Dia menarik badannya dari dalam almari
makanan. Sebungkus mi udon segera diambil.
Kemudian, dia mencapai periuk kecil yang tinggi bentuknya untuk mengisi air. Setelah siap, dia menekan butang yang tertera 'on' pada dapur gas automatik itu. Memang tiada nampak nyalaan api yang bewarna biru. Tetapi pada skrin kecil telah tertera suhu api yang dinyalakan. Tanpa berlengah dia menenggekkan periuk berisi air ke atasnya.
"Sini, aku bukakan." Bungkusan mi segera beralih tangan tanpa jawapan dari Jasmine.
"Terima kasih." Ucapnya perlahan sambil memerhati Jimmy.
"Nah." Dia menyua bungkusan tersebut pada Jasmine. Tanpa sengaja, jarinya bersentuhan dengan Jasmine. Dingin. Jari mulus Jasmine sedingin ais.
Jimmy melirik orang disebelahnya yang sedang ralit memasak. "Kenapa jari kau sejuk?"
"Sejuk?" Jasmine ikut menyentuh jarinya sendiri. Dia menggigit bibir bawah. Air yang menggelegak dikacau perlahan. "Air paip tu sejuk sangat agaknya." Dalihnya. Mungkin betullah itu. Waktu tengah malam begini suhu air paip akan menjadi dingin.
"Ya ke? Bukan sebab kau dekat dengan aku?" Tiba-tiba muncul pula idea mahu mengusik Jasmine.
"Betullah. Air paip tu sejuk sangat. Itu yang tangan saya pun sejuk juga. Lagi pun, kenapa pula kalau encik dekat dengan saya? Rasanya, tak ada apa yang saya perlu risaukan. Agak-agak kalau encik ada niat tak baik, saya siram saja air yang tengah mendidih ni. Boleh kan?" Riaknya masih bersahaja.
Jimmy pula yang kecut perut. Sudah mula terbayang nanti jika dia mengusik perempuan itu dengan taktik yang salah, dengan malangnya air tersebut pasti elok saja dicurah perlahan-lahan ke badannya. Aduh! Pedihnya terasa sehingga mimik mukanya ikut menyerinhai kesakitan.
"Kejamnya! Kalau ya pun aku berniat jahat dengan kau, rasanya dah lama aku buat dari tadi. Ini kan elok saja aku minta makan. Nasib baik aku tak minta makan kau, tahu tak? Aku rasa kalau jantan lain mesti dah lama sambar kau. Dengan pakai tank top pendek macam ini tengah malam. Kau ingat lelaki lain tak terliur ke? Kau beruntung tahu, sebab aku lelaki yang pegang pada kata-kata." Sedikit sebanyak kembang-kempis jugalah hidungnya ketika berbicara.
"Siap." Semangkuk besar mi udon pedas disua ke muka Jimmy.
"Wow! Nampak sedap. Terima kasih." Dia duduk dibangku. Asap yang berkepul-kepul membuatkan perutnya semakin rancak menjerit.
"Lagi satu, aku nak pesan dekat kau. Kalau keluar rumah, janganlah pakai pakaian macam ini. Terdedah sangat. Tank top dan seluar pendek macam ini aku tak galakkan kau pakai. Kalau kau nak keluar, pakai pakaian elok sikit. Aku ni bukan apa, kau tu dahlah duduk seorang. Si Stella itu pun kenapa tak duduk serumah dengan kau? Bahayalah perempuan zaman sekarang ni kalau bersendirian. Sekarang ini macam-macam kes terjadi, kau tahu tak? Kes raba, rogol, bunuh dan juga penculikan. Aku yang lelaki ni pun seram dengar."
Dengan bebelan yang panjang itu hanya membuatkan Jasmine semakin mengantuk. Kelopak matanya semakin memberat.
"Hm, saya mengantuklah encik. Boleh tak kalau saya tidur dulu?" Kelopak matanya diurut-urut kejap. Jam sudah menginjak angka 2 pagi.
Hirupan mi terhenti. Dia memandang Jasmine. Lupa dia bahawa esok adalah hari kerja. Sedangkan, dia masih bersengkang mata menemani Jimmy makan.
"Tidurlah. Nanti aku dah siap, aku tidur juga."
Tanpa berlengah, Jasmine bangun meninggalkannya.
Fikirannya ligat berfikir tentang temu janjinya dengan Ace Architecture.
Telefon pintar ditarik dari dalam poket seluar. Aplikasi Mesej dibuka. Sambil menghirup sup yang masih panas, jarinya laju mengetik aksara diskrin. Kemudian, setelah selesai mesej itu dihantar pada Brian. Telefon bimbit diletakkan diatas meja.
Ketika itu, pandangannya tertancap pada bilik tidur Jasmine. Serta-merta bibirnya menarik segaris senyuman.
Bzz!
Telefon pintarnya berbunyi, menandakan ada mesej baru masuk. Dia menyentuh skrin. Dia teliti membaca mesej dari Brian. Dia mengerut dahi. Pastinya mesej yang baru diterima menggangu fikirannya untuk menaksir dengan tepat. Dia mengeluh. Tanpa berlengah dia mendail nombor Brian.
Trut,trut...
"Ya."
"Kau kata kilang tak boleh buat kayu yang kita nak? Apa masalahnya? Dekat dalam hutan tu dah pupus ke kayu-kayan yang ada? Bukan ke aku dah bagi tahu awal-awal hari tu? Ace nak kan kayu yang strukturnya utuh. Kalau kau buat kayu habuk tu nak buat apa?! Kau nak tipu klien? Kalau tak cukup duit, bagi tahu aku. Bukannya kurangkan kualiti kerja. Kita bekerja ada standard dan piawaian. Kita lebih utamakan kualiti walaupun benda tu mahal sekalipun."
"Tapi kita tak cukup bajet nak guna duit kita, Jimmy. Apa kata kau bincang elok-elok dengan Ace. Mana tahu dia boleh bayar lebih untuk barang-barang dia ni. Esok pergi jumpa dan bincang dengan Ace. Tanya pendapat dia boleh ke kalau kita letak harga tinggi based on kayu yang kita guna."
"Baik. Kalau macam itu esok pagi aku masuk office lambat sikit." Beritahu Brian.
"Okey."
Telefon pintar diletak atas meja. Dia memandang mi udon yang sudah kembang. Mi dikuis-kuis dengan chopstick. Putus seleranya.
Jam bergerak ke angka 3 pagi. Bilik tidur yang tertutup dipandang.
"Selamat malam." Ucapnya sendiri.
Telefonnya dicapai kembali. Dia menyorot senarai nama didalam aplikasi Mesej.
Thardif. Jumpa juga nama itu.
Laju dia menyentuh aksara-aksara. Mahu segera menyampaikan pesanan pada akauntannya.
'Esok tolong bagi cek pada Brian untuk lunaskan bayaran dengan kilang. In case, Ace bayar lambat kau dahulukan duit pejabat.'
Mesej itu dihantar.
Bzz. Tidak sampai seminit pesanan pun dibalas.
'Okey, Jimmy.'
Dia menarik nafas lega. Harapnya akan selesailah satu masalah kecil tadi.
CAHAYA matahari mula memenuhi ruang bilik tidur. Suasana hening dan nyaman pagi itu membuatkan penghuninya semakin nyenyak diulit mimpi.
"Rise and shine, sweety. Wakey, wakey!" Jimmy mengelus lembut pipi gebu Jasmine.
Seakan diganggu, Jasmine mula memberi reaksi sedikit. Dia menepis usapan dipipinya. Mulutnya tidak lepas berdecit. Siapa lah yang mengganggu lenanya? kacau saja!
Jimmy ketawa kecil. Seronok agaknya dapat mengganggu Jasmine. Ah, bukan selalu dia boleh bercanda begini.
Alis mata yang lentik mula diusap perlahan. Bimbang nanti tercucuk pula matanya. Jiwanya dipagut rasa geram dengan wajah keanak-anakkan Jasmine.
"Hei, bangun." Dia berbisik. Namun, masih tiada sahutan dari Jasmine.
"Tsk! Hmmh!" Dia mengiring ke kanan. Sekali gus, kakinya menendang lutut Jimmy.
"Ish dia ni. Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak bangun, aku mandikan kau." Ugutnya.
Jasmine duduk mengakkan badannya. Manusia disebelahnya ini bukan boleh dijangka. Unpredictable human.
"Huarghh!" Kuapan dilepaskan tanpa segan-silu didepan Jimmy. Sebaliknya dia selesa dengan Jimmy. Tidak perlu menahan rasa geram jika mahu marah. Tidak perlu menahan air mata jika bersedih. Semuanya dia hamburkan dengan bersahaja didepan lelaki itu.
Dia menyelak rambut kusut-masai yang menutupi mata. Barulah jelas pandangannya menatap muka maskulin itu.
"Kenapa encik tak balik lagi? Tak kerja ke? Duit dah berkepuk-kepuk ke dalam bank?"
Jimmy ketawa kecil. Emosi perempuan memang selalu tidak stabil agaknya. Ada saja ayat yang terlontar bikin hatinya geram.
"Kerja. Duit dalam bank aku cukup untuk sara kau. Jangan risaulah."
Jasmine mencebik. Huh, dasar jantan mulut manis.
Dia turun dari katil. Mahu mencuci muka dan gosok gigi.
Jimmy bersandar dipintu bilik air sambil memerhatikan Jasmine yang sedang menggosok gigi.
"Jom, pergi camping." Ajakanya sambil tersengih.
Berkerut dahi Jasmine dengan ajakan itu. Mimpi agaknya dia ini. Laju saja dia menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan ajakan tersebut.
"Kenapa? Kau tak suka pergi camping?"
Jasmine berkumur-kumur membersihkan sisa ubat gigi yang tinggal dibibirnya.
"Tak mahulah saya. Saya kerja. Encik pun kerja. Lagi pun, takkan kita pergi berdua? Tak seronoklah. Saya pandang muka encik, encik pandang muka saya. Habis itu, kalau dah bosan takkan nak pandang pokok-pokok sampai kita tua?" Mulalah dia dengan akal tak logiknya.
"Hm, aku tak tahu pula kau sudi jadi tua demgan aku sama-sama dalam hutan. Haha."
"Tsk, maksud saya tak seronoklah kalau pergi berdua saja. Lagi pun, dalam hutan tu bahayalah. Macam mana kalau kita kena kejar dengan singa? Takkan kita nak geletek singa tu sampai dia ketawa guling-guling? Ish, tak mahulah saya! Takut!"
Agaknya macam manalah nanti jika mereka terserempak dengan singa? Aduh, matilah!
"Baka! Kau ingat singa laut ke nak geletek sampai dia ketawa guling-guling? Itulah kau ni, banyak sangat tengok movie ganas-ganas. Tak ada apalah. Kau kena ingat sampai bila-bila, selagi aku ada dengan kau, kau jangan risaulah. Silap hari bulan, singa tu pun nak makan bersuap dengan aku, tahu? Haa."
Jasmine mencebik. Dasar otak tiga suku! Cakap ibarat tidak berotak. Otak hilang ditiup angin agaknya.
"Ish, nantilah saya fikirkan." Tidak mungkin dia mahu berdua-duaan dengan Jimmy. Oh, tidak!
Hai dari JimmyJasmine. Nota: Baka-bodoh. Saya selit sedikit bahasa Jepun. Sebelum pembaca saya terlupa bahawa cerita ini berlatar belakangkan di negara sakura :).
Share this novel