14

Romance Series 70889

Mereka leka berbual sementara menunggu persembahan kedua bermula. Jasmine ketika itu leka dengan telefonnya. Sekejap tersengih. Sekejap tergelak sendiri.

Jimmy mencuri pandang ke arah perempuannya. Terjungkit sedikit keningnya. Perasaan ingin tahu membuak-buak. Dengan siapa agaknya dia berbalas pesanan?

“Ben, just a moment.” Dia menepuk lembut bahu kanan Ikram Benjamin.

“Sure.”

Jimmy mendekati Jasmine.

“Kau ketawa dengan siapa?” Dia menundukkan badannya sedikit mahu mengintai ke arah skrin telefon. Cemburu agaknya.

Jasmine menutup skrin telefonnya dengan tangan.

“Adalah. Sibuk aje.” Dia membuang pandang ke tempat lain.

Jimmy duduk disebelahnya.

“Aku nak tanya kau ni.”

Jasmine menoleh ke arahnya.

“Hm, tanyalah.” Jawabnya malas.

“Dalam banyak lagu orkestra, yang mana satu dekat dengan hati kau?”

Jasmine memandang lelaki itu terkebil-kebil. Dia mencerna jawapan yang sesuai.

“Kenapa nak tahu?” Soalan dibalas soalan.

“Saja.” Jawab Jimmy sepatah.

“Tak nak bagi tahu tak apa. Aku tak kisah.” Jawabnya lagi acuh tak acuh.

Jimmy bangun mahu meninggalkan Jasmine bersendirian.

‘Tak kisah tapi sibuk bertanya.’ Jasmine mencebik dalam diam.

“Vivaldi Four Season-Winter.” Pantas dia menjawab soalan yang diaju oleh Jimmy tadi.

Jimmy menghentikan langkahnya. Dia berfikir sejenak. Kemudian,hujung bibirnya menarik senyum kemenangan.

Tanpa memandang ke arah Jasmine, dia mengatur langkah mendekati Ikram Benjamin yang sedang berbual bersama maestronya, Marc Ichico.

Jasmine hanya memerhati gelagat jimmy yang sedang bergelak-tawa bersama kumpulan itu.

Ada ketikanya, Jimmy membisikkan sesuatu disebelah telinga Ikram Benjamin. Tetapi lelaki itu mengerutkan dahinya. Tidak lama kemudian, bibirnya pula mengukir senyuman.

Entah apa agaknya yang dibualkan tiga orang manusia itu.

Ting!

Satu pesanan diterima dari Stella.

‘Kau ambil cuti sampai bila? Bukan main ya. Kau dengan Encik Jimmy tu ada apa-apa ke?’

Bibirnya menarik sengih lebar. Haih, perempuan itu sepatutnya menjadi seorang wartawan. Bukannya barista di Dalkom Café.

Baru saja dia mahu membalas pesanan itu, satu pengumuman diberi. Ia menandakan bahawa persembahan yang kedua bakal bermula beberapa saat lagi.

Jimmy masih lagi dengan kumpulan itu. Ah, biarlah dia! Pandailah dia mahu duduk nanti.

Dia menyambung semula membalas pesanan dari Stella yang terbantut tadi.

Para pemuzik juga telah mengambil tempat masing-masing. Tetapi Jimmy masih lagi belum duduk ditempatnya.

Ketika itu juga, instrument bergabung bunyi. Rentak yang perlahan. Jasmine masih lagi ralit dengan telefonnya.

“I want to dedicate this song for someone special in my heart since long time ago.” Suara itu bergema diseluruh dewan besar.

Tepukan gemuruh diberikan buatnya.

Petikan dari tali harp mengeluarkan bunyinya.

Diikuti pula dengan gesekan selo dari Ikram Benjamin. Seketika suasana dewan hanya bergema dengan bunyi alat muzik yang bergabung.

Jasmine berhenti menaip. Dia mengangkat muka sambil memandang ke arah pentas.
Lagu itu…Vivaldi Four Season-Winter.

Dalam masa yang sama gesekan dari biola menarik perhatiannya. Dia memandang ke arah si pemain biola.

Terpaku dia dengan pemandangan itu.

Dia… orang yang sedang menggesek biola itu adalah Jimmy. Kelihatannya dia sedang ralit menggesek tali biola sambil memandang tepat ke arahnya.

Gesekan biola diselangi dengan gesekan selo. Dihadapannya sekarang berdiri dua orang jejaka tampan yang sedang memainkan alat muziknya.

Mata mereka terpejam seketika bagi menghayati gesekannya.

Not lagu memasuki bahagian not yang tinggi.

Rancak tangan Jimmy menggesek tali biolanya. Sesekali dia mengerdipkan matanya pada Jasmine.

Dia hanya mampu menelan liurnya. Bagai tidak percaya lelaki itu yang berdiri dihadapannya. Dikelilingi dengan pemuzik orkestra yang lain.

Belum pernah lagi dia melihat sisi lelaki itu seperti sekarang. Seorang lelaki yang sedang taksub dengan permainannya.

Ada kalanya dia berbalas pandang dengan Ikram Bejamin. Tidak kurang juga dia menggesek tali selonya seiring dengan rentak Vivaldi.

Jimmy berjeda seketika memberi laluan pada pemuzik yang lain.

Apabila tiba dibahagian notnya, dia menyambung semula gesekan biolanya. Lembut tangannya menarik dan menyorong kayu halus itu. Matanya dipejamkan sekejap. Kemudian, dia membuka semula matanya.

Jimmy membuang pandang ke arah Jasmine. Satu pandangan redup yang mampu melunturkan hati perempuannya. Tanpa sedar hujung bibirnya menarik senyum.

Ya, dia tahu pastinya perempuan itu terkejut dengan penampilannya. Tetapi dia tidak peduli. Memang niat hatinya mahu menghadiahkan lagu tersebut buat Jasmine. Dia mahu perempuan itu tahu bahawa dia benar-benar jujur tentang perasaannya selama ini.

Dia berbalas senyuman dengan Ikram Benjamin. Mereka semakin rancak menggesek alat muziknya.

Jimmy melajukan tangannya menggesek tali biola. Sekali lagi, tiba dibahagian not yang rendah dia memberhentikan gesekannya. Memberi laluan pada gesekan selo dan harp menghasilkan bunyi.

Setelah itu, dia menyambung kembali gesekannya dengan not yang tinggi. Dari tadi matanya tidak lepas dari memandang ke arah Jasmine. Sesekali badannya turut bergerak menandingi gesekannya yang semakin rancak.

Kalau boleh sesaat pun dia tidak mahu terlepas peluang itu. Dia mahu perempuan itu rasa sepertinya. Berbagai rasa. Rindu, sayang, dan perasaan ingin memiliki perempuan itu sepanjang hayatnya.

Untuk kali yang ke berapa, dia memejamkan sekali lagi matanya sambil tangannya rancak menggesek tali biola.

Tiba pada bahagian selo digesek dan diselangi dengan petikan harp. Dia menunggu gilirannya.

Not Vivaldi memasuki rangkap yang terakhir. Dia melajukan lagi pergerakan tangannya.

Seraya itu, semua irama muzik bergabung bunyinya menjadi satu. Gesekan terakhir ditemani oleh gesekann selo dan biola agar seirama.

Jimmy menjatuhkan tangan kanannya. Biola masih setia dipegang pada tangan kiri.

Tepukan gemurah bergema disegenap dewan.

Ikram Benjamin dan Jimmy berbalas pandangan.

Dia bangun menghampiri Jimmy. Dia meraih sahabatnya ke dalam pelukan.

“Bro, aku harap lepas ni dia akan kekal jadi milik kau. Wishing you a good luck, dude!” Dia meramas kasar rambut Jimmy. Kemudian, gelaknya terlepas.

Jimmy menepis tangan yang sedang bermain dirambutnya. Habis rosak gaya rambutnya.

“Tsk! Kalau nak wish, wish betul-betul. Janganlah sampai merosakkan rambut aku.” Jimmy membetulkan rambutnya.

“Anyway, thanks again Ben. Bagi aku peluang untuk join group kau hari ni.” Dia tersengih lebar.

“Ah, it’s not a big deal lah. Anything for you.” Dia menepuk bahu Jimmy.

Dalam masa yang sama, Jimmy memberi tunduk hormat pada maestro diatas pentas.

“Okey, aku pergi ke sana dulu. Nanti kita jumpa lagi.” Jimmy berpamitan dengan Ikram Benjamin. Tangan ditabik separas kepala sambil tergelak kecil.

Kemudian, dia mengatur langkah ke arah Jasmine. Nampaknya perempuan itu sedang merenung tajam ke arahnya.

Dia berdiri dihadapan perempuan itu sambil kedua-dua tangannya menyeluk poket seluar jeans.

Jasmine mendongak ke atas.

“Kenapa pandang aku macam tu? Kacak sangat ke aku hari ni?” Jimmy mengerdipkan matanya nakal.

Sebaliknya Jasmine mash beriak kosong. Renungannya masih sama.

Sebenarnya dia tidak tahu ayat apa yang harus diungkapkan pada lelaki itu. Mahu mengucapkan terima kasih? Untuk apa? Entah-entah lagu tadi bukan ditujukan untuknya. Ish, buat malu saja!

Melihatkan Jasmine masih diam membisu, dia melutut dihadapannya. Nasib baik ketika itu para tetamu sudah beransur kurang. Ada yang sudah beredar keluar dari dewan besar itu. Hanya beberapa manusia saja yang tinggal dan masih berbual sesama sendiri.

Tangan Jasmine diraih lembut. Diusap perlahan permukaan tangannya. Sambil matanya tidak lepas merenung ke raut manis itu.

Nafas ditarik dalam dan kemudian dihembus lembut. Sebagai langkah pembuka bicara.

“Hei, kau kenapa? Hm? Marahkan aku?” Usapannya masih belum dileraikan.

Jasmine membalas renungan tersebut.

Dup dap! Dup dap!

Ah, kenapa dengan detak jantungnya? Rasanya balik nanti dia perlu singgah ke hospital. Ada yang tidak kena pada rentak jantungnya. Aneh!

“Tak. Kenapa saya nak marahkan Encik Jimmy?” Dia mengalihkan pandangannya.

Jimmy cuba mencari anak mata Jasmine. Pandangan mata mereka mula bertaut redup.

“Tentang lagu tadi.” Jawabnya jujur.

Jasmine melepaskan sebuah keluhan kecil. Lelaki itu dipandang lagi. Timbul kerutan didahinya.

“Kenapa?”

“Aku hadiahkan lagu tadi untuk kau. Untuk Jasmine. Just...mine. Untuk perempuan aku. Milik aku.” Satu-persatu ayatnya ditutur lembut.

Jasmine terkebil-kebil dengan penjelasan itu. Pastinya dia tidak salah dengar. Mahu percaya atau tidak? Ah, lelaki itu selalu sangat bermanis mulut dengannya.

Sekali lagi rentak jantungnya semakin laju berdegup. Rasanya tidak seperti biasa. Tidak! Tidak! Tolong jangan katakana bahawa hatinya sekarang ini sedang terbuai dengan setiap patah kata-katanya? Tidak mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience