11

Romance Series 70889

Jimmy melangkah terlebih dahulu dihadapan. Meninggalkan Jasmine yang masih termangu-mangu sendirian.

“Kau tunggu apa lagi dekat situ? Tak nak ikut aku ke?” Dia menapak mendekati Jasmine.

Sekelip mata saja tangan kecil Jasmine berada dalam genggamannya.

“Hei, aku nak bawa kau berjalan aje. Muka tu janganlah stress sangat.” Jimmy tersengih sendiri. Kepalanya digaru. Pening juga mahu memikat perempuan itu. Atau tingkahnya terlalu kasar? Mungkin juga.

“Jom. Aku akan buat kau jatuh cinta pada tempat ni.” Dia mengerdip mata sambil tersenyum.

“Kalau tak macam mana?” Soalan dilontar buat Jimmy. Keningnya dimainkan sinis.

Jimmy merapatkan mukanya menghampiri Jasmine. Bibir bawahnya digigit.

“Kalau kau tak jatuh cinta pada tempat ni, aku akan buat kau jatuh cinta pada aku. Hahahahaha.” Jimmy melepaskan ketawa kuat. Sempat tangannya menarik rambut Jasmine yang terikat kemas.

Jasmine menepis kasar tangan itu. Dia menjeling geram.

“Okey, okey. Aku tak usik kau lagi. Jom, sayang.” Ketawanya masih bersisa. Tetapi cepat saja dimatikan taktala perempuan disebelahnya sedang mengetap gigi.

“Lepaslah! Tak perlu pegang saya. Saya boleh jalan sendiri.” Pegangan tangan mereka terlerai. Jasmine membuka langkah besar meninggalkan Jimmy dibelakang.

Dia tersengih sendiri melihat Jasmine.

“Tak apa. Satu hari nanti kau yang akan cari aku. Kau sendiri yang akan rindu aku.” Jimmy mengulum senyum. Dia mempercepatkan langkah mahu mengejar perempuannya.

“Sini. Aku kena pegang kau juga. Kau tahukan aku takkan lepaskan kau?” Matanya dikenyit pada Jasmine sambil tersengih.

Sebaliknya, Jasmine menjulingkan matanya ke atas. Meluat.

( Hirayu No Mori, Hot Spring – 6 petang)

Jimmy duduk di atas batu besar. Kakinya dimasukkan ke dalam air panas. Hanya separas pehanya.

Diikuti Jasmine yang mengambil tempat kosong disebelahnya. Matanya meliar dikawasan itu. amannya. Dia sukakan tempat ini.

Walaupun, ramai pengunjung tetapi tempat ini mampu mendamaikan jiwanya. Ah, rasanya dia tidak mahu pulang semula ke Bandar Tokyo. Mahu saja dia terus menetap dipekan kecil ini.

Jimmy memandang jasmine disebelah.

“Kau suka tempat ni.” Dia tersengih nakal. Kakinya dikocakkan didalam air.

“Tak. Biasa aje tepat ni.” Dalihnya. Jasmine mengawal riak mukanya.

“Betul? Tapi kenapa aku nampak kau senyum seorang?” Dia menoleh ke arah Jasmine. Keningnya ternaik.

“Saja. Nak senyum pun tak boleh.” Jasmine mencebik.

“Atau…kau suka aku ada sebelah kau?” Senyumnya disorok.

Tetapi soalannya tidak dijawab. Sebaliknya, dia mendapat hadiah jelingan.

“Kalau boleh, aku nak bawa kau ke tempat macam ni selalu. Aku nak luangkan masa dengan kau selalu. Aku nak tengok muka kau setiap hari.” Tenang percakapannya. Dia tersenyum sendiri sambil memandang Jasmine.

“Kenapa saya?” Kini giliran Jasmine pula yang menyoalnya. Dahinya berkerut.

“Sebab kau aku punya. Kau milik aku. Jadi, ke mana saja aku pergi aku akan bawa kau.” Dia memandang redup ke anak mata jasmine. Dia mahu perempuan itu tahu bahawa sayangnya tidak pernah berubah.

“Pardon? Sejak bila saya milik Encik Jimmy?” Dia memandang Jimmy sinis.

“Sejak aku jumpa kau. Kau tahu, aku takkan bagi lelaki lain ambil kau dari aku.” Ujarnya dengan penuh keyakinan.

Jasmine memandang Jimmy dengan pandangan meluat. Nafas ditarik dalam. Nampaknya dia perlu menjelaskan pada Jimmy. Biar lelaki itu tahu diri. Dia tidak suka dipaksa.

“Encik Jimmy ingat dengan sikap Encik Jimmy yang macam tu, ada ke perempuan lain yang nak dekat Encik Jimmy? Huh, saya rasa memang tak ada.” Hujung bibirnya menarik sengihan sinis.

“Tolonglah, cermin diri tu sikit! Kalau nak orang lain terima Encik Jimmy, Encik Jimmy kena ubah sikap Encik Jimmy. Bukannya paksa orang buat benda yang dia tak suka.” Habis semua amarahnya dilepaskan.

Sudah lama dia memendam rasa. Dia bukannya perempuan yang suka dipaksa-paksa. Apatah lagi mereka langsung tidak mengenali antara satu sama lain.

Jimmy sejak tadi hanya membisu. Hatinya tersentak dengan kata-kata Jasmine.
Ya, dia tahu sikapnya terhadap perempuan itu kurang sopan. Tetapi bukan salah juga. Selama ini dia tidak pernah menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana perempuan. Semuanya hanya atas dasar kawan sahaja. Wajarlah jika dia melayani Jasmine sedikit kasar kerana dia tidak pernah berlembut dalam setiap kata-katanya dengan perempuan lain.

“Ya. Aku tahu aku tak layak untuk mana-mana perempuan. Aku tahu perangai aku jahat. Suka keluar masuk kelab. Suka paksa kau buat itu dan ini. Okeylah. Kalau macam tu, mulai hari ini aku takkan kacau kau lagi. Kau buatlah apa yang kau suka.” Jimmy bangkit dari duduknya. Tuala putih yang tersidai dipemegang besi diambil.

Dengan keadaan badannya yang masih basah kuyup, dia melangkah menuju ke biliknya. Sedikit pun dia tidak menoleh ke belakang.

“Encik Jimmy! Nak ke mana?” Laung Jasmine.

Jimmy berhenti melangkah. Tanpa menoleh ke belakang dia menjawab.

“Aku nak ke bilik. Nanti kalau kau nak makan, panggil aku.” Jawabnya tidak beriak. Kemudian, dia meneruskan langkahnya.

Jasmine hanya memandang dengan kerutan didahi.

“Dia…marah aku ke?” Belakang lehernya digaru. Sebuah keluhan kecil terbit dibibirnya.

Dia turut berlalu pergi menuju ke biliknya. Tawar terus hatinya mahu merehatkan diri ditepi kolam air panas itu.

(Hirayu no Mori Restaurant – 8.00 malam)

Cahaya dari lampu oren menerangi seisi ruang restoran Hirayu. Seperti biasa jika tiba saja hari minggu pastinya ruang makan itu dipenuhi dengan para pelanggan.

Jimmy mendahului Jasmine. Dia melangkah masuk ke ruang makan restoran. Tetapi nampaknya tiada ruang yang tersedia untuk mereka berdua. Ketika itu, mereka didatangi seorang pelayan lelaki. Ditangannya terdapat buku menu.

“Irasshai-mase (selamat datang)!” Sapa pelayan tersebut dengan ramah. Dia menundukkan sedikti kepalanya.

“How many person, sir?” Dia menyoal lagi.

“Two persons.” Jawab Jimmy sambil menunjukkan dua jari.

“Alright. Please follow me, sir.” Pelayan itu mendahului mereka. Dia berjalan menuju ke sebuah meja yang terletak dibawah pokok ceri. Pokok tersebut dihiasi dengan lampu-lampu kecil yang bewarna-warni.

“Have a seat, please. Would you like to order?” Buku menu beralih tangan. Jimmy menyambut hulurannya. Kemudian, buku menu disorong pada Jasmine.
Keningnya terjungkit naik.

“Kau pesanlah.” Jimmy bersandar dikerusi.

“Emm... Kenapa Encik Jimmy tak pesan dulu?” Soal Jasmine pelik. Sejak petang tadi, sikapnya tiba-tiba berubah menjadi dingin. Tidak mungkin dia masih marah padanya.

“Kau pesanlah. Aku dah kenyang.” Jawabnya tanpa memandang Jasmine. Intonasi suaranya juga dingin.

“Okey, then.” Jawab Jasmine acuh tak acuh. Matanya terus memilih senarai yang tersedia.

Jasmine terus membuat pesanan. Dia harus melayani perutnya yang meminta makanan untuk diisi.

“That’s all, miss?” Buku menu diambil dari tangan Jasmine. Setiap menu yang dipesan telah dicatat pada buku kecilnya.

“Yes. Arigato gozaimasu.” Sempat dihadiahkan senyuman buat pelayan itu. Setelah pelayan tersebut berlalu, Jasmine terus membuang pandangnya pada Jimmy.

“Encik Jimmy.” Dia menyeru sebaris nama itu.

Sejak mereka tiba disini, lelaki itu tidak banyak bersuara. Selalunya dialah manusia yang paling peramah bercakap tentang itu dan ini. Tetapi malam ini dia pula yang senyap seperti orang bisu.

Jimmy mengangkat kepalanya taktala namanya dipanggil.

Telefon diletakkan ke meja. Dia menumpukan perhatiannya pada Jasmine. Riaknya kosong seperti tadi. Tidak berminat mahu berbual dengannya.

“Kau nak cakap apa? Cakaplah.” Dia cuma berbasi-basi dengan Jasmine. Pandangannya ditala pada pokok-pokok yang menghiasi sekitar kawasan restoran itu. Indah. Setiap pokok dihiasi dengan lampu-lampu perhiasan.

“Err…Encik Jimmy marah saya ke tentang petang tadi?” Teragak-agak dia melontarkan soalannya.

“Kenapa? Kau rasa bersalah ke?” Hujung bibirnya tersungging senyuman sinis.
Jasmine bermain dengan kukunya. Ya, memang dia berasa serba salah. Itulah. Mulutnya tadi main cakap lepas saja. Tanpa memikirkan perasaannya.

“Emm…” Dia menggigit bibir bawah. Mencari kata-kata yang sesuai untuk Jimmy.

Dalam masa yang sama seorang pelayan datang membawa satu set hidangan Sukiyaki. Hidangan tersebut nampak seperti Shabu-Shabu. Tetapi berlainan sedikit.

“Sumimasen (excuse me).” Ujar pelayan tersebut sambil meletakkan hidangan diatas meja.

Hidangannya disediakan dengan gaya nabemono. Dalam hidangan tersebut mempunyai potongan daging yang dihiris nipis. Kemudian, disusun dengan sayur-sayuran dan beberapa bahan lain. Dimakan bersama sup jernih.

Ianya dihidangkan dalam sebuah mangkuk besi. Kebiasaannya Sukiyaki akan dicampur dengan siraman kicap soya, gula dan juga mirin. Mangkuk yang digunakan sebagai hidangan juga turt berbeza dari yang digunakan untuk menghidangkan sajian Shabu-Shabu.

“Emm…saya minta maaf sebab becakap kasar dengan Encik Jimmy. Saya tak patut cakap macam tu.” Dia mencari anak mata Jimmy. Bibir bawahnya digigit. Jahatnya dia petang tadi.

Jimmy diam seketika. Fikirannya sedang mencerna sesuatu.

“Betul kau nak aku maafkan kau?” Keningnya terjungkit naik. Senyumnya disorok.

Laju saja Jasmine mengangguk. Dengan harapan bahawa lelaki itu akan memaafkannya.

Jimmy memandang hidangan yang telah tersedia dihadapannya. Kemudian, dia memandang semula ke arah Jasmine.

“Kalau macam tu, suapkan aku.” Serius riak mukanya.

“Hah?” Jasmine ternganga dengan permintaannya. Apa kaitannya?

Dia mengerutkan dahi.

“Err…encik jimmy makanlah. Kejap ya. Saya minta kutleri lagi satu.” Jasmine bangun dari bangkunya.

Belum sempat dia bangun, Jimmy terlebih dahulu meraih pergelangan tangan Jasmine.

“No! Duduk. Aku…nak…kau…yang…suapkan aku. Kalau kau nak aku maafkan, kau kena buat apa yang aku nak. Faham?” Sengihannya melebar.

“Tapi…” Jasmine mencari alasan. Tidak mungkin dia akan menyuap lelaki itu!

“Oh-ho! No buts!” Matanya mengarahkan agar dia duduk semula.

“O…okey.” Jasmine duduk sambil mencapai chopstick.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience