Prolog

Romance Series 70889

Dia melangkah memasuki lif kaca. Ibu jarinya menekan butang 20. Badannya terhuyung-hayang menampung kestabilan dirinya. Dia melihat pantulan dirinya dicermin lif. Ah, teruk benar dirinya ketika ini. Postur badannya ditegakkan. Tetapi fikirannya masih lagi diawang-awangan. Rambutnya yang serabut dikemaskan.

“Hah…hah…hahhh!” Nafas dari mulutnya dihembus pada tapak tangan. Kemudian, dia menepis bauan itu. Bau yang menyengat. Alkohol. Dia ketawa sendiri melihat dirinya. Ah, manusia disekelilingnya memang tidak berguna! Sial! Suka mengambil kesempatan diatas kebaikan yang telah ditaburnya selama bertahun.

Ting!

Pintu lif terbuka. Dia melangkah keluar sambil terhuyung-hayang. Suasana dikaki lima apartment mewah itu sunyi sepi. Apartment itu dibina hanya untuk kakitangan J Architecture. Selayaknya sunyi kerana sekarang jam 4.30 pagi. Hanya lampu disepanjang kaki lima yang menemani langkahnya. Sesekali dia tergelak kecil. Entah apa yang digelakkan.

Dia berdiri didepan pintu bilik. Butang pin ditekan. Kata laluan dimasukkan. Dia mengeluh kasar.

“Bodoh! Huh!” Dia memaki hamun silapnya. Kata laluan yang dimasukkan ternyata salah. Dia berdecit. Sekeping kad akses dikeluarkan. Bersusah payah dia menyeluk poketnya sambil melawan mabuk yang semakin menguasai diri.

Titt!

Pintu berjaya dibuka. Dia memboloskan diri ke dalam. Tanpa membuka kasut dia terus merebahkan badannya ke katil.

Buk!

Matanya terpejam rapat. Bau alkohol masih melekat pada badannya. Ketika itu, manusia disebelahnya memusingkan badan taktala merasakan lenanya diganggu. Matanya masih kelat. Dia menggosok kelopak mata berkali-kali.

Cahaya samar dari lampu tidur membuatkannya semakin silau. Dia mengecilkan semula kelopak matanya. Diselangi dengan itu dia turut melepaskan satu kuapan. Mulutnya ditutup dengan tangan kanan. Dalam masa yang sama deria baunya menangkap bau yang menyegat iaitu bau alkohol. Dari mana datangnya bau itu?

Dia bingkas bangun dari baringnya. Degupan jantungnya semakin rancak. Remote lampu ditekan. Sekelip mata ruang tidur yang elegan itu diterangi dengan cahaya lampu oren. Dia melingas ke sebelah kiri.

Terkejut bukan kepalang dirinya ketika itu. Akibatnya dia terjelepok ke lantai. Benaknya dipaksa untuk bekerja memikirkan manusia yang sedang terbaring dikatilnya.

Perlahan-lahan tubuh itu didekati. Kakinya menjinjit sedikit bagi mengelakkan langkahnya disedari. Telefon bimbitnya yang berada diatas meja sudut dicapai. Tangannya menggigil mendail nombor seseorang.

Dia semakin menghampiri dengan manusia itu. Susah mahu mengecam identitinya kerana dia sedang baring dalam keadaan meniarap dan mukanya ditekup ke tilam. Ikutkan hatinya yang sedang mendidih, mahu saja kepala itu ditekan kuat sehingga dia mati. Berani sungguh memecah masuk ke rumah perempuan!

Tangannya terketar-ketar mencuit bahu manusia itu. Kemudian, dia menolak pehanya menggunakan kaki kiri.

Badannya kini bertukar posisi. Terlopong mulutnya saat melihat gerangan manusia itu.

“Encik Jimmy! Oh God! Eiii….kenapa….ughhh! Kenapa boleh masuk bilik saya ni?!” Tubuh lelaki itu digoyang kasar. Tangannya menutup hidung. Ah, dia paling benci dengan bau alkohol. Bukan dia saja. Semua orang mungkin mempunyai rasa yang sama dengannya. Mual tekaknya.

“Encik Jimmy! Tolonglah, bangun! Hei….busuklah!” Bahunya digoncang kasar. Mahu saja dia menendang tubuh lelaki itu. Menyusahkan orang betul. Sekarang ni dia mahu meminta bantuan dari siapa? Encik Brian? Huh, dia bukannya sejenis manusia yang suka membebankan orang lain ditengah pagi buta ini.

Masalahnya sekarang, dia yang menyusahkan diri sendiri. Kepalanya digaru kasar. Habis rambut ikalnya berserabut. Turun naik dia menahan amarahnya.

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2022-06-27 18:40:57 

Che da busy sangat 5ak sempat nk sambung baca butler 3,tunggu ada free sikit che da marathon macam biasa. Dhea sihat?


NovelPlus Premium

The best ads free experience