32

Romance Series 70889

(Melaka, Malaysia)

Setelah pertemuannya dengan Ikram Benjamin petang tadi, dia terus membawa Jasmine bersiar-siar. Mana tidaknya, telinganya hampir pekak dengan keluhan Jasmine yang sentiasa bosan. Kadang-kala dia tidak faham dengan perangai perempuan. Dalam hal ini perangai Jasmine seorang saja yang dia tidak faham. Jika perempuan lain mungkin dia boleh faham.

Mujur saja dia sudah menempah kereta seawal-awal. Mudah sedikit kerjanya disini.

Mazda merah membelah lebuh raya. Dia melihat Jasmine yang sedang merenung ke luar tingkap.

“Kau kenapa termenung? Mengantuk ke?” Soalnya sambil mencuit dagu Jasmine.

Jasmine mengeluh sambil berkerut. “Belakang badan saya penatlah. Sakit.” Belakang badannya ditumbuk-tumbuk perlahan.

“Lama sangat agaknya kau duduk macam tu.” Signal ke Perhentian Rawat dan Rehat diberikan. Dia memasuki laluan yang tidak banyak kenderaan. Mungkin waktu bekerja agaknya.

Keretanya memasuki kotak parkir. Aplikasi Google Map yang tertera diskrin dashboard ditutup.

“Kita berhenti sini sekejap. Kau lapar?” Soalnya.

Jasmine menggeleng. “Encik Jimmy lah yang paksa saya ke sini. Kalau tak sekarang ni saya mesti tengah kerja sambil berseronok dengan stella. Stella tak ada. Saya bosan tau.”

“Tak apalah. Hari ini kau dengan aku pula. Selalu sangat dengan Stella tu. Aku nak pergi tandas. Kau nak turun sekali tak?” Pintu dibuka sedikit. Hari semakin senja. Mega oren mula menghiasi kaki langit.

“Nak. Tunggu saya.” Ujarnya.

Jasmine bergegas turun mengikuti Jimmy. Dia tidak mahu ketinggalan. Sudahlah berada ditempat orang. Nanti jika dia tersesat susah pula.

Mereka menuju ke tandas.

“Nanti dah siap kau tunggu aku dekat sini.” Pesan Jimmy. Jasmine hanya mengangguk. Tanpa berlengah, dia terus masuk ke tandas. Tidak mahu terlewat walau sesaat. Risau nanti Jimmy meninggalkannya. Bukan boleh percaya.

Siap saja, Jasmine terus keluar. Tetapi Jimmy terlebih dahulu menunggunya diluar.

“Dah siap?” Soalnya memandang Jasmine.

“Sudah.” Jawab Jasmine sepatah.

“Lepas ni aku bawa kau pergi makan. Jom.” Mereka terus menuju ke kereta.

Masuk saja ke dalam kereta, Jasmine terus memandan Jimmy. “Kita nak makan dekat mana?”

Jimmy tersenyum. “Rahsia. Adalah.” Enjin kereta dihidupkan.

Nak berahsia pula. Mengada-ngada. Beritahu sajalah. Bukan susah pun.

Jasmine terus bersandar sambil memejamkan mata.

“Tidur?” Soal Jimmy.

“Em.” Jawab Jasmine.

“Janganlah tidur. Nanti aku tak ada kawan. Siapa nak berbual dengan aku masa aku tengah drive?” Soalnya lagi. Sengaja dia merayu pada Jasmine.

Akhirnya, jasmine membuka mata. Kacau betul.

Jimmy terus menarik senyum lebar. “Ni yang aku makin sayang kau.” Usiknya.

Jasmine mencebik.

“Kau mesti tak pernah datang sini kan?” Soal Jimmy.

“Tak. Saya bukannya banyak duit macam Encik Jimmy.” Balasnya.

Perbualan demi perbualan tanpa sedar, jam menginjak angka 8 malam.

1 jam 30 minit perjalanan bagai tidak terasa lama.

Jimmy membelokkan kereta dipersimpangan kanan. Lampu-lampu pelbagai warna menghiasi bandar itu.

Kereta dipandu perlahan mencari kotak parkir. Jasmine memandang ke luar tingkap.

“Cantiknya!” Ujarnya teruja. Lampu-lampu itu yang menarik perhatiannya.

Jimmy tersenyum. “We are here. Come.”

Mendengarkan ayat Jimmy, dia terus membuka pintu. Dia memandang sekeliling.

“Kita nak ke mana?” Banyak tempat disitu.

Jimmy menunjuk signboard berwarna-warni yang terpampang besar ditepi dinding.

Brown Alley Night Club.

Jasmine memandang Jimmy lama. Mahu memastikan tujuan mereka datang ke sini.

“Come. Kita cuma nak makan saja dekat sini.” Jimmy menarik tangan Jasmine yang masih termangu-mangu.

Rata-rata yang masuk ke kelab malam itu semuanya berpakaian menjolok mata. Ada yang terbelah dipeha sehingga ke pinggul. Ada yang bajunya terdedah dibahagian belakang badan sehingga ke pinggang. Adakah mereka tidak memakai pakaian dalam? Malunya!

Ada sebahagian tempat yang hanya diterangi lampu biru dan kuning yang malap. Ada sebahagian tempat disebelah kanan pentas diterangi dengan cahaya oren.

Ada yang menari sambil memegang botol wine. Ada yang sedang berpelukan. Tidak lupa juga dipenjuru yang terlindung dengan cahaya ada sepasang pasangan yang ralit bercumbuan.

Jimmy tersedar Jasmine sedang memadang kea rah pasangan yang hangat berasmara. Tanpa berlengah mata Jasmine ditutup dengan tapak tangannya. Dia tidak mahu adegan kotor itu mencemarkan pandangan Jasmine.

“Have a seat, princess.” Kerusi ditarik buat Jasmine.

Jasmine duduk perlahan-lahan.

“Err, Encik Jimmy. Kita makan dekat tempat lain tak boleh ke?” Soalnya.

“Tak boleh. Makanan dekat sini sedap-sedap. Dekat tempat lain tak sedap.” Dia memanggil seorang pelayan lelaki.

“Yes, give me…” Dia meneliti setiap baris nama menu yang ada didalam buku besar itu.

“Paola di Mauro’s Roman Lamb for one.” Pesannya. Kemudian, dia membuka halaman sebelah.

“Sicilian Lamb Spezzatino With Saffron And Mint for one.” Tokoknya lagi.

Jasmine hanya memandang suasana kelab malam itu dengan perasaan yang tidak selesa.

“Anything else, sir?” Tanya si pelayan.

“No,thank.” Jawab Jimmy.

Sejak tadi, dia perhatikan Jasmine seperti tidak selesa dengan tempat ini. Pelik juga.

“Kau okey?” Soalnya pada Jasmine.

Jasmine tersentak. “Okey. Saya okey. Cuma saya tak biasa makan dekat tempat macam ni. suram aje.”

Jimmy tersenyum. “Tak cukup romantik ke tempat ni?”

“Romantik ‘sangat’.” Ya, tempat ini terlalu romantik. Sampaikan dipenjuru sana dia boleh melihat sepasang kekasih sedang bercumbuan. Mengundang ketidak selesaan buatnya.

Jimmy turut melemparkan pada pada sepasang kekasih itu. Dia tersengih nakal.

“Kau tak pernah buat macam itu dekat mana-mana lelaki ke?” Soalnya.

“Saya tak pernah berkawan rapat dengan lelaki. Kawan saya cuma Stella seorang.” Jawabnya perlahan tetapi tegas.

“Impressive!” Ujar Jimmy sambil terangguk-angguk.

“Mana Encik Jimmy tahu tempat ni?” Kali ini Jasmine pula yang memasang perangkap.

“Adalah. Through someone.” Jawabnya tenang.

