38

Romance Series 70889

"Habis itu, kalau aku tak sakit kau tak datang sinilah jenguk aku?" Soal Jimmy sinis.

"Mestilah. Kalau Encik Jimmy sihat, buat apa saya kena buang masa dekat sini. Ingat saya tak ada kerja lain ke nak buat?" Bidas Jasmine.

"Ooo, jadi sekarang ni kau buang masa ke?" Jimmy menjeling ke arahnya.

"Saya tak cakap pun buang masa." Jawab Jasmine.

"Eh, tadi kau sendiri yang cakap buang masa datang sini. Ish, tak fahamlah aku dengan kau ni." Bingung jadinya.

"Saya tak suruh pun Encik Jimmy faham saya." Balasnya dengan hati yang menggerutu.

Jimmy menarik nafas dalam. Rasanya dia perlu meningkatkan tahap kesabarannya lagi.

"Kau dah berapa lama kerja dekat kafe tu?" Dia kembali menyuap makanannya. Kunyahan diperlahankan menikmati keenakan itu. Dia tersenyum sendiri.

"Empat tahun." Jawab Jasmine.

Jimmy berkerut. Dia memandang perempuan itu.

"Lamanya. Tapi, kau masih buat kerja yang sama juga." Dia bersandar.

Jasmine menggangguk laju.

"Kau tak bosan ke? Dengan pengalaman kau bekerja selama empat tahun tu, aku rasa kau boleh jadi manager dekat situ. Haha." Selorohnya.

"Kafe tu bukan besar mana nak guna manager." Bidasnya.

"Itulah kau. Kau ingat kafe kecil macam itu tak perlukan manager? Jasmine, apa jua perniagaan atau pekerjaan yang kita buat mesti ada sistem pengurusan yang betul. Jadi, kafe tu perlukan manager. Tapi, aku tengok majikan kau macam guna-gunakan kau aje. Ataupun, majikan kau tu jenis yang kedekut tahi hidung masin. Dia takut nak bagi gaji tinggi." Ulasnya.

"Encik Jimmy jangan suka bawa mulut. Majikan saya tu baik orangnya. Tak pernah lewat bayar gaji. Kalau saya minta cuti dia bagi." Jawab Jasmine tidak mahu kalah.

Jimmy tersengih sendiri.

"Memanglah. Tapi kau tak fikir ke selama empat tahun kau kerja dekat situ, berapa kali dia naikkan kau gaji? Mesti tak pernah kan?"

Jasmine bungkam. Ada betulnya juga apa yang diperkatakan Jimmy barusan.

"Hm, apa kata kau kerja dengan aku." Ujar Jimmy dengan buah fikirannya. Dia serius.

"Hah? Ish, tak mahulah. Nanti kita selalu bergaduh. Saya tak suka." Jawabnya.

"Kau yang suka cari gaduh dengan aku. Aku okey saja terima kau dengan hati yang terbuka." Balas Jimmy tidak mahu kalah.

"Kalau kau kerja dengan aku, setiap tahun aku naikkan gaji kau. Silap-silap kau boleh naik pangkat jadi CEO J Architecture." Ujar Jimmy beria.

CEO J Architecture?

"Eh, bukan ke Encik Jimmy CEO? Habis itu, kalau saya jadi CEO macam mana pula?" Soalnya lurus.

"Kau kena jadi isteri aku." Guraunya sambil tersengih.

Jasmine cemberut. Alahai, bodohnya dia. Terkena sudah.

Jimmy berhenti ketawa. Dia membetulkan duduknya.

"Jom, kerja dengan aku. Sekurang-kurangnya kau boleh tolong aku dekat office nanti." Sambungnya lagi.

"Tak mahulah. Saya tak tahu sangat bidang arkitek." Jawab Jasmine lurus.

"Kau tak payah buat kerja pejabat." Beritahu Jimmy.

"Eh, habis itu?" Peninglah jika berbual dengan Jimmy.

"Kerja kau nanti cuma jaga aku. Duduk depan aku 24 jam. Temankan aku ke mana saja aku nak pergi. Kau kena ada depan mata aku sentiasa." Jawabnya sambil tersengih.

Melongo Jasmine. Ini yang dia malas melayan perbualan itu.

Dia bangun mencapai beg comelnya. Tingkahnya membuatkan Jimmy berhenti makan.

"Kau nak pergi mana?" Soal Jimmy ikut bangun.

"Balik." Jasmine menuju ke pintu.

Jimmy bergegas mengekori langkahnya dari belakang. Lantas, dia menggenggam lengan Jasmine.

Rentaknya terhenti. Jasmine memandangnya.

"Kalau kau tak balik siapa nak teman aku? Siapa nak jaga aku dekat sini? Dengan keadaan aku bertongkat macam ni senang-senang saja aku boleh jatuh nanti." Pujuknya.

Jasmine dihurung serba-salah. Tidak mungkin dia mahu bermalam dengan seorang lelaki.

"Kalau macam tu saya telefonkan Encik Brian lah." Telefon bimbitnya diseluk dalam poket jeans.

Namun, Jimmy lebih pantas mengambil telefon Jasmine dari tangannya.

"Tak payahlah panggil Brian tu. Dia tengah sibuk buat kerja dia." Ujarnya.

"Kau betul ke nak balik?" Soal Jimmy. Dia memegang erat tangan Jasmine. Lagaknya seperti menghalang perempuan itu.

Jasmine mengangguk. Dilihatnya Jimmy mengeluh kecil. Pelik pula dia dengan kelakuannya.

"Kau tak risaukan aku ke tinggal seorang malam ni?" Dia merenung Jasmine.

Jasmine menggeleng seraya menjawab. "Tak."

"Tsk! Kau memang hati kering betullah." Dia menjeling.

"Ish, saya nak cepatlah! Nanti saya tertinggal kereta api." Gesanya sambil menarik pegangan tangan itu.

Malahan, Jimmy semakin mengeratkan pegangannya. "Kalau macam itu aku hantarkan kau balik. Dah lewat untuk seorang perempuan jalan sendiri. Bahaya."

"Eh, tak apa. Saya dah biasa balik lewat macam ni. Lagipun, kaki encik masih sakit." Ujarnya khuatir. Dia tidak menyangka sama sekali bahawa Jimmy bertindak mahu menghantarnya pulang. kelakuan itu membuatkan dia serba salah.

Dia mencapai kunci kereta digantungan. Perutnya yang masih belum kenyang dibiarkan saja.

"Jom." Bersusah-payah dia melangkah sambil menopang tongkat.

"Aku tak kisah pun kaki aku sakit. Yang aku kisahkan itu, kau. Takkan aku nak biarkan perempuan kesayangan aku balik seorang. Kesian sayang aku ni. Penat jaga aku seharian." Dia mengelus rambut Jasmine.

"Terima kasih sebab bersusah-payah jaga aku hari ini." Ucapnya perlahan.

Dengan nada suara rendah itu, Jasmine bagai terpukau seketika. Dia mengukir senyuman tanpa membalas kata-kata itu.

"Kenapa kau senyum?" Soal Jimmy. Dia berjalan perlahan-lahan. Jasmine turut membantunya disisi.

"Bila masa saya senyum?" Dia mentutup gugupnya.

"Tadi." Jawab Jimmy serius.

"Taklah. Saya sakit perut agaknya." Dalih Jasmine persis orang dungu.

"Huh, baru aku tahu kau kalau sakit perut senyum." Dia tersengih mengejek.

Jasmine mengetap bibir menahan rasa malu dek kebodohannya.

"Perlahan-lahan encik. Jangan laju sangat. Kaki encik tu bertongkat." Jasmine menahan lengan Jimmy bagi memperlahankan langkahnya.

"Kalau aku jalan lembab macam ini, bilanya kau nak sampai rumah? Atau kau nak tidur dengan aku malam ni?" Jimmy tersengih nakal. Matanya dikecilkan memandang Jasmine.

Langkahnya diperlahankan menyaingi perempuan itu.

"Saya rela balik sendiri daripada terima tawaran macam itu." Jasmine menjeling.

"Eleh, kalau mahu katakan mahu. Kalau tak, tak mungkin kau sakit perut boleh senyum macam orang gila dekat aku." Balasnya sinis.

Dengan rasa geram, Jasmine memijak kaki Jimmy yang sedang berbalut.

"Awww, awww! Hoi, sakitlah!" Dia berdincut menahan kesakitan.

"Padan muka." Puas hatinya. Mahu terbakar kulit muka dek menahan malu.

Mereka berdua melangkah ke dalam perut lif bersama-sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience