(J Architecture- 3 petang)
Sudah seminggu berlalu sejak dia bermalam dirumah Jasmine. Hari ini dia perlu menghadap kembali kerja-kerjanya yang tergendala.
Dia menggumpal kertas putih. Lalu kertas itu dibaling sehingga ke depan pintu.
Dalam masa yang sama pintu dibuka dari luar.
Brian menjengah kepalanya ke dalam. Keningnya ternaik melihat gumpalan dikakinya.
Kertas itu diambil dan dibuka. Matanya meneliti hasil lukisan diatas kanvas tersebut.
Serta-merta bibirnya melorek senyuman nipis.
Ah, Jimmy memang tidak pernah berubah dari dulu. Entah bila mahu matang agaknya.
Dia menapak tenang ke arah Jimmy.
“Kenapa lagi? Hm?” Dia duduk dikerusi bertentangan. Kertas yang telah ronyok tadi disorong pada Jimmy.
“Design aku kena reject dengan Ace Architecture.” Jawabnya malas. Matanya dipejam rapat. Terdengar nafas beratnya dihela.
“Kalau macam itu betul kan semula. Buat yang baru.” Brian merenung tajam Jimmy.
“Tak ada idea.” Jawab Jimmy lagi.
Ada kerutan pada dahi Brian. Keningnya bercantum.
“Mustahil Jimmy yang aku kenal tak ada idea. Baroque apa cerita? Bukan ke itu idea yang kau nak usulkan untuk Ace?”
Jimmy membuka mata. Pelipisnya diurut perlahan. Sakit kepalanya kembali.
Brian bangun merapati Jimmy.
“Hm, macam mana nak uruskan staf bawahan kau kalau satu idea pun kau tak boleh nak selesaikan?” Brian memicit kepala Jimmy.
Baru minta uruskan satu idea sudah sakit kepala. Belum lagi suruh menambat hati Jasmine. Tetapi rasanya itu adalah kepakaran dia dalam senyap.
Jimmy membiarkan tangan Brian mengurut kepalanya. Selama ini tangan itu yang menjaganya jika dia sakit mahupun susah. Bangganya dia jika lelaki itu adalah darah dagingnya.
Dalam dia menyimpul senyum.
“Brian.” Dia mencuri pandang lelaki itu dari tepi.
“Hm.” Jawabnya sepatah.
“Kau tak teringin ke nak kahwin? He he.” Jimmy tersengih nakal.
Kahwin? Brian mengerut dahi. Tiba-tiba saja budak ini.
“Nanti kalau aku kahwin, siapa yang nak jaga kau? Jasmine? Huh, jangan harap. Aku belum boleh percaya lagi kau boleh layan dia sebaik yang mungkin. Tambahan pula, dengan perangai panas baran kau. Bahasa makian kau, aku rasa cukup bulan boleh mati kemurungan budak tu.” Bebelnya panjang berjela-jela. Kepalanya digeleng laju.
Jimmy menjeling tajam. Bibirnya dicebik.
“Mana ada. Aku layan dia elok aje selama ni. Aku pernah bagi dia bunga lagi. Kau lupa? Tak cukup baik lagi ke layanan aku?”
Tidak sudah-sudah mahu menganggapnya seperti budak-budak.
“Ya. Aku tahu yang itu. Tapi aku belum boleh percaya sepenuhnya dengan perangai kau. Kau masih belum layak untuk Jasmine.” Serius percakapannya.
Dalam diam Brian mencuri pandang Jimmy.
Cemberut mukanya. Rahangnya bergerak-gerak.
Nampak? Bukan ke sudah dibilang tadi? Jimmy masih lagi dengan panas barannya. Tidak tahu bersabar.
“Habis itu siapa yang layak untuk dia kalau bukan aku?” Dia menepis kasar tangan Brian dikepalanya.
Brian terkebil-kebil dengan penolakan itu. Sah! Dia naik angin. Hahaha.
Dia tersengih kecil. Kemudian, cepat saja sengihnya dipadam.
“Mungkin…lelaki lain. Bukan kau.” Brian memainkan keningnya. Saja mahu mengusik Jimmy. Sudah lama tidak mengusiknya.
“Suck! Pergi mampus dengan lelaki tu. Jangan harap dia boleh dapat Jasmine.” Dia merengus geram.
“Hahaha. Hei, sudahlah. Sekarang lupakan sekejap tentang Jasmine. Aku nak kau fokus pada Ace Architecture. Lagipun, kau juga yang kata dulu kau nak Jasmine pandang kau sebagai lelaki yang berkebolehan. Jadi, sekaranglah masanya. Buktikan pada dia. Come on.”
Kata-kata semangat itu sedikit sebanyak membakar dirinya.
Ya. Dia harus fokus pada Ace Architecture. Dengan cara itu, dia boleh menyaingi mana-mana lelaki ‘tak guna’ yang mahu mendekati Jasmine-nya.
Brian menepuk perlahan bahu Jimmy.
“Okey, fokus! Sambunglah kerja kau. Nanti kalau sakit kepala lagi, panggil aku.” Rambut Jimmy diusap lembut.
“Hm.” Jimmy menggangguk malas.
Sementara itu…
(Dalkom Café- 4 petang)
Muzik dari My Neighbour Totoro menghiasi setiap penjuru kafe. Ditemani suasana musim luruh diluar membuatkan pemandangan dari ruang kaca kafe itu cukup indah dan nyaman.
“Strawberry Latte and Egg Tart.” Bungkusan coklat disorong pada seorang pelanggan perempuan.
“Terima kasih.” Ucapnya ringkas.
Jasmine mengangguk seraya tersenyum nipis.
“Eva. Portuguese Egg Tart dah habis stok dekat depan ni. Nanti tolong buat lagi.” Pinta Stella.
Bekas kek yang telah habis dikeluarkan dari ruang display dan digantikan dengan Cream Cheese Cake yang baru.
“Okey. Kau jaga kaunter sekejap.” Arah Jasmine.
Dia terus berlalu ke bahagian dapur.
Bekas tart yang comel itu dikeluarkan. Dia menuju ke sinki dan mencuci bersih tangannya dengan sabun.
Kemudian, dia menuju ke peti sejuk bagi mengeluarkan doh pastri.
Dia memulakan tugasnya dengan menggelek doh pastri terlebih dahulu.
Setiap hari itulah kerjanya. Selama seminggu berlalu, tiada khabar dari lelaki itu. Malas dia mahu mengambil tahu.
Yang penting, duitnya sentiasa masuk. Tiada lelaki tidak mengapa. Jika tiada duit? Apa mahu jadi? Jadi gelandanganlah jawabnya.
Setelah itu, doh dipotong dengan pisau pastri sehingga menjadi lapan bahagian kesemuanya.
Dengan berhati-hati dia mengambil sekeping doh dan diletakkan pada pencetak tart. Begitulah proses seterusnya sehingga selesai.
---
(J Architecture – 11.30 Malam)
Hari semakin gelap. Matahari sudah bergilir tugasnya dengan bulan. Bintang-bintang juga bertaburan menghiasa dada langit.
Seketika suasana didalam ruang kerja itu sunyi. Suram dan hanya diterangi dengan cahaya lampu meja kerja.
Jimmy terlena dimejanya. Kepalanya ditundukkan pada permukaan meja dan beralaskan lengan.
Dihadapannya pula berselerakan kanvas putih hasil lukisan ideanya petang tadi. terlakar satu idea dari seni bina Baroque. Disebelahnya pula terdapat secawan sisa teh chamomile.
Brian sudah lama pulang.
Dia masih pulas dengan lenanya.
Dahinya ada butir-butir peluh seperti sedang bermimpi. Kelopak matanya bergerak kecil.
(Tokyo, Jepun- 04 Julai 2003)
“Jimmy tak payah ikutlah ya. Jimmy tinggal dengan uncle saja . Daddy dan mummy ada urusan. Ada kerja. Boleh ya?” Pujuk Zade lembut.
Rambut halus Jimmy diusap sayang. Dia bertinggung dihadapan anak kecil yang sedang menguis pasir halus.
Jimmy mendongak seraya menggeleng laju. “Tak nak. Nanti Jimmy rindu daddy dan mummy macam mana? Siapa yang nak jaga mereka kalau Jimmy tak ada nanti? Uncle tu lainlah. Uncle dah besar.” Jawabnya sambil memuncung.
“Haha. Habis itu, daddy dan mummy Jimmy tu masih kecil lagilah ya? Sebab itu Jimmy perlu jaga mereka?” Soalnya lagi sekadar mahu melayan keletah kecil itu.
“Bukanlah. Jimmy kan dah besar. Jadi Jimmy lah yang kena jaga daddy dan mummy.” Mata jernih itu terkebil-kebil memandang Zade. Mahu meminta simpati. Jiwa kecilnya mahu menemani kedua-dua orang tuanya. Dia tidak mahu tinggal berseorangan ditanah sakura.
Dalam masa yang sama sepasang suami isteri melangkah bersama tiga buah bagasi putih.
Zade mengangkat bahu sambil menggeleng kecil. Kemudian, dia menggaru kepalanya. Tidak tahu lagi bagaimana mahu memujuk anak majikannya itu.
“Jimmy. Hei, kenapa anak hensem daddy sedih ni? Uncle Zade buli ya?” Dia tersengih sambil memandang Zade.
Zade mencebik.
Jimmy menggeleng perlahan tanda tidak.
“Habis itu, kenapa sedih? Daddy dan mummy nak pergi kerja jauh tau. Kalau Jimmy sedih macam mana kami nak pergi kerja? Daddy dan mummy kena kumpul duit banyak untuk anak hensem daddy ni. Tahu tak?” Pipi comel Jimmy dicubit geram.
Jimmy mendongak memandang orang tuanya.
“Tapi Jimmy nak nak ikut. Bo… boleh tak?” Dia mula menyebik. Setitik demi setitik air matanya jatuh menitis ke pipi.
“Alaa, dah tak hensem anak mummy. Mummy dan daddy janji akan habiskan kerja secepat yang mungkin. Tapi sementara waktu ni, jimmy duduk dengan Uncle Zade ya. Jimmy kan selalu cakap, Uncle Zade masak sedap. Selalu layan Jimmy main. Kan?” Kini giliran June pula memujuk.
“Hu…huu…Jim…Jimmy cuma nak ikut mummy dan daddy aje. Jimmy janji jadi budak baik. Tak kacau mummy dan daddy buat kerja nanti. Hhh…hu…please…mummy?” Tangan June digoyang-goyangkan.
Mereka bertiga memandang antara satu sama lain.
“Mummy!!” Jimmy tersedar dari lenanya. Air liurnya ditelan berkali-kali.
Dia bersandar dikerusi. Dadanya dipegang. Sebak. Tidak semena-mena air matanya mengalir deras.
Dia tersedu-sedan sendirian.
Rindu. Rindu pada mereka semakin hari semakin menggunung. Perlukah dia melawat ke rumah kubur? Tetapi bila? Hari-harinya selalu sibuk.
Malas dia mahu melayan perasaannya. Dia bangun meninggalkan kertas yang masih berselerak dimeja. Suis ditutup kesemuanya.
Dia mahu menenangkan dirinya seketika.
Langkah diatur longlai menuju ke keretanya.
(X:X Night Club- 12.45 pagi)
Di satu sudut kelihatan seorang pemuda sedang meneguk minuman kerasnya. Ah, mungkin minuman malam ini tidak ‘berat’ seperti sebelumnya. Dia masih lengkap berpakaian kerja seperti siang tadi.
Gelas wine dipusing perlahan mengikut putaran jam. Dua jari runcingnya menyepit kaki gelas.
Sekali lagi gelas dirapatkan ke bibirnya dan meneguk minumannya sedikit demi sedikit.
Malam ini dia berseorangan. Tiada Brian yang menemaninya.
Sejak dua menjak ini lelaki itu terlalu sibuk. Ya, sibuk dengan tugasannya dipejabat. Adakalanya, Brian tidak pulang ke rumah hampir dua hari. Sungguh gila kerja.
Dia tersengih sendiri. Kemudian, kepala digeleng kecil mengenangkan lelaki itu.
Rindu? Ya, mestilah dia rindu pada Brian. Kadang-kala dia juga dihurung cemburu. Cemburu pada setiap pekerjaan yang dilakukan Brian sehingga lelaki itu seakan melupakannya.
Penting sangat ke pekerjaannya daripada dirinya sendiri? Tentang Brian satu hal.
Sekarang mari buka cerita tentang Jasmine.
Perempuan itu…semakin hari semakin susah mahu menawan hatinya. Entahlah, dia keliru. Layanannya adakalanya baik, adakalanya kasar.
Haha. Samalah seperti kau, Jimmy. Mahu kata orang konon. Bukankah sesuai? Dua-dua sama keras kepala. Sama-sama tidak mahu mengaku kalah.
“Suck! Urgh!” Tangan kiri meraup rambutnya ke belakang. Rimas! Mahu fikir tentang kerja, mahu fikir tentang perempuan.
Tangan kanannya menyua kembali gelas ke mulut. Lalu, minumannya selamat memasuki ke perut.
Tap!
Gelas wine diletak kasar ke meja. Mujurlah tidak pecah.
Botol wine dicapai. Dia menuang minumannya lagi sehingga memenuhi permukaan gelas.
“Stop it, Jimmy!” Ada tangan yang menghalang gelasnya dari terus disua ke mulut.
Jimmy membuka matanya lantas mendongak.
Dia menyeringai mabuk.
Datang pun kau.
“Hai!” Dia melambai tangannya ke arah Brian sambil tersengih.
Brian tersengih sinis. Hai kepala otak kau!
Pandangannya jatuh pada rambut kusut-masai Jimmy. Keluhan kecil terlepas dari mulutnya.
Terus saja tangan kirinya membetulkan rambut Jimmy. Disikat dengan jarinya.
“Kau kenapa?” Brian menyoal lembut. Tidak jadi mahu memarahinya.
Dia menghenyakkan punggung disebelah Jimmy.
Jimmy menoleh ke arah suara itu.
Dia menyeringai lagi menampakkan barisan giginya.
Buk! Kepalanya disandarkan pada bahu Brian.
Sekali lagi dia menyentuh rambut Jimmy. Kali ini dia mengusap lembut rambutnya. Dia tersenyum.
Kali ini apa pula masalahnya?
“Kau…kau selalu…uuweek!” Jimmy mahu termuntah.
Cepat saja Brian menekup mulut Jimmy.
Tetapi tangannya ditepis kasar. Jimmy menyambung percakapannya semula.
“Shit! Uww…arghhh! Kau…memang dah lupakan aku…agaknya. Uwbb…suck! Damn!” Jimmy menayang riak simpati.
“Kalau ya pun kau marah orang lain, janganlah aku yang kena tempias makian kau tu.” Dahi Jimmy ditolak dengan jari telunjuknya. Ah, busuk betul!
“Erhhh! Kau ni dah makan ke belum?” Soal Brian.
Jimmy masih lagi bersandar pada bahunya.
Dia menggeleng kecil.
“Huh, tanya pasal makan jelas pula pendengaran kau ya?” Dia tersengih memandang Jimmy.
“La…par.” Jimmy memaut leher Brian erat. Mukanya pula disembam pada dada bidang Brian.
Kali ini Brian tidak menolak. Dibiarkan saja Jimmy berpaut sebegitu. Tiba-tiba ingatannya berputar kisah lima tahun dulu.
Lima tahun dulu…
(X:X Night Club, Minato City-2 pagi)
Bingit muzik yang kedengaran disetiap penjuru kelabnya membingitkan rongga pendengaran.
Berjalan seorang lelaki menuruni tangga. Mungkin dari arah stor.
Pakaiannya kemas. Rambutnya disisir elok. Sambil berjalan tangan kanannya menyeluk poket seluar.
Manakala, tangan kiri pula sibuk membuka bow tie yang dipakai. Sejak pagi tadi dia memakainya. Aliran nafasnya juga diatur semula. Penat. Letih.
“Ken.” Dia menyusur ditepi meja bar. Tanganya mengetuk-ngetuk permukaan meja.
Ken yang sedang menghias waffle coklat sebagai pencuci mulut lekas menoleh. Dia masih ralit menyusun atur buah tin disekiling pinggan.
“Yup. Kenapa bos?” Dia melirik ke arah ketuanya.
Brian memandang para pelanggan yang semakin berkurang.
“Nanti kau tolong susun semula stok dalam stor. Tadi aku ada bawa masuk stok yang baru. Stok yang lama susun dekat rak belakang. Yang baru susun dekat bahagian depan.” Ujarnya tenang.
Ken mengangguk-angguk kecil tanda mengerti.
Kemudian, Belgian Waffle diletakkan diatas meja bar. Seorang bartender datang mengambil sajian tersebut dan dibawa ke meja pelanggan.
“Okey. Lagi?” Dia mengelap tangannya dengan tuala kecil.
“Lagi satu, tolong suruh budak kemas bilik V.I.P 5. Tadi aku tukar mentol. Barang-barangnya aku belum kemas. Aku tak larat. Penat.” Ujarnya sambil memicit bahu.
Penat? Kasihan ketuanya. Selama ini dia berhempas pulas memajukan tempat ini. Bartender pula hanya dua orang saja. Mungkin masih belum cukup bajet agaknya.
Brian meliar memandang suasana didalam kelab. Disatu penjuru meja bar ada seorang pemuda yang sedang meneguk rakus minumannya. Tidak menggunakan gelas wine. Tetapi meneguk dengan botol kaca.
“Gila agaknya dia tu? Nak mati sangat ke?” Dia bangun sambil membetulkan urat badannya.
Dalam masa yang sama, Ken menyorong gelas tinggi berisi Moet & Chandon Nectar Imperial Rose dihadapannya. Tetapi Brian sudah bangun.
“Eh? Bos? Air…nak ke mana?” Malah soalannya tidak dijawab oleh Brian. Dia memerhati ketuanya yang sedang menghampiri seseorang.
Ken menggaru kepala. Ah, biarlah. Dia terus menyambung kerjanya.
Tap, tap, tap!
Brian merapati pemuda itu.
Kerusi tinggi ditarik sambil memandang lelaki itu. Dia menongkat dagu sambil mengeluh kecil.
Tok tok tok!
Meja itu diketuk mahu mengejutkan pemuda itu.
“Encik okey?” Soalnya perlahan.
Pemuda itu mengangkat kepala. Dia menoleh ke arah suara yang menegurnya. Matanya kuyu. Tidak lama bibirnya pula menarik sengihan.
“Hai…sayang. Kau…huh…kau…” Dia tersengih lagi seperti orang gila.
Brian mengerutkan dahi.
Nampaknya dia masih muda. Buang masa saja anak muda sepertinya mabuk sehingga awal pagi.
“Encik okey?” Brian menampung badannya yang terhuyung-hayang.
“Duduk. Encik duduk dulu.” Penatnya masih belum hilang kini dia terpaksa melayan kerenah pelanggannya.
Brian memetik tangannya. Sejurus itu, Ken datang menghampiri.
“Bagi aku air kosong dengan gula-gula karamel.” Arahnya ringkas.
Ken menurut. Sekejap saja dia hilang dari pandangan.
Seminit kemudian, dia muncul semula dengan segelas air kosong dan sepiring gula-gula karamel.
Lalu disua pada Brian.
“Thanks.” Ucapnya pada Ken.
“Nah, minum dulu air kosong ni.” Dia menyua gelas pada pemuda itu.
“Ishhh! Kau…kau ni penyibuk…uww…uwekk!” Dia mahu termuntah. Mual pula tekaknya. Mungkin terlalu banyak dia meneguk minumannya tadi.
“Encik…minum dulu.” Brian terus menyua gelas dihadapannya.
Air kosong disambut pemuda itu.
Brian memerhati pemuda itu meneguk minumannya. Kemudian, dia tersenyum.
Nampak degil, tetapi mendengar kata rupanya.
Ting!
Gelas berlaga dengan botol wine ketika dia meletakkannya ke meja. Mulutnya dilap dengan belakang tangan.
“Burp!” Dia sendawa.
“Dah okey?” Soal Brian lembut.
Pemuda itu mengangguk lemah.
“Makan ni.” Sebiji gula-gula karamel dihulur buatnya.
Pemuda itu memandang antara gula-gula dan Brian silih-berganti.
“Aku bukan budak kecil yang kena hulur dengan gula-gula.” Dia memandang Brian tanpa riak.
Brian tersenyum lagi sambil menggeleng. Sudah jelas pemuda itu masih belum matang pada pandangan matanya. Tidak mahu mengaku lagi.
“Tapi rasanya encik muda lagi dari saya, betul?” Keningnya terjungkit naik.
Dia memandang Brian. Sengih sinis dilorek.
“Jangan menyibuklah, orang tua!” Sinis ayatnya. Dia tergelak halus.
Apa?
Orang…tua? Siapa yang tua? Adakah dirinya?
Brian memandang dirinya sendiri. Belum pernah lagi ada orang memanggilnya seperti itu.
Tidak semena-mena dia tergelak sendiri.
“Kenapa kau gelak hah, orang tua?” Dia menongkat dagu memandang Brian. Mabuknya masih lagi terasa.
“Okey. Orang tua ni nak tanya. Kenapa banyak sangat encik minum? Tak sayang nyawa ke? Nak mati sangat minum banyak macam ni?” Soalnya bertalu-talu.
Pemuda itu meramas kasar rambutnya.
“Rindu.” Kemudian dia tersengih lagi. Terdengar gelak halus dari bibirnya.
“Pada siapa?” Soal Brian sekadar melayan pemuda itu.
“Dia.” Jawabnya sepatah.
“Dia? Siapa?” Soalnya lagi. Brian ingin tahu.
“Tsk! Suck! Manalah aku tahu nama dia siapa? Jangan menyibuklah!” Dia mengeluh kasar.
Brian terpana dengan ayat makian pemuda itu.
Wow! Tidak tahu adab agaknya dia.
Dengan berhati-hati Brian mengusap lembut belakang badannya.
“Encik. Encik masih muda. Jangan terlalu obses pada benda yang tak pasti. Tengok macam saya. Umur dah masuk 30 tahun, tapi rasanya saya sibuk uruskan kelab ni. Kehidupan kita perlu berdasarkan fakta, bukannya angan-angan yang kita sendiri tak nampak keputusannya. Faham?” Terangnya panjang berjela.
“Nama encik siapa?” Ya, dia masih belum mengetahui nama pemuda itu.
Pemuda itu memandangnya dengan riak bosan.
“Nama aku Jimmy.” Jawabnya malas.
Sebiji gula-gula karamel dicapai. Dia membuka plastik bungkusan.
“Umur?” Soal Brian lagi.
“Tsk! Kau ni…emm…banyak tanyalah, orang tua. Huh!” Mulutnya mengunyah gula-gula.
Brian tersenyum. Dia masih belum matang. Lihat saja cara percakapannya yang tidak beradab.
“25.” Jawabnya lagi.
“Kau tahu….” Dia menyambung kata-kata.
Malam itu berlalu dengan perbulan antara mereka berdua. Sejak malam itu hubungan mereka rapat seperti adik dan abang.
---
(Sekarang)
Ken datang membawa segelas air kosong dan gula-gula karamel.
“Nah, bos.” Ken memandang Jimmy yang sedang memeluk lengan Brian.
Kepalanya digaru.
“Bos, siapa yang nak hantar dia balik?” Soal Ken serba-salah.
Brian memandang Jimmy dan Ken silih berganti.
“Tak apa. Aku hantar. Kau sambung kerja kau.”
Ken mengangguk seraya meninggalkan dua sahabat itu.
Ketika itu seorang lelaki berselisih dengannya.
Ken berhenti dan memaling ke belakang.
“Aku rasa macam pernah nampak dia. Tapi siapa?” Bahunya diangkat tanda tidak tahu.
Gema lagu masih lagi bingit awal pagi itu.
“Hai. Boleh aku join?” Satu suara menegurnya.
Brian mendongak.
Keningnya terjungkit naik. Pandangannya jatuh pada Jimmy yang sedang terlena dalam mabuknya.
Dia memandang semula ke arah lelaki itu.
Drake!
“Kau buat apa dekat sini?” Soal Brian perlahan.
Tidak mahu sebaris nama itu didengari oleh Jimmy. Boleh kecoh kelabnya jika mereka berdua bertemu.
Drake tersengih sinis memandang Jimmy.
Masih lagi tak berguna macam dulu? Kasihan.
Mesti hal perempuan lagi. Buang masa. Patut saja jika dulu dia merebut semua hasil kerjanya kerana Jimmy mudah terleka. Padan muka!
Drake melabuhkan punggungnya dikerusi bertentangan.
“Saja. Sejak bila aku tak boleh datang sini? Come on, aku cuma nak bagi sokongan dekat kelab kau saja, Brian.” Gelak halusnya terlepas.
“Aku tak perlukan kau dekat sini. Kau pergi tempat lain. Sini bukan tempat kau.” Brian mengetap giginya.
“Kenapa? Kau takut kelab kau ni jatuh ke tangan aku? Hahahaha.” Drake melepaskan tawanya. Sudah tentu dia sedang mengejek Brian.
“Mana tahu. Kepala otak kau bukannya aku boleh teka. Unpredictable.” Jawabnya malas.
Dia risau jika Drake berlama-lamaan disitu, pasti masalah lain akan timbul. Malapetaka! Bala!
“Hei, relaks. Aku cuma nak tanya khabar kawan-kawan aku. Itu saja.” Kakinya disilang sambil menghembus asap rokok ke muka Brian. Biadab!
Brian hanya menahan sesak bau asap rokok. Jika tidak kerana Jimmy yang sedang terlena dilengannya, sudah pasti anak sial itu ditumbuknya sehingga mati.
“Kau…pergi balik!” Nada suaranya keras. Buku limanya digenggam sehingga menimbulkan urat-urat ditangan.
“Okey, okey. Hari lain aku datang lagi. Aku masih belum dapat dengar suara Jimmy. Rin…du. Haha.” Gelaknya membuatkan Brian meluat. Dasar manusia tidak sedar diri. Elok mati saja manusia sepertinya.
Drake melayangkan flying kiss pada Brian.
Brian sekadar memerhati langkahnya tajam. Dia bukan mahu bergaduh. Cuma sikap Drake yang keanak-anakan membuat darahnya mendidih.
Drake hilang dari pandanganya.
Dia memandang Jimmy. Ini pula satu hal. Kepalanya digaru.
“Jimmy. Jimmy.” Namanya diseru. Tetapi tiada reaksi dari empunya badan.
“Memang aku lah yang kena hantar kau kan?” Dia mengomel sendiri. Rambut Jimmy diusap kasar.
Brian bangun. Tubuh Jimmy disandarkan pada belakang badannya.
Dengan perlahan-lahan dia bangun sambil mendukung Jimmy.
“Ken, aku hantar Jimmy balik.” Sempat dia berpamitan dengan Ken.
Ken mengangguk mengerti.
“Haih, kesian betul bos aku. Sepatutnya yang muda jaga yang tua. Ini terbalik pula. Hmm.” Dia menghantar pandangan pada Brian dan Jimmy. Sekali lagi dia menggeleng.
Share this novel