"Moshi-moshi (Hello)." Suaranya memecah talian.
(Melaka, Malaysia - 11 pagi)
Ikram Benjamin memandang skrin telefon. Moshi-moshi? Seperti nama makanan pula. Mochi.
"Moshi-moshi”. Balasnya teragak-agak. Siapa pula yang menelefonnya?
Dia memandang Anggun Dahlia yang sedang pulas tidur bersama Humairah disisinya.
Sudah dua hari puteri kecilnya demam. Jadi, inisiatif terbaik adalah mereka dengan rela hati mengambil cuti untuk menjaga Humairah. Tentang kerja? Tiada masalah rasanya. Boleh saja bekerja dari rumah.
"Ben...jamin?" Soal Jimmy.
Jelas kerutan didahinya. Siapakah dia? Tak mungkin 'jantan' mahu menguratnya. Mati aku kalau Anggun Dahlia tahu.
"Yah...speaking. Who is this?" Dia menapak ke bawah menuruni tangga. Sesekali dia mencuri pandang ke arah biliknya. Risau jika suaranya mengganggu lena mereka berdua.
"It’s me, babe." Lembut suaranya dicorong telefon.
Membulat mata Ikram Benjamin memandang pada skrin telefon. Babe? Gila agaknya.
“Sumi…masen. I don’t know who you are. One more thing, I’m not your…babe.” Geli pula dia mahu menyebut perkataan itu.
Terus kepalanya melingas ke tingkat atas. Risau jika Anggun Dahlia berdiri tegak memandangnya. Inikan pula jika dia terdengar perkataan ‘babe’ tadi.
"Hahaha. Hey, man. It's me, Jimmy." Tawanya masih bersisa.
Jimmy? Ikram Benjamin menarik nafas lega.
"Jimmy! Aku ingat orang gila mana tadi." Dia tersengih sendiri.
"How are you doing?" Soalnya lagi. Dia membawa kaki menuju ke kolam renang.
"Yeah, I’m doing great." Jimmy membawa langkah ke beranda.
Sementara didapur, Jasmine masih dengan masakkannya.
"Ada apa tiba-tiba kau call aku? Tak ada kerja ke?" Guraunya. Dia duduk di kerusi rehat sambil menyilang kaki.
“Saja. Tiba-tiba teringatkan kau. Sejak kau dah ada anak seorang ni jarang aku dengar cerita tentang kau.” Jimmy menebarkan pandangan ke pelusuk bandar cantik itu. Jika tidak ada orang bijak pandai dalam bidang perniagaan dan hospitaliti, belum tentu bangunan pencakar langit wujud gah didepannya sekarang.
“Tak banyak pun yang berubah, Jimmy. Cuma masa kita orang saja yang sibuk. Yalah, kalau setiap malam anak aku merengek. Menguji kesabaran betul.” Terangnya sambil tersengih.
Dalam diam dia dihampiri seseorang. Perbualannya didengari dari ruang tamu.
Perlahan-lahan dia menghampiri Ikram Benjamin.
“Abang.” Tegur satu suara mengejutkannya.
Lantas Ikram Benjamin menoleh ke arah suara yang menegur.
Anggun Dahlia menyeringai tidak bersalah. Rambut ikalnya sedikit kusut mengundang tawa kecilnya.
Peha ditepuk memberi isyarat pada isterinya untuk duduk di ribanya.
“Anyway, kau nak cerita pasal apa tadi?” Dia mengingatkan kembali tentang topik yang ingin dibicarakan tadi.
Rambut kusut bunganya diusap lembut.
Cup! Satu ciuman hinggap ditelinga Anggun Dahlia. Cepat saja jari telunjuk diletakkan dibibirnya tanda senyap.
“Oh ya. Siang tadi aku ada buat meeting. Lepas itu, secara tak sengaja kami ada berbincang tentang pembelian hotel. Hospitality investment. Aku berminat nak mencuba nasib. Kau sendiri mesti fahamkan, kita orang berniaga. Jadi, macam-macam aku dah plan dalam kepala otak aku. Tapi itulah, aku tak ada pengalaman lagi dalam pelaburan macam itu. Mampus aku kalau rugi nanti. Burn macam itu saja.”
Ikram Benjamin mengeratkan pelukannya. Dahinya berkerut memikirkan hal Jimmy.
“Okey, macam ini. Apa kata, kau datang sini. Turun Malysia. Nanti kita boleh bincang lebih lagi. Lagi pun, kita dah lama tak lepak sama-sama. Kan?” Dia memandang Anggun Dahlia sambil tersenyum.
Sibuk benar dia mencuri-curi dengar perbualan antar suaminya dan Jimmy.
“Okey. Boleh juga. Tapi aku tak janji bila aku boleh datang sana. As soon as possible, nanti aku maklumkan pada kau.” Jimmy berpeluk tubuh sambil memandang pemandangan malam itu.
Perutnya sejak tadi berkeroncong lapar.
“Okey, deal. Anytime, just give me a call, man. Take care.” Ucapnya sebelum mengakhiri perbualan itu.
“Alright. Bye.” Talian dimatikan.
Ikram Benjamin melurut rambut ikal bunganya. Sejak tadi tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“Sayang nak apa? Lain macam abang tengok dah kenapa? Hm?” Pipi mulus itu dicubit geram.
“Em…Dahlia…l.a.p.a.r. Laparrrr. Hungryyy.” Gayanya seperti anak kecil.
“Hah? Biar betul? Tadi makan malam abang dah masakkan nasi tomato tau. Musykil abang macam mana sayang boleh lapar lagi ni? sekarang baru pukul 1.30.” Pelik juga. Masih awal pagi lagi. Subuh pun belum menyapa.
Anggun Dahlia membuat muka selamba. “Alaa, itu dah berapa jam yang lepas. Jomlah, Dahlia nak makannnn. Lapar ni. Nanti tak boleh tidur.” Dia mula mencebik seakan anak kecil. Tangannya bergayut dileher Ikram Benjamin.
“Sayang tak takut gemuk ke nanti?” Soalnya lagi. Boleh saja dia mahu memasak untuk bunganya. Sengaja dia mahu menyakat terlebih dahulu.
Anggun Dahlia menggeleng laju. “Tak. Nanti sebelum gemuk, Dahlia exercise dulu. Lagipun, abang takkan cari perempuan lain. Dahlia kenal abang luar dan…’dalam’ tau.” Mata nakalnya mula merayap ke bahagian ‘itu’.
“Haip! Haha. Okey, jom. Sayang nak makan apa? Abang masakkan. Tapi jangan bising. Nanti Humairah bangun.” Dia menurunkan tubuh kecil itu.
“Yeay! Nak makan pasta. Apa-apa pasta. Yang penting sedapppp.” Dia melompat keriangan sambil memeluk lengan Ikram Benjamin.
“Jom.” Bibirnya turut ketawa dengan telatah comel itu.
--
Telefon bimbitnya dimasukkan ke poket seluar. Dua baris butang kemejanya dibuka. Mendedahkan dada bidangnya. Dia rimas dan panas. Dia masih belum mandi lagi.
Dia menuju ke dapur.
“Err… saya dah siap masak. Jom, makan.” Tutur Jasmine kekok.
Jimmy merenung hidangan yang tersedia diatas meja. Hujung bibirnya terjungkit senyuman kecil. Hanya nasi saja yang masih belum dicedok. Dia mencapai dua biji mangkuk kaca sebesar tapak tangannya. Dengan teratur dia mencedok sesenduk nasi ke dalam mangkuk.
Mangkuk pertama diberikan kepada Jasmine. Barulah dia mencedok untuknya sendiri. Periuk nasi ditutup cermat.
Dia melabuhkan punggung bertentangan Jasmine. Wap nasi yang berkepul-kepul dari mangkuk membangkitkan lagi seleranya.
“Terima kasih masakkan untuk aku.” Ujarnya sambil memandang Jasmine. Dia mengambil sudu dibahagian kanannya.
“Sama-sama.” Jawabnya perlahan. Canggung apabila berdua saja diruang makan yang serba kecil itu.
Suapan pertama masuk ke dalam mulutnya. Ruang makan itu senyap. Hanya kedengaran bunyi sudu berlaga dengan mangkuk.
Jasmine mencuri pandang ke arah Jimmy. Mungkin pelik kerana dia tiba-tiba diam.
Dalam diam, jimmy menyimpan senyumnya. Bukan dia tidak sedar tingkah perempuan itu. Sekejap-sekejap memandangnya. Bagai ada yang tidak kena.
Dia menyambung suapanya lagi.
Share this novel