"Jas...jasmine." Dia terpana. Jimmy memegang bahunya.
Tetapi Jasmine seakan menjauh darinya. Badannya dijarakkan ke belakang. Rasanya dia bukan bermimpi tadi.
Dia...
Air liurnya ditelan kasar.
"Aku tak sengaja." Jantungnya berdegup kencang. Serasa tidak keruan perasaannya.
Sudahlah berbuat salah dalam diam.
"Sa..saya nak b...balik." Ada getaran pada suaranya. Jasmine menolak kasar tubuh Jimmy sehingga dia terdorong ke belakang.
Comforter dibuang ke sisi.
"Tunggu!"
Tangannya diraih Jimmy dari belakang.
Lengannya dipaut lembut.
"Aku minta maaf." Tuturnya perlahan.
Ketika itu tiada balasan mahupun reaksi dari Jasmine. Sebaliknya dia membuang pandang ke dinding.
"Hei, pandang aku." Dagu Jasmine dielus lembut.
"Lepaslah! Saya nak balik! Saya bukan perempuan simpanan Encik Jimmy!" Giginya diketap geram.
Tubir matanya mula berair. Bila-bila masa saja akan mengalir deras airnya.
"Hei, Hei! Syhhh...kau mengarut apa?" Jimmy memegang kedua-dua belah pipinya.
Renungannya tajam.
"Listen." Perlahan-lahan pipi Jasmine diusap.
"Aku tak pernah anggap kau perempuan simpanan. Kau saja yang selalu cakap macam tu." Dia berjeda. Mahu mengatur nafas yang tidak teratur sejak tadi.
"Habis tu, kenapa buat saya macam orang tak ada perasaan?" Ton suaranya merendah. Tidak memetir seperti tadi.
Mungkin hatinya terbuai dek usapan dipipinya.
"Okey. Aku minta maaf sebab selalu berkasar dengan kau." Sekali lagi ibu jarinya mengusap pipi Jasmine.
Seronok. Ya hati lelakinya turut terbuai. Seakan mahu terus membelai pipi lembut itu.
"Senangnya? Dah puas menengking saya, tarik tangan saya sampai berbirat macam ni, maaf saja yang saya dapat? Tak bernilai sungguh!"
Haih, inilah manusia. Ingat dengan perkataan maaf itu mampu melupakan segalanya?
Pardon to say, Jasmine bukan perempuan seperti itu. Jika orang berbuat salah dengannya, tunggu nanti dia sendiri yang akan balas!
Dalam diam buku limanya digenggam kuat. Kali ini Jasmine sudah hilang had kesabaran.
'Kau ingat aku perempuan jenis apa?!'
Dushh!!
Satu penumbuk melayang tepat ke rahang pipi Jimmy.
"Fuckkk! Oww...shitt! What the hell are you doing?!" Jimmy mengaduh kesakitan.
Boleh tahan sakitnya. Mahu tidak sakit? Yang ditumbuknya tadi adalah tulang pipinya! Bukan daging pipinya!
Jasmine tersengih sinis.
Puas hatinya!
"Itu bayaran atas kelakuan Encik Jimmy pada saya. Ingat, saya tak sama dengan betina dekat luar sana."
Fuhhh!
Dia meniup sedikit ditelinga kiri Jimmy.
Saja mahu membakar kemarahan lelaki itu.
"Kau!" Terus dia merentap tangan Jasmine.
Dapat saja Jasmine dalam cengakamannya, badan kecil itu dicempung dan dicampak ke katil.
"Kau memang nak sangat tengok aku buat jahat dengan kau kan?!"
Nafasnya turun naik.
Kedua-dua tangan Jasmine ditekan ke tilam.
Posisinya sekarang diatas badan Jasmine.
Dalam sekelip mata dia menindih tubuh kecil itu.
"Aku sakitlah gila!" Dia memekik sekuat hati.
Perlukah dia meludah muka lelaki itu? Jahat sangat ke?
"Yes, I am. Memang aku gila. Dari dulu aku gilakan kau. Dari dulu aku cuma mahukan kau. Aku tak mahu perempuan lain. Kau tahu kan?" Pipi Jasmine dicumbui lembut.
Rindu! Perasaan rindunya malam itu semakin gila.
"Sialllll!" Perkataan itu melintasi pendengaran Jimmy.
Turun naik nafas Jasmine.
"Hahahaha. Hei, sejak bila kau pandai guna bahasa kasar, sayang?" Jarinya membelai rambut Jasmine.
"Lepaslah!" Giginya diketap geram.
Kembang-kempis hidungnya menahan marah.
"Syhhh! Janganlah marah. Makin kau marah...makin aku suka." Jimmy menarik sengih.
Kalau berterusan perangainya seperti ini, ada yang mati malam ini dia kerjakan.
"Kau tak ingat aku? Aku budak lelaki yang menangis macam orang bodoh dekat tapak memorial dulu. Aku budak lelaki yang kau pernah bagi coklat dulu. Aku budak lelaki yang pernah dapat sapu tangan biru dari kau. Dan...kau budak perempuan yang berkerusi roda." Dia menatap mata Jasmine lama.
"Ya, aku orang yang rindukan kau selama ni. Orang yang tergila-gilakan kau siang dan malam. Aku rasa kau tak pernah simpan langsung tentang aku dalam fikiran kau. Betulkan?"
Perlahan-lahan dia bangun dari menindihi Jasmine.
Jimmy duduk dibirai katil. Kalau diperhatikan dari sikap Jasmine melayaninya selama ini, tipis peluangnya untuk memiliki perempuan itu.
Jasmine bingkas duduk. Rambutnya yang kusut dibetulkan agar rapi.
Benarkah apa yang dikatakan Jimmy tadi? Dia...dia budak lelaki itu?
Ah, mengarut! Entah-entah dia hanya mereka-reka cerita saja.
Tetapi tidak logik juga. Buat apa dia mahu mereka-reka cerita? Walhal, kisah itu hanya mereka berdua saja yang tahu.
Bibir bawahnya digigit lembut. Dadanya berdebar laju.
"Tak. Saya tak kenal siapa Encik Jimmy sebelum ni dan saya tak mahu kenal Encik Jimmy."
Jasmine bangun dari katil. Dia menapak ke ruang hadapan menyusuri dinding kaca. Jelas terbentang indah keindahan tengah malam itu.
Bulan dan bintang sama-sama bersinar dikaki langit. Lampu-lampu neon turut indah menerangi ruang kota Tokyo.
Malangnya, semua itu sedikit pun tidak mampu menarik perhatian Jasmine sambil menuju ke pintu.
Di belakangnya, Jimmy mempercepatkan langkah menyaingi Jasmine.
Ada sesuatu dipegangannya.
Hanya tiga langkah dari muka pintu, Jimmy cepat memaut pinggang Jasmine.
Perempuan itu ditarik ke dakapannya.
"I'm really sorry. I'm really sorry. I'm really sorry." Ayat maaf itu lembut disebelah telinga Jasmine.
Jimmy mengeratkan lagi pelukannya.
Dagunya direhatkan pada bahu Jasmine.
Perempuan itu masih kaku memandang hadapan.
Dia membiarkan Jimmy dengan kata-katanya.
"Hei, pandang aku."
Tubuh Jasmine dipusingkan menghadapnya.
Ada air jernih yang mengalir pada pipi comel itu.
Hidungnya juga kemerahan.
"Jangan menangis. Aku tak suka." Air mata itu diseka dengan ibu jarinya.
"Lepaslah." Jasmine menepis kasar tangan Jimmy.
"Okey. Marahlah aku sebanyak mana yang kau mahu." Air liurnya ditelan.
Jimmy menghulur sapu tangan biru.
"Ambil balik. Terima kasih sebab pernah pinjamkan aku dulu. Baliklah. Aku tak hantar kau malam ni." Jimmy dengan tenang berjalan ke pintu.
Tanpa patah bicara, pintu dibuka untuk Jasmine.
"Baliklah." Ujarnya perlahan.
Jasmine membuka langkah kecil. Hatinya berat ketika itu.
Dia berhenti didepan Jimmy.
Sapu tangan biru digenggam erat.
Setitik demi setitik air matanya jatuh lagi. Lembut betul hatinya. Sejak bertemu dengan Jimmy mudah benar air matanya mengalir. Mengada-ngada! Rasanya kelakuan Jimmy tidaklah seteruk mana.
"Encik Jimmy kata saya selalu wujud dalam mimpi Encik Jimmy. Encik Jimmy kata kita pernah jumpa dulu. Encik Jimmy kata saya orang yang selalu Encik Jimmy rindu." Jasmine diam. Menyeka air matanya yang semakin deras.
Sungguh dia tidak mahu menangis. Bodoh!
"Tapi...tapi kenapa Encik Jimmy layan saya macam ni? Kenapa...kenapa buat saya macam perempuan tak ada maruah? Kenapa selalu layan saya kasar-kasar?" Sedunya mula kedengaran.
Jimmy pula masih beriak dingin.
"Saya...saya benci Encik Jimmy! Kalau Encik Jimmy mati sekalipun saya tak kisah!" Giginya diketap.
Sedunya ditahan.
Jasmine terus melangkah keluar.
Tiada tanda-tanda Jimmy mengikut langkahnya.
"Bodoh! Bodoh! Aku yang bodoh! Kau suka dia, tapi dia layan kau macam nak tak nak."
Butang lif ditekan.
Ting!
Pintu lif terbuka. Jasmine melangkah memasuki perut lif.
Dia menekur lantai. Air mata yang gugur diseka cepat. Bodohnya kerana dia menangis. Hanya seorang lelaki! Dia tidak suka dirinya yang sekarang! Cengeng! Mudah terasa. Mudah merajuk. Mudah benar menangis. Tahu tak air mata seorang perempuan itu mahal?! Ya, mahal sebab make up yang ada dimukanya sekarang.
Nafasnya ditarik dalam. Satu keluhan berat dilepaskan. Selayaknya beban itu turut terlepas bersama keluhan itu.
Perlahan-lahan pintu lif tertutup.
Tap!
Pintu lif terhenti. Ada tangan yang sedang menahan pintu lif.
Jasmine mendongak.
Pantas saja dia menekan butang lif agar pintunya terbuka semula.
Ada orang lain yang mahu menumpang lif dengannya.
Setelah itu, pintu lif terbuka perlahan.
Zap!
Pandangan mereka bertembung. Serta-merta wangian Jimmy menyesakkan rongga hidungnya.
Tap, tap, tap!
Jimmy melangkah memasuki lif.
Ting!
Pintu lif tertutup semula.
Jimmy mendekati Jasmine yang sedang berundur ke belakang.
"Betul apa yang aku dengar tadi?"
Mereka bertentangan mata.
"De...dengar apa?" Soalnya gugup.
Jasmine tidak berani mahu melawan pandangan itu. Beberapa kali air liurnya ditelan.
Lagak Jimmy masih tenang. Tangan kirinya menongkat dinding belakang. Manakala, tangan kanannya mula membelai rambut Jasmine. Dia menunduk menyamai paras Jasmine. Sehingga deru nafasnya boleh dirasai pada pipi Jasmine.
Jasmine menggigit bibir bawah. Dia menunduk.
"Kau suka dia, tapi dia layan kau macam nak tak nak." Jimmy mengulangi semula ayat Jasmine.
Jasmine pula terkebil-kebil dengan sebaris ayat itu.
'Dia dengar?'
"T...tak." Jawab Jasmine.
Jimmy menyimpan senyum.
"Aku tak kisah kalau kau suka aku. Kau nak sayang aku bagai nak mati pun aku tak kisah." Puncak hidung Jasmine dicium lembut.
Jasmine terkedu.
Ini ada yang kena penumbuk lagi nanti!
"Cuma aku nak kau tahu, memang cara aku layan orang yang aku sayang kasar macam tu. Aku harap kau boleh faham. Kenapa? Kau nak aku panggil kau sweetheart? Sayang? Baby? Atau...manja?" Sekali lagi dia menyimpan senyumnya.
Muka Jasmine sudah mula kemerahan. Bahangnya!
"Tak!" Jasmine menggumam perlahan.
"Okey. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. Aku minta maaf sebab aku bukan macam lelaki yang kau impikan." Jimmy terdiam.
Dagu Jasmine ditolak perlahan agar menghadapnya.
"Tapi satu saja aku nak tahu. Aku betul-betul nak tahu. I'm serious and curious." Dia merenung Jasmine.
"A...apa?" Dia memeluk tubuhnya sendiri. Mana tahu lelaki dihadapannya itu mahu berbuat jahat dengannya.
"Sejak bila kau suka aku?" Keningnya dimainkan.
"Mana ada!" Suaranya meninggi.
"Okey. Berapa banyak kau suka aku?" Kali ini senyumannya melebar. Semakin manis sehingga Jasmine tidak betah melihatnya.
"Saya tak suka Encik Jimmy lah!" Dia membentak.
"Okey. I'll consider as your answer." Pipi Jasmine diusap sayang.
"Tak! Saya tak suka Encik Jimmy! Sikit pun tak! Susah sangat ke nak faham?" Jasmine mahu menangis rasanya jika dia terus-terusan disakat seperti itu.
Benci!
"Hm, macam manalah aku tak gilakan kau setiap hari. Kalau macam ini perangai kau, aku sanggup simpan kau dalam poket seluar aku." Pipi Jasmine menjadi sasaran cubitannya.
"Awww! Sa...sakiitttt...lah!" Puas Jasmine menapar tangan Jimmy.
"Padan muka!" Dia tersengih puas.
"Aku minta maaf." Sambungnya lagi sambil mengusap pipi Jasmine.
Adakalanya dia mencuri pandang ke muka comel itu. Apabila renungannya dibalas, terus saja Jasmine mengalihkan mukanya ke arah lain.
Malu mungkin. Ah, gedik nak mampus!
"Hm, come." Sempat dia menggigit cuping telinga Jasmine.
Jasmine pula sudah tidak tahu reaksi apa yang harus diberikan. Jika dimarah, bukannya lelaki itu mengerti. Sudah tua tetapi tidak faham bahasa.
Dia menarik Jasmine keluar dari perut lif.
"Eh, saya nak baliklah! Encik Jimmy pergilah naik atas. Menyibuk betul." Dia mendengus geram.
Rambutnya yang terbuai dek angin dikibas kasar. Rimas pula jadinya!
"Aku pun nak balik juga." Jawabnya bersahaja.
Dia memimpin tangan Jasmine. Bukannya dia peduli perempuan itu sedang memarahinya. Kisah pula dia?
Jasmine berhenti melangkah. Dia melingas ke arah Jimmy.
"Balik mana pula?! Rumah Encik Jimmy kan dekat sini!" Berkerut dahinya menahan geram.
"Balik rumah kau. Kan aku pernah cakap dulu, rumah kau akan jadi rumah aku dan rumah aku akan jadi rumah kau juga." Jelasnya.
Kali ini semakin jelas kerutan didahinya.
"Eh?! Pandai-pandai pula buat aturan macam tu! Tak ada! Saya tak peduli. Encik Jimmy pergi naik. Jangan ikut saya. Saya tak suka Encik Jimmy! Tak faham ke?" Jasmine mula membentak.
"Tapi aku suka kau." Terus saja dia melangkah ke keretanya.
Pintu kereta dibuka buat Jasmine. Tidak lupa segaris senyuman buatnya.
Jasmine pula berdiri tegak memandang Jimmy. Selayaknya mahu ditelan manusia itu.
"Masuk. Nanti dalam kereta boleh sambung tenung aku." Dahi Jasmine dicium lembut.
Jimmy menolak perlahan tubuh Jasmine agar memasuki perut kereta.
Pintu kereta ditutup cermat.
Kini gilirannya pula masuk ke bahagian pemandu. Butang 'start' ditekan bagi menghidupkan enjin kereta.
Dalam masa yang sama Jimmy mencuri pandang ke arah Jasmine. Hujung bibirnya terjungkit sengihan.
"Hei, sampai bila nak marah aku ni? Tak penat ke buat muka macam tu? Berkerut dari tadi."
Dia menghadap Jasmine. Pipi comelnya diusap perlahan.
Apabila melihat reaksi kaku Jasmine, dia membiarkan seketika perempuan itu. Pedal minyak ditekan. Keretanya meluncur keluar dari kawasan J Apartment.
Kereta mula memasuki jalan raya.
Sekali lagi dia mencuri pandang Jasmine. Nampaknya tiada tanda-tanda perempuan itu mahu bersuara.
"Kalau ya pun marah aku, janganlah diam je. Kesian aku dari tadi berbual sendiri."
Pemanduannya lancar malam itu. Mereka ditemani dengan pemandangan kota Tokyo yang dibanjiri dengan ribuan lampu-lampu jalan.
"Sayang. Hei." Dia mengelus lembut dagu Jasmine.
Tetapi Jasmine masih diam seribu bahasa.
"Baby." Jimmy bersuara lagi.
Dia masih beriak dingin. Jasmine membuang pandang ke jalan raya.
"Manjaaaa." Sengaja dileretkan panggilan itu. Mana tahu hati Jasmine akan cair.
Dia menoleh ke arah Jasmine. Satu keluhan terbit dibibirnya.
"Baby, sayang, manja aku ni merajuk betullah. Tak apa. Aku boleh tunggu kau sampai habis merajuk."
Jimmy mengalah dengan pujukannya. Dia kembali fokus dengan pemanduannya.
-----
Keretanya memasuki kawasan meletak kereta. Enjin kereta dimatikan.
Dia menoleh ke arah Jasmine. Keningnya terjungkit naik.
Tidur? Dalam merajuk boleh pula tertidur?
Pintu kereta dibuka. Dia menapak ke pintu penumpang. Pintu dibuka perlahan.
Seraya itu dia membongkok. Rambut yang menutupi sebahagian muka Jasmine diselit ke telinga.
Tanpa sedar bibirnya mengorak senyuman. Lama dia merenung muka comel yang sedang tertidur itu.
Bibir bawahnya digigit. Dia cuba menepis niat nakalnya. Kepalanya digeleng kecil.
"Jasmine." Dia mencuit puncak hidung Jasmine.
Tiada reaksi darinya.
"Hei, kita dah sampai. Bangunlah." Pipinya dielus lembut dengan belakang tangan.
Ada pergerakan kecil. Kelopak matanya bergerak.
"Sayang." Dia menyeru lagi. Susahnya mahu mengejut perempuan itu agar terjaga.
"Baby. Kau nak aku angkat kau ke?"
Jasmine masih dengan lenanya.
Tidak terjaga? Penat sangat agaknya dia.
Dia merapatkan dirinya ke telinga Jasmine.
"Manjaaa." Perlahan saja suaranya. Mungkin yang kedengaran hanya angin.
Dia tersengih sendiri.
Jasmine membuka mata. Dia menguap.
"Nyenyak kau tidur. Sampai aku buat..." Jimmy tersengih sambil memandang tubuh Jasmine.
Membulat mata Jasmine. Terus saja dia mengepal penumbuk.
"Woo,woo! Tak, tak. Aku gurau." Jimmy berundur setapak. Serta-merta kedua-dua belah pipinya dipegang. Masih terasa kesakitan tadi.
"Jom." Dia meraih tangan kanan Jasmine.
Tetapi tangannya ditepis kasar.
"Tak perlu. Saya boleh naik sendiri. Encik Jimmy pergi balik." Terus saja dia membuka langkah meninggalkan Jimmy.
"Hmm, apa lagi yang tak kena?" Dia mengeluh.
"Nak ikut atau tak?" Kaki kanannya membuka langkah kecil.
Tetapi dia berundur semula.
"Tak?" Dia menggangguk sendiri.
"Ikut?" Dia membuka langkah lagi.
Namun, dibatalkan saja niatnya.
"Ah, nanti kena penumbuk lagi." Pipinya dipegang.
"Tak fahamlah aku. Sekejap elok layan aku. Bila aku panggil sayang, baby, manja tak ada pula dia membentak. Tapi bila aku cakap elok-elok minta maaf dekat dia,eh dia membentak pula. Betullah. Perangai perempuan sama macam alien. Ah, kau memang takkan faham perangai perempuan, Jimmy!"
Malas mahu berfikir panjang akan masalahnya. Rambutnya diramas kasar. Lebih baik dia balik semula ke pejabat. Membuang masa saja memujuk perempuan.
Dia memboloskan badannya ke perut kereta. Punat 'start' ditekan. Perlahan-lahan keretanya meninggalkan perkarang apartment itu.
Sementara itu, dari jendela atas Jasmine sedang memerhati tingkahnya. Kemudian, langsir ditutup semula. Lampu juga turut dimatikan.
______
(J Architecture- 1 petang)
"Aku nak beli tanah." Kata Jimmy serius.
Brian berhenti melukis pelan. Pen dijatuhkan ke meja.
Dia bersandar sambil memandang Jimmy.
Terdengar satu keluhan kecil dilepaskan.
"Serius? Banyak duit kau? Kau kena ingat, harga tanah dekat sini bukannya rendah. Saban tahun meningkat harganya."
Brian menggaru kepala. Ada hal yang lebih penting lagi yang memerlukan duit.
"Mana boleh, Brian. Tempat tu baik. Pemandangan pun cantik. Rugi kalau tanah tu jatuh pada tangan orang lain. Alah, kita beli saja. Buat aset. Mungkin kita boleh buka kilang satu hari nanti."
Dia tersengih.
"Kilang? Hei, aku faham semangat kau bekerja keras. Tapi, kalau idea kilang itu aku bantah. Aku tolak cadangan kau awal-awal. Silap-silap kita boleh rugi." Kata Brian sambil menggeleng.
"Siapa kata aku yang akan bangunkan sendiri?" Jimmy tersengih sinis.
"Pardon? Tadi kau yang beria-ia. Habis itu, sekarang kau nak heret siapa pula dalam hal ni?"
Berkerut Brian memandang Jimmy.
"Kau." Jawabnya bersahaja.
"What the fuck!" Brian menepuk dahi.
"Hahaha. Hey, chill! Aku cuma ajak kau buka kilang. Lagi pun, projek ni takkan lari dari bidang kita. Aku cuma nak save budget kita. Kita orang berniaga. Kalau kita tak boleh uruskan semuanya sendiri dan sentiasa mengharapkan bantuan orang lain, woo... I bet kita akan kalah. Kalah habis, Brian! Kita berniaga dan dalam masa yang sama kita tak ada bajet. Tak mampu buat simpanan. Tak mampu nak sertai mana-mana pelaburan. I can't imagine that. Come on. Kau jangan risaulah. Kita buat sama-sama." Dia menepuk bahu Brian.
Cuba mengalirkan semangat untuknya.
---
(Hutan kecil disebuah pekan Kyoto - 10.45 malam)
Sebuah kereta pacuan empat roda biru metalik membelah jalan raya. Pemandangan sekelilingnya rata-rata hanyalah barisan pokok yang kian meninggi.
Jalan raya itu lengang. Hanya keretanya saja yang membelah kesunyian malam.
Jari telunjuknya menekan kunci tingkap. Perlahan-lahan tingkap turun, membiarkan angin sejuk menampar pipinya.
Rambut perangnya ikut terbuai dek angin yang meniup.
Fuhh...
Asap rokok dihembus keluar dari mulutnya.
Sambil itu, matanya meliar dikanan dan kiri pemandangan hutan gelap itu.
Agaknya, sudah bertuan belum tanah ini?
Jika diikutkan, lokasinya agak strategik untuk pembangunan kilangnya nanti.
Dia mencapai telefon bimbit yang terletak ditempat duduk sebelah.
Nombor Brian dicari.
Tut, tut.
"Hel..."
"Brian. Aku nak kau tolong aku."
Belum sempat Brian menyapa, Jimmy terlebih dahulu memotong.
Dihujung talian kedengaran Brian sedang mengeluh.
"Tolong apa? Kau jangan buat kerja gila malam-malam ni." Ayatnya berbaur ugutan.
Jam didashboard menunjukkan angka 10.45 malam.
Jimmy tersengih. Haih, orang tua itu seperti tahu-tahu saja. Cepat saja hidungnya menghidu.
"Aku nak kau cari tahu pemilik hutan ni. Aku suka tempat ni." Ujarnya lagi.
Sementara itu, telefon dijauhkan dari telinga. Dia membuka aplikasi kamera. Telefonnya diarahkan pada pemandangan hutan gelap.
Klik, klik, klik.
Beberapa keping foto tersimpan diruang galeri.
Gambar-gambar itu dihantar pada Brian.
"Wait, wait. Hutan mana? Kau...eh, kau memang tak ada kerja lain ke sampai masuk ke hutan?"
Ah, sudah mula dengan bebelannya. Itu yang malas mahu menceritakan segala hal pada Brian.
"Tsk, kau nak tolong atau tak?" Jimmy menggumam.
"Tak nak." Laju saja jawapan Brian.
"Good! Tolong aku. Aku ada share gambar dan lokasi hutan ni. Nanti kau tengok dan cari tahu pemiliknya. By hook or by crook aku nak dalam masa tiga hari. Oh, nope! Esok petang aku nak details. Thanks."
Terus saja talian diputuskan.
Bibirnya menarik sengih. Kasihan betul Brian.
Okey juga dia memberi tempoh sehingga esok petang. Sekurang-kurangnya Brian masih ada masa lagi untuk mengorek segala maklumat yang diinginkan.
Tidak. Dia bukan adik yang kejam. Bukan juga majikan yang zalim. Bukan juga sahabat yang jahat.
Puntung rokok dicampak ke luar tingkap.
Dia membelokkan keretanya ke satu lorong kecil.
"Nice."
Pintu kereta dibuka. Dia melangkah keluar.
Bam!
Pintu kereta ditutup semula.
Tangannya mencekak pinggang.
Unggas dan burung saling bersahutan. Cengkerik juga tidak kurang lagaknya. Saling berbalas bunyi.
Angin dingin malam itu sedikit pun tidak menggugat dirinya.
Dia meliarkan pandangan disetiap ceruk hutan.
Tempat ini bagus. Jauh dari hiruk-pikuk kota. Jika dibangunkan sebuah kilang pembinaan tentang projeknya disini pasti itu idea yang paling bernas.
Jimmy mengangguk sendiri.
Tetapi sudah tentu nanti dia akan selalu berjauhan dengan Jasmine.
Hutan itu terletak jauh dari kota Tokyo. Perjalanannya saja mengambil masa tiga jam.
Dia mencapai telefon didalam kereta.
Nombor Jasmine didail.
Tut, tut.
Tut, tut.
Tidak diangkat.
Dia membelek jam tangan. Oh, mungkin dia sudah tidur. Tetapi awalnya?
Sekali lagi nombor Jasmine didail.
Tut, tut.
Sementara itu, dia bersandar pada badan keretanya.
Tut...
"Hello." Panggilannya bersambut.
Terus saja posisi badannya ditegakkan semula.
Tangan kiri dimasukkan ke poket seluar.
"Kau dah tidur?" Ajunya.
"Belum." Jawab Jasmine sepatah.
"Habis, kenapa tak angkat call aku tadi?" Soalnya serius.
Jasmine mengeluh.
"Saya baru lepas mandi. Baru balik kerja. Kenapa telefon saya?" Jawabnya acuh tak acuh.
Dari riak serius Jimmy terus tersenyum. Oh, baru lepas mandi.
"Saja. Aku sekarang ada dekat tengah hutan." Saja mahu memberitahu.
"Jadi?" Jawab Jasmine bersahaja.
"Kau tak mahu tahu kenapa aku dekat sini? Malam-malam pula tu." Soalnya nakal.
Dia ralit dengan perbualan itu. Sambil menguis batu-batu kecil dengan hujung kasut hitamnya.
Bibirnya diselangi dengan senyuman kecil.
Indahnya malam itu jika Jasmine ada disisnya.
"Kau tak mahu jumpa aku? Aku rasa macam dah lama tak jumpa kau. Aku rindu kau." Lancar ayatnya.
Jasmine dihujung talian berdiam diri. Hanya deru nafas yang membalas bait-bait Jimmy.
Sudah lama tidak berjumpa? Walhal baru semalam mereka berjumpa, bergaduh dan mendapat penumbuk darinya. Masih tidak serik agaknya dia.
"Tak nak. Saya sibuk."
Tut..tut...
Talian diputuskan.
Jimmy memandang telefonnya. Apa lagi yang tak habis agaknya? Sampai bila mahu bermasam muka? Memanglah salahnya. Tetapi perlu ke merajuk lama-lama? Ah, stress!
Batu kecil di sepak kuat. Geram!
Oh, Jasmine. Janganlah merajuk lama-lama. Realitinya Jimmy tidak boleh berjauhan dengan kau. Tolonglah jangan mengada-ngada sangat. Alien!
---
(J Apartment- 8 pagi)
"Kau dah dapatkan maklumat yang aku nak?" Jimmy bersandar dikerusi.
"Belum. Aku banyak kerja." Jawab Brian tanpa memandangnya.
"Aku nak kawasan tu." Ujar Jimmy serius.
Brian mendongak.
"Tapi kenapa? Tiba-tiba saja nak buka kilang? Kau tak boleh hold dulu? J Architecture baru nak berkembang. Masih jauh lagi perjalanan kita. Pengalaman dalam bidang ini pun masih suam-suam kuku. Aku tak mahu tanggung risiko. Habis kita nanti." Awal-awal lagi dia sudah mengangkat tangan.
"Pengecut sangat kau ni. Hei,kau kena percayakan aku. Lagi pula, kawasan yang aku pilih tu tempat yang strategik. Jauh dari gunung berapi. Apatah lagi kawasan perkampungan. Semuanya jauh. Kita takkan kacau penduduk setempat. Jadi, tak ada halangan rasanya untuk kita buka kilang. Kau tahu tak, berapa bayanyak duit yang kita kena laburkan pada pihak pengeluar? Dalam satu tempahan klien saja, boleh mencecah 256,000 JPY(10,000 MYR). Jika dibandingkan dengan pengeluaran dari kilang kita sendiri, kita akan jimat 30%."
Brian tekun mendengar penerangan itu. Ada betulnya kata-kata Jimmy. Tidak salah jika mencuba bidang yang baru. Sektor pengilangan.
"Kau yakin ke? Lagi satu, macam mana kau nak tarik klien kita yang lain. Kalau Ace aku tak kisah. Sebab dia memang percayakan kau 100%." Brian tersengih sendiri.
"Tentang Ace aku tak risau sangat. Ah, kau relaks saja. For sure, mereka akan menyokong servis kita. Dengan syarat..." Dia berjeda.
"Apa?" Soal Brian ingin tahu.
"Dengan syarat kita turuti kemahuan mereka. Senang kan? Hahaha." Jimmy ketawa mengekek.
"Suck! Itu aku tahulah." Gumamnya geram. Pen hitam dibaling tepat ke dada Jimmy.
Share this novel