(Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur)
SIANG itu dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIA). Kaki lima yang terbentang luas dibanjiri ribuan manusia yang ingin pergi ke pelbagai destinasi.
Jimmy menarik dua buah bagasi. Kaca mata hitamnya masih setia dimatanya. Dia menoleh ke belakang.
“Haih, lambatnya kau jalan.” Jimmy berdiri sambil menongkat tangannya pada pemegang bagasi.
Jasmine termengah-mengah sambil mempercepatkan langkahnya. Mukanya cemberut. Sudahlah lapar, ada hati mahu memaksanya lagi.
Rambut Jasmine yang terurai diselit ke telinga.
“Penat?” Soalnya ringkas.
Dia sekadar memerhati Jasmine yang sedang duduk diatas bagasinya.
“Penatlah. Saya lapar tau. Nak makan.” Rayunya sambil melilau ke kiri dan ke kanan. Mencari makanan yang bakal menjadi santapan perutnya nanti.
“Kau biar betul? Tadi dekat dalam tu bukan kau makan banyak ke? Nanti gemuk baru tahu.” Seingatnya tadi, perempuan itu sudah makan sebanyak dua kali. Dua kali itu termasuk makanannya. Kesudahannya dia tidak menjamah sedikit makanan pun. Tetapi bukannya dia kisah. Yang penting perut Jasmine kenyang. Bukannya tidak biasa menahan lapar.
“Jomlah, teman saya cari makanan.” Rayunya lagi. Tempat ini sungguh asing baginya. Nanti jika dia diculik atau tersesat bagaimana?
Jimmy memandang ke restoran yang menyajikan pelbagai makanan.
“Kau nak makan apa? Yang ringan-ringan sudahlah. Nanti sampai hotel baru kita pesan makanan berat. Okey?” Ajunya.
Jasmine seperti mahu menangis gayanya.
“Ala, mana kenyang kalau makan ringan-ringan. Saya tak biasalah makan macam tu. Saya kalau makan, kena ambil makanan berat terus. Barulah bertenaga.” Entah ya entah tidak.
Jimmy menjelingnya. “Kau jangan nak gula-gulakan aku. Kau tu makan 10 kali pun belum tentu bertenaga. Pelik aku ke mana pergi tenaga kau semua tu. Hish.” Dia menggeleng-geleng kecil.
Mahu tergelak rasanya. “Manalah saya tahu tenaga tu semua pergi mana. Sekarang ni…saya…nak…MAKAN!” Jawabnya tegas.
“Tsk. Yalah, yalah. Jom.” Tangannya dihulur pada Jasmine.
Jasmine pula memandang hulurannya.
“Saya boleh jalan sendiri.” Ajunya sambil menarik bagasi.
“Maksud aku, tu. Luggage kau, biar aku yang bawa.” Dia mengawal riak bersahaja sambil menarik bagasi Jasmine.
Tiba-tiba dia diserbu rasa malu. Bibirya diketap. Bagasinya terus dirampas oleh Jimmy.
“Nanti. Encik Jimmy!” Panggilnya.
Jimmy sudah jauh meninggalkannya dihadapan. Dia mempercepatkan langkah mengejar lelaki itu.
Dadanya turun naik mengawal deru nafas. “Encik…Jimmy. Tunggulah. Kaki saya sakit.” Dia mula membongkok. Kasutnya ditanggalkan. Belakang tumitnya ada kesan melecet.
Menyedari Jasmine yang terbongkok-bongkok dibelakang, dia terus menghampirinya.
“Sini, aku tengok.” Pelawanya. Kemudian, dia bertinggung dihadapan Jasmine. Rata-rata orang yang lalu-lalang disekitar mereka sibuk mencuri-curi pandang ingin tahu.
“Biarlah dia orang tengok. Kau bukannya mengemis dekat sini.” Kata-kata sinisnya didengari jelas oleh Jasmine.
“Eii, mulut tu kalau cakap bahasa yang elok-elok sikit tak boleh ke? Ada aje nak menyakitkan hati saya.” Getusnya geram. Kakinya ditarik dari pegangan Jimmy.
“Tsk, kau boleh duduk diam-diam tak? Aku tinggalkan kau dekat sini baru kau tahu. Bising aje dari tadi. Sekejap lapar, sekejap sakit kaki. Lepas ni, apa pula yang sakit? Haih, kalau dah namanya perempuan, ada aje benda yang kau nak cakap kan? Walhal, benda kecil aje pun. Tahanlah sikit. Belajar jadi orang sabar.” Kini gilirannya pula yang melepaskan geram. Omelannya dipandang tajam oleh Jasmine.
“Memang betullah saya lapar. Takkan saya nak buat-buat lapar semata-mata nak tarik perhatian Encik Jimmy? Ingat saya ni macam betina dekat luar tu ke tergedik-gedik dekat jantan lain? Eii, saya ni kalau setakat lelaki macam Encik Jimmy tak mahulah saya. Tak reti layan perempuan elok-elok. Cakap pun guna bahasa kasar.” Lawannya kembali. Sudah tentu dia tidak mahu kalah dengan hujah Jimmy barusan.
Jimmy menjeling geram.
“Dah, bangun. Kita pergi makan dekat restoran depan tu.” Usai menampal band-aid, dia bangun sambil memapah Jasmine.
“Mana? Sedap ke makan dekat situ? Dekat sini tak ada makanan Jepun ke? Tekak saya ni tak boleh makan makanan lainlah.” Bebelnya.
Jimmy mengeluh.
“Mestilah ada. Kau ni banyak sangat mengeluh. Nanti kalau kau kahwin dengan aku, kau kena biasakan semua ni, tahu?” Ujarnya tenang.
Jasmine memandangnya pelik. “Kenapa pula?”
Soalan itu mengundang sengihan Jimmy. “Yalah, aku kan selalu ada meeting dengan orang-orang luar. Selalu pergi overseas uruskan kerja-kerja aku. Jadi, kalau aku pergi tempat-tempat macam tu, takkan aku nak tinggalkan isteri aku? For sure, aku akan bawa kau, sayang.” Jawabnya penuh keyakinan.
“Ha…ha…ha. Kelakarnya. Tapi tak apalah. Saya layankan aje angan-angan Encik Jimmy tu. Kesian.” Dia terus melangkah masuk ke restoran.
Jimmy mencebik. “Sekarang mungkin belum lagi. Akan datang mungkin.” Dia menarik sengihan.
Dari penjuru kelihatan Jasmine sedang melambai-lambai ke arahnya. Bagasinya turut ditarik sama.
Buku menu dibelek-belek. Sekejap-sekejap mukanya berkerut. Jimmy yang memandangnya tersengih sendiri. macam-macam kerenah kalau dengan si Jasmine.
Bzz!
Telefonnya bergetar menandakan satu panggilan masuk. Tertera nombor tidak dikenali.
“Moshi-moshi (Hello).” Sapa Jimmy.
“Aku ni, Benjamin.” Jawab Ikram Benjamin dihujung talian.
Terus saja dia tersengih. Oh, dia terlupa semalam dia ada memberi nombor barunya pada lelaki itu.
“Kau dekat mana? Dah sampai?” Soalnya yang ketika itu sedang memandu.
“Hm,sudah. Baru nak makan. Aku ada dekat restoran.” Jawabnya sambil memandang Jasmine yang sedang menyedut minumannya.
Keretanya memasuki pintu hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIA).
“Alright. Aku dah sampai depan gate. Kau tunggu aku dekat dalam, nanti aku masuk.” Ujarnya. Dia keluar dari keretanya. Kaca mata kelabunya dibuka dan disangkut pada kolar baju.
“Okey. Aku dekat…” Matanya meliar mencari nama restoran itu.
“Noodle House.” Sambungnya lagi.
“Alright,then.” Talian dimatikan. Ikram Benjamin terus menuju ke tempat yang dimaksudkan.
Lima minit kemudian, dia tiba dihadapan restoran yang dimaksudkan. Noodle House.
Pandangannya tertancap pada seorang lelaki berkemeja jalur biru dan seluar denim hitam. Bertentangannya pula ada seorang perempuan kecil molek. Mungkin dia dapat meneka siapa gerangan gadis kecil molek itu.
Bahu Jimmy ditepuk perlahan. Membuatkan dia menoleh ke belakang. Senyumannya melebar.
“Hey, what’s up?” Soalnya seraya berdiri memeluk Ikram Benjamin. Jasmine yang melihat adegan itu hanya memerhati. Gay!
“Yeah, I’m doing great.” Jawabnya mesra.
“Oh, before that this is Jasmine. Someone…emm that I have told you, last time.” Beritahunya malu-malu.
Ikram Benjamin menyimpan senyum. Ini kali pertama Jimmy memperkenalkannya pada seseorang.
“Impressive.” Pujinya melambung. Bahu Jimmy ditepuk-tepuk.
“Suck.” Carutnya sambil ketawa kecil.
“Have a seat.” Pelawanya.
Jasmine pula tersenyum kekok sambil meneruskan suapannya.
“Kau tak nak makan dulu?” Soal Jimmy.
“No thank. Aku dah kenyang. Tadi sebelum datang sini aku dah makan.” Ujarnya.
“Home meal?” Sakat Jimmy.
“As always. Dah ada isteri. Jadi, dialah yang jaga makan pakai aku. Kau, bila lagi?” Soalnya sambil memandang Jasmine.
“Bila apa?” Soal Jimmy kembali.
Ikram Benjamin membuat isyarat mata sambil memandang Jasmine. Kemudian, mereka berdua ketawa kecil.
“Aku…tunggu jawapan dia. Aku harap, kali ini takkan tunggu lama macam dulu.” Dia menyisip air soda sambil merenung Jasmine. Namun, dia tidak membalas renungannya.
“By the way, hari itu kau ada bagitahu tentang hospitality investment. So, how? Masih berminat ke?” Ikram Benjamin mula membuka topik hari itu.
Jimmy mengangguk-angguk kecil. “Masih berminat. Itu yang aku minta tolong kau. Mana tahu kau ada pengalaman atau kenal dengan mana-mana company yang uruskan hal ni.”
Ikram Benjamin mengganguk-angguk kecil. Memahami maksud Jimmy.
“Tapi kau kena tahu, pelaburan hospitaliti dekat Malaysia takkan sama dengan tempat kau, Jepun. Jepun tu lebih maju ke depan. Jadi, maklumat yang aku bagi ni mungkin sedikit sebanyak akan bantu kau dekat sana nanti. Tapi kau kena berhati-hati. Sekarang ni, kalau kau nak tahu, permintaan dalam bahagian pelancongan dan perhotelan mendapat sambutan yang tinggi. Jepun dan Asia Tenggara adalah negara yang mendapat tempat teratas dalam eko pelancongan dan perhotelan. Permintaan Jepun saja setakat tahun 2020 dah mencapai 52% permintaan. Berbanding dengan Asia Tenggara setakat 46% saja.” Panjang lebar Ikram Benjamin menjelaskan hal pelaburan.
Baginya bidang perhotelan adalah bidang yang paling mudah untuk mencapai target yang tinggi setiap tahun. Manakan tidak, jika servis yang diberikan standing 5 bintang, tentu saja permintaan dalam pasaran boleh meloncat tinggi.
Jasmine pula menongkat dagu sambil mengerling kedua-dua jejakan tampan dihadapannya. Sesekali dia mengeluh kecil. Bila agaknya mereka akan habis berbincang soal kerja? Sungguh membosankan.
“Err, excuse me. Boleh saya keluar jalan-jalan sekejap tak? Saya bosanlah.” Ujarnya sambil berbisik dekat Jimmy.
Ikram Benjamin pula tersenyum. Dia tahu gadis itu pasti bosan. Kasihan dia.
“No way. You better stay here with me. Promise, takkan lama punya. Okey?” Ujarnya lembut.
Jasmine bagai cacing kepanasan rasanya. Jadi, terpaksalah dia akur sambil cemberut memandang Jimmy.
“Good, girl.” Sempat dia mencuit dagu Jasmine.
“Ehem, shall we continue?” Soal Ikram Benjamin. Mahu termuntah pula dia menonton adegan manis mereka.
Jimmy mengangguk laju.
“Jadi, apa yang aku perlukan sekarang?” Soal Jimmy.
“Ilmu. Kau kena belajar dulu selok-belok perhotelan. Bukan setakat kau jadi sleeping partner. Ataupun kau hire sesiapa untuk uruskan hotel kau. Kalau aku, mungkin dalam dua tiga tahun lagi baru aku cuba. Sebab hal ni berkaitan duit.”
“Hm, that’s why aku tanya kau. Kalau aku nak harapkan Brian, obviously he’ll say a big NO.” Jika begitu, nampaknya dua tahun lagi mungkin dia akan memulakan bidang baru.
Setakat duit yang ada, belum tentu dapat rolling duit untuk modal untung dan rugi nanti. Silap-silap boleh bankrap dia. Mana tahu, jika dia sudah bankrap Jasmine pula akan lari darinya nanti. Ah, tidak!
“Alright, sebenarnya tak adalah serius mana aku nak join pelaburan tu. Risau juga aku, yalah duit aku nak rolling nanti mana aku nak kaut. Dengan kilang aku yang baru buka tu lagi. Pening kepala aku. Kononnya nak rebut duit banyak. Nak cepat kaya. Haha. Tapi belum boleh lagi rasanya ni.” Selorohnya.
Ikram Benjamin turut tergelak. “Never mind. Baguslah kau tanya dari sekarang. At least kau boleh kumpul duit kau berkepuk-kepuk. Once you are ready, don’t forget to catch me up later.”
“Sure, it’s not a big deal.” Jawab Jimmy sambil ketawa.
Share this novel