Selimut bergerak-gerak menandakan penghuni bilik tidur itu telah terjaga. Jimmy menggeliat dibawah selimut dan meregangkan otot-ototnya. Matanya terpisat-pisat memandang siling bilik yang gelap.
Sudah dua hari dia tidak bertemu dengan Jasmine sejak drama dalam hujan kelmarin terjadi.
Dia mengorak senyuman dalam mamai.
“Good morning, sayang.” Dia meraih bantal guling sambil membelai lembut bantalnya. Ibarat dia sedang membelai Jasmine tika itu. Dia masih tersengih-sengih sendiri.
“Hmmmm…” Bantal peluknya dipeluk erat. Matanya turut terpejam merindui wangian tubuh genit Jasmine. Deria hidungnya bagai terbau-bau wangian perempuan itu. Gila. Dia memang sudah gila bayang. Sehingga baunya masih segar pada rongga hidungnya.
Bzz.
Deringan telefon memecah lamunannya. Dia berdecit geram. Bantal gulingnya ditumbuk. Kemudian, telefon bimbitnya dicapai. Nama Brian tertera pada skrin.
“Baru bangun ke?” Sergah Brian serius dihujung corong.
“Dah tahu kenapa call aku?” Jimmy mendengus geram. Kacau saja dia mahu berangan.
“Kau jangan lupa, hari ini kita kena pergi tengok barang-barang kita dekat kilang. Mr. Ace dah memekak tanya bila nak mula dekor tempat dia. Macam nak pecah telinga aku semalam.” Ujarnya panjang berjela.
Mendengarkan peringatan Brian, Jimmy menepuk dahi. Hampir saja dia terlupa dengan temu janjinya.
“Shit. Okey. Kau tunggu aku dekat office. Kita pergi kilang sama-sama. Aku malas nak drive.”
Dia bingkas bangun meninggalkan katilnya yang dilanda ribut.
Dia mencapai tuala diampaian dan terus bergegas ke bilik mandi.
--
Kereta SUV merah membelah lebuh raya. Suasana didalam kereta sepi. Brian tenang dengan pemanduannya. Manakala, Jimmy sedang ralit meneliti katalog barang-barang yang ditempahnya hari itu.
“Brian. Aku fikir, kita kena ambil pembantu untuk cepatkan kerja kita dengan Ace. Kalau nak harapkan kita berdua, memang banyak tergendala kerja kita. Sampai ke sudah tak siap. Kepala aku macam nak pecah rasanya siapkan kerja ni. Kau rasa macam mana?” Ajunya.
Brian mengetuk jarinya di steering. Berfikir-fikir dengan cadangan Jimmy. Ada betulnya juga. Jika diikutkan J Architecture tidaklah segah perniagaan lain. Rasanya tidak memerlukan pekerja yang ramai. Tetapi, lain pula hal yang terjadi sekarang. Dia juga ikut pening dengan kerja-kerja bersama Ace Architecture.
“Kalau macam itu kita kena buka satu iklan untuk jawatan kosong.”
Jimmy tersengih melirik Brian. Nasib baik dia tidak menolak. “Kau uruskan.” Arahnya sambil tersengih lebar.
“Aku dah agak.” Dia berdecit. Dia tidak suka menambah kerja yang tersedia menimbun.
“Alaa, kita kan dah kenal lama. Kau dah macam abang aku. Tolonglah.” Dia menyenggol siku Brian.
“Tsk, yalah.”
Satu jam perjalanan diselangi perbualan tentang kerja, akhirnya mereka tiba dikilang. Kereta dipandu perlahan memasuki perkarangan kilang.
Rata-rata pekerja kilang sedang sibuk dengan tugas masing-masing. Mereka keluar dari perut kereta. Bunyi bising dari kilang menerpa pendengaran.
“Ohayo gozaimasu.” Seorang pekerja separuh abad menundukkan badannya pada Jimmy dan Brian.
“Ohayo.” Jawab Jimmy menepuk bahu lelaki itu.
“Barang-barang yang aku nak semua dah siap?” Soal Jimmy sambil meneliti kayu-kayan yang tersusun rapi dipenjuru sudut.
“Sudah, bos.” Jawab lelaki itu.
Brian meniliti kayu mindi. Tangannya merasai tekstur kayu tersebut. Dia terangguk-angguk menyukai jenis kayu itu.
“Yang ini diimport dari mana?” Soal Brian.
“Yang ini kita import khas dari Indonesia, Encik Brian. Yang ini namanya kayu mindi. Teksturnya halus. Sama dengan tekstur kayu oak. Jenis kayu ini memang kuat. Kukuh. Banyak kilang yang menggunakan kayu mindi untuk buat perabot.” Terangnya jelas.
Jimmy dan Brian saling berpandangan. Dia terangguk-angguk kecil.
“Bagus. Kalau macam itu kita proceed dengan kayu ni. Aku tak kisah kalau harganya melambung tinggi. Aku cuma perlukan kualitinya." Ujarnya Jimmy.
Satu-persatu dia meneliti kayu-kayan yang tersusun. Kemudian, dia menghampiri seorang pekerja yang sedang ralit dengan forklift-nya.
Dia mengalihkan bungkusan besi bulat. Tanpa disedari, hujung besi tersenggol sedikit ke kanan menyebabkan sususan besi hilang pertimbangan.
Bammm!
Bunyi kuat besi itu jatuh ke lantai.
"Arghhh!" Suara jeritan memecah kebisingan didalam kilang itu
"Bos!" Jerit pekerja forklift. Dia terus melompat turun bagi membantu Jimmy.
Brian dan beberapa orang pekerja bergegas ke situ.
"Jimmy! Oh god! Kenapa kau dekat sini?!" Soal Brian meninggi. Dia memapah Jimmy ke tepi. Besi yang jatuh menimpa kakinya telah dialihkan.
Mujur saja bukan besi yang berat. Hanya kuantiti kecil saja yang menghempap kakinya.
Jimmy menyeringai kesakitan taktala Brian menekan bahagian kakinya.
"Kau relaks, tak teruk sangat ni. Kaki kau belum patah lagi." Celupar mulutnya.
Jimmy menepis tangan Brian. Sakit hati betul jika bercakap dengan Brian.
"Jom, bangun." Brian memapah Jimmy sambil dibantu pekerjanya.
"Sss, sakit,sakit! Hoi, perlahan sikitlah." Dia mengetap gigi.
"Alah, tahanlah." Selar Brian sambil tersengih.
"Aww...sss!" Terjingkit-jingkit dia mencapai kerusi.
"Call ambulans. Sekarang." Arah Jimmy.
"No need, Jimmy. Kan aku kata kaki kau tak patah lagi. Jadi tak perlu panggil ambulans. Jangan over." Tokoknya.
"Suck! Sss!! Yang sakit kaki aku tau! Mana tahu urat sendi aku patah dalam ni. Atau urat aku bengkak ke? Ada pendarahan dalaman ke? Kau jangan main-main." Ujarnya.
Brian sudah mengekek ketawa. "Hahahaha. Kau ingat besar sangat ke besi yang hempap kaki kau tadi? come on. Besi kecil aje pun. Kau saja yang melebih. Sudah. Jom, kita ke klinik dulu. Kita suruh doktor periksa kaki kau. Mana tahu kena potong ke nanti kaki kau tu. Sebab ada pendarahan dalaman kan? Hahahaha." Ejeknya sambil menekan perut yang senak.
"$*!##$&*!" Carutnya dalam diam.
Perlahan-lahan dia bangun sambil dipapah Brian menuju ke kereta.
"Nanti jangan lupa call Jasmine. Beritahu dia aku tertimpa besi dekat kilang. Aku tak boleh berjalan." Arahnya lagi.
"Mengada-ngada. Nantilah aku beritahu dia. Perlahan-lahan sikit." Kaki Jimmy diatur elok.
Kemudian, pintu kereta ditutup. Dia perlu segera ke klinik. Nanti semakin membengkak pula kaki Jimmy. Susah.
---
Jimmy mengaduh kecil. Semakin terasa denyutan dibuku lali.
“Jasmine.” Serunya sambil menyeringai kesakitan.
Jasmine menghampirinya.
“Dah kurang sakit kaki Encik Jimmy?” Soalnya.
Jimmy memandang kakinya yang berbalut dengan kain anduh.
“Makin rasa sakit pula dekat buku lali.” Dia menepuk tempat duduk yang masih kosong disebelahnya.
Sebaliknya, Jasmine bersimpuh sambil memeriksa keadaan kakinya.
“Come here. Duduk dengan aku.” Ajaknya lembut.
Jasmine memandangnya teragak-agak.
Tingkahnya mengundang gelak Jimmy. Takut-takut pula. Bukannya dia mahu buat benda yang tidak elok.
“Teman aku. Berbual dengan aku. Aku sunyi tau. Dari tadi kau senyap saja. Aku rasa macam duduk dengan orang bisu.” Ujarnya.
Sejak tadi, Jasmine membelek telefon. Sekejap tersenyum, sekejap ketawa sendiri. Entah apa agaknya yang dilihat.
“Kalau macam tu, Encik Jimmy tidurlah."
“Aku laparlah.” Dia memandang Jasmine penuh berharap.
Share this novel