9

Romance Series 70889

Jasmine turun dari kereta. Matanya meliar disekeliling kawasan tersebut. Memang tidak dinafikan, tempat itu cantik. Pada setiap bangunan terdapat ukirannya tersendiri. Menimbulkan lagi gaya seni binanya yang klasik. Benar, dia telah jatuh hati pada tempat itu.

Kriukk!

Dia memegang perutnya.

Dalam masa yang sama, Jimmy menghampirinya sambil tersenyum.

“Jom, aku bawa kau pergi makan.” Dia membetulkan rambut Jasmine yang terbuai dek tiupan angin petang.

“Tsk! Boleh tak jangan sentuh saya?” Jasmine menapak ke belakang. Dia tidak gemar dengan sikap lelaki itu.

“Huh...okey! As you wish.” Dia mengalah. Jimmy berpusing semula ke hadapan. Dia melangkah meninggalkan Jasmine dibelakang.

“Encik Jimmy! Nak…nak ke mana?” Dia mengejar langkah Jimmy.

“Kau kan lapar. Aku nak bawa kau pergi makan.” Dia menoleh sekilas ke arah Jasmine.

“Nak makan dekat mana?” Dahinya digaru. Matanya meliar memandang sekelilingnya. Sebelum ini dia tidak pernah lagi sampai ke sini.

“Makan dekat mulut.” Sarkastik jawapannya. Jimmy menyimpan senyum dalam diam.

“Encik jimmy!” Giginya diketap menahan geram.

Jimmy memberhentikan langkahnya. Kemudian, dia menoleh ke arah Jasmine yang sedang ralit memandang sekeliling.

Takut benar jika dia menyakitinya. Sengihnya ditarik sinis.

Mereka tiba dihadapan sebuah kedai makan. Jimmy melangkah masuki kedai. Matanya meliar pada ruang makan kedai tersebut.
Tidak ramai pelanggan disitu.

“Sayang. Come.” Dia menarik lembut tangan Jasmine. Teragak-agak dia mahu memasuki kedai makan itu.

“Err…Encik Jimmy. Kenapa tak ramai orang dekat sini?” Ujarnya pelik. Was-was pula dia mahu makan disitu.

“Baguslah. Kalau tak ramai pelanggan, cepat sikit kau dapat makan. Aku tak suka buat kau tertunggu-tunggu.” Dia terus melangkah menuju ke meja yang kosong.

“Come. Sit here.” Jimmy menarik sebuah kerusi untuk Jasmine.

“Lain kali tak perlu buat macam ni. Saya ada tangan. Boleh lagi tarik kerusi yang ringan macam ni.” Sungguh dia semakin hari semakin tidak selesa dengan perangai lelaki itu. Adakah lelaki itu terlalu obses dengannya? Oh, jangan!

Sebaliknya Jimmy hanya tersenyum mendengar leteran perempuannya.

“Aku akan buat apa saja untuk orang yang aku sayang. Jadi, lepas ni jangan banyak tanya. Terima aje apa yang kau buat untuk kau.” Ujarnya lembut.

Dalam masa yang sama seorang pelayan lelaki datang membawa buku menu. Jimmy menyua buku menu kepada Jasmine.

“Pilihlah kau nak makan apa?” Dia memeluk tubuh sambil memerhati Jasmine.
Jasmine terus meneliti senarai menu yang ada dihadapannya. Satu-persatu dilihat.

Kemudian, tingkahnya terhenti. Dia memandang Jimmy.

“Jangan risau. Aku bayar.” Jimmy terlebih dahulu bersuara. Bagai mengerti pandangan Jasmine.

“Okey.” Sengihannya melebar serta-merta.

Jasmine membuat pilihannya. Pelbagai menu yang tersedia membuka seleranya. Semakin membuatkan perutnya lapar minta untuk diisi.

Setelah pesanan siap dibuat, dia mengeluarkan telefon dari begnya.

Dia perlu memaklumkan pada Stella. Tidak mahu kawannya itu nanti risau. Belum sempat dia menaip, Jimmy terlebih dahulu mengambil telefon dari tangannya. Tersentak dia ketika itu.

“Eh? Encik Jimmy nak buat apa dengan telefon saya? Tolong bagi balik!” Dia bangun mahu mengambil kembali telefonnya.

Jimmy diam membisu. Hanya jarinya yang menari diatas skrin telefon. Kemudian, telefonnya pula berbunyi. Tetapi dibiarkan saja.

“Nah. Simpan nombor aku.” Telefon disorong kembali pada tuannya. Dia kembali memeluk tubuh.

Jasmine membelek telefonnya. Berkerut dahinya memandang Jimmy.

“Kenapa saya perlu simpan nombor Encik Jimmy?” Keningnya terjungkit naik.

“Sebab lepas ni kau akan rindu aku. Jadi, kau boleh call aku.” Senyum yang hampir terlakar disorok kembali. Saja mahu mengusik perempuannya.

“Huh? Rindu? Saya nak rindu Encik Jimmy? Hahahaha. Jangan buat kelakarlah.” Ketawanya dimatikan.

Pesanan yang dipesan tadi tiba dihadapannya. Dia memberi ruang pada pelayan meletakkan hidangan. Satu set hidangan kari hijau dan nasi putih disusun dengan berhati-hati.

“Satu hari nanti kau perlukan aku. Kau sendiri yang akan rindukan aku.” Redup pandangannya menikam ke hati Jasmine.

Dia terdiam. Cepat saja pandangannya dialih ke luar.

“Makanlah cepat. Lepas ni aku nak bawa kau ke tempat lain.” Dia hanya memerhati Jasmine.

Jasmine memandang ruang hadapan Jimmy. Kosong. Lelaki itu tidak memesan apa-apa.

“Em…Encik Jimmy tak nak makan?” Dia cuba berbasi-basi. Sudahlah lelaki itu yang membayar makanannya. Rasanya tidak patut jika dia makan sendiri.

“Kenapa? Kau risaukan aku?” Keningnya dimainkan sambil tersenyum nakal. Dia merenung lembut pada anak matanya.

“Noooo!” Meleret jawapannya. Terus saja makanan disuap ke mulut. Malas mahu melayan lelaki itu. Boleh sakit jiwa nanti.

“Sedap?” Soalnya sepatah. Dari tadi dia hanya memerhati Jasmine.

“Hm, bolehlah.” Jawabnya malas. Dia terus menyambung suapannya.

“Kalau nak lagi sedap, aku boleh tolong suapkan.” Dia mengerdipkan matanya sambil tersengih.

“Tak payah!” Dia menjeling geram. Membuatkan Jimmy ketawa sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience