Jovian melangkah masuk bersama buku hitam ditangan. Pintu kaca bilik mesyuarat ditolak sambil melemparkan senyuman buat mereka.
“Encik Jimmy tak mahu terlibat dalam bidang perhotelan?” Ujar Kevin, akauntannya.
“Kenapa pula?” Soal Jimmy teruja.
Kevin menyimpul senyum. Sudah diduga. Majikannya itu pantang nampak peluang terbuka didepan mata. Cepat saja dia mahu merebutnya.
“Misalnya, jual beli hotel? Mahu? Dalam bussines tak semestinya kita stick pada satu benda. Kita boleh cuba benda lain.” Sambungnya lagi. Jimmy mengangguk kecil tanda berminat.
“Semua orang tahu, dalam perniagaan tidak semestinya aka nada keuntungan. Tak semestinya kita akan ada klien. Tak semestinya kita berduit. Jadi, untuk membendung masalah itu dari berlaku, why not Encik Jimmy ceburkan diri dalam jual beli perhotelan?”
Jimmy memandang Brian meminta pendapat.
“Apa faedahnya kalau aku join jual beli tu?” Dia menongkat dagu.
“Duit. Haha.” Jawab Kevin bercanda. Mereka yang ada disitu turut ketawa.
“Senang saja Encik Jimmy. Apa jua yang kita niagakan pasti mahukan ketekunan. Dimana-mana ada cabaran. Sama juga dalam halnya sekarang. Jika tak ada ketekunan dalam menghasilkan sesuatu rekaan dalam seni bina, tentu saja Encik Jimmy tidak akan ada klien yang mempercayai hasil kerja Encik Jimmy. Betul?” Jovian tersengih dengan usulnya.
Brian turut tersengih. Memang pemikiran orang berniaga mereka semua itu.
“Tambahan pula, pelaburan dalam bidang hospitaliti ibarat permainan. It’s a game. Majority pemain dalam bidang ini harus mengekalkan hasil usaha mereka di tempat teratas. Sebesar apa pun pelaburan dalam perhotelan, ianya tetap mewakili 3% daripada jumlah CRE square footage di Amerika. Lagi satu, jika dilihat dengan keadaan ekonomi semasa tahun ini, menurut saya sesuai sangat untuk proses pembelian hotel. Yalah. Ekonomi tengah berkembang dan stabil. Jadi, orang seperti Encik Jimmy yang hebat dalam bidang perniagaan tentu saja boleh mencuba nasib."
“Interesting.” Jimmy mengangguk kecil.
“Great! Jika Encik Jimmy berminat saya ada kenal dengan seorang pemilik hotel. Di Osaka. Dengar kata dia nak jual hotelnya sebab masalah kewangan. Mungkin Encik Jimmy atau Encik Brian boleh tengok sendiri hotel mereka. Oh ya, saya cadangkan pembelian seeloknya dilakukan sebelum akhir tahun. Yalah, kita belum pasti lagi apa yang bakal terjadi akan datang, kan?”
“Jimmy.” Brian berbisik.
“Aku rasa kita hold dulu. Kita fokus pada Ace. Investment is not a joke, man. Aku ragu-ragu.” Sambungnya lagi.
Jimmy sekadar mengangguk kecil. Ada betulnya juga kata Brian. Tetapi jika hal pembelian hotel tidak mungkin ditolaknya. Itu adalah peluangnya untuk mengumpul aset.
“Tapi kita boleh bicang dulu. Takkan kau nak tolak mentah-mentah cadangan dia? Aku rasa rugi pula. Dalam hal ini kita kena bijak mencuba nasib, Brian.” Ujarnya lagi tidak mahu kalah.
“Jimmy, listen. We have no clue in hospitality investment. Terang lagi bersuluh hala tuju bidang kita berbeza. Betul kata kau, tak salah kita mencuba. Tapi, kau masih mentah lagi dalam hal pelaburan. Aku tak mahu J Architechture menanggung rugi.” Kata Brian bertegas.
“Woo,woo. Tolong jangan bergaduh depan kami.” Celah Kevin serba-salah.
Jimmy dan Brian memandang mereka yang ada disitu
“Alright. Let us discuss. Nanti kalau ada perubahan, kami akan update semula. I adjourn the meeting. Will meet in the next meeting. Thank you.” Selesai pamitan, seisi ahli mesyuarat memandang satu sama lain. Begitu saja dia mengakhiri perbincangannya?
“Brian. Aku gerak dulu.” Jimmy bingkas bangun sambil mencapai tablet dan jurnal hitamnya.
Brian berkerut memandang jam tangannya.
“Kau nak ke mana? Awal lagilah nak lunch.” Dia turut bangun membuntuti langkah Jimmy.
Jimmy tersengih.
“Jumpa klien.” Tangannya dilambai pada Brian.
“Hei, discussion kita macam mana?” Hilang kata-kata dibuatnya.
“Ah, esok masih ada.” Laungnya dari jauh.
---
Ting, tong!
Loceng ditekan sekali. Dia menunggu pintu dibuka.
Pintu masih belum dibuka.
Jimmy menekan loceng buat kali kedua.
Ting, tong!
Tangannya menongkat pada pintu. Masih tidak dibuka pintunya.
Aneh. Ke mana dia pergi?
Telefon dikeluarkan mendail nombor si bunga Jasmine.
Tut-tut…tut-tut…
“Ya, hello. Ada apa?” Soal Jasmine dihujung talian.
Telefon bimbit dijauhkan dari telinga. Keningnya terangkat.
“Garangnya kau?” Dia mula menyoal. Marahkah dia?
“Hm,Encik Jimmy nak apa?” Soal Jasmine malas.
“Kau dekat mana?” Soalan dibalas soalan. Soalan Jasmine tidak mahu dijawab. Malas.
“Rumahlah. Kenapa?” Dalihnya. Lagaknya seperti Jimmy tidak tahu apa-apa saja.
“Ooo, rumah. Tengah buat apa?” Jimmy bersandar di dinding apartment Jasmine. Dia tidak mahu peremuan itu tahu ketibaannya disini.
Sementara itu...
Jasmine menjinjing tiga buah plastik yang baru dibelanjanya tadi.
Semuanya barang-barang dapur yang telah habis.
Kriukkk. Perutnya dipandang sepi. Laparnya.
“Tengah buat kerja. Encik Jimmy nak apa? Dah lewat malam kenapa tak tidur lagi?” Soal Jasmine.
Bercahaya matanya apabila bangunan apartment tersergam dihadapannya sekarang. Tinggal beberapa langkah saja lagi.
--
“Aku lapar.” Jawab Jimmy sambil memandang kaki lima. Mana tahu ada orang yang lalu-lalang disitu. Ish, buat malu saja terdampar seperti ikan paus tua.
--
“Kalau lapar pergilah makan. Bagi tahu saya buat apa?” Kakinya mula menapak ke pintu lif.
Ting!
Pintu lif terbuka. Cepat saja tiga beg plastiknya diletakkan ke lantai. Terasa sengal dibahunya.
--
“Aku tak suka makan sendiri.” Ujarnya seperti keanak-anakan.
--
Matanya memerhati nombor lif yang bergerak.
“Kalau macam itu, ajaklah Encik Brian keluar makan.” Cadangnya bernas.
--
Terus menegak duduknya.
“Brian bukan kau. Kau sajalah teman aku makan. Boleh?” Jimmy tersengih lagi.
--
Ting!
Lif berhenti di arasnya. Dia kembali menjinjing beg plastik. Kaki dibawa keluar dari perut lif.
“Tak boleh.” Laju jawapannya.
---
“Eh, kenapa pula tak boleh?” Mukanya berkerut. Sejak bila Jasmine pandai menolak ajakannya?
--
Dia semakin menghampiri pintu unitnya.
“Sebab saya tak mahu.” Tegasnya.
---
“Aku…ada gastrik. Nanti kalau aku pengsan depan rumah kau macam mana? Keluarlah sayang.” Dia bangun dan menghadap ke arah pintu unit Jasmine.
Tanpa disedari, Jasmine menghampirinya.
“Masalahnya saya dekat luar sekarang ni.” Ujarnya sambil mengeluh.
Berkerut dahi Jimmy.
“Eh, tadi kau kata dekat dalam? Sekarang dekat luar pula? Kau ni biar betul?” Jimmy mula mengalihkan badannya ke kiri dan ke kanan mencari kelibat si empunya suara.
“Hm, saya dekat depan Encik Jimmy.” Jawab Jasmine sambil mematikan talian.
Terus mekar senyuman Jimmy.
“Sayang.” Nada suaranya juga menjadi lembut tiba-tiba.
Mendengarkan perkataan ‘sayang’ itu saja membuatkan Jasmine mengeras disitu.
“Penat aku tunggu dekat sini. Kenapa tak cakap kau keluar?” Dia menelek Jasmine atas dan bawah.
“Kau dari mana?” Soalnya pelik tika terpandang beg plastik yang berada ditangan Jasmine.
“Pergi beli barang dapur. Ish, Encik Jimmy pergilah balik.” Pintu dibuka.
Belum sempat dia melangkah masuk, Jimmy terlebih dahulu meluru ke dalam rumah.
Badannya direbahkan disofa panjang. Ah, sedapnya!
“Aku lapar. Tolong masakkan untuk aku.” Dia menongkat dagu memandang Jasmine yang sedang memerhatinya ibarat seekor singa kelaparan.
Satu-persatu barangnya dikeluarkan.
Jimmy mengatur langkah mendekati Jasmine.
“Nak makan apa?” Soal Jasmine acuh tak acuh.
“Kau tanya siapa?” Balas Jimmy sambil menjeling.
“Saya tanya Encik Jimmy. Ada lagi ke selain kita berdua dalam rumah ni?” Getus Jasmine geram.
“Oh, tanya aku. Kalau macam itu, kau kena tanya macam ini…sayang nak makan apa?” Sambil dia mengucup pipi kanan Jasmine.
Cup!
Laju Jasmine menoleh. Dia menggenggam kemas pisau ditangan.
Terus dia menjauhi Jasmine taktala terpandangkan pisau ditangannya. Sengihan dilempar buatnya.
“Udon. Ah, daging lebih. Nak pedas. Kuah tak mahu panas sangat. Nanti mulut aku melecur.” Ujarnya lebar.
“Ingat ini restoran ke?” Getusnya perlahan.
“Hah, apa dia?” Soal Jimmy sambil merapatkan telinganya dengan Jasmine.
“Saya cakap tunggu dulu. Saya masakkan.” Dalihnya.
Bekas makanan dikeluarkan dari dalam freezer. Ketulan daging separa beku dikeluarkan. Kemudian, daging itu dihiris nipis.
Periuk tanah dipanaskan. Sedikit minyak dituang sedikit untuk menumis bahan.
Sementara itu, Jimmy terbaring tenang disofa.
Fikirannya jauh menerawang tentang hal pelaburan siang tadi. Perlu atau tidak dia menyertainya? Dalam perniagaan sudah tentu ada pasang surutnya. Jika tidak ada keberanian, tidak usahlah berangan-angan dalam perniagaan.
Tidak semena-mena ingatannya terlayar pada seseorang. Benjamin! Yes! Dia adalah orang yang tepat untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang pelaburan. Dia tersenyum puas.
Telefon bimbit dicapai. Nombornya dicari.
Tut-tut, tut-tut...
Jam tangan dibelek. Di Malaysia masih siang.
"Moshi-moshi." Melebar senyumannya taktala panggilan dijawab.
Share this novel