24

Romance Series 70889

“Tak apa. Saya boleh balik sendiri. Encik Jimmy kan sibuk. Saya tak nak jadi penyebab semua kerja Encik Jimmy tergendala. Lagipun, dalam masa seminggu ni rasanya boleh saja Encik Jimmy tak cari saya.” Dia menarik tangannya dari pegangan Jimmy.

Jimmy hanya memandang pelik. Kenapa pula dengannya?

Dagu Jasmine dielus lembut. Sehingga pandangan mereka bersabung.

“Kau kenapa?” Soalnya lembut. Dia cuba mencari anak mata Jasmine. Tetapi perempuan itu mengelak.

Tangan Jimmy ditepis.

“Saya panas. Nak saya pengsan ke berdiri tengah panas terik macam ni? Tadi kata nak hantar saya balik kafe? Stella buat kerja sendiri.” Terangnya serius.

Sedikit pun tidak memandang Jimmy.

Jimmy sudah menggaru kepala.

“Tadi kata nak balik sendiri. Sekarang nak aku hantar pula. Haih, kau ni.” Keliru dia.

Pintu kereta dibuka buat Jasmine.

“Masuk. Aku hantar kau.”

Jasmine masuk tanpa banyak bicara.

Sebaik saja masuk ke ruang pemandu, Jimmy menoleh ke arah Jasmine.

“Kau sebenarnya kenapa?” Soalnya kembali.

Jasmine diam.

Apabila dilihat perempuan itu diam tanpa bicara, dia merapatinya.

Jimmy menarik tali pinggang untuk Jasmine.

Terkebil-kebil dia dengan kelakuan Jimmy. Dia buat apa?

“Kau jangan risau. Sekarang waktu siang. Tak mungkin aku nak buat yang bukan-bukan dekat kau. Kalau aku nak pun, tunggu malam nanti.” Jimmy tersengih nakal.

Tap! Buckle selamat dipasang.

Enjin kereta dihidupkan. Penghawa dingin dikuatkan ke paras 3 dan dihala ke arah Jasmine.

“Kuatnya buka aircond? Kuat lagi tak boleh?” Kedegaran sinis ayatnya.

Jimmy menoleh sambil ketawa kecil.

“Kau panas. Aku tak mahu kau pengsan dalam kereta aku. Aku lagi risau, sebab nanti aku…” Dia memandang Jasmine dari atas ke bawah dengan satu sengihan nakal.

“Apa? Apa?!” Jasmine merapatkan badannya ke pintu.

“Hahahaha. Kau relakslah. Kalau aku buat yang bukan-bukan pun paling kurang dengan kau saja. Betul sayang? Aku tak mahu dengan perempuan lain.” Dia ketawa lagi sambil mencuit hidung Jasmine.

“Gila!” Jasmine membuang pandang ke luar. Tangannya sudah dibasahi dengan peluh.

Jimmy tersengih sambil mengangkat bahu.

(X:X Night Club, Minato City- 11.30 malam)

Malam itu selesai saja tugasnya, dia terus bergegas ke sini. Brian pula telah pulang sejak petang tadi.

Maklum saja, lelaki itu perlu menguruskan tempat ini pada sebelah malam. Penat betul kehidupan lelaki tua itu.

Dia menyusuri di tepi meja bar.

Tok, tok! Meja diketuk.

Ken merapati Jimmy.

“Seminggu tak nampak? Ada customer cari kau hari tu.” Ken menyorong segelas Rose All Day Punch Coctail kepadanya.

Keningnya terangkat. Dia menyambut huluran Ken.

“Siapa?” Soalnya dengan kerutan didahi.

Ketika itu susasana didalam X:X Night Club bingit dengan muzik Uptown Funk. Lampu bewarna-warni menghiasi pemandangan kelab malam itu.

Ada yang menari seperti orang mabuk. Ada yang menari mengikut tempo. Pelbagai ragam dapat dilihat ketika itu.

Jimmy meliar pandangan ke segenap ruang kelab.

“Entah. Aku tak kenal dia. Lelaki. Rasanya baru minggu lepas aku nampak dia berbual dengan Brian.” Ulasnya lurus.

Ah, ini kalau Brian tahu boleh melayang botol wine ke mulut kau, Ken. Lurus bendul!

Jimmy mengerutkan dahi. Dia memandang Ken buat kesekian kali. Mahu meminta kepastian.

Orang itu mencarinya? Tetapi mengapa dia berbual dengan Brian?

Jarinya menari dipermukaan gelas.

“Brian mana?” Soalnya serius.

“Ada dekat bilik dia. Pergilah naik.” Ken menyambung membuat pesanan untuk pelanggan yang lain.

Kini rentak bertukar lagunya. Dj memainkan muzik Happy dari Pharrel Wiliams.

Tetapi masalahnya, ada hati yang tidak ‘happy’ sekarang ini.

Mahu kena agaknya orang tua itu. Apa yang disembunyikannya?

Jimmy bingkas bangun menaiki anak-anak tangga kaca.

Penampilannya malam itu hanya mengenakan kemeja lengan panjang bewarna kuning dan dipadankan dengan seluar panjang hitam. Menyerlahkan lagi gaya santainya malam itu. Dua baris butang kemeja dibiarkan terbuka. Mendedahkan dada bidangnya yang putih.

Tiba dihadapan bilik rehat Brian, dia terus menyerbu masuk.

Brian ralit menaip sesuatu dikomputer.

“Hm, kenapa?” Soalnya tanpa memandang Jimmy.

“Ken bagi tahu aku ada orang nak jumpa aku. Tapi dia kata orang tu ada berbual dengan kau minggu lepas. Siapa dia?” Ton suaranya tegang.

Dia melabuhkan punggungnya disisi meja kerja Brian.

“Siapa?” Brian menyoal kembali.

Darn, Ken! Tapi rasanya masih belum pecah rahsia lagi.

Brian bersandar. Dia cuba berlagak tenang. Ah, kacau betul jika dia tahu ‘orang’ itu adalah Drake.

“Aku tanya kau. Kenapa tanya aku balik?” Jimmy merenung tajam Brian.

“Entah. Aku lupa. Kan aku minum juga minggu lepas.” Jawabnya lancar.

Itu yang terkeluar dari mulutnya.

Jimmy mengecilkan matanya. Ya tak ya saja orang tua ini. Bukannya boleh percaya sangat.

“Kenapa? Kau ada kenal siapa-siapa ke yang keluar masuk kelab aku?” Soalnya lagi. Saja mahu mematikan niat ingin bertanya Jimmy. Jika lelaki itu bertanya lagi, bahaya. Takut nanti jawapan salah pula yang diberi.

“Tak.” Jawabnya ringkas.

Kemudian, Jimmy bangun menuju ke pintu.

“Kau nak ke mana?” Soal Brian.

Jimmy memulas tombol pintu. Dia berpaling ke belakang.

“Turun. Nak sambung minum.” Seperti orang malas gayanya. Itu yang ditanya, itu yang dijawab.

“Jadi, kau naik cuma nak tanya tentang itu saja?” Keningnya terangkat.

Jimmy mengangguk. Kemudian, dia terus berlalu keluar meninggalkan Brian.

“Selamat aku!” Dia mengurut dadanya.
----
Jimmy menuruni anak-anak tangga kaca. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke poket seluar.

Tap, tap, tap!

Dia mengatur langkah ditempatnya tadi.

Gelas tinggi yang berisi koktail tadi diteguk penuh tertib. Habis tegukan pertama, dia memusingkan gelas koktailnya mengikut putaran jam.

Matanya masih fokus pada segelas koktail. Tidak berminat mahu memandang tempat lain. Tidak ada yang menarik perhatiannya.

Lagu terus bertukar lagu. Kali ini ruang besar kelab itu berubah menjadi suasana romantik. Mana tidaknya. Dj memutarkan lagu dari Michael Buble; Sway.

Serta-merta tarian mereka bertukar lembut dan penuh romantiK. Cahaya lampu juga telah ditukar pada cahaya oren.

Other dancers may be on the floor
Dear, but my eyes will see only you
Onlu you have that magic technique
When we sway I go weak

Dia meneguk sekali lagi cocktailnya. Sejuk tekaknya.

Like a flower bending in the breeze
Bend with me, sway with ease
Whe we dance you have a way with me
Stay with me, sway with me

Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman. Entah sebab apa agaknya. Mungkin sebab lirik lagu itu yang menarik perhatiannya.

When marimba start to play
Hold me close, make me sway
Like an ocean hugs the shore
Hold me close, sway me more.

Dia memusingkan bangku tinggi itu ke arah pintu masuk. Ketika itu pancainderanya menangkap seorang perempuan berblouse putih dipadankan dengan jeans biru panjang.

You’re just too good to be true
Can’t take my eyes off you
Yo’d be like heaven to touch
I wanna hold yo so much

Automatik senyumnya melebar. Mekar bak bunga yang dilihatnya sekarang.
Ah, rezeki apakah malam ini yang tuhan ingin berikan padanya?

At long last love has arrived
I thank god I’m alive
You’re just too good to be true
Can’t take my eyes off you

Dia bangun dari bangku tinggi. Derap langkahnya diatur tenang ke arah perempuan itu.

Pardon the way that I stare
There’s nohing else to compare

Ada saja pelanggan yang melanggar bahunya. Mana letaknya mata mereka? Tidak nampakkah lelaki tinggi sepertinya? Itupun mahu dilanggar. Dasar manusia!
Perempuan itu mula membuka langkah ke bahagian meja hadapan. Dilihatnya dia sedang melambai kea rah seseorang. Mungkin dengan temannya.
The sight of you leaves me weak
There are no words left to speak

But if you feel lke I feel
Please let me know that it’s real
You’re just too good to be true
Can’t take my eyes off you.

Ah, lagu itu pun satu. Bikin hatinya semakin berbunga-bunga.

Dia semakin menghampiri langkah perempuan itu.

Tetapi dari jarak beberapa langkah saja, ada seorang lelaki memakai baju kemeja hawai putih menghampirinya.

Kelihatannya dia seperti mengatakan sesuatu pada perempuan itu.

Kembang-kempis hidungnya menahan geram.

Sudahlah memakai baju Hawaii. Butakah dia? Tidak tahu perbezaan antara berparti didalam kelab malam dan berparti ditepi pantai? Buta fashion betul! Kasihan.

“Excuse me. This is my wife. May I know who are you?” Jimmy terus merangkul erat pinggang Jasmine merapati badannya. Tidak cukup dengan itu dahi dan pipi kanan Jasmine turut dicium bertalu-talu. Geram!

Tercengang lelaki itu memandang Jimmy.

Jimmy pula sudah tersengih sinis sambil memainkan keningnya. Padan muka! Dia aku punya tahu!

“Really? Oh, isteri orang rupanya. I baru nak ajak you…” Dia memandang Jasmine atas dan bawah. Mata helangnya tidak lepas memandang raut comel itu.

“Kau...” Jari telunjuknya tepat dimuka lelaki itu.

Dia tergelak. Panas baran betul. Cuit isteri dia sedikit macam mahu runtuh kelab ini.

“Pergi mampus!” Dia menolak kasar bahu lelaki itu.

Jasmine memandang Jimmy dengan riak terkejut.

“Bye, princess! Till we meet again.” Kelunakan suara lelaki itu sedikit pun tidak dihiraukan mereka berdua.
Macam mana boleh terserempak dengan dia disini? Jasmine mencuri pandang lelaki disisinya.

Jimmy pula sedang mencerun memandangnya.

“Kau…ikut aku.” Tegang nada suaranya.

“Encik Jimmy. Sa…saya nak ke sana. Jumpa Stella.” Dia melepaskan pegangan tangan Jimmy.

Langkah mereka terhenti ditengah-tengah lautan manusia yang sedang leka menari.

Rahangnya bergerak-gerak. Nafasnya tidak teratur.

“No! Aku tak bagi. Ikut aku.” Dia menarik lengan Jasmine sekali lagi.

“Ishh! Saya cakap tak mahu! Saya nak jumpa Stella! Encik Jimmy tak faham bahasa ke?!” Suaranya meninggi.

Jimmy meneruskan langkahnya mendaki anak-anak tangga menuju ke tingkat satu.

“Diam. Bingit telinga aku!” Arahnya keras.

Dibelakang Jasmine masih menarik tangannya untuk dilepaskan. Malah, Jimmy merentap lengan Jasmine.

Tanpa memandang ke arahnya yang sedang menahan kesakitan, Jimmy terus melangkah menuju ke satu penjuru yang agak gelap dan sedikit terlindung daripada manusia didalam kelab itu.

“Aww!! Encik Jimmy gila ke? Sakitlah!” Jeritannya tidak diendahkan Jimmy.

Perit kulit lengannya.

Entah apa agaknya silap yang dia buat kali ini sehinggakan Jimmy marah seperti itu.

Tubuh Jasmine ditolak kasar ke dinding.

Dipenjuru itu terdapat beberapa buah sofa bewarna kuning.

Disebelahnya juga ada sebuah rak buku tinggi. Cahaya lampunya malap.

Jadi, tiada satu mata pun yang akan menyedari kewujudan mereka berdua disitu.

Jasmine terdorong kasar ke dinding.

Tulang sikunya terkena pada dinding. Sakit. Perlahan-lahan dia mengusap sikunya.

Cengkaman dilengannya telah dilepaskan.

Kini Jimmy sedang menunduk ke lantai sambil kedua-dua tangan sasanya mengepung Jasmine.

Deru nafasnya juga kasar. Mungkin sedang melawan emosinya.

“Kau memang tak faham bahasa, kan? Aku tak suka kau melayan jantan yang entah siapa-siapa tu. Susah sangat ke nak dengar cakap aku, hah?!” Rambut coklatnya diramas kasar.

“Bila masa saya melayan lelaki? Dia cuma tanya saya saja. Habis tu, takkan saya nak diam macam orang bisu. Atau nak saya pura-pura pekak? Yang Encik Jimmy tiba-tiba naik angin dengan saya kenapa?!” Dia memekik kuat. Geram betul.

Ini kalau hilang rasa sabarnya, mahu terpacak tumit tingginya dileher lelaki itu. Huh!

“Kau yang susah nak faham aku cakap. Hei, kau ingat lelaki yang keluar masuk pub ni semua boleh percaya ke? Hei, diorang semua tu bangsatlah! Kau faham tak? Kau ingat jantan tadi tu betul-betul tanya kau? Kau ni bodoh ke apa? Kau…hei!!” Dia melepaskan penumbuknya ke dinding.

Buk!

Bahu Jasmine terhinjut. Membulat matanya memandang tangan Jimmy.

Jimmy menelan liur. Sakit hatinya.

Dia sendiri nampak cara lelaki itu memandang Jasmine. Setiap matanya menjamah tubuh kecil itu.
Ah, sial! Tak guna! Ramai perempuan dalam kelab ini, kenapa perempuannya yang perlu diganggu?

“Encik Jimmy…tangan….errr…” Dia cuba mahu memegang tangan yang menumbuk dinding tadi. Manalah tahu patah tulang jarinya. Aduh, kasihan.

“Tepi!” Tangan Jasmine ditepis kasar.

Rasa sakitnya dibiarkan saja. Terdapat kesan luka kecil pada tulang buku limanya.

“Kau tahu, kalau aku tak datang tadi mungkin malam ni kau dah hilang apa yang sepatutnya kau ada sekarang ni. Huh.” Jimmy tersengih sinis.

Pinggang Jasmine dirangkul kasar merapati badannya.

Rambut panjangnya diselit ke telinga.

Matanya turut menjamah setiap inci raut muka itu.

Tangan kanannya menjalar lembut pada rahang dagu Jasmine.

“Kau tahu kan aku tak suka ada orang sentuh hak aku?”

“Saya bukan hak Encik Jimmy! Sedar diri sikit! Hei, saya muaklah dengar ayat tu! Sampai saya mati pun, saya takkan pernah jadi milik lelaki yang panas baran macam ni.” Dia menjauhi Jimmy. Darahnya turut mendidih.

Buk!

Tumbukan Jasmine mengenai dada Jimmy.

“Argh! Kau…ugh…” Giginya diketap menahan sakit. Dia tertunduk sedikit. Dia memicit perlahan bahagian dadanya.

Jasmine membuka langkah mahu meninggalkannya.

Padan muka! Apa dia ingat perempuan sepertinya tidak boleh melayangkan sebiji penumbuk? Puas hati!

“Kau memang…. saja uji kesabaran aku.” Dia bersuara perlahan. Setelah sakitnya berkurang, dia kembali mendapatkan Jasmine.

Semakin laju langkah Jasmine, semakin laju dia mengejarnya.

“Jasmine!” Dia melaung nama itu seiring dengan kelantangan muzik yang bergema.

Beberapa pelanggan yang baru memasuki kelab memandang mereka pelik. Tidak kurang juga ada yang menggeleng kepala agar tidak mencampuri urusan mereka.

Jimmy semakin menghampiri langkah Jasmine. Cepat saja dia merentap lengannya.

Akibat rentapan kuat itu, tubuh Jasmine hampir terjelepok ke lantai. Tetapi cepat diimbanginya semula.

“Sakitlah!” Dia menarik kuat tangannya. Terasa perit kulit lengannya.

Malas dia mahu melayan pekikan perempuan itu. Boleh rosak pendengarannya.

“Syyhh! Ikut aku.” Keras nada amarannya tetapi dalam ton suara yang rendah.

Tanpa membuang masa dia mencempung tubuh kecil Jasmine dan diletakkan ke bahu.

Ibaratnya dia sedang memikul segulung permaidani.

Sementara itu, Jasmine melepaskan tamparannya pada belakang badan sasa itu.

“Encik Jimmy! Gilaaaa! Turunkan sayaaaaa!!!” Hampir terputus uratnya dengan pekikan itu.

“Shit! Memekak betul kau ni!” Langkahnya dilajukan menghampiri kereta yang diparkir ditepi bangunan.

“Turunkan sayaaaaa!!!” Sambil tangannya mencengkam rambut belakang Jimmy.

“Arghhhh!!!” Seiring itu juga suara Jimmy memecah kesunyian tepi bangunan itu.

“Padan muka!!!” Sekali lagi dia menarik sekuat hatinya rambut Jimmy.

“Hoiii!” Ketika itu kesabarannya sudah hilang.

Kalau macam ini, boleh botak belakang rambutnya. Sudahlah sejak kebelakangan ini rambutnya mudah benar gugur. Mungkin tertekan dengan kerjanya.

Tanpa membuang masa tubuh kecil itu dimasukkan ke tempat duduk penumpang hadapan.

“Encik Jimmy gilaaaaa!! Saya nak jumpa Stella! Saya nak balikkkk!” Jasmine mengetuk kuat cermin tingkap.

“Diamlah! Sakit telinga aku!” Enjin kereta terus dihidupkan. Kakinya mula menekan pedal minyak. Handbrake diturunkan dan kereta mula meluncur laju membelah kepekatan tengah malam itu.

----
(J Architecture Apartment- 1 pagi)

Jimmy mencempung tubuh kecil yang sedang terlena itu. Kad akses didekatkan pada skrin pintu.

Tit!

Dia memulas tombol pintu. Pintu dibuka dan dia terus menuju ke kamar tidurnya.

Tubuh kecil Jasmine diletakkan perlahan-lahan ke tilam. Kepalanya dibetulkan agar terletak elok dibantal.
Rambut ikalnya dilurut ke tepi agar tidak kusut. Buat seketika dia merenung lama muka comel itu.

“Kau tak comel langsung. Apatah lagi cantik. Aku rasa jantan tadi tu mesti buta. Macam mana dia terpikat dengan kau?” Dahi Jasmine dijentik perlahan. Tidak lama kemudian, dia tersenyum sendiri.

Adakalanya kepala digeleng ke kanan dan ke kiri.

Dia melirik jam tangannya. 1.15 pagi.

Ini kalau Brian tahu dia membawa Jasmine pulang ke rumahnya, sudah tentu membebel panjang orang tua itu nanti.

Rambutnya diramas.

Memang tak guna jantan tadi. Berani betul mahu mencuri perempuannya?

Pipi Jasmine dielus lembut. Putih. Ada sedikit kesan merah jambu. Dia bangun menuju ke bilik air.

Dia mengambil sekotak tisu basah dari dalam laci. Ditarik keluar sehelai. Lalu pipi Jasmine dibersihkan kesan makeup.

“Kau memang suka sangat tarik perhatian jantan dekat luar, kan?” Jimmy menggumam sendiri. Mahu saja dia menggigit pipi comel itu. Geram!

Dia tidak suka perempuan itu makeup keterlaluan. Jika tidak memakai secalit lipstick sudah cantik, apatah lagi jika dia berdandan seperti sekarang.

“Ah, sial! Apa juga yang kau cemburu sangat? Perempuan kan? Benda biasa.” Tengkuknya diusap bagi menghalau rasa yang sedang berperang dengan mindanya.

Tisu basah dibuang ke dalam tong sampah.

“Sedap betul ya kau tidur?” Dia tersengih nakal.

Perlu atau tidak dia melaksanakan misinya malam itu?

Hahaha. Kau jangan buat kerja gila, Jimmy! Mahu mengamuk nanti Jasmine.

Kepalanya digeleng berkali-kali. Mahu menidakkan niat jahatnya. Dia menggigit bibir bawah.

Perlahan-lahan dia mendekati Jasmine.

“Aku sayang kau. Aku tak mahu lelaki lain ambil kau dari aku.” Setelah kata itu dibisikkan disebelah telinga Jasmine dia menjarakkan semula dirinya.

Bibir Jasmine dielus lembut.

“Aku tak suka.”

Dia mendekati Jasmine sekali lagi. Sehingga bahang nafasnya terasa dikulit Jasmine.

Air liurnya ditelan.

Dia memejamkan mata. Dan…

Cupp…

Dengan perlahan dia melumat bibir merah jambu Jasmine. Sekejap saja.

Tautan dibibir Jasmine dilepaskan perlahan. Tidak mahu perempuannya terjaga.

Sekali lagi bibir Jasmine dielus lembut.

“Aku…”

Dia tunduk sekali lagi merapati Jasmine.

Cup…

Bibir bawah Jasmine digigit lembut.

“…cemburu.”

Ketika itu, Jasmine sedang merenungnya tajam.

Mereka terpaku seketika.

“Jas…jasmine.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience