26

Romance Series 70889

Jimmy turun dari kereta. Ketika itu, jarum jam menunjukkan angka 11 malam. Kereta telah diparkir elok. Manakala, Brian pula masih duduk ditempatnya.

Tenang saja kawasan apartment itu. Sudah tentu semua penduduk telah dibuai lena.

Agak-agaknya sudah tidurkah dia? Dia menggaru belakang kepala.

"Tsk! Kenapa aku yang serba salah? Salah aku ke? Suck!" Dia bercangkung disebelah keretanya sambil mendongak ke apartment Jasmine.

Jimmy buntu. Dia berdiri semula. Poket seluar diseluk mengeluarkan telefon bimbitnya.

Satu-persatu nombor dicari. Nah, ini dia! Nombor Jasmine didail. Dia mengemam bibir. Berkira-kira agar panggilannya dijawab.

Tuttt, tutt. Tutt, tutt.

Tidak dijawab.

Dia mula berdecit. Ke mana perginya Jasmine? Pekak agaknya.

"Angkatlah sayang." Dia menggumam sendiri. Resah benar lagaknya.

Lampu biliknya masih terang jika dilihat dari jendela. Masih awal lagi mahu tidur.

Sekali lagi dia mendail nombor Jasmine.

Tutt, tu...

"Hm, hello." Panggilannya berambut.

Serta-merta melebar sengihannya. Angkat pun. Dia mendongak ke jendela Jasmine.

"Hai, sayang. Kau tidur?" Bibirnya masih mengulum senyum. Hm, sukanya dia walau dapat mendengar suara gemersik Jasmine. Bagai diawang-awangan rasanya.

"Belum. Saya baru nak mandi." Ujarnya dingin.

"Baru nak mandi? Dari tadi kau buat apa? Kau dari mana?" Satu-persatu soalan diterjahnya.

"Hm, kan saya baru balik kerja ni! Kafe ramai orang tadi. Jadi, kafe terpaksa tutup lewat." Suaranya ditekan geram. Sudahlah penatnya masih belum hilang. Saja mahu menaikkan darahnya.

"Ooo, okey, okey. Aku minta maaf." Bibirnya ditampar perlahan. Itulah, selalu sangat tidak mengawal percakapan.

"Nak apa ni call malam-malam?" Soalnya geram. Terdengar keluhan berat dicorong telefon.

"Nak kau." Jawabnya sambil tersengih.

"Okey. Kalau tak ada apa-apa saya letak dulu. Bye." Pamit Jasmine.

"Sayang?" Jimmy membelek skrin telefonnya. Dimatikan begitu saja? Leceh betul.

Nampaknya dia terpaksa menjalankan misi yang kedua. Ingatkan Jasmine akan berlembut hati dengannya setelah sekian lama dia menuturkan ayat manis. Tetapi...cubaan pertama GAGAL. Dia menoleh ke arah Brian yang sedang bersandar di badan kereta. Ooo, tenang betul dia ya? Dia tersengih nakal.

"Brian. Nah, ambil ni. Kita kena jalankan misi yang kedua. Misi pertama aku gagal." Keningnya terjungkit naik.

"Huh, belum pernah lagi kau berjaya menambat hati Jasmine dengan cubaan pertama. Memang semuanya gagal sebelum ni." Brian melempar sengihan sinis.

"Tsk! Sudah. Kau tolong aku. Pergi tukar baju kau." Beg kertas coklat dicampakkan pada Brian.

Dia juga mencapai kot dan topi hitam yang ditempat duduk belakang. Haih, tidak mengapalah sayang. Demi kau, malu pun aku sanggun buat.

Lima minit kemudian, mereka siap berpakaian. Brian memandangnya geram. Gila. Ini idea gila dan paling memalukan sepanjang hidupnya. Sungguh lepas ini dia tidak mahu ingat kejadian ini sampai dia mati.

"Bro,cerialah sikit. Senyum, okey? Aku bukan suruh kau benda jahat. Cuma aku minta tolong saja. Have fun,okey." Jimmy tersengih. Kelakar pula melihat penampilan Brian malam itu.

Gaya mereka malam itu tidak ubah seperti penyanyi pop Ne Yo. Topi hitam dipadankan dengan kemeja putih,seluar hitam dan ber-bow tie hitam. Mahu saja dia melepaskan tawanya kuat-kuat. Tetapi risau pula Brian berkecil hati. Biasalah, hati tua.

"F**k,damn, shit! Kau tunggu nanti. Well said, malam ini aku tolong kau sekali saja. Huh!" Dia mengibas kot hitamnya.

"Kau tunggu apa lagi? Cepatlah. Aku tak mahu orang lain tahu aku pakai macam ini." Dia menggesa Jimmy.

"Tsk, sabarlah. Tunggu kejap." Dia mengambil sesuatu dari tempat duduk belakang. Brian sejak tadi sibuk membetulkan topi hitamnya. Mana tahu nanti ada kliennya. Habis jatuh reputasinya selama ini.

"Hoi,apa yang lembab sangat! Cepatlah!" Dia menampar belakang badan Jimmy. Geram betul dengan perangai keanak-anakan Jimmy.

"Tadaa!" Dia menarik sengih lebar. Ditangan kanannya terdapat dua wireless microfon untuk dipasang ditelinga. Manakala ditangan kirinya pula terdapata sebiji radio kecil bewarna putih.

Tangannya digosok-gosok menghilangkan rasa debaran dihati. Brian memasang mikrofon itu ditelinganya. Wire dibetulkan. Mikrofon dirapatkan ke mulut. Begitu juga dengan Jimmy. Setelah semuanya dalam keadaan bersedia, Jimmy mendail nombor Jasmine.

Tut, tut. Tut, tut.

"Nak apa lagi?." Gumam Jasmine dicorong telefon.

"Hai sayang. Buka tingkap kau sekarang. Aku ada dekat tempat parkir." Tanpa membuang masa, talian dimatikan. Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Jimmy memandang Brian. Dia mengemam bibir menahan gelak yang mahu terhambur. Tetapi cepat saja dia menenangkan Brian. Bahunya ditepuk bagi memberi semangat.

"Tsk! Kau gelak siap! Hah, tu dia dah buka tingkap." Brian mendongak ke atas. Diikuti Jimmy.

Tanpa membuang masa, butang 'on' diradio ditekan. Bergema lagu One in a Million dikawasan parkir itu. Jimmy memandang Brian sambil mengangguk tanda sedia.

"Ehem!" Dia membersihkan tekaknya.

Jet setter
Go getter
Nothing better

Jimmy dan Brian membuka langkah tariannya seperti yang dipelajari melalui video lagu tersebut.

Call me Mr. been there done that
Top model chick to your every day hood rat
Less than all but more than a few
But I've never met one like you

Dengan satu tarikan nafas, Jimmy mula menyanyi bahagiannya. Badannya digerakkan ke kanan dan ke kiri. Kakinya lincah mengikut rancak tempo.

Been all over the world
Done a little bit of everything
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone

Tiba giliran Brian pula. Sambil menyanyi topinya dibuka dengan penuh gaya sambil mengenyit mata pada Jasmine. Entah perempuan itu nampak atau tidak.

But all the girls I've been with
Things I've seen and it takes much to impress
But sho nuff you blow it makes your soul stand out from the rest

Jimmy sekali lagi memasuki rangkap ketiga lagu Ne Yo. Tidak dipeduli kelakuan Jasmine yang menyuruhnya senyap. Ibaratnya Jasmine sedang berkata 'syutt, syuttt'.

I can be in love
But I just don't know (don't know girl)
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
Other girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around
But I don't see no one but you

Semakin rancak mereka berdua dengan tariannya. Sekali-sekala Jimmy tersengih memandang Brian disebelahnya.

Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Tangan kanannya sibuk menunjuk ke arah Jasmine.

You're not a regular girl
You don't give a damn about the look
Talking about I can't do it for you
But you can do it for yourself
Even though that ain't so
Baby cos my dough don't know how to end
But that independent thing I'm with it
All we do is win, baby

"Hoi,kau tak nak mampus ke hah? Bisinglah!" Jerkah seorang lelaki memakai singlet hitam dari balkoni apartmentnya.

Tung!

Satu botol bekas air mineral dilempar dan mengenai dahi Brian.

"Aduh! Shit,man! Weh, sudahlah. Kita stop!" Ajak Brian tidak mahu meneruskan misi itu. Tetapi Jimmy bagai dirasuk pula dengan nyanyiannya. Ah, pening kepala kalau macam ini.

I could be in love
But I just don't know (don't know girl)
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
Other girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around
But I don't see no one but you

Baby you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
Baby you're so one in a million
You are (say you are)
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Diamond girl
Only one in the world
Just one of a kind
She mine

Jimmy menunjuk ke arah Jasmine dengan lirik lagu nyanyiannya. Lantaklah pada si pemaki sekalian. Apa yang dia mahu adalah perempuan kesayangannya itu memaafkannya sebelum tengah malam ini.

Ooh all that I can think
About is what this thing could be
A future baby
Baby you're one of a kind
That means that you're the only one for me
Only one for me

Baby girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Tamat saja lagu itu, Brian terus mengeluarkan sejambak bunga peonies merah jambu dan diserahkan pada Jimmy. Hulurannya bersambut.

Jimmy menunjuk jambangan bunga itu pada Jasmine sambil melutut dijalan tar. Brian dibelakangnya mendepangkan tangan bagi memberi semangat pada mereka berdua. Tidak ubah seperti orang gila. Riak Jasmine tidak usah dikata. Mahu saja dia menghentak kepalanya ditingkap. Geramnya! Suka sangat buat malu.

"Hoi! Kau ni memekaklah! Tak tahu ke dah malam?!" Seorang pemuda dalam lingkungan 30-an menjerkah mereka dari tingkap tingkat 3.

"Maaf, encik. Sumimasen (minta maaf)!" Brian bersungguh-sungguh menundukkan badannya.

Bzz! Telefonnya bergetar. Jimmy bangun sambil menyeluk telefon bimbitnya.

"Ya saya..." Belum sempat dia bercakap, ayat dipotong Jasmine terlebih dahulu.

"Encik Jimmy tolonglah balik. Jangan buat saya malu boleh tak?" Soalnya geram.

Jimmy membetulkan mikrofon kecilnya dimulut.

"Tak. Aku tak boleh balik sebelum kau maafkan aku,Jasmine." Tenang dia bercakap melalui corong kecil mikrofon.

"Tsk! Baliklah Encik Jimmy. Lagi satu, tolong tutup mikrofon tu. Bising. Tak nampak ke orang marah?" Jasmine mengetap gigi. Kesabarannya tidak boleh ditahan lagi jika dia berdepan dengan manusia bernama Jimmy.

"Kau tak maafkan aku lagi, aku tak mahu tutup mikrofon. Biar, biar semua orang tahu kau marahkan aku." Jawabnya tenang. Suaranya masih lagi bergema dicorong kecil itu.

Brian terlebih dahulu memboloskan dirinya ke dalam perut kereta. Malunya tidak dapat dibendung lagi. Arghh! Sumpah dia tidak akan menjatuhkan reputasi dirinya lagi selepas ini. Tidak pasal-pasal kepalanya terkena lemparan botol plastik. Nasib baik bukan botol kaca. Jika tidak boleh hilang siuman agaknya. Topinya dibuka sambil meramas rambut. Panas. Dia menoleh Jimmy diluar yang masih ligat dengan lakonannya. Jasmine pula mengapa perlu berkeras hati? Kini dirinya sekali terpaksa diheret dalam situasi mereka. Serabut! Di pejabat masih banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan. Kan sudah dibilang dari dulu. Mereka berdua mana mahu mengalah. Masing-masing mahu menang. Dia memandang Jimmy sambil merengus geram.

"Sayang. Maafkan aku boleh? Hm? Kesianlah dekat aku. Aku penat dari tadi menari menyanyi dekat sini. Aku dari tengah hari tadi tak makan apa-apa tahu." Suaranya dilirih simpati.

"Padan muka. Siapa suruh tak makan?" Timbul rasa serba-salah dihatinya. Jiran-jiran ditingkat atas dan bawah sudah bingit meminta mereka senyap.

"Aku sibuk dengan kerja aku. Aku sibuk practice lagu Ne Yo semata-mata untuk persembahkan dekat kau. Sayang,janganlah merajuk lama sangat." Rambutnya diramas kasar. Tidak diendahkan jiran-jiran yang merungut dari tadi.

"Tsk! Yalah, yalah. Saya maafkan. Jadi, sekarang tolonglah balik ya. Jangan buat orang dekat sini marah." Dia merayu dari corong telefon. Dari tadi lelaki itu hanya berdiri merenungnya dari bawah. Kasihan. Jahatnya kau, Jasmine.

"Betul, kau maafkan aku?" Bersinar-sinar matanya memandang Jasmine.

"Ya. Saya maafkan. Jadi pergi balik." Suaranya cuba dilembutkan mahu memujuk Jimmy.

"Yesss! Yahooo!" Dia melompat keriangan.

"Hoi, Jimmy. Sudahlah tu! Kau masuk sekarang! Aku dah penat ni. Kita balik sekarang." Arahnya keras.

"Hahaha. Okey, okey." Sambil menunjukkan isyarat tiga jari pada Brian.

"Okey sayang. See you tomorrow. Orang tua tu dah memekak. Aku balik dulu. Good night." Talian sejak tadi telah diputuskan. Kini giliran Jimmy yang bercakap sendirian sambil diperhati oleh Jimmy dari tingkat atas.

Barang-barangnya dicampak ke tempat duduk belakang. Dia memboloskan badan ke dalam perut kereta.

"Suck! Lepas ni memang aku tak mahu teman kau buat kerja bodoh macam ini. Kau tahukan kita masih banyak kerja yang melambak? Kau boleh..." Percakapannya terhenti dek Jimmy menutup mulutnya.

"Syutt. Aku tahu dan sekarang kerja aku dah selesai. Sini..." Dia merapati Brian yang sibuk meronta melepaskan tangannya.

Cup! Satu ciuman melekat dipipi Brian. Kemudian, ketawanya meledak.

"Jimmyyyy! SUCKKK!" Brian mengelap kasar pipinya. Jijik! Melampau betul perangai.

"Hahaha. Itu pun marah? Yalah, yalah, jom aku hantar kau balik. Hm, kau patut berterima kasih ada bos yang sanggup hantar kau balik. Tahu?" Dia mencuit hidung Brian. Semakin galak dia menyakat Brian yang masam mencuka.

Keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan apartment Jasmine.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience