Lampu-lampu dijalan menerangi malam hari. Kota Tokyo tidak pernah sepi meskipun waktu malam tiba.
Dia memandang Jasmine yang terlena. Mungkin penat seharian menguruskan dirinya.
Perlahan-lahan dia memegang tangannya. Diusap lembut agar si dia tidak terjaga.
Dia bersyukur dengan kewujudan perempuan itu. Sanggup bersusah-payah menjaganya.
Cermin tingkap diturunkan. Angin lembut mula menyapa lembut pipinya. Rambutnya ikut terbuai. Malam itu bintang-bintang penuh didada langit.
Jasmine mengerekot kesejukan. "Hmm." Dia terpisat-pisat memandang sekeliling.
Dia dimana?
Silau lampu dijalan menembusi retinanya. Kereta telah diberhentikan. Dia mencari Jimmy ditempat pemandu. Kemudian, dia terpandang sesorang yang sedang ralit memandang langit sambil memeluk tubuh.
Jasmine menguap. "Encik Jimmy, kenapa berhenti dekat atas jambatan ni? Bahayalah." Dia turun dari kereta.
"Kau dah bangun?" Soal Jimmy mencapai tongkat disisinya.
Jasmine mengangguk. Matanya meliar memandang sekeliling. Pemandang laut dimalam hari memukau matanya. Cantik.
"Saja. Aku tak mahu hantar kau balik dulu." Dia kembali memandang laut.
Jasmine membetulkan rambutnya yang mengenai pipi.
"Habis itu, nak suruh saya tidur sini ke?" Soalnya.
Jimmy menarik senyum tipis. "Sini." Arahnya pada Jasmine. Lengannya ditarik lembut mendekatinya.
Jasmine terpinga-pinga. Dia dapat rasakan rambutnya sedang diikat. Dia cuba menoleh ke belakang.
"Diam." Ujar Jimmy sepatah. Jari-jemarinya lembut menyikat helaian rambut Jasmine kedalam genggamannya. Dia menyeluk poket jaketnya untuk mengambil sesuatu.
Getah rambut.
Lalu diikat rambut itu seperti ekor kuda. Nampak kemas. Dia berpuas hati dengan kerjanya.
Jasmine terus memegang rambutnya. Dia memandang Jimmy terkebil-kebil.
"Sejak bila Encik Jimmy simpan getah rambut?" Soalnya pelik.
Jimmy tersengih. "Sejak aku ada kau." Sesekali dia membetulkan anak rambut yang menyapa dahi Jasmine.
"Ya ke? Entah-entah ini getah rambut perempuan lain." Dia menjauh sedikit darinya.
"Siapa? Kaulah perempuan tu." Jawabnya jujur.
Sedikit sebanyak jawapan itu bikin hatinya kembang kuncup. Jasmine mengetap bibir.
"Sampai bila kita nak tenung laut? Encik Jimmy tak penat ke?" Jasmine sedaya upaya menaiki besi penghadang. Malangnya, tidak berjaya.
Jimmy ketawa kecil dengan tingkah laku itu. Dia turun dari besi. Tubuh genit Jasmine diangkat ke atas besi penghadang.
"Hii~terima kasih." Ucapnya malu-malu.
"Aku suka tengok laut. Kalau aku tertekan dengan kerja-kerja aku, aku selalu ke sini. Tenang rasanya bila dapat tenung tempat yang luas macam ni." Sesekali tangannya didepangkan merasa deru angin.
"Aku juga suka tengok kau. Tenang." Sambungnya lagi sambil merenung Jasmine.
Jasmine terkulat-kulat menahan malu. Teragak-agak dia menolak pipi Jimmy dengan jari telunjuknya. Agar lelaki itu kembali memandang laut.
"Hahaha. Kau ni." Balas Jimmy dalam tawa.
"Kalau satu hari nanti aku nak bawa kau pergi ke satu tempat, kau nak ikut?" Soalnya tiba-tiba.
Jasmine memandangnya dengan kerutan. "Pergi mana?" Dia tidak menjawab pertanyaan itu.
Jimmy memusingkan badannya menghadap Jasmine. "Em...mana-mana. Yang penting ada aku...dan kau." Dia melebarkan senyuman.
Tanpa segan silu, Jasmine menekup pipinya. Bibirnya diketap rapat. Dia mahu senyum, tetapi dia segan. Dia mahu ketawa dek kerana gembira dengan ajakan tersebut. Tetapi ditahan saja.
"Kau nak ikut?" Soalnya lagi.
Jasmine mengangguk lambat-lambat. Senyumnya disorok.
"Okey, jom ikut aku." Dia menarik tangan Jasmine dan menuju ke kereta.
Jasmine terpinga-pinga. "Sekarang?"
"Habis itu, kau tak nak balik?" Soal Jimmy sinis.
Hilang serta-merta kegembiraannya tadi.
"Oh, balik." Jawabnya perlahan. Dia tidak mahu balik! Dia masih mahu disini. Mahu melihat laut. Mahu melihat...dia lagi.
"Satu masa nanti aku bawa kau. Tapi bukan malam ini atau hari ini. Aku perlukan duit banyak untuk bawa kau. Untuk puaskan kau. Takkan aku nak bawa kau jalan-jalan, lepas itu tidur tepi jalan? Kau pun tak nak kan? Takkan aku nak bagi kau makan roti sedangkan orang lain makan sedap-sedap dekat sana? Takkan aku nak biarkan kau pakai pakaian nipis kalau dekat sana sejuk?" Rambut yang terbuai diselit ke telinga.
'Tak kisah. Saya tak kisah. Yang penting ada Encik Jimmy dengan saya.' Monolognya sendiri.
"Hei, kau dengar tak apa aku cakap ni?" Hidung Jasmine dicuit taktala perempuan itu mengelamun.
"De-dengar. Saya dengar." Dia mngulum senyum janggal.
"Jomlah, aku hantar kau. Dah lewat sangat." Dia membukakan pintu untuk Jasmine.
Minta maaf dari Jimmy Jasmine sebab kami lambat muncul dan selalu tenggelam timbul. Kerana kami masih tak pasti dengan perasaan kami yang kadang-kadang kelam kadang-kadang terang. :)
Share this novel