34

Romance Series 70889

Ding dong, ding dong!

Jimmy mengeluh. Kacau saja! Dia bangun sambil menuju ke pintu.

“Good morning,sir. Here your breakfast. Enjoy your meal.” Ujar pelayan.

Jimmy menyorong troli yang berisi makanan ke ruang tamu.

Jasmine masih termangu-mangu disitu. Otaknya mula mencerna apa yang berlaku tadi. Dia menelan liur yang dirasakan seperti pasir. Dia terketar-ketar menutup skirt yang menampakkan sebahagian pehanya.

Jimmy mendekati Jasmine. Dia duduk dibirai katil. Rambut Jasmine menutup separuh mukanya. Tika tangannya mahu menyentuh rambut, Jasmine mengelak. Giginya diketap menahan marah.

“Aku minta maaf.” Ujar Jimmy. Dia tidak terasa hati dengan perlakuan Jasmine kerana dia tahu memang tadi salahnya.

“Jom, makan.” Ajaknya. Tangan Jasmine diraih lembut. Tetapi Jasmine menepis. Dia turun dari katil dan menuju ke bilik mandi. Pintu bilik air ditutup.

Jimmy hanya memerhati dengan keluhan berat. rambutnya diraup kasar. Itulah, tadi terlalu ikutkan perasaan. Sekarang ini macam mana? Sengaja menambah masalah yang ada.

Dia turun dari katil dan menuju ke balkoni. Dia memerhati suasana pagi itu. Sejuk. Sedikit sebanyak mengurangkan rasa beban dikepalanya. Dia menoleh ke arah bilik mandi. Jasmine masih belum keluar.

Sementara itu, didalam bilik mandi Jasmine duduk didalam tub mandi. Pancuran air dibiarkan terbuka membasahi seluruh badannya yang masih berbaju.

Kejadian tadi masih mengasak mindanya. Dia menangis dalam diam. Dia marah pada Jimmy. Marah dengan kelakuannya tadi.

Jimmy mengatur langkah ke blik mandi. Dia berteleku didepan pintu.

Tok,tok,tok. Dia mengetuk pintu.

Jasmine tersentak. Dia memandang pintu yang bertutup rapat.

“Sayang. Aku betul-betul minta maaf. Kalau ya pun kau marahkan aku, janganlah lama-lama dekat dalam tu. Keluarlah. Nanti kau sejuk.” Dia memegang pintu. Berharap agar Jasmine membuka pintu.

Jasmine menggigit bibir sehingga terdapat kesan luka kecil pada bibir bawahnya. Dia menutup mulutnya sambil menangis teresak-esak.

“Aku tak nak kau sakit.” Sambungnya lagi. Jasmine sedikit pun tidak mahu membalas kata-katanya.
“Nanti kau makanlah. Aku tak nak kacau kau.” Ujarnya.

Kemudian, suara pujukan jimmy senyap. Jasmine membiarkan saja. Dia masih duduk dibawah pancuran air. Badannya mula menggigil. Kulit jarinya mula mengecut dek kesejukan.

Dia bangun perlahan-lahan sambil memegang dinding. Dia mencapai tuala yang tersedia didalam bakul rotan.

Dia memandang dirinya di cermin. Matanya sembap. Dia malu mahu melihat diri sendiri. bagaimana mahu berdepan dengan Jimmy nanti?

Pakainnya yang basah lencun dibuka satu-persatu. Dia mengeringkan badan. Kemudian, dia menyarung bathrobe ke badannya. Setelah siap, dia membuka kunci pintu. Dia menolak pintu bilik air dengan berhati-hati. Terhendap-hendap bagaikan pesalah. Sedangkan bukan dia yang bersalah.

Setelah yakin aman, barulah dia menolak pintu seluas-luasnya. Dia melangkah keluar dari bilik mandi. Dia mengintai kelibat Jimmy dibalik dinding.

Sepi saja ruangan itu. Makanan ditroli masih belum terusik. Bermakna Jimmy belum menjamah sesuap makanan.

Dia terus menyelongkar bagasinya. Mengeluarkan blouse dan seluar denim. Selesai menyarung pakaian ke badan, dia terus duduk di kerusi ruang tamu. Troli ditarik sama mendekatinya. Dia tidak mahu berfikir tentang hal lain selain daripada makanan.

Kepingan sandwich disuap ke mulut. Mulutnya penuh dengan kunyahan. Tangan kirinya mencapai cawan yang berisi air teh yang telah suam. Laju dia meneguk minumannya.

Dia menebar pandangan ke segenap ruang suit hotel. Ke mana agaknya dia pergi? Tiba-tiba saja menghilang.

Ah, pandailah dia mahu ke mana sekalipun. Dia bukannya anak kecil yang memerlukan perhatian sepenuh masa.

Dia menggigit lagi makanannya. Serta-merta bayangan tadii masih berlegar difikirannya. Sandwich dikemam tidak jadi dikunyah. Sisa sandwich yang masih belum habis diletakkan ke pinggan.

Tik,tik,tik.

Rintik-rintik hujan mula membasahi cermin tingkap. Awan kelabu mula bergerak perlahan mengambil tugasnya. Dia memandang ke luar. Angin sejuk mula menampar tubuh. Dia bangun sambil menutup sedikit pintu sliding. Guruh mula berdentum perlahan.

Dia berdecit tidak senang hati. Sudah jadi satu kerja pula mahu mencari keberadaan Jimmy.

Pintu ditutup. Dia berjalan melalui koridor. Butang lif ditekan. Rambutnya disanggul kemas. Dia memerhati nombor-nombor yang bergerak pada skrin lif.

Ting!

Dia tiba dilobi. Dia menuju ke kaunter.

“Excuse me. Have u seen a man wearing white shirt and tall passes by here?” Soal Jasmine pada seorang penyambut tetamu dikaunter.

“I’m sorry but no.” Jawabnya.

Jasmine menebar pandangan ke segenap ruang lobi. Tiada kelibat Jimmy disitu.
Dum!

Kilat dan petir saling bersahutan. Hujan turun semakin lebat. Dimana agaknya dia? Hilang tiba-tiba. Tidak mungkin merajuk. Sepatutnya dia yang marah dan merajuk. Leceh betul!

Tidak mungkin juga Jimmy keluar dan meninggalkannya sendirian dihotel itu. Entah suit hotel itu sudah berbayar atau belum? Mahu mengharapkannya untuk membayar? Gajinya setahun baru cukup agaknya.

Hatinya bercampur-baur. Dia melangkah semula ke lif. Baru saja dia mahu melangkah memasuki lif, matanya terpandang ke arah taman yang terletak disebelah kanan luar. Dia membatalkan niatnya untuk naik ke atas.

Taman itu cantik. Ada pelbagai jenis bunga dan pokok-pokok perhiasan ada disitu. Dia memberhentikan langkahnya dipintu besar. Ada tiga buah gazebo yang terukir cantik dengan seni bina kayu jati.

Disebalik pokok bunga yang merimbun, ada seseorang sedang duduk disitu membelakanginya. Dia bagai mengenali sosok lelaki itu.

Berhati-hati dia menghampirinya. Khuatir nanti jika tersalah orang.

“Encik Jimmy.” Tegurnya. Tetapi lelaki itu tidak memandang. Mungkin tidak mendengar panggilan itu dek bunyi hujan yang lebat.

“Encik Jimmy!” Panggil Jasmine dengan kuat.

Dia menoleh. Dia agak terkejut.

Ya. Betul. Lelaki itu adalah Jimmy. Ketika itu, dia tidak memakai kemaja bewarna putih. Dia hanya mengenakan sepasang sepasang hoodie kelabu. Mungkin dia telah menukar terlebih dahulu sebelum keluar tadi.

“Jasmine. Buat apa dekat sini? Sejuk. Hujan lebat ni. Kenapa kau turun?” Soalnya. Dia menarik Jasmine merapatinya. Tidak mahu dia terkena tempias air hujan.

“Saya cari Encik Jimmy dekat bilik tak ada. Saya ingatkan Encik Jimmy tinggalkan saya.” Ujarnya sambil mendongak ke arah Jimmy.

“Tak mungkin aku tinggalkan kau.” Ujar Jimmy. Rambut Jasmine yang terbuai dek tiupan angin diselit ke telinga.

Tempias hujan membasahi tubuh mereka. Jimmy menarik Jasmine agar merapatinya lagi.

“Lain kali tunggu aku dekat atas je. Tak perlu turun cari aku.” Dia mengelap air hujan yang terkena dahi dan pipi Jasmine dengan ibu jarinya.

“Kenapa Encik Jimmy duduk sini? Kenapa tak duduk dekat bilik?” Soalnya tanpa menghiraukan tempias hujan yang mengenai batang tubuhnya.

Jimmy merenung ke dalam anak matanya. Kejadian tadi berlegar difikirannya. Tindakannya tadi mungkin akan membuatkan Jasmine semakin membencinya.

Pipi Jasmine diusap. “Kau tak marah aku?” Soalnya.

Jasmine tidak menjawab. Sebaliknya, dia melepaskan pegangan Jimmy. Marah, benci, dan sakit hati. Semua ada. Dia menapak selangkah ke belakang menjauhi Jimmy.

“Aku minta maaf.” Dia merapati Jasmine. Tetapi dia berunduk lagi selangkah ke belakang.

Jimmy berhenti. Melihatkan perempuan itu mula mengalirkan air mata, dia dihurung rasa serba salah.

Terus dia meraih jasmine ke dalam pelukannya. Esakannya semakin berlagu melawan lebat hujan.

“Shhh. Aku betul-betul minta maaf. Aku yang salah.” Rambut Jasmine dibelai.

Esakan itu semakin dirasakan didadanya. Matanya dipejam rapat menghalau rasa serba salah.

“Marahlah aku. Pukul aku kalau perlu.” Tokoknya sambil mengeratkan lagi pelukan itu.

Jasmine mahu memukulnya. Dia juga mahu memarahinya. Tetapi dia sendiri tidak tahu mengapa berat benar mulutnya mahu melawan kata dengan Jimmy.

Tangisannya semakin reda. Pelukan Jimmy dibalas erat. Mukanya disembam rapat ke dada bidang Jimmy. Yang dia tahu, hatinya senang dengan pelukan itu.

Jimmy meleraikan sedikit pelukannya. Jasmine yang diam mengundang tanya. Pipi comelnya dielus. Dia membalas renungan redup itu.

“Tak nak marah aku?” Soalnya pada Jasmine.

Jasmine menggeleng. Dia menunduk semula.

“Pukul aku pun kau tak nak?” Soalnya lagi tidak berpuas hati.

Jasmine menggangguk laju.

“Habis itu, kenapa tak pukul?” Soalnya semakin pelik.

Jasmine menggeleng.

“Tak nak pula?” Dia menepuk dahi sambil melepaskan ketawa kecil. Pening kepalanya jika berterusan begini.

“Sampai bila-bila aku takkan faham perangai kau.” Keluhnya.

“Kalau macam itu, cubalah faham perangai saya.” Balasnya perlahan sambil menunduk.

Bagai dengar tak dengar saja ayat itu. “Apa dia? Ulang semula.” Pinta Jimmy merapatkan telinganya dibibir Jasmine.

“Tsk. Saya cakap kalau macam itu cubalah Encik Jimmy faham perangai saya.” Ujarnya sambil mengetap bibir. Pipinya dirasakan berbahang.

Jimmy berdiri tegak. Puas kepala otaknya mencerna ayat Jasmine tadi. Maksudnya apa? Kemudian, dia ketawa sendiri. Dia menggeleng-geleng tanda tidak peracaya. Atau dia yang salah tafsir? Rasanya tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience