(J Architecture Apartment – 7.30 pagi)
Suasana suram kamar tidurnya sepi awal pagi ini. Dingin pagi mencengkam hingga ke tulang.
Badannya mula melakukan pergerakan kecil. Dadanya turun dan naik mengatur nafas pagi. Kelopak matanya mula bergerak-gerak.
Dia berdecit apabila terasa kepalanya mencucuk disebelah kanan. Terus tangannya memicit perlahan bahagian tersebut. Matanya masih terpejam.
“Awww….tskk!” Kelopak mata terbuka. Akalnya cuba mencerna apa yang terjadi malam tadi.
Dia bersandar dikepala katil. Sesekali kepalanya digeleng kecil. Mahu menyukat seberat mana sakit kepalanya. Jam tangan dikerling sekilas. 7.30 pagi. Nafas lega dilepaskan. Mujurlah hari ini dia terjaga awal dari biasa.
Ingatannya samar-samar tentang peristiwa malam tadi. Tidak semena-mena ibu jari kanan menyentuh permukaan bibir bawah. Matanya terkebil-kebil memandang ke luar tingkap.
“Apa yang aku dah buat malam tadi?” Dia seakan berbisik dengan dirinya. Keningnya bertaut sama. Memaksa akal mentafsir perasaannya sekarang.
Kemudian, dia memegang dada. Normal. Denyutan jantungnya tidak pula menunjukkan sebarang kemungkinan yang pelik.
“Tsk. Mungkin perasaan aku aje. Tak ada apalah.” Dia bangun meninggalkan katilnya. Sambil memegang kepala yang semakin berdenyut.
Dia menuju ke bilik air. Bajunya ditanggalkan dan dicampak ke dalam bakul rotan yang terletak elok disudut biilik air. Bakul itu khas untuk pakaian kotornya.
Rambutnya diramas-ramas. Dia memandang cermin yang memenuhi separuh dari badannya.
Mukanya dibelek. Dipusingkan ke kanan. Kemudian, ke kiri pula. Mana tahu ada jambang mahupun misai yang baru tumbuh. Tetapi tiada. Masih bersih dan licin bahagian kulit dagunya.
Dia tersenyum puas dengan penampilannya. Lalu, dia memusingkan badannya ke tab mandi. Tetapi belum sempat dia melangkah ke dalam tab, kaki kanannya diturunkan semula ke lantai.
Matanya terkebil-kebil. Dia berpatah semula ke cermin. Sepertinya ada sesuatu yang aneh ketika itu. sekali lagi dia membelek separuh tubuhnya dicermin.
Tiba dibahagian dada atau lebih tepat lagi seinci dari bawah leher terdapat dua tompokan merah. Dia mengerutkan dahi. Matanya cuba difokuskan pada dua tompokan tersebut.
Kini, tompokan merah itu jelas pada pandangannya. Membuntang matanya.
“Shit!!!” Suaranya ditekan tinggi. Air liurnya ditelan kasar.
Dia mula mengingati semula apa yang terjadi malam tadi. Setahunya dia hanya melepak sendirian di kelab milik Brian. Tiada manusia lain melainkan Meena Nelson saja yang wujud dalam perbualan telefonnya.
Kepalanya terasa semakin berat. Ah, ada eloknya dia mandi sekarang. Sekurang-kurangnya hilang juga nanti sakit kepalanya. Malas mahu difikir lagi. Lantaklah!
Dia melangkah masuk ke dalam tab. Automatik air dari pancuran mencurah keluar membasahi tubuhnya.
Dia bersandar pada penyandar tab. Dalam masa yang sama, jari telunjuknya masih menari pada tompokan merah itu. Dia berdecit. Puas dia mengingati.
Namun, tidak juga dia tahu puncanya. Satu keluhan kecil terlepas dari bibirnya. Harapnya dia tidak menyakiti mana-mana gadis diluar sana.
Dia menadah mukanya dibawah pancuran air. Mahu menyegerakan mandinya.
----
(Dalkom Café- 8.30 pagi)
Terik matahari mula memunculkan dirinya. Menerangi makhluk bumi dengan aktiviti seharian yang bakal bermula sebentar lagi.
Dari kejauhan terlihat kelibat Stella dan Eva yang sedang berbual sambil diselangi gelak tawa. Sesekali, Stella mencuit pinggang Eva. Kemudian, dibalas Eva dengan mencubitnya kembali.
Mereka sampai dihadapan kafe. Stella ditugaskan untuk memegang kunci kafe kerana kediaman mereka hanya lima minit saja dari situ.
Pintu kafe ditolak dari luar. Mereka melangkah masuk bersama.
“Stella. Aku ambil barang dekat stor dulu.” Setelah itu, Eva berlalu ke belakang meninggalkan Stella.
Tangannya sempat memetik semua suis yang berada ditepi pintu utama.
“Alright.” Balasnya.
Stella memasuki bahagian kaunter.
Beberapa minit kemudian, Eva keluar membawa empat plastik yang berisi cawan. Dia menuju ke kaunter.
Dalam masa yang sama, Stella menghampiri Eva. Dia mendekatkan mukanya.
Kedua-dua belah matanya dikecilkan sambil menunduk separas bahu Eva.
“Eva.” Tangan Eva yang sedang rancak mengeluarkan cawan-cawan plastik terhenti. Dia memandang Stella yang berada dekat dengannya.
“Kau kenapa?” Dia menjarakkan dirinya dari Stella. Was-was pula dia dengan perempuan itu.
“Leher kau kenapa?” Soal Stella sambil mengerutkan dahinya. Terdapat beberapa kesan tompokan merah kecil dikawasan bawah telinga Eva.
Dia menegakkan kembali postur tubuhnya menghadap Eva.
Eva terus memegang lehernya. Dia meraba-raba kawasan leher kanan dan kiri. Rasanya tiada apa.
“Aku tak ada rasa apa-apa pun. Kenapa?” Pelik pula dia dengan kelakuan sahabatnya.
“Mari sini, aku tunjukkan kau. Tak percaya ya?” Stella terus mendorong tubuh Eva menuju ke sebuah cermin perhiasan besar yang terdapat didinding.
“Tengok tu. Kenapa leher kau?” Dia memandang Eva dengan riak curiga.
Eva menelek lehernya. Kepalanya didongakkan sedikit. Mahu memastikan jika betul ada tompokan merah.
Membulat matanya melihat kawasan bawah telinga kanan dan kirinya. Kawasan tompokan merah itu digosok berkali-kali dengan tapak tangannya. Mahu gugur jantungnya.
“Eva. Jujur dengan aku. Malam tadi kau balik lewat kenapa? Kau pergi mana?” Sekali lagi matanya jatuh pada leher Eva.
“Aa….errr…m…ma…mana ada aku…err…ishh! Kan aku terus balik rumah.” Ujarnya geram. Eva menggigit bibir bawahnya.
Dia terus berlalu ke bilik persalinan. Mereka berdua masih lagi belum menukar pakaian uniform.
Stella membontoti langkah Eva.
“Kau jumpa siapa malam tadi?” Soalnya dengan nada mendesak. Geram pula hatinya melihat Eva.
“Kan aku dah bagi tahu, aku pergi birthday party ex-classmate aku. Ish, kau pergilah tukar uniform dulu. Nanti customer datang, bising pula dia kalau kita lambat.” Eva menyiapkan dirinya ala kadar. Rambut diikat ekor kuda. Topi hitam disarungkan ke kepala.
Dia terus berlalu meninggalkan Stella dibelakang.
“Eva!” Laungan Stella dari bilik persalinan dibiarkan saja.
Setibanya dikaunter, eva bersandar dibalik sudut kaunter. Dia menggigit bibir bawah. Dadangnya dipegang. Saat itu degupannya laju. Macam mana dia boleh tidak perasan tentang itu.
Lehernya dipegang. Baru dia teringat. Didalam poket seluarnya ada CC Cream. Dia bergegas menuju ke bilik air. Pintu bilik air dikunci. Dia masih ada 20 minit lagi sebelum kafe dibuka.
Laju dia mengeluarkan CC Cream dari poket seluar. Terketar-ketar tangannya ketika menutupi kesan tompokan merah itu. Dia meratakan krim dengan kulitnya.
Setelah yakin kedua-dua belah lehernya ditutupi, dia keluar dari bilik air.
“Eva. Aku tak kisah kalau kau ada kekasih hati. Tapi, sekurang-kurangnya bagi tahu aku. Aku bukan nak sekat kehidupan kau. Aku tak nak ada benda buruk jadi sikit pun dekat kau. Kau faham kan?” Stella memaut lembut bahu Eva. Dia mengeluh berat.
Eva mengganguk kecil. Bibirnya mengukir senyuman. Entah ikhlas atau tidak. Dia sendiri sedang berperang dengan emosinya sekarang ini.
Ting!
Pintu kafe ditolak dari luar. Pelanggan pertama telah datang ke kafenya.
“Selamat da…tang.” Eva terpana dengan manusia yang sedang berjalan menuju ke kaunter. Mulutnya bagai terkunci dengan kehadirannya.
Air liurnya ditelan. Serta-merta darah gemuruhnya menyerang. Dari tadi matanya tidak berkelip memandang lelaki itu.
“Excuse me.” Sapa Jimmy lembut. Segaris senyuman menghiasi bibirnya.
“Psst! Eva.” Stella mencuit bahu Eva.
“Hah??” Eva memandang dalam keadaan terpinga-pinga.
“Are you okey, Miss Eva?” Soal Jimmy. Keningnya bertaut. Pelik. Barangkali perempuan itu mempunyai masalah. Pagi-pagi lagi sudah berkhayal.
“Er…so…sorry. Encik…encik nak pesan apa?” Gugup dia menyoal Jimmy.
Stella yang sedang menyusun pastri, memandang pelik. Tidak sihatkah dia?
“As usual. A cup of hot coffee with two shots and no sugar, please.” Lancar dia membuat pesanan. Seperti tiada apa-apa yang terjadi sebelum ini.
“O…okey.” Meggigil tangannya menekan butang mesin kira.
“Miss, are you sure you are alright?” Jimmy menyoal kembali.
“Huh? Ya. Saya…saya okey. Encik duduk dulu ya.” Dia segera berpaling membuat pesanan untuk Jimmy.
Stella menghampiri Eva.
“Kau kalau tak sihat, pergilah rehat dulu dekat belakang. Biar aku yang siapkan pesanan dia.” Stella menepuk lembut lengan Eva.
“Aku sihatlah. Kau sambunglah kerja kau.” Dia berdalih.
Siap saja minuman yang dipesan, Eva membawanya ke meja yang diduduki oleh Jimmy. kelihatannya lelaki itu sedang sibuk dengan telefon ditangan.
“Err..encik…ini airnya. Jemput…minum.” Tangannya menggigil ketika meletakkan cawan diatas meja. Namun, cepat saja dia mengawal dirinya.
“Okey. Thanks.” Sedikit pun Jimmy tidak memandang ke arah Eva. Matanya masih lagi ralit dengan telefon.
Eva mengganguk kecil. Dia terus berlalu meninggalkan meja itu.
Dia meletakkan semula dulang air diatas kaunter. Dia mengetap bibir. Dadanya dipegang. Dia mencuri pandang ke arah Jimmy.
Lupakah lelaki itu pada dirinya? Kenapa harus dia yang berjumpa dengan lelaki itu? Kenapa dirinya pula yang merasa serba salah? Sedangkan lelaki itu hanya beriak biasa. Ataupun dia sekadar tempat persinggahan lelaki itu?
Tanpa disedari, ada butir jernih menitik jatuh ke pipinya. Air liurnya ditelan kesat. Dadanya sesak. Jahatnya lelaki itu pada dirinya.
Share this novel