(Dalkom Café – 8 malam)
“Stella! Aku kemas dekat belakang ni tau. Nanti kalau nak balik tunggu aku. Jangan tinggalkan aku pula. Siap kau!” Kedengaran suara Eva dari arah belakang.
“Ishh! Yalah, yalah. Tapi…kalau kau lambat, aku tinggal aje ya. Aku dah penat ni dari tadi berdiri.” Balasnya semula. Stella mengemas dibahagian hadapan. Lantai dimop sehingga bersih.
Rutin sebelum menutup kafe, kebersihan harus diutamakan. Kebiasaannya, Eva yang akan mengemas dibelakang. Termasuklah bahagian stor, membuang sampah dan mengemas peralatan dapur.
Termengah-mengah dia menyorong mop dari hadapan ke belakang. Dia bercekak pinggang sambil mengatur nafasnya.
“Aaa….penatnya!” Nafas berat dilepaskan. Stella memeluk batang mop sambil matanya terpejam.
Lampu-lampu lain juga telah dipadamkan. Yang tinggal hanyalah lampu yang menerangi stor dan dibahagian pintu utama.
----
Jimmy tiba di ruang parkir. Enjin kereta dimatikan. Dia bergegas keluar. Senyumannya terukir dibibir. Sempat dia membetulkan rambutnya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia terus melangkah menuju ke kafe.
Ting!
Pintu kafe ditolak. Matanya tekebil-kebil melihat manusia yang sedang berdiri sambil memeluk batang mop.
“Maaf encik. Kami dah tutup ya.” Ujar Stella dalam posisi yang sama. Sesekali dia menguap tanpa memandang ke arah manusia yang sedang tercegat dihadapannya.
“E-hem!” Jimmy berdehem sedikit. Dahinya digaru. Sempat dia mencuri pandang ke arah Stella.
“Tidur ke dia ni?” Dia memetik jari dihadapan muka Stella.
Perempuan itu masih lagi memejamkan matanya. Jimmy tersengih kecil.
“Stella.” Dia menyeru lembut tuan empunya badan. Tidak mahu perempuan itu terkejut.
“Er…Cik Stella!” Intonasinya meninggi sedikit.
“Hah?” Stella membuka matanya. Dia mendongak memandang Jimmy. Bahunya terhinjut. Jelas dia terkejut dengan kehadirannya.
“Eh? Encik Jimmy! Err…kami dah tutup kafe ni. Encik nak buat pesanan macam biasa juga ke?” Stella menyandarkan mop di dinding. Dia menggosok matanya yang kelat.
“Tak,tak! Err…saya nak jumpa Eva. Dia dah balik ke?” Berhati-hati dia melontar soalan.
Kening Stella terjungkit sebelah.
“Eva? Kenapa encik nak jumpa dia?” Matanya dikecilkan merenung Jimmy.
“Saya ada hal sikit nak bincang dengan dia. Dia dah balik ke?” Dia memandang ke ruang kafe. Tiada pula bayangan Eva didepan.
“Oh. Ada hal. Emm…Eva tengah mengemas dekat belakang. Nak saya panggilkan dia untuk Encik Jimmy?” Stella mula membuka langkah kecil.
“Eh! Tak apa. Saya pergi sendiri. Stella sambunglah tidur. Tadi nampak macam mengantuk sangat sampai tidur peluk mop.” Dia menarik sengih.
Stella hanya tersengih menayang gigi. Sementara menunggu mereka berbual, ada eloknya jika dia melelapkan mata sekejap. Dia menguap besar. Terus saja kepalanya dilentokkan ke meja.
Jimmy pula melangkah ke bahagian belakang. Dia meninjau tempat itu. Di belakang tiada.
Matanya memandang ke arah stor. Kepalanya menjengah sedikit ke dalam.
Dadanya mula berdebar. Masih ingat lagi ke perempuan itu pada dirinya? Nafas ditarik dalam.
Pada rak kedua, eva sedang menyusun kain lap yang telah dicuci dan dilipat.
Tangannya dimasukkan ke poket seluar. Dia cuba berlagak tenang.
Tap! Tap! Tap!
Hanya langkahnya yang kedengaran.
Eva menoleh ke arah bunyi tersebut. Membuntang matanya melihat kehadiran lelaki itu.
Dia bangun menghadap Jimmy.
‘Macam mana dia boleh masuk ke sini? Ish, ini mesti Stella tinggalkan aku!’ Dia mengetap gigi.
Dari tadi matanya tidak jemu memandang Eva. Mahu saja dia tersengih seperti kerang busuk dan berlari kecil sambil memeluk Eva. Tetapi, rasanya dia masih belum gila.
Dia masih lagi mengawal setiap geraknya. Tiada senyuman dibibirnya seperti tadi. Yang ada hanyalah riak serius.
“Ma…macam mana…err… Encik Jimmy masuk ke sini?” Dia menjauhi lelaki itu taktala jarak mereka semakin menghampiri.
“Rahsia.” Keningnya terangkat nakal. Jika sebelum ini dia menangis jika rindu bertamu dihati. Tetapi tidak untuk hari ini. Oh, salah. Tidak untuk mulai hari ini!
Dia mahu menguji perempuan itu. Dia mahu mengusik perempuan itu. Ya. Dengan cara itu dia boleh mendekati Eva dengan lebih rapat.
“Encik Jimmy! Jangan main-main boleh tak?!” Suaranya meninggi. Marah benar kelihatannya.
“Syhhh! Kawan kau ada dekat luar.” Pandangannya tepat jatuh pada anak mata Eva.
Eva menepis tangan Jimmy yang menyentuh rambutnya. Dia benci lelaki itu! Dia benci dengan perbuatan lelaki itu yang dulu.
“Encik Jimmy jangan lupa apa yang Encik Jimmy pernah buat pada saya!” Dia menolak kuat tubuh Jimmy sehingga dia terdorong ke belakang.
“Aku buat apa dekat kau? Pernah ke kita jumpa dekat luar?” Jimmy merapati Eva. Dia menayang riak pelik. Sengaja mahu menduganya.
Ya. Dia ingat tentang tompokan merah dilehernya. Dia juga ingat tentang tempoh hari. Dia menyimpan senyum.
Eva mengetap gigi geram. Mustahil lelaki itu tidak mengingatinya.
Jimmy merenung anak matanya. Entahlah. Dia seakan-akan gila jika berhadapan dengan perempuan itu. Jiwanya bagai meronta-ronta mahukan perempuan itu menjadi miliknya.
Dia merangkul pinggan Eva merapati tubuhnya. Bibirnya mula merayap dicuping telinga eva.
Desah hangat nafasnya terasa pada kulitnya. Eva memejamkan mata. Bukankah tadi dia mahu memarahi lelaki itu? Tetapi kenapa sekarang lain pula jadinya?
“Aku sentiasa ingat tentang kau, sayang. Setiap masa. Tak mungkin aku lupakan kau. Kau tahu setiap masa aku rindukan kau. Kau yang buat kau gilakan kau siang dan malam. Aku cuma nak kau tahu, tak ada lelaki lain yang boleh miliki kau melainkan aku.” Setiap kata-katanya meresap lembut pada pendengaran Eva.
Tepi telinganya dicium lembut. Sesekali lidah nakalnya bermain disitu. Dia mencuri pandang ke arah Eva. Perempuan itu sedang memejamkan matanya.
“Aku cuma nakkan kau dalam hidup aku.” Tangannya memegang pipi kanan Eva. Dia memandang tepat pada bibir lembutnya. Dia mahukan bibir itu.
Mukanya merapati Eva. Hangat nafasnya menampar lembut ke pipi.
“Encik Jimmy…” Eva cuba bersuara. Dia menjauhkan mukanya.
Bibirnya melekat lembut pada bibir Eva. Lidahnya mula bermain pada permukaan bibir bawah. Ciumannya turun pada dagu. Kemudian, dia mencium lembut leher putihnya. Satu gigitan kecil dilayangkan disitu. Lama.
Dia beralih pula pada leher kirinya. Lidahnya mula menjilat permukaan leher Eva. Wangian itu membuatkan jiwa lelakinya sentiasa mahukan lebih dari itu.
Dia menghentikan permainannya. Pandangan mata mereka bertaut sama. Ibu jarinya mengelus lembut pipi Eva.
“Mulai hari ini, kau aku punya. Jangan pandang lelaki lain. Jangan bermesra dengan lelaki lain. Jangan bagi senyuman kau pada lelaki lain.” Ciumannya jatuh lagi pada bibir lembut Eva.
Eva terkelu. Lelaki itu selalu membuatkan dirinya hilang kata-kata. Lelaki itu pandai merebut hatinya.
“Err…Encik… Encik Jimmy.” Lembut suara Eva menerjah gegendang telinganya.
“Hmm.” Sebuah pandangan redup dihadiahkan buatnya. Hidungnya mencumbui tepi telinga Eva.
“Kau nak cakap apa, sayang?” Jimmy memandang Eva. Keningnya terjungkit naik.
“Sa…saya…saya tak suka…apa yang err…Encik Jimmy…b…buat sekarang ni.” Dia menjarakkan sedikit mukanya dari Jimmy.
Jimmy tersengih nakal.
“Kau tak suka? Betul ke?” Kening kiri terjungkit naik.
“Kalau tak suka, kenapa kau pejam mata tadi? Hmm?” Cepat saja dia mencium bibir Eva.
“B…bila…bila masa saya…” Belum sempat Eva menyambung kata, Jimmy terlebih dahulu menggigit bibir bawahnya.
“Kalau kau tak suka, aku akan buat kau lebih ‘sukakan’ aku selepas ni. Atau…” Dia menarik senyuman nakal.
“A…atau apa?” Laju soalan itu meluncur keluar dari mulutnya. Kakinya usah dikata. Bila-bila masa saja dia boleh rebah.
“Atau…kau nak aku buat benda gila dekat kau? Macam…” Jimmy membiarkan ayatnya tergantung begit sahaja. Mata nakalnya mula menjamah setiap inci tubuh kecil itu.
“Encik Jimmy! Jangan buat kerja gilalah!” Dia menekan tinggi suaranya. Dia tidak suka pandangan sebegitu. Nafasnya turun naik menahan amarah.
“Hahaha. Okey…okey. Aku bergurau aje sayang.” Sekali lagi ciumannya hinggap dileher putih Eva.
“Ingat. Mulai hari ini kau milik aku. Faham?” Suaranya berbisik ditepi telinga Eva.
“Tak nak faham! Gila!” Dia menolak tubuh Jimmy ke tepi. Terdengar gelak halus lelaki itu. Cepat saja dia membuka langkah. Dia mahu keluar dari situ. Buat malu saja.
Share this novel