal kembali.

"Hahahahahahaha mama pun tak sangka yang Luiz masih waras lepas kena kurung dengan Andre. Did you know? Ayah Bella dah mati. Kena bunuh dengan Luiz" tanya Eva kepada Bella semula.

"So what?"

Eva yang sedang memandang Bella terdiam. Senyumannya kendur.

"But he's your father"

"So?" Tanya Bella masih lagi beriak selamba.

"Hahahahahahahahhaha" Eva tergelak kuat. Bergema seluruh ruangan bilik bawah tanah itu.

"Mama nak prepare sesuatu. Luiz dah nak datang" habis sahaja Eva berkata, belakang tengkuk Bella terus dipukul sehingga gadis itu tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience