Dia memberhentikan kereta diparkir. Jasmine disebelahnya senyap. Dia melihat perempuan itu.
"Tidur lagi?" Pipi lembutnya dielus lembus. Hujung bibirnya terjungkit sengihan.
Pintu dibuka perlahan-lahan. Tidak mahu dia terjaga. Dia keluar dengan berhati-hati. Kakinya masih terasa sakit. Dia mencapai tongkat ditempat duduk belakang.
Terhincut-hincut dia menuju ke pintu sebelah. Pintu dibuka perlahan. Tongkat disandarkan pada keretanya. Dia membongkokkan badannya agar mudah untuk mengangkat Jasmine.
Baru saja dia mahu menyentuhnya, tangannya ditarik balik. Dia memandang kaki dan tongkatnya silih-berganti.
"Huh! Macam mana aku nak angkat dia?" Dia menggaru dahi runsing.
Mahu kejut dia atau tidak?
Kejut? Dia menghulur tangan mahu mengangkat Jasmine.
Tak payah? Tapi nyenyak pula dia tidur.
Kejut? Ah, kejut sajalah. Dengan keadaan kakinya yang sakit, mana mungkin dia mahu mengangkat perempuan itu.
Tak? Ah, tak payahlah! Kepalanya digaru-garu.
Ketika Jimmy bingung sendiri, Jasmine terjaga dari lenanya.
Terkejut dia melihat Jimmy tergaru-garu disisinya.
"Encik Jimmy." Panggilnya.
"Hah? Kau dah bangun?" Soalnya kaget.
"Ya. Yang Encik Jimmy tergaru-garu macam orang tak mandi kenapa? Kenapa tak kejut saya kalau dah sampai?" Soalnya tidak selesa. Ibarat menyusahkan lelaki itu.
"Er...aku nak angkat kau naik atas. Tapi aku lupa kaki aku tak boleh 'pakai' sekarang ni." Jawabnya polos.
Jasmine turun dari kereta berhati-hati agar tidak terpijak kaki Jimmy.
"Kalau dah tahu macam ni, kejutlah saya. Bukan saya marah pun. Takkan nak biarkan saya tidur dekat kereta Encik Jimmy sampai esok?" Bebelnya sambil membantu Jimmy mengambil tongkat.
"Nanti, nanti." Tahan Jimmy.
"Kenapa?" Tanya Jasmine.
Dia menarik getah rambutnya. Terurai rambut panjang nan cantik menghiasi matanya. Entah kali ke berapa dia terpesona dengan kecantikan rambut panjang itu.
Hujung bibirnya menarik senyum kecil. Dia mengambil kesempatan mengelus rambut lembut itu. Bukan selalu dia dapat peluang begini.
"Aku suka rambut kau." Dia masih leka mengelus rambut panjang itu.
"Kalau suka, ambillah. Nah." Dia menarik rambut panjangnya dihadapan muka Jimmy. Ditayang depannya.
Jimmy mengulum senyum. Ada juga yang kena dengannya nanti.
"Aku tak mahu rambut kau. Aku nak kau. Diri kau. Jiwa raga kau. Mata bundar kau. Mulut comel kau. Pipi putih kau. Tangan, kaki, jari, dahi...semua. Kau boleh bagi aku?" Soalnya sinis.
Jasmine melarikan pandangannya. Dia menjauh dari Jimmy.
"Haha. Aku gurau. Come. Aku ikatkan rambut kau." Dia mendepangkan tangan menunggu Jasmine.
Jasmine mendekatinya. Dia menunggu rambutnya siap diikat.
Tangannya lembut mengikat ekor kuda. Kemas dan tidak terlalu ketat.
Jasmine memegang rambutnya yang telah siap diikat. Dia mengetap bibirnya menahan senyum.
"Jom, aku hantar kau sampai atas." Ajaknya.
"Eh, tak apa. Saya boleh naik sendiri. Lagipun, kaki Encik Jimmy masih sakit lagi. Saya risau nanti lambat sembuh." Beg kertas yang terisi barangannya diambil. Dia mendekati Jimmy sambil merenung kaki yang tercedera itu.
Jimmy turut menundukkan pandangan ke kakinya.
"Kenapa kau tengok macam itu?" Dia mengetap bibir menahan kesakitan. Dia membetulkan posisi kakinya.
Dia tidak mahu perempuan dihadapannya ini memandang dia dengan simpati. Simpati yang dia maksudkan disini adalah dia dianggap jantan tidak boleh dijadikan tempat bergantung.
"Encik Jimmy masuklah kereta dulu. Saya boleh naik sendiri. Tak perlu risaukan saya. Risaukan diri sendiri sebelum risaukan orang lain." Gumamnya. Jasmine memapah Jimmy ke tempat pemandu.
Jimmy memberhentikan langkahnya. Begitu juga dengan Jasmine.
"Dengar baik-baik. Kau bukan beban untuk aku. Kau juga bukan orang luar mahupun orang asing bagi aku. Aku lebih suka buat semuanya untuk kau. Hati aku senang bila tengok orang yang aku sayang gembira. Kalau kau risaukan aku sebab sakit kaki yang tak seberapa ni, aku lagi risaukan kau. Cukuplah bila kau ada dengan aku waktu aku perlukan kau." Dia menggenggam erat tangan Jasmine yang dingin terkena angin malam.
Buat seketika mereka bertatapan begitu. Tiada kata-kata yang mampu didebatkan oleh Jasmine bila lelaki itu mula bersuara.
Dia seolah-olah mati kata. Setiap bait yang dibicarakan mampu melemahkan jiwa perempuannya.
Jimmy diam seketika. Mungkin dia terlalu mengikut perasaan. Dia bukan mahu menekan perasaan Jasmine. Dia cuma mahu perempuan itu faham tentang isi hatinya.
"Sakit macam mana pun yang akan aku tanggung, kau tetap akan jadi keutamaan aku Jasmine." Nah, ayat itu rasanya lebih mudah agaknya untuk difahami Jasmine.
Terkebil-kebil dia memandang Jimmy. Ya, dia faham dengan ayat yang disampaikannya tadi. Cukup membuatkan dia faham sehingga hilang kata-kata yang mahu dihujah. Dia faham. Bibir bawahnya digigit. Ada satu perasaan kecil yang sedang hinggap dihatinya sekarang. Tapak tangannya juga dirasakan dingin. Ah, tidak boleh jadi. Dia harus segera beredar dari situ. Sekarang!
"Err, saya rasa saya kena naik dulu. Encik Jimmy baliklah. Jumpa lagi." Dia menggigit bibir.
Jumpa lagi? Apa yang barusan dikatakan? Hilang akal ke?
Jimmy mengorak senyuman lebar. Dia mengangguk perlahan-lahan.
"Aku tunggu kau." Jawabnya dengan senyuman.
Tanpa melengahkan masa, Jasmine terus membuka langkah seribu meninggalkan Jimmy yang sedang ketawa sendiri.
Malu, malu, malu! Dia tidak mahu jumpa lelaki itu lagi! Dia...malu.
Alhamdulillah untuk satu lagi bab. Minta maaf jika ada tersalah ejaan ataupun penggunaan tatabahasa yang tidak tepat. Terima kasih untuk hari ini, wahai pembaca sekalian. :)
Share this novel