(Dalkom Café – 9 pagi)
Dia menolak pintu kaca.
Ting!
Kedengaran bunyi loceng yang tergantung diatas pintu kafe.
Jimmy melangkah masuk ke dalam ruangan kafe.
“Selamat datang.” Sapa seorang barista perempuan sambil tersenyum ramah.
Dia menapak ke kaunter untuk membuat pesanan. Matanya jatuh pada sebaris nama barista itu.
Stella. Nama yang tertera pada name tag didadanya.
“Hi Stella. Give me a cup of black coffee. Add two shots and no sugar.” Pesanan telah dibuat. Sambil menunggu pesanannya siap, dia melangkah ke sebuah meja bulat kecil disatu sudut kafe.
Kerusi ditarik dan dia duduk sambil menunggu disitu. Dia meliar pada seni bina kafe itu. klasik. Vintage. Seni binanya terdiri daripada kayu dan papan. Terdapat juga ukiran pada kayu. Menyerlahkan lagi tradisi negara Jepun.
Seorang barista perempuan keluar dari kaunter. Dia membawa pesanan yang telah dibuat oleh Jimmy. Dengan cermat dia meletakkan cawan kopi diatas meja.
Dari tadi matanya tidak lepas memandang barista itu. dia menilik raut mukanya. Mata bundar. Anak mata yang kecoklatan. Alis matanya juga panjang melentik. Hidung yang cantik terletak.
Dia menilik pula bibirnya. Permukaan bibirnya dicalit sedikit dengan lipstick bewarna merah jambu. Tidak terlalu terang warnanya. Cukup membuatkan penampilan perempuan itu memukau matanya.
Mata mereka bertemu pandang. Dia menarik segaris senyuman untuk Jimmy.
Jimmy pula tegak memandang senyuman itu. Rasanya dia pernah melihat segaris senyuman itu.
Air liurnya ditelan. Cantik. Matanya masih tidak lepas menilik raut lembutnya. Pandangan matanya juga bagai pernah dilihat sebelum ini.
Serta-merta hatinya dirundum sayu. Air liurnya ditelan sekali lagi. Apabila dirasakan matanya semakin panas, segera dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
“Encik. Encik okey ke?” Suara perempuan itu memecahkan lamunan Jimmy.
Ibu jarinya mengelap tubir mata yang sedikit basah. Kenapa dengan dirinya?
Dia berdehem membersihkan suaranya.
“I’m…I’m okey. Thank you…for the coffee.” Dia tersenyum kekok.
“Sama-sama.” Sekali lagi perempuan itu menarik senyum manis.
Belum sempat barista itu memusingkan badannya, Jimmy terlebih dahulu memaut pergelangan tangannya. Membuatkan dia berpusing kembali memandang ke arahnya.
“Nama awak apa?” Soalan yang tidak terduga itu meluncur laju dari mulutnya.
“Hah? Err…kenapa encik nak tahu nama saya?” Soalnya kembali. Dia mengerutkan dahi. Pegangan tangan Jimmy dilepaskan.
“Aa…emm…ah! Sebab…sebab kawan awak yang dekat kaunter tu pakai name tag. Awak seorang aje yang tak pakai name tag. Sebab tu saya tanya. Jadi senanglah pelanggan macam saya nak tahu nama barista dekat sini.” Jimmy tersengih.
‘Bodohnya soalan kau! Lembab!’ Dia memaki dirinya.
Dia memandang dirinya. Baru dia teringat, name tagnya tidak dipakai.
“Em…encik boleh panggil saya Eva.” Jawabnya dengan teragak-agak.
“Oh…Eva.” Dia mengulang semula namanya. Ketika itu juga dia tersengih sambil memandang Eva.
“Cantik.” Pujinya sambil menarik senyum lebar.
“Hah?” Soal Eva sedikit pelik dengan soalan itu. Apa yang cantiknya?
“Ah…aaa…nama! Ha, nama awak cantik. Eva.” Dia membetulkan ton suaranya yang sedikit bergetar.
“Terima kasih. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya sambung kerja saya dulu ya.” Ujarnya sopan.
“Kerja? Ah! Okey…okey. Er…sambunglah semula kerja eva.” Dia masih lagi dengan senyumannya.
“Manis dan cantik. Secantik orangnya. Eva.” Dia bercakap sendiri. Tangannya mencapai sudu kecil. Air kopi dikacau perlahan.
Kemudian, dia beralih semula memandang kelibat Eva yang sedang sibuk mengambil pesanan pelanggan.
Dia tersenyum sendiri.
Bzzz!
Telefonnya bergetar. Getaran itu menyentakkan lamunannya. Dia menyeluk poket seluar. Telefon diambil. Nama yang tertera diskrin telefon adalah Meena Nelson.
“Hello, Meena.” Sapanya terlebih dahulu. Sambil itu matanya melirik jam tangannya. Ah, lewat lagi dia masuk ke pejabat nampaknya.
“Hi, Jimmy. Aku call kau ni sebab nak buat confirmation tentang permintaan kau tempoh hari. Aku harap kau tak lupa, Jimmy.” Dari corong telefon terdengar suara gelak kecil Meena Nelson.
Jimmy menepuk dahi.
“Damn! Aku terlupa, Meen! Fortunately, you give me a call.” Dia baru teringat permintaannya tempoh hari.
Dia mahu menggunakan perkhidmatan beberapa orang pengawal peribadi dari MN Academy Bodyguard. Ini bermakna pengawal peribadinya nanti diterbangkan khas dari Malaysia.
“Hm, itulah kau. Selalu sangat lupa. Jadi, bila kita nak mula buat perjanjian? Bukan kau seorang saja yang sibuk. Aku pun sibuk juga dekat sini ya. Aku harap kau faham. Jangan lambatkan kerja aku.” Ujarnya tegas.
“Meen. Kita dealing through a video call, boleh tak? Aku rasa memang tak ada masa yang free untuk aku turun ke Malaysia.” Dahinya digaru.
“Emm…sure! Bagi tahu aku waktunya nanti.”
“12 noon? Agree?” Sekali lagi matanya bertembung dengan Eva yang sedang membersihkan meja. Dia mengukir senyuman buat perempuan itu. Tidak lama, senyumannya dibalas.
Semakin berbunga-bunga hatinya.
“Okey. Agree. Jangan lupa pula. Alright, gotta go! Bye, Jimmy.” Dia berpamitan dari hujung talian.
“Ah, yah! Bye.” Talian dimatikan. Telefon disimpan ke dalam poket seluar. Dia menyambung mencicip air kopinya. Selesai saja minumannya, dia bangun dari duduknya. Dia perlu masuk ke pejabatnya sekarang. Jika tidak bisinglah nanti orang tua merangkap Brian.
-----
(J Architecture, Tokyo – 11.00 pagi)
“Hai, lambat masuk? Bangun lewat lagi ke?” Brian terus menerjah masuk ke ruang kerja Jimmy.
Sudah dikata tadi. Pantang jika dia terlewat sedikit, mulalah dia dengan perangai suka membebelnya.
Jimmy tersengih memandang brian yang sedang duduk dihadapannya.
“Mana ada. Tadi aku singgah kafe dulu. Breakfast. Kau ingat aku ni sejenis manusia yang tak menepati masa ke?” Jawabnya bersahaja.
“Yalah tu kau. By the way, aku nak kau tengok dulu design yang aku buat. Nanti kau boleh tunjuk pada client kita.” Brian menghulur beberapa helai kertas bersaiz A4.
Jimmy meneliti setiap helaian lukisan tersebut. Sesekali dia menarik sengihan lebar diselangi anggukan kecil. Setakat ini belum pernah lagi hasil tangan Brian mengecewakannya.
“Nice! Aku suka. Nanti aku e-mail pada Martin.” Helaian design disusun semula. Duduknya dibetulkan menghadap Brian.
“Kau ingat lagi tak aku pernah cakap yang aku nak hire orang-orang dari MN Academy Bodyguard?” Jarinya mengetuk meja menanti jawapan dari Brian.
“Hm, ingat. Kenapa? Kau jadi ke nak ambil dia orang?”
“Jadi.” Jimmy mengangguk laju.
“Nanti. Kenapa kau tak nak ambil bodyguard dekat sini aje? Lagipun, banyak lagi academy bodyguard yang aku boleh recommend untuk kau. Tak perlu pilih sampai ke Malaysia. Mahal kosnya.” Terang Brian panjang lebar.
“Saja nak tukar angin. Tentang kos, kau jangan risaulah. Aku boleh bayar dia orang.” Jimmy tersengih bangga.
“Okey, terpulang pada kau Jimmy. Aku keluar dulu. Jangan lupa nanti e-mail design tu pada Martin. Tapi yang ini aku rasa dia takkan menolak kalau kau sendiri yang berurusan dengan dia. Sebab kau kan anak ikan dia.” Brian menarik sengih sinis. Dia berjalan menuju ke pintu.
“Shit! Kau ingat aku spesies gay macam dia ke? Geli aku! Kalau tak kerana duit, tak ingin aku nak berurusan dengan orang macam dia.” Jimmy hanya memerhati bayang Brian hilang dibalik pintu.
Jam tangan dijeling sekilas. Hampir jam 12 tengah hari. Sebentar lagi dia perlu membuat panggilan video dengan rakan lamanya, Meena Nelson.
Dia mengeluarkan telefonnya. Nombor perempuan itu didail. Tidak lama kemudian, panggilannya bersambung.
“Hi, Jimmy.” Sapa Meena Nelson.
“Hi. So, can we proceed now?” Ujarnya teruja.
“Emm…kau nak berapa orang?” Soal Meena Nelson pula.
“Buat masa sekarang aku nak guna lima orang dulu.”
“Lima orang? Hm, okey! Nanti aku sediakan dokumen untuk kau. Kau relax aje.” Ringkas jawapannya.
Ketika itu pandangan Jimmy menangkap gambar seseorang. Dia terus menatap gambar yang tergantung dibelakang Meena Nelson.
“Meen. Aku nak tanya sikit. Dekat belakang kau tu gambar siapa?” Soalnya sambil mengerutkan dahi. Dia mengecilkan sedikit matanya.
Meena Nelson turut menoleh ke dinding belakangnya. Ada sebuat portrait besar yang tergantung disitu.
“Oh. Mereka pernah jadi client besar aku. Tapi sekarang dah tak lagi. Sebab orang lelaki separuh umur yang ada dalam gambar tu meninggal dunia. Dah lama. Tapi aku sayang nak buang gambar ni. Kenangan. Sebab dia client pertama aku.” Panjang lebar ulasannya. Dia mengerutkan dahi. Pelik dengan soalan Jimmy yang secara tiba-tiba.
“Kenapa Jimmy?” Dia menyoal lagi.
“Meena. Perempuan muda sebelahnya siapa?” Dari tadi menarik perhatiannya. Rasanya dia pernah melihat muka itu. Segaris senyuman itu juga yang diingati sehinggi kini.
“Yang pakai baju biru tu anak dia. Anak tunggal. Kau…kenal ke?” Pelik juga jika lelaki itu mengenali client-nya.
“Err…tak. Tak. Tapi… kau boleh tolong aku tak meen?” Keningnya ternaik sedikit.
“Tolong apa? Kalau aku boleh tolong, aku tolong. Cakaplah.” Jawabnya tenang.
“Aku nak tahu pasal client kau.” Laju saja permintaan itu meluncur keluar dari mulut Jimmy.
“Hah?” Meena Nelson membetulkan duduknya.
“Ya. Aku nak tahu pasal client kau. Aku nak tahu semua tentang dia. Termasuk anak dia, keluarga, pekerjaan. Ah! Kalau boleh aku nak tahu sekali tentang anak dia. Semuanya aku nak tahu.” Dadanya berdebar-debar.
“Wait, wait! Mana boleh macam tu Jimmy. Yang kau minta tu semua hal peribadi client aku. Kau sendiri tahu, dalam berniaga mana boleh kita dedahkan tentang client kita. No!
Permintaan kau yang satu ni aku tak dapat nak tolong. Sorry.” Dia mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah kalah.
“Tsk! Alaaa! Please, meena! Sekali aje. Aku betul-betul nak tahu.” Penuh berharap Jimmy ketika itu.
“Ish! Kau ni. Haih! Yalah, yalah. Aku tolong kau. Tunggu aku bagi tahu semua maklumat yang kau nak tadi.” Ujarnya sambil mengusap leher. Kawan punya pasal, tidak mengapalah.
“Alright. Aku tunggu details- nya nanti. Thank you, Meen.” Talian diputuskan.
Jimmy bersandar dikerusi. Mukanya diraup beberapa kali. Perempuan itu. Senyumannya juga sama. Adakah dia orang yang sama dicarinya sejak 17 tahun lalu?
Share this novel