30

Romance Series 70889

“Kenapa Encik Jimmy tengok saya macam tu? Tak sedap ke?” Soalnya ragu-ragu.

Jimmy menggeleng menidakkan soalan itu. Mulutnya masih penuh dengan makanan.

Tolonglah, cepat sedikit masa berlalu. Pelik pula makan berdua-duaan begini.

Sudu diletakkan diatas meja. Jimmy bersandar sambil meneguk air kosong.

“Lusa ikut aku, boleh?” Soalnya.

Jasmine berhenti menyuap makanan. Keningnya bertaut. Ke mana pula mahu diajaknya kali ini?

“Kita nak ke mana?”

“Malaysia.” Jawabnya sepatah. Riaknya serius menandakan dia tidak bercanda.

“Hah? Jauhnya! Tak mahulah saya ikut. Saya kan kerja.” Harap-harap alasannya itu munasabah.

“Cutilah.” Senangnya dia menjawab.

“Ish, mana boleh minta cuti! Suka-suka Encik Jimmy aje.” Bangkangnya lagi.

“Memanglah. Aku punya sukalah nak ajak kau.” Dia mengupas kulit buah laici. Sekelip mata sebiji buah laici masuk ke mulutnya.

“Kalau Encik Jimmy nak pergi, pergilah sendiri. Kenapa ajak saya? Saya bukannya isteri Encik Jimmy yang boleh dibawa ke mana-mana.” Jika terus diasak begini, boleh putus seleranya.

“Senang aje. Kalau macam tu jadi isteri aku.” Dia tersengih kecil sambil mencapai sebiji lagi buah laici dan terus disuap ke mulutnya.

“Tak ingin saya. Malang betul kalau saya kahwin dengan Encik Jimmy.” Balasnya.

“Eh, siapa kata kau malang kahwin dengan aku? Pandai-pandai aje. Kau bertuah tau kahwin dengan aku. Kau nak pergi berbulan madu dekat mana sekali pun aku boleh bawa. Kau nak beli itu nak beli ini, semua aku boleh belikan. Tapi kena tengok jugalah benda yang kau nak beli tu nanti. Kau nak duit? Aku boleh bagi. Semuanya aku mampu, Jasmine. Cuma kau aje yang belum mampu terima aku macam mana aku terima kau.” Pengakhirannya dia juga yang memendam rasa.

Jasmine memandangnya serba-salah.

“Macam manalah saya nak kahwin dengan Encik Jimmy kalau perangai encik jimmy suka membangga diri macam ni.” Jawabnya perlahan.

“Apa? Kau cakap apa? Ulang semula.” Dengar tak dengar saja ayat barusan itu.

“Huh. Saya cakap ubahlah perangai suka membangga diri Encik Jimmy tu.” Ulangnya lagi dalam maksud yang sama.

Jimmy berkerut. Macam lain saja ayat itu.

“Bukan yang itu. Sebelumnya. Ayat sebelum tu.” Gesanya.

Jasmine menggigit sudu. Itulah, bukan main manis ayatnya tadi.

“Ish, sudahlah. Encik Jimmy kalau dah siap makan pergi balik. Jangan lama-lama dekat sini. Nanti jiran-jiran cakap apa pula.” Dalihnya. Mangkuk dibawa ke sinki.
Balik? Tidak, tidak. Malam ini dia tidak mahu berjauhan dengan Jasmine-nya. Sejak kebelakangan ini dia terlalu sibuk dengan urusan kerjanya. Sehinggakan tiada masa mahu ‘berasmara’ dengan perempuan itu.

Jimmy merapati Jasmine yang sedang mencuci mangkuk dan kuali kotor. Sengaja mahu menempel dengannya.

“Kau tak rindu aku ke?” Soalnya tiba-tiba.

Jasmine memandangnya berkerut diselangi dengan cebikan dibibir.

“Tak.” Jawabnya bersahaja.

Hairan pula Jimmy.

“Kau biar betul? Takkan kau tak ada rasa sikit pun rindu dekat aku?” Soalnya bersungguh-sungguh.

“Tak ada.” Jawab Jasmine lagi.

“SIKIT pun tak ada? Kau taka da tertunggu-tunggu aku datang kafe kau ke? Ish, peliklah kau ni.” soalnya tidak puas hati.

“Memang betul tak ada. Takkan saya nak cakap saya rindu Encik Jimmy? Saya belum gila lagilah.” Getusnya. Ada juga kuali ditangan melayang dikepalanya nanti.
“Eleh, apa salahnya kalau kau rindu aku. Aku tak kisah pun Jasmine. Kau nak tergila-gilakan aku lagilah aku suka.” Sakatnya.

“Sekarang ni pun saya dah gila dengan perangai Encik Jimmy. Huh, pergi baliklah. Rimas saya!” Tubuh Jimmy ditolak menuju ke pintu.

Tetapi Jimmy terlebih dahulu menolak tubuh Jasmine ke luar. Terus saja pintu ditutup. Membiarkan Jasmine yang terjerit-jerit seperti orang gila dilluar.

Tok,tok,tok!

“Hei! Bukalah! Encik Jimmy yang sepatutnya keluar tau. Bukan saya. Eii, bukalah!” Pintu diketuk bertalu-talu.

“Kau yang sibuk sangat nak aku balik. Aku tak nak balik.” Dia bersandar dipintu. Dia menayang sengihan tidak bersalah.

Dum,dum,dum!

Pintu ditumbuk dari luar. Dia mengekek sendiri.

Dia memulas tombol. Pintu terus ditarik kasar.

Buk!

Malang tidak berbau, Jasmine pula yang terjelepuk ke lantai. Dia mengaduh sambil menggosok-gosok sikunya.

“Aww! Sakitlah!” Adunya.

Jimmy bertinggung sambil tergaru-garu kepala. Terbit rasa serba-salah dalam dirinya.

“Sorry, sorry.” Dia membantu Jasmine bangun.

Tubuh Jasmine dibelek dari atas ke bawah.

“Huh, thank God kau tak luka. Aku ingat patah ke apa.” Ujarnya risau.

“Ish, lepaslah. Kalau tangan atau kaki saya patah, sukalah Encik Jimmy kan? Saja je nak buat saya sakit hatilah. Huh!” Dia menolak Jimmy hingga terdorong ke dinding.

“Tsk, alaa kan aku dah minta maaf. My bad, I know. I’m sorry.” Tangan Jasmine diraih.

Jasmine menepis pegangan itu.

Jimmy pula hanya berdiri tegak dan memandang kosong ke arah Jasmine. Marah benar nampaknya.

Dia menghela nafas berat. Itulah, nak bergurau tak kena pada tempatnya. Dia menggaru kepala tanda serabut.

Macam mana mahu memujuknya? Dia berkira-kira mahu menghampiri Jasmine.

Jasmine berdiri dibalkoni. Jimmy mengatur berat langkah menghampirinya. Kali ini memang dia mengaku salah.

“Sayang.” Panggilnya dengan berhati-hati.

Jasmine mengetap bibir. Amarahnya masih belum padam.

“Apa sayang-sayang?” Soalnya memetir.

Jimmy menelan liur. Jantungnya berdegup tidak senada.

‘Suck. Apa aku nak buat ni?’

“Aku…err…huh! Okey, kau nak aku buat apa sekarang? Aku dah minta maaf, tapi kau yang tak nak maafkan aku.” Nampaknya dia yang hilang sabar.

“Jasmine.” Panggilnya. Tetapi perempuan itu masih kaku memandang malam pekat diluar.

“Saya tak nak ikut Encik Jimmy pergi Malaysia.” Beritahunya tegas. Sedikit pun tidak memandang ke arah Jimmy dibelakangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience