Sambil menunggu Jasmine menghabiskan makanannya, Jimmy membuang pandang ke luar tingkap. Kebetulan, hari ini adalah hari minggu. Sudah pasti ramai pengunjung yang mengunjungi pekan kecil ini.
Mereka sedang duduk dimeja bertentangan tingkap. Jadi, mudah untuknya memandang pemandangan diluar.
Jimmy menghela nafas perlahan. Dia memandang ke arah Jasmine. Wajah polos itu ditatap lama. Semakin hari semakin menebal perasaan sayangnya pada perempuan itu. Yang pasti dia tidak mahu lagi kehilangannya. Cukuplah selama ini bagai mahu gila dirinya.
“Jasmine.” Sebaris nama itu dipanggil lembut.
Jasmine mendongak taktala namanya dipanggil. Suapannya juga terhenti. Sudu diletakkan dipinggan. Mulutnya dilap dengan kain napkin.
“Ya.” Jawabnya sepatah. Dia menunggu ayat seterusnya dari lelaki itu.
“Sebenarnya aku…aku nak minta maaf atas semua kesalahan yang aku pernah buat dekat kau.” Nafasnya ditarik dalam. Matanya menjamah setiap inci raut muka itu.
Jasmine pula diam tidak berkutik. Hanya mata saja yang membalas renungan Jimmy.
“Aku minta maaf tentang kejadian tempoh hari. Masa di luar kelab.” Dia berjeda seketika mencari anak mata Jasmine.
Serta-merta fikiran Jasmine ligat mengerah tentang peristiwa tersebut. Matanya dipejam sekejap. Kemudian, dibuka semula. Dia berdecit perlahan. Benci. Ya, dia benci dengan kelakuan gila Jimmy.
Dia sendiri keliru dengan tingkah lelaki dihadapannya ini. Ada kalanya dia berlembut, ada kalanya dia berkasar.
Dia mengambil semula sudunya. Sesudu nasi bersama kuah kari hijau disuap perlahan ke mulut. Dia tidak mahu mendengar kata maaf dari Jimmy. Meluat! Mahu saja dia mengetuk kepalanya dengan sudu.
“Jasmine. Kau maafkan aku?” Dia memandang Jasmine penuh berharap. Tetapi apa yang dilihatnya perempuan itu dengan tenangnya menyuap makanan ke mulut. Lagaknya seperti tiada apa-apa yang terjadi sebelum ini.
“Tak apa. Aku tak paksa kau untuk maafkan aku. Cuma satu aku minta dari kau.” Dia berjeda mencari ayat yang sesuai.
“Aku nak mulai hari ini kau belajar terima aku. Terima apa saja yang aku buat untuk kau. Boleh?” Ujarnya lagi.
Seraya itu, Jasmine mendongak. Suapannya terhenti lagi. Sudu diletakkan ke pinggan. Dia bersandar dikerusi sambil memandang Jimmy.
“Kenapa saya perlu buat macam tu?” Keningnya terjungkit naik.
Jimmy mengulum senyum. Dia menarik nafas lega. Setidak-tidaknya Jasmine memberi reaksi terhadap kata-katanya.
“Satu hari nanti kau akan tahu.” Matanya dikerdipkan.
“Hah?” Jasmine mempamerkan riak pelik. Semakin hari dia semakin tidak memahami tingkah laku Jimmy. Mungkin kerana dia belum mengenalinya dengan lebih mendalam. Tetapi perlu ke dia berbuat sebegitu?
Cepat saja kepalanya digelengkan.
“Kenapa geleng kepala?” Kini giliran Jimmy pula yang menyoal. Dahinya berkerut.
“Tak…tak ada apa.” Laju saja dia menjawab.
“Kau dah siap makan?” Soal Jimmy lembut. Jam tangan dipandang sekilas.
“Sudah.” Jawabnya sambil mengangguk kecil.
“Good. Kalau macam tu, jom ikut aku. Aku nak bawa kau pergi ke satu tempat. Come.” Jimmy menolak kerusi ke belakang. Dia bangun terlebih dahulu.
“Ish, kita nak ke mana lagi? Bila kita nak balik? Saya kena kerjalah!” Jawabnya sambil mengetap gigi geram. Jasmine bangun sambil mengepal kedua-dua tangannya.
Jimmy telah melangkah jauh ke hadapan sambil dikejar oleh Jasmine yang berlari-lari anak.
Pintu kereta dibuka. Jimmy memboloskan dirinya ke bahagian pemandu.
“Enck Jimmy!” Laung Jasmine sambil menarik pintu kereta kasar. Dia masih berdiri tegak diluar sambil merenung tajam Jimmy.
“Kau tak nak masuk?” Jimmy menjengah ke arahnya. Enjin kereta dihidupkan.
Jasmine terus memboloskan dirinya. Tidak mahu ditinggalkan disitu. Bukannya dia tahu isi hati lelaki itu. Gila!
Pintu kereta ditutup kasar. Dia memusingkan badannya mengadap lelaki itu.
“Boleh tak bagi tahu saya kita nak ke mana?” Soalnya geram. Intonasi suaranya juga meninggi.
Dalam masa yang sama Jimmy memusingkan badannya menghadap Jasmine. Ketika itu hidung mereka berlaga. Suasana menjadi sepi. Hanya rentak nafasnya yang kedengaran.
Jimmy memegang lembut pipi Jasmine. Pipi itu diusap perlahan. Anak matanya dipandang redup.
“Aku cuma nak bawa kau ke tempat yang boleh cipta kenangan untuk kita. Jadi, kau duduk diam-diam. Faham?” suaranya seakan berbisik dihadapan mukanya.
Jasmine terkebil-kebil memandang Jimmy. Jantungnya berubah rentak. Lelaki itu pandai mengusik hati perempuannya. Jika dilayan, pastinya dia akan terus terbuai dengan setiap bait-bait lembutnya.
“Emm…okey.” Dia menarik nafas dalam. Membetulkan semula aturan nafasnya.
Dalam diam Jimmy memandangnya. Hujung bibirnya menarik senyuman. Kemudian, dia menyambung semula pemanduannya.
---
(Hirayu Onsen, Oku Hida Hot Spring Village – 4.30 petang)
Hampir satu jam 30 minit perjalanan dari pekan kecil Hida. Mereka tiba di sebuah kolam air panas di Perkampungan Oku Hida.
Dia memarkir kereta ditempat yang disediakan. Handbrake ditarik dan enjin kereta dimatikan. Matanya meliar melihat kawasan itu.
Nampaknya kawasan tersebut mendapat perhatian dari ramai pengunjung. Majoritinya dari kalangan ahli keluarga.
“Jom turun. Kau mesti tak pernah pergi tempat macam ni kan?” Jimmy mula bersuara. Dia menoleh ke arah Jasmine.
“Hmm…tak. Encik Jimmy ingat saya ada masa ke nak pergi tempat-tempat macam ni. Cukuplah hidup saya dah berserabut dengan belajar, kerja di kafe lagi. Hari ni pula Encik Jimmy culik saya. Haih!” Dia mengeluh berat. Dia membuang pandang ke luar tingkap.
Jimmy memandang Jasmine. Dahinya berkerut.
“Kau masih sambung belajar lagi?” Dia mula berminat dengan perbualan itu. Badannya dipusing menghadap jasmine.
“Ya. Saya masih belajar. Belajar sambilan. Sambil bekerja di kafe. Bila ada kelas saya pergi, bila tak ada kelas saya akan bekerja dikafe.” Dia memandang jimmy tidak berminat. Badannya disandar pada penyandar kerusi.
“Serius? Habis tu, bila masa kau berehat?” Keningnya terjungkit naik.
“Waktu tidur.” Jasmine menarik senyum tawar.
Jimmy memerhati jasmine dengan pandangan yang lama. Timbul rasa simpati padanya. Dia terlalu mengikut perasaan sehingga mengheret perempuan itu bersamanya.
“Jom turun. Aku nak kau tenangkan diri kau dekat sini.” Arah Jimmy sambil membuka pintu. Dia turun dari keretanya.
Jasmine akur. Dia melangkah malas menuruni kereta. Sesekali keluhan kecil terbit dari mulutnya.
Mengapalah hidunpnya perlu bertemu dengan manusia bernama Jimmy? Berserabut fikirannya sekarang.
Share this novel