8

Romance Series 70889

Siang itu Jimmy sedang merapikan dirinya dihadapan cermin besar. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia menapak ke drawer yang menempatkan koleksi jam tangannya.

Dia bercekak pinggang sambil menggigit bibir bawah. Keningnya digaru.

Seutas jam tangan yang tertera namanya diambil. Ya, kesemua jam tangannya ditempah khas. Pada setiap jam tangan diukir dengan namanya. Jimmy.

Kemudian, dia beralih ke drawer yang tersusun cologne dari pelbagai jenama. Dia mencapai sebuah botol kaca bewarna putih. Pada badannya tertera label Tommy Hilfiger.

Kunci kereta dicapai. oleh kerana hari ini adalah hari minggu, dia ada misi yang perlu dilaksanakan dengan sempurna. Dia melangkah keluar dari apartment. Kakinya melangkah menuju ke lif.

Ting!

Pintu lif terbuka. Dia masuk ke dalam lif. Bibirnya menarik segaris senyuman. dari tadi senyumnya tidak mahu mati. Dia bersandar pada dinding lif. Dia mencuri pandang pada jam tangannya. Jarum jam menunjukkan angka 8 pagi.

Ting!

Pintu lif terbuka. Dia sampai di tingkat bawah. Kakinya menuju ke tempat letak kereta. tiba dikeretanya, dia memboloskan dirinya dibahagian pemandu. Punat ‘start’ ditekan. Enjin kereta dihidupkan.

-----

(Dalkom Café- 8.30 pagi)

Matahari pagi memancarkan cahayanya. Jimmy tiba diperkarangan kafe. Enjin kereta dimatikan. Dia keluar dari kereta. kaca mata hitamnya dibuka.

Dia bersandar pada keretanya. Jam tangan dibawa mendekat dengan pandangannya. Baru jam 8.30 pagi. Kafe masih lagi belum dibuka.

Tidak berapa jauh darinya, telinganya menangkap suara gelak tawa. Dia menoleh ke kanan. Nah! Ini dia, kekasih pujaannya telah tiba dihadapannya. Automatik bibirnya menarik sengihan lebar. Menampakkan sebaris giginya.

“Encik Jimmy! Buat apa awal datang ke sini? Kafe belum buka lagi.” Sapa Stella ramah.
Jasmine disebelah hanya memandang sambil mencebik. Malas dia mahu menyapa lelaki itu.

Jimmy melirik pada Jasmine. Senyumannya disorok. Mungkin perempuan itu masih marahkan lagi padanya kerana tempoh hari. Tidak kisahlah. Yang penting misi hari ini mesti berjalan lancar.

“Stella ada simpan nombor telefon bos?” Soalnya pada Stella. Soalan Stella tadi dibiarkan saja.

“Bos? Hah, ada..ada. Kenapa ya, Encik Jimmy?” Stella memandang pelik. Kemudian, dia memandang Jasmine disebelahnya yang diam membatu sejak tadi.

“Boleh bagi pada saya? Ada hal yang saya nak bincang dengan bos awak.” Keningnya dijungkit sedikit meminta kepastian.

“B…boleh. Boleh. Sekejap ya.” Ujar Stella. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor majikannya segera dicari. Kemudian, telefonnya diserahkan pada Jimmy.

Jimmy menyambut hulurannya. Dia mengeluarkan pula telefonnya. Nombor yang tertera didail cepat.

“Nah. Terima kasih, Stella.” Dia menarik segaris senyuman. Telefon diserahkan kembali pada tuannya.

Jimmy menjauhi mereka berdua. Telefon didekatkan dengan telinganya. Dia sedang bercakap dengan seseorang.

Stella dan Jasmine saling berpandangan. Jasmine hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu tentang perkara itu. Dia berjalan ke pintu utama kafe.

Jimmy berpatah semula kea rah mereka.

“Stella. Hari ni Jasmine off-day ya. Jangan risau. Saya dah maklumkan pada bos awak. Saya minta maaf sebab culik kawan awak untuk hari ini.” Dia tersengih nakal.

Hampir jatuh rahang Jasmine mendengar pengakuannya. Dia memandang Jimmy yang sedang bercakap dengan Stella.

“Jasmine?” Soal Stella penuh tanda tanya.

“Hm…Jasmine. Kawan awak. Jadi, saya bawa dia keluar dari sini. Take care Stella.” Dia terus merapati Jasmine.

Dia meraih lembut tangan Jasmine untuk menuju ke keretanya.

“Come, sayang.” Pintu kereta dibuka untuk Jasmine.

“Nanti,nanti! Encik Jimmy mana boleh sesuka hati cakap macam tu pada bos saya? Nanti apa pula dia kata. Tolonglah, jangan paksa saya!” Jasmine mengetap gigi geram. Pegangan tangan dilepaskan.

Tetapi cepat saja ditangkap semula oleh Jimmy. stella menjadi pemerhati sejak tadi. dia mengerutkan dahi. Mungkin masih belum mengerti apa yang terjadi sebenarnya.

“Err…saya masuk dulu. Encik Jimmy, tolong jaga Jasmine untuk saya ya. Jangan buat benda yang tak elok pula ya.” Stella tersengih nakal.

Jimmy hanya tersengih sambil mengangguk kecil.

Bukan calang-calang orang yang membawa kawannya keluar hari ini. Bertuah Jasmine.
“Stella! Ishh! Kau…kau tak nak tolong aku ke?!” Dia menjerit dari tepi kereta. Kembang kuncup hidungnya menahan marah.

“Tsk! Kau relaks aje ya ‘Jasmine’. Nanti kalau Encik Jimmy buat yang bukan-bukan dekat kau, bagi tahu aku.” Sengihan nakal menghiasi hujung bibirnya.

“Stel….stella!” Baru saja dia mahu memanggil Stella, tetapi tubuhnya ditolak terlebih dahulu ke dalam perut kereta.

“Syhh! Hari ni kau ikut aku. Pakai seat belt. Aku tak nak orang yang aku sayang sakit.” Jarinya telunjuknya diletakkan pada bibir Jasmine. Terdiam dia buat seketika. Hanya mata yang tekebil-kebil memandang Jimmy.

Dia terus memboloskan dirinya dibahagian pemandu. Enjin kereta dihidupkan. Keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan kafe. Hatinya berlagu riang. Bibirnya tersenyum menang.
---
(Hida-Takayama, Old Town Takayama- 4 petang)

Dia memberhentikan keretanya ditempat parkir. Dihadapannya terbentang luas pemandangan indah dan klasik pekan Takayama. Hampir 4 jam 30 minit dia memandu terasa lenguh otot-otot tangan dan kakinya.

Hida-Takayama merupakan sebuah pekan kecil yang masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisional masyarakat Jepun. Disitu terdapat banyak binaan bangunan daripada kayu-kayan yang diukir cantik dan halus seni binanya.

Pemandangannya dihiasi dengan aliran anak sungai. Tenang dan damai perkampungan itu.

Dia meregangkan badannya. Jimmy memandang ke sebelah. Hujung bibirnya menarik segaris senyuman.

“Aku minta maaf sebab layan kau macam ni, sayang.” Dia merapatkan dirinya mendekati Jasmine. Dia masih terlena.

Ibu jarinya menyentuh pipi putih Jasmine. Semakin melebar senyumannya taktala ada pergerakan kecil oleh perempuan itu. Diusap lembut pipi comelnya.

Pandangannya dilarikan pada raut itu. Cantik. Comel. Macam mana budak perempuan yang dikenalinya dulu membesar cantik sepertinya?

Hujung jari telunjuknya menari diatas batang hidung Jasmine. Gelak kecilnya terlepas. Jasmine sempat menepis pergerakan tangannya.

Bukan main marah tadi nampaknya dia. Sekarang ini hanya riak polos keanak-anakan yang menghiasi rautnya.

“Sayang.” Gemersik suaranya memanggil Jasmine.

“Sayang. Kau tak nak bangun ke?” Lembut suaranya masih belum berjaya mengejutkan perempuan itu bangkit dari lenanya.

“Jasmine sayang.” Kali ini dia merapati telinga kiri Jasmine. Dia seakan-akan berbisik memanggilnya.

Ada reaksi dari perempuan itu.

Jimmy masih lagi tidak berganjak dari tempatnya. Dia masih merenung Jasmine yang sedang menggosok mata.

“Hai, sayang.” Sekali lagi dia berbisik disebelah telinganya.

Jasmine menoleh ke sebelah. Bahunya terhinjut. Badannya automatik menjauh dari Jimmy.

“En…Encik Jimmy bawa saya…ke mana? Encik Jimmy nak jual…err…jual saya ke?” Matanya meliar diluar.

“Buat apa aku nak jual kau pada orang lain, sedangkan kau milik aku?” Jimmy tersengih nakal.

“Tsk! Saya tanya betul-betul!” Auranya kembali seperti sebelumnya. Jasmine mula berubah serius. Riak mukanya ketat. Mahu saja dia menumbuk lelaki itu. Tetapi takut nanti dia pula yang ditumbuknya kembali.

“Turun.” Arahnya ringkas. Jimmy terlebih dahulu turun melihat kawasan sekitarnya.
Jasmine teragak-agak mahu turun. Entah dimana agaknya dia.

“Eva Jasmine. Kau memang nak duduk dekat sini aje ke sampai esok?” Dia menunduk memandang Jasmine yang masih termangu sendiri didalam kereta.

“Hah?? Sampai…esok? Kita nak buat apa dekat sini sampai esok? Saya kena kerjalah, Encik Jimmy! Kalau saya kena pecat nanti macam mana? Saya nak balik! Tolonglah, bawa saya balik!” Bentaknya kasar.

Jimmy masuk semula ke dalam kereta. Dia memandang Jasmine. Rambut yang terjurai diselit ke telinga. Dagu Jasmine dipegang lembut.

“Aku bukan nak jual kau atau nak buat jahat dengan kau. Aku cuma nak luangkan masa dengan kau. Lagi satu, kalau kau kena pecat, kau kerja dengan aku. Jadi, setiap hari akan terubat rasa rindu aku selama ni bila kau ada depan mata aku.” Dia merenung dalam anak mata coklat itu.

Jasmine bungkam. Dia mengalihkan pandangannya. Jantungnya berubah rentak. Pelik rasanya. Tangan Jimmy yang sedang mengelus dagunya ditepis.

“Jom, turun.” Jimmy tersenyum kemenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience