“Kau tak kerja hari ni, Jasmine?” Soal Jimmy lembut.
Dia menapak menuju ke tingkap. Tingkap bilik hotel itu hanyalah sebuah cermin besar sebagai pengganti dinding.
Matanya meliar memandang pemandangan pagi di kota Dubai. Tangan kiri diseluk ke poket. Menyerlahkan lagi gaya tampannya.
(Tokyo, Jepun)
Jasmine menghela nafas kecil.
“Tak. Saya cuti hari ni.” Jawabnya lambat-lambat.
Untuk beberapa detik itu suasanan sepi. Yang terdengar hanyalah deruan nafas mereka dicorong telefon.
(Dubai, UAE)
“Jasmine. Pindah rumah aku.” Jimmy menunggu jawapan dari Jasmine.
Dia sudah berfikir tentang itu. Bukannya dia mahu memaksa perempuan itu. Terpulang pada empunya diri.
Dia cuma mahukan perempuan itu ada dihadapan matanya setiap masa. Sesak dadanya selalu menanggung rindu pada perempuan itu.
Sekurang-kurangnya jika Jasmine ada disisinya, bolehlah dia menjaganya. Tidak perlu lagi dia menanggung rindu seperti sekarang.
Berkahwin? Ah, nanti dulu. Dia mahu mengembangkan lagi sayap J Architecture. Dia masih belum puas lagi mahu bertanding dengan mana-mana syarikat arkitek yang gah dimata dunia.
Dia mahu nanti Jasmine berbangga dengan kemampuannya. Bukannya memandang dia sebagai seorang lelaki yang selalu menagih rindunya. Dia tidak mahu perempuan itu hidup susah dengannya.
Apa yang penting dia mahu kehidupan perempuannya sempurna tanpa ada kekurangan.
(Tokyo, Jepun)
“Hah? Pindah? Maksudnya? Nanti,nanti. Kenapa saya nak kena pindah? Saya dah ada rumah sendiri.” Soalnya pelik.
Hilang akal agaknya lelaki itu. Mungkin tertekan dengan kerjanya disana. Boleh jadi juga.
(Dubai, UAE)
“Aku nak kau selalu ada dengan aku. Aku boleh jaga kau bila kau sakit. Aku boleh suapkan kau makan bila kau lapar. Aku boleh temankan kau tidur kalau kau susah nak tidur malam. Aku boleh jadi telinga kau bila kau ada masalah. Kau tak nak?” Ujarnya lembut.
Ini jika perempuan lain yang dengar, mahu lemah longlai lutut mereka. Dasar manusia bermulut manis.
(Tokyo, Jepun)
Jasmine cuba mencerna setiap kata-kata Jimmy. Tidak semena-mena gelaknya terlepas.
“Suapkan saya makan bila saya lapar? Apa Encik Jimmy ingat saya ni si Melly tu ke? Hahaha. Encik Jimmy ni kenapa? Tak sihat ke?” Gelaknya masih tersisa.
(Dubai, UAE)
Jimmy tersengih sendiri. Benar. Dia tidak sihat. Hati dan fikirannya yang tidak sihat.
Sejak perempuan itu muncul dalam hidupnya, pernah ke dirinya tenang setenang air laut walaupun sehari? Tidak pernah langsung.
“Semuanya sebab kau. Salah kau.” Dia menghela nafas berat.
(Tokyo, Jepun)
Berkerut dahi Jasmine.
“Kenapa pula salah saya?” Soalnya tidak berpuas hati.
Jasmine kini membetulkan duduknya. Tidak senang duduk dibuatnya.
(Dubai, UAE)
“Sebab kau buat fikiran aku tak tentu arah setiap masa.” Jawabnya tenang.
“Okey, sayang. Aku kena pergi sekarang. Jaga diri kau untuk aku. Jangan pandang lelaki lain selain aku.” Dia menyimpan senyum.
Jasmine disana hanya diam membisu. Tidak tahu ayat apa yang harus dibalas. Seraya itu, talian dimatikan.
(Gallery of Expo 2020 Dubai Pavilions And Architecture- 10.45 pagi)
Sebuah kereta hitam berhenti dihadapan pintu masuk galeri. Seorang lelaki lingkungan 30-an keluar dari tempat pemandu.
Dia membuka pintu bahagian penumpang.
Jimmy keluar dari tempat duduk belakang. Dia menepuk perlahan bahu pemuda itu tanda terima kasih.
Kemudian, dia mengatur langkah menuju ke ruang legar. Udara dari penghawa dingin meyapa kulit pipinya.
Tap, tap, tap!
Dia mempercepatkan langkahnya. Tidak mahu ketinggalan dengan acara sebentar lagi.
Jimmy tiba dihadapan sebuah dewan besar.
Seorang pengawal berkaca mata hitam dan bersut mendahului langkahnya.
Dia mengarahkan tangannya ke sebuah meja bulat yang telah diisi oleh empat orang lelaki. Mungkin dalam lingkungan 50-an.
Wajar saja jika acara seperti itu rata-ratanya dihadiri oleh golongan sebaya mereka.
Mana mungkin anak muda lain mempunyai pengalaman dan kewangan yang stabil.
Ya, mereka bukan calang-calang orang.
Dia melabuhkan punggungnya dikerusi empuk itu.
Mereka berbalas senyuman.
Tidak lama kemudian, lampu dewan dimalapkan. Diatas pentas terpamer sebuah skrin besar yang dibiaskan oleh cahaya LCD.
Semua mata tertumpu disitu.
Satu-persatu gambar dan idea daripada para arkitek terkenal dipamerkan pada layar putih dalam bentuk 4D.
“Here I go from 100,000 Dirham from Kitson Architecture. Calling one, 100,000 Dirham…” pengacara membuka harga bidaannya.
Sebuah rekaan bangunan berkembar terpapar diskrin. Reka binanya yang canggih membuatkan seisi dewan mengangguk kagum.
“Huh. Rekaan macam ni dia buka harga 100,000 dirham? Tak masuk akal.” Jimmy menggumam sendiri.
Dia masih belum berminat dengan idea tersebut.
Seorang demi seorang mengangkat kertas kuning yang tertera nombor besar.
Dimulai dengan pemilik bernombor 109. Kemudian, diikuti pula dengan pemilik nombor 18.
“Alright, then I will rise to 250,000 Dirham! Calling one for 250,000 Dirham! Calling two…Anyone?” Soal si pengacara sambil tersengih.
Pemilik bernombor 54 mengangkat nombornya.
Diikuti pula pemilik bernombor 10.
Kemudian, pemilik bernombor 32 mengangkat nombornya sambil tersenyum.
Semakin lama semakin ramai yang mengangkat nombor.
Sehinggalah ke bidaan yang terakhir tiba.
“Calling last, calling last! 950,000 dirham!”
Sejurus itu, ada seorang lelaki mengangkat tangannya.
Jimmy mengecilkan pandangan matanya ke arah pemuda itu.
Dari sisi kiri sepertinya dia kenal dengan susuk tubuh itu.
Bukankah itu Drake?
Ya. Drake.
Lantas dia terus memalingkan mukanya ke kanan.
Hujung bibrnya menarik sengihan sinis.
“Tak sangka aku akan jumpa bangsat macam kau dekat sini.”
Tanpa membuang masa, dia terus mengangkat punggungnya.
Jimmy mengatur langkah meninggalkan dewan besar itu.
Serta-merta hatinya tawar mahu meneruskan pembidaan idea-idea tersebut.
----
(Tokyo, Jepun- 12.30 pagi)
Empat hari kemudian…
Sebuah kereta mewah hitam berhenti dihadapan apartment. Cermin tingkap diturunkan.
Sementara manusia yang duduk dibahagian belakang menyulam senyuman.
“Bro. Kau tolong bawa balik semua barang aku.” Arahnya tegas.
Brian menoleh ke tempat penumpang belakang.
Dahinya berkerut.
“Kau nak ke mana tengah malam macam ni?” Soalnya pelik.
“Ada urusan yang masih belum diselesaikan. Okey. Jumpa kau esok. Hati-hati memandu.” Dia menepuk perlahan bahu Brian.
Bibirnya tersengih sambil bersiul riang.
“Weh! Tapi…” Belum sempat Brian menghab
iskan ayatnya, dia terlebih dahulu melangkah keluar dari kereta.
“Tsk, budak ni. Aku belum habis cakap lagi, dia dah berambus macam tu. Haih!” Rambutnya diramas kasar.
Malas mahu berlama-lama disitu, dia memutuskan mahu pulang terus ke rumahnya. Penat kerja dari siang tadi masih belum hilang. Malah, dia turut diarahkan mengambil majikannya dilapangan terbang.
Pulang secara mengejut tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Pening kepalanya dengan perangai yang satu itu.
Kereta hitam itu perlahan-lahan meninggalka kawasan perkarangan apartment.
----
Tap! Tap! Tap!
Derap langkahnya memenuhi ruang koridor apartment. Sunyi. Mungkin kebanyakannya sudah enak dibuai mimpi.
Bilik 95.
Tiba saja dihadapan bilik itu, kakinya berhenti melangkah. Badannya dipusingkan menghadap pintu.
Dia mengarahkan hujung jari telunjuknya menekan loceng.
Ting tong! Ting tong!
Masih tiada jawapan dari penghuni didalam rumah. Agaknya dia sudah tidur.
Sekali lagi dia mengarahkan jarinya pada loceng di dinding.
Belum sempat loceng ditekan, pintu dibuka.
Pandangan mata mereka bertemu.
“Hai, sayang.” Terlakar sebuah senyuman manis buat Jasmine.
Jimmy merapatkan dirnya dengan Jasmine.
Badannya ditundukkan sedikit separas perempuan itu.
“En…Encik Jimmy?” Jasmine seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang.
Mungkinkah dia sedang bermimpi? Atau mungkin sebab dia mengantuk sangat agaknya. Ah, mungkin juga. Sekarang hampir jam 1 pagi.
“Ya, sayang. Aku ni.” Senyumannya semakin melebar.
Jimmy menarik Jasmine merapat dengannya.
Kedua-dua pipi putih itu dipegang lembut.
Lantas, sebuah kucupan hinggap didahi Jasmine. Lama.
“Er…Encik…Jimmy.” Jasmine menolak dada jimmy agar menjauh dengannya. Dia terkejut. Dia juga tidak selesa.
“Hm…kenapa?” Sekali lagi pipi Jasmine diusap sayang.
Rindunya hati berjauhan dengan perempuan itu. Ini sudah ada didepan mata masih juga tidak berkurang rasa rindunya. Parah bukan? Mahu apa lagi agaknya?
Anak matanya merenung dalam anak mata Jasmine.
“Encik Jimmy buat apa tengah malam dekat sini? Lagi…lagi satu macam mana Encik Jimmy boleh tahu saya duduk dekat sini?” Dia menjarakkan dirinya dari Jimmy.
Aroma kuat pewangi lelaki itu menusuk hidungnya. Ini sembur pewangi atau mandi pewangi? Atau hidungnya yang bermasalah?
Jimmy tersenyum meleret. Rambut Jasmine yang sedikit kusut dilurut lembut dengan jarinya.
“Kau dah tidur ke tadi? Aku minta maaf kalau aku buat kau terjaga.” Sebuah kucupan dihadiahkan pula pada pipi kanan Jasmine.
Cup!
“Ish! Suka-suka aje cium saya!” Giginya diketap geram.
Tetapi ada lelaki itu kisah dengan amarahnya? Tidak sama sekali. Jimmy tersengih mengejek.
“Tepi sikit.” Jimmy menolak sedikit tubuh Jasmine ke tepi. Perempuan itu menghalang laluannya.
“Eh, Encik Jimmy nak ke mana?! Soalan saya tadi masih tak berjawab. Lepas itu, suka-suka aje menceroboh masuk rumah perempuan.” Jasmine membuka langkah besar.
Seboleh-bolehnya dia menarik kuat tangan jimmy agar lelaki itu segera keluar.
“Heh, perempuan tu siapa? Kau kan? Kau tu siapa? Perempuan aku. Milik aku dan aku punya. Jadi? Apa masalahnya? Tak ada masalah pun yang aku nampak.” Jimmy tersengih kemenangan.
Dia yang tanya, dia juga yang menabur jawapan tidak masuk akal.
Tanpa berfikir panjang, dia terus merebahkan badannya ke katil Jasmine. Katil bersaiz queen. Jadi, bolehlah dia berlama-lamaan dengan alasan yang tidak masuk akal disitu.
Kotnya dibuka dan dicampakkan ke lantai.
“Encik Jimmy! Tolonglah keluar. Nanti apa orang kata kalau nampak saya yang masih belum berkahwin bawa masuk lelaki ke dalam rumah?” Jasmine masih lagi membebel seperti tadi.
Asek bercakap saja. Bila entah mahu berhenti.
Jimmy mengeluh.
Matanya yang tadi terpejam kini dibuka semula.
Dia mengalih pandangannya ke arah Jasmine yang masih berdiri dihadapannya sambil bercekak pinggang.
Sekali pandang comel pula gayanya. Dengan baju tidur bercorak kartun berseluar pendek separas lutut. Rambutnya pula dibiar terurai panjang dan sedikit kusut. Kemudian, mulutnya masih lagi membebel itu dan ini.
Sambil berbaring, bibirnya menarik senyuman. Ya, ini barulah perempuannya. Perempuan yang banyak kerenahnya. Perempuan yang selalu bikin jiwanya sesak.
Rindu! Hanya satu perkataan itu saja sudah cukup membuatkan harinya lengkap.
“Encik Jimmy tahu tak…..bla,bla,bla…..” Jasmine masih lagi engan bebelannya.
Jimmy nekad bangun.
Tanpa sebarang isyarat, dia menarik lengan Jasmine. Akhirnya dia terduduk di riba Jimmy.
Bebelannya juga terhenti. Sepi. Hanya deru nafasnya saja yang kedengaran.
Dup dap! Dup dap!
“Kenapa senyap?” Jimmy merangkul pinggang kecil itu.
Dia menyelit rambut yang menutupi sebahagian pipi Jasmine ke telinga.
Dia menatap Jasmine sepuas-puasnya.
“Tak nak sambung membebel lagi? Hm?” Keningnya dimainkan nakal.
Dia merapatkan hidungnya ke bahu Jasmine.
Wangi. Tidak pasti bau sabun atau pewangi. Lembut baunya.
Bahu Jasmine dicium lembut.
Jasmine pula menolak perlahan muka Jimmy.
“Kenapa kau tolak aku?” Jimmy memandang tidak puas hati.
“Saya…saya tak suka.” Jasmine mengangkat punggungnya dari ribaan itu.
Jimmy tersengih sinis.
Tak suka konon. Penipu!
Malu cakap malu.
“Tak baik cakap macam itu tau. Aku pergi kerja jauh setiap masa fikirkan kau. Aku buat kerja pun masih terbayangkan kau. Aku rindu kau. Faham tak?” Rahangnya bergerak.
Geram melihat reaksi Jasmine yang kosong. Mahu tergelak pun ya juga.
Dia punyalah meluahkan perasaan, tetapi yang dihadapannya merenungnya dengan riak kosong.
Gigit nanti baru tahu!
“Hoi, kau faham ke tak?” Ulangnya lagi. Rangkulan pinggang Jasmine dieratkan.
Laju saja Jasmine menggeleng.
“Kenapa geleng kepala? Lain kali, kalau aku tengah bercakap, pandang aku.
Bukan pandang dinding. Aku rasa, muka aku lebih elok dari dinding rumah kau ni.” Dia mendengus geram.
Jasmine masih lagi kaku.
“Kau tak rindu aku ke, Jasmine?” Dia masih belum berpuas hati dengan perempuannya.
“Tak.” Laju jawapan yang diberikannya. Jasmine mencebik.
“Betul tak?” Jimmy merenung tajam ke arahnya.
“Hm, tak.”
“Okey. Kalau macam itu, bagi aku tidur sini malam ni.” Ujarnya serius.
Jasmine menoleh memandang Jimmy.
“Mana boleh.” Dia bangun dari riba Jimmy.
Belum sempat dia bangun, Jimmy terlebih dahulu menariknya.
Sekelip mata saja dia berada didalam rangkulan Jimmy. Di…atas…katil!
Sekali lagi suasana sepi.
Jasmine terkebil-kebil memandang dada Jimmy.
What the shitty, is this?!
Dia menyumpah dirinya. Leka! Padan muka!
“Syhh. Diam.” Perlahan suaranya.
Rangkulannya diperkemaskan.
Dia menarik senyum dalam diam.
Jasmine juga masih diam.
Jimmy mencuri pandang perempuan itu.
Tahu takut!
Rambut Jasmine dielus lembut.
“Bagi aku tidur sini malam ni. Mulai malam ni, aku akan buat kau rindu dengan aku.” Ciuman lembut dijatuhkan pada dahi Jasmine.
Jasmine menelan liur.
Gila!
Gila!
Gila!
Ini jika Stella dapat tahu, habis runtuh apartment itu dengan bebelannya nanti.
Mujurlah mereka duduk berasingan. Bezanya Stella diblok bersebelahan.
“Encik Jimmy.” Jasmine cuba menolak tubuh Jimmy.
Tetapi semakin ditolak, semakin ketat pula pelukannya.
“Hmm.” Jimmy membalas lembut. Matanya mula terpejam. Dia mahu menikmati malam itu dengan tenang.
“Encik Jimmy memang suka paksa saya ke?” Jasmine mendongak memandang.
Jimmy melorek senyuman dalam pejamnya.
“Kau kan dah tahu jawapannya.” Jimmy tersengih kemenangan.
“Kenapa? Kenapa suka paksa saya walaupun saya selalu menolak?” Perlahan suaranya.
Serba-salah pula Jasmine. Jahat sangat ke dia selama ini?
‘Jahat!’ suara hatinya pula ikut berbisik.
“Jasmine. Tengok aku.” Kini mereka berdua bertatapan antara satu sama lain.
Deru nafas jasmine menyentuh lembut batang leher Jimmy.
“Dalam hidup aku, aku cuma perlukan kau. Aku nak kau. Aku tak nak yang lain. Dan tak ada sebab lain kenapa aku nak kau. Memang hati aku nakkan kau. Faham?” Dia membelai lembut pipi Jasmine.
Hati perempuannya ikut terbuai.
“Lagi satu aku nak pesan dekat kau. Aku nak kau ingat benda ni sampai bila-bila.”
Jasmine memandang Jimmy. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Dia diam menunggu bicara seterusnya.
“Aku nak dengan mata ni, kau pandang aku. Aku nak dengan bibir ni, kau sebut nama aku. Aku nak dengan hati ni, kau simpan aku. Aku nak kau tahu, bahawa cinta tu wujud. Aku nak kau rasa selesa bila ada dengan aku. Dan aku nak kau tahu tempat yang selesa untuk kau adalah disisi aku, Jasmine.” Ucapnya tenang sambil mengelus lembut bibir bawah Jasmine.
Dalam masa yang sama, satu kucupun lembut mendarat pada bibir Jasmine.
Dia mengulum lembut permukaan bibirnya.
Jasmine diam membeku.
Dia benci lelaki itu. suka membuat hati perempuannya cair pada bila-bila masa.
Seperti sekarang. Sepatutnya dia berhak memarahi lelaki itu. Tetapi dia berdiam diri sambil menerima setiap tingkah laku Jimmy.
Dia benci Jimmy! benci! Tak suka!
Matanya turut dipejamkan. Dia malu mahu membalas renungan Jimmy.
“Kau malu.” Jimmy menyimpul senyum.
Bibir itu dipagut lagi. Dia geram.
Share this novel