“Someone…special?” Jasmine kemudian tersengih dengan soalannya. Tidak hairan jika Jimmy tahu tentang tempat ini. Pastinya sebelum ini dia pernah datang dengan mana-mana perempuan.

“Tak. Aku datang seorang. Sebelum ni aku pernah datang sini. Maksud aku datang Malaysia, Melaka. Short vacation. Tanpa sengaja masa itu aku terserempak dengan Benjamin. Lelaki yang kita jumpa siang tadi. Tak silap aku tahun lepas.”

Jasmine terangguk-angguk kecil. Dengar boleh. Percaya jangan.

“Kau tak percayakan aku.” Ujar Jimmy sambil merenung Jasmine.

“Hm, saya percaya.” Dalihnya.

“Tipu.” Balas Jimmy.

“Tak.” Jasmine juga tidak mahu kalah.

“Ya.” Balas Jimmy lagi.

“Takkk!” Jawab Jasmine meleret.

“Takkk.” Ejek Jimmy.

“Ya.” Balas Jasmine segera.

Jimmy ketawa. “I got you.” Dia menang.

Jasmine menampar perlahan mulutnya.

Sementara itu, dua orang pelayan datang membawa pesanan mereka. Troli berona keemasan ditolak menghampiri meja mereka.

“Here your order, sir.” Makanan dihidangkan diatas meja.

Tempat itu tidak terlalu mewah seperti dibandar-bandar besar, tetapi cukup membuatkan suasana disitu tampak tenang dengan alunan muzik Jazz.

“Thank you.” Ucap Jimmy.

Jasmine turut mencapai pisau dan garfu. Dia mula memotong bahagian kecil daging yang disaluti dengan sos yang dibuat sendiri. diatas hidangannya ditaburi dengan daun thyme. Aromanya membuatkan dia semakin lapar.

Sepotong daging masuk ke mulutnya. Dia mengunyah dengan teratur.

“Macam mana Encik Jimmy tahu saya suka makan daging kambing?” Soal Jasmine curiga.

Setahunya dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang dirinya melainkan Stella.

“Kalau aku nak tawan hati kau, aku kena ambil tahu semua tentang diri kau.” Jawabnya tenang.

Ah, Stella! Sudah pasti dia yang memberitahu segalanya.

“Termasuk luar dan…”Dia merenung tubuh Jasmine dibahagian dada.

“Dalam.” Senyumnya meleret. Miang!

Serta-merta Jasmine menyilangkan tangan bagi menutup dadanya.

“Hahaha.” Jimmy ketawa sendiri dengan gelagat Jasmine.

Jimmy mengangkat tangan kanan memanggil pelayan. Pelayan itu datang menghampirinya.

Dia membisikkan sesuatu pada pelayan. Kemudian, pelayan itu mengagguk mengerti.

“Encik Jimmy minta apa dekat dia?” Soal Jasmine lurus.

“Minta bil. Takkan kita tak bayar dah makan sedap-sedap macam ni.” Jawabnya sinis.

Jasmine menjeling geram. Orang serius, dia main-main pula.

Tidak lama kemudian, pelayan tadi datang sambil menolak troli yang berisi sebetol kaca wine.

“Here your Carbinet Sauvignon, sir. Enjoy.” Ujarnya sambil menuang wine anggur ke dalam dua biji gelas tinggi.

“Thank you.” Ucap Jimmy.

“Wine?” Soal Jasmine sambil berkerut.

Jimmy mengangguk sambil tersenyum.

“Tak romantik makan malam kita tanpa wine.”

Pipi Jasmine diserbu malu. Panas tiba-tiba.

“Nampknya Encik Jimmy kena minum seorang. Saya tak minum alkohol.” Jawab Jasmine meneruskan suapannya.

“Rugi.” Balas Jimmy sambil meneguk wine.

Makan malam mereka malam itu berjalan tenang disulami dengan irama lembut dari piano. Malam-malam yang mendatang mungkin mereka tidak berpeluang lagi seperti ini. Mana tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience