18

Romance Series 70889

“Cik Jasmine pergilah sambung kerja dulu. Lagipun, kalau Cik Jasmine ke sana sendiri, bukannya cik tahu jalannya.” Brian menarik segaris senyuman.

Ya. Dia baru tersedar kerjanya dibelakang masih tergendala. Kasihan Stella menyiapkan semuanya sendiri.

“Okey. Saya ke belakang dulu.” Jasmine bangun meninggalkan Brian.

Dia berlalu ke dapur.

Datang Stella menyergahnya dari arah tepi.

“Weh! Lelaki tua yang kacak tu nak apa?” Stella memainkan keningnya sambil tersengih nakal.

“Ish, kau ni! Terkejutlah aku!” Jasmine memandang Brian.

“Tak baiklah cakap dia tua. Kau ni semua nak cakap tua. Macamlah kau tu muda sangat, Stella!” Dia menarik rambut ekor kudanya. Geram pula.

“Betullah. Dia memang tua. Tua dari kita. Hehe.” Dia tersengih lagi.

“Em…aku tengok dia macam kaya. Mesti kaya betul-betul tu.” Stella menelek Brian dari atas ke bawah.

Mujurlah lelaki itu tidak menyedari tingkah nakal stella. Jika tidak, pastinya sahabatnya itu dicop gadis miang. Pervert!

“Syutt! Jom, sambung kemas.” Tangan Stella ditarik menurutinya.

“Ehhh! Nantilah. Umur dia berapa? Dia tu siapa?” Soal Stella merapati Jasmine.

Matanya terkebil-kebil meminta jawapan.

“Umur dia aku tak tahu. Tapi, dia tu…” Jasmine merapatkan mukanya dengan Stella.

Kemudian, bibirnya tersengih nakal.

“Ha…dia tu?” Membulat mata Stella menunggu jawapan.

“Dia tu…peminat aku. Sebab itu dia beria nak hantarkan aku balik.” Mukanya diseriuskan semula.

“Hah? Dia minat kau? Tak mungkin, tak mungkin. Kalau dia minat kau, runtuhlah kafe ni.” Dia turut menyambung tugasnya.

Mop dicapai bersama aldi. Dia menuju ke bilik air.

“Kenapa pula runtuh kafe ni?” Berkerut dahi Jasmine.

Stella menjengah dari dalam bilik air.

“Yalah. Habislah dia nanti bergaduh dengan Encik Jimmy kau tu. Sudahlah aku tengok dia memang tergila-gilakan kau siang malam. Kau jangan nak tambah masalah lagi ya.”

Ya, ya. Jimmy.

Ah, lelaki itu selalu menyesakkan fikirannya!

Sementara itu dihadapan, Brian sedang sibuk melayani telefonnya.

Aku ada dikafe Jasmine. Jadi, kau boleh fokus pada urusan kau dekat sana. I will treat her like a princess like you want.- Brian.

Pesanan itu dihantar pada Jimmy.

Kemudian, telefonnya diletakkan ke meja. Dia menghabiskan minumannya.

Matanya turut melirik pada jam tangan.

(30 minit kemudian)

“Encik Brian. Jom. Saya dah siap.” Jasmine merapati Brian.

Stella pula sedang mematikan suis lampu.

Brian bangun dari duduknya.

“Dah siap? Okey. Jom.”

Jasmine melangkah keluar terlebih dahulu. Diikuti Stella dan Brian dibelakangnya.

Stella mengunci pintu kafe.

“Kalau cik…” Dia memandang Stella.

“Stella.” Jawab Stella ramah.

“Okey. Kalau Cik Stella tak kisah, saya boleh hantarkan cik balik.” Brian mengusul cadangan.

“Aaa, boleh ju…” Belum sempat Stella menghabiskan ayatnya, Jasmine terlebih dahulu mencelah.

“Eh, tak apa Encik Brian. Dia boleh balik sendiri. Lagipun, rumah kami dekat saja. Lima minit dari sini.” Dia tersengih memandang Brian.

Stella pula menayang reaksi tidak berpuas hati.

“Ya, ya. Saya terlupa pula rumah kami cuma lima minit dari sini.” Dia tersengih hambar. Sempat dia mencebik pada Jasmine.

“Okey. Kalau macam tu, kami gerak dulu ya Cik Stella. Selamat malam dan selamat berehat.” Ucapnya sopan.

Stella sekadar tersenyum lebar.

Brian membuka pintu bahagian penumpang.

“Silakan, Cik Jasmine.”

Jasmine terkaku dengan perlakuannya. Ah, mengapa sikap lelaki ini lebih sopan dari Jimmy? Setiap kata-katanya sedap saja di pendengarannya.

“Te…terima kasih.” Jasmine memboloskan dirinya. Sesekali rambutnya yang terbuai dek tiupan angin dibetulkan.

Brian turut mengisi ruang pemandu.

“Shall we go?” Soalnya sambil memandang ke arah Jasmine.

“Emm.” Dia mengangguk laju sambil tersenyum.

Enjin kereta dihidupkan.

Tidak lama kemudian, keretanya meluncur meninggalkan perkarangan kafe.

(J Apartment- 9.30 malam)

Ting!

Mereka melangkah keluar dari lif.

Brian terlebih dahulu melangkah. Tiba dihadapan bilik bernombor 702, dia berhenti.

Dia mengeluarkan sesuatu dari poket kotnya.

Kad akses bewarna hitam dirapatkan pada skrin akses.

Dia memulas tombol pintu.

“Come, Cik Jasmine.” Dia mendepangkan tangan kirinya menjemput Jasmine.

“Terima kasih.” Jawabnya ringkas.

Matanya meliar pada dekorasi mewah ruang tamu.

Terkebil-kebil matanya.

“Welcome to J Apartment, beautiful lady.” Ucap Brian lembut.

Jasmine menapak ke ruang tamu. Dia berdiri ditengah ruang tersebut.

‘Dia panggil aku ‘lady’? Untungnya perempuan yang dapat Encik Brian. Kalau Jimmy, agaknya masih anggap aku budak-budak.’ Dia mengeluh kecil.

“Kenapa, Cik Jasmine?” Dia menjengah dari sisi. Keningnya terjungkit naik.

“Tak…tak ada apa. Saya okey.” Dia tersengih janggal.

“Oh, ya. Cik Jasmine tahu keberadaan cik disini atas sebab apa?”

“Tahu. Encik Jimmy minta tolong saya untuk tengokkan Melly.”

Jawapan itu mengundang reaksi pelik Brian.

“Hm? Melly?” Bibirnya bergerak kecil.

“Ya. Melly. Err…mana orangnya?” Matanya meliar ke sekeliling ruang apartment.

“”Hahaha. Biar betul Jimmy ni?” Dahinya berkerut.

“Ya. Encik Jimmy yang cakap macam tu.” Jawabnya polos.

Brian menghabiskan sisa tawanya.

“Okey. Kalau macam tu…hahaha…kalau macam tu saya panggilkan dia. Cik Jasmine tunggu sini sekejap ya.”

Brian menapak ke dalam.

Jasmine hanya memerhati dari ruang tamu. Kakinya menguis lantai.

Mewahnya kehidupan orang yang berduit. Rumah sekangkang kera ini pun sudah mewah. Apatah lagi rumah yang dibuat diatas tanah sendiri.

Kemudian, Brian menghampiri Jasmine. Kedua-dua tangannya disorok ke belakang.

Bibirnya masih tesengih-sengih seperti tadi.

“Mana Melly?” Soal Jasmine.

“Ada.” Brian tersenyum lebar.
Jasmine memandang sekeliling Brian. Tiada pula orangnya.

“ini dia. Melly.” Brian mengeluarkan sebuah bekas sederhana besar dari belakangnya.

Bekas itu ditayang dihadapan muka Jasmine.

Didalam bekas itu terdapat seekor kura-kura dewasa sedang menjulur keluar kepalanya. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali memandang Jasmine. Kemudian, kepalanya dimasukkan semula ke dalam cengkerangnya.

“Arghh!” Dia berundur ke belakang. Mulutnya ditekup dengan tangan kanan.

Hampir saja dia tersadung dengan kakinya sendiri.

“Cik Jasmine!” Cepat saja tangan kiri Brian merangkul pinggang Jasmine.

Ketika itu, waktu bagaikan berhenti. Bagaikan Romeo dan Juliet. Bagaikan Cinderella dan puteranya.
Ditemani guguran bunga-bunga sakura disekelilingnya.

Mereka memandang antara satu sama lain.

Jasmine pula terkebil-kebil memandang Brian.

Brian pula menelan air liurnya.

‘Shit! Kau buat apa Brian?!’ Lantas, dia melepaskan rangkulannya.

Bukk!

Bagaikan sebatang pokok yang menyembah ke bumi. Begitulah, Jasmine ketika ini.

“Awww!” Jasmine terduduk dilantai.

Punggungnya diurut perlahan. Dia mengetap bibirnya menahan sakit.

“Cik…Cik Jasmine! Saya…saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Bekas Melly diletakkan ke lantai.

Dia melutut dihadapan Jasmine. Kepalanya digaru.

“Ke…kenapa…awww…kenapa encik lepaskan saya?” Dia cuba untuk bangun.

Dibantu oleh Brian.

“Saya betul-betul minta maaf. Saya pun terkejut tadi.” Serba-salah dibuatnya. Kasihan Jasmine.

“Hah?” Ternganga Jasmine dengan jawapan itu.

“Saya ingat dapat selamatkan Cik Jasmine dari terjatuh. Rupa-rupanya, memang terjatuh terus. Saya minta maaf sekali lagi.” Tengkuknya diusap perlahan.

Apa mahu dibuat ya? Sakitnya dibahagian belakang. Takkan lah dia mahu mengurutnya? Tidak, dia juga tahu malu.
“Cik Jasmine okey? Err…jom saya bawa ke klinik?” Dia memapah Jasmine untuk berdiri.

“Eh, tak apa! Saya okey. Sakit sikit aje ni. Esok baiklah.” Dia mengurut pinggulnya.

“Jomlah. Saya rasa bersalah pula ni. Lagipun, bahaya kalau perempuan jatuh macam tadi.” Ujarnya prihatin.

“Tak apa. Saya okey. Encik Brian tak perlu risau.”

Jasmine memandang ke arah bekas dihadapannya.

“Err…jadi dia…dia ke Melly yang Encik Jimmy maksudkan?” Jasmine bertinggung dihadapan bekas itu.

“Hm, dialah Melly. Merangkap girlfriend Jimmy sebelum Cik Jasmine muncul dalam hidup dia.” Brian menarik sengih.

“Tapi, kenapa… saya pula yang kena jaga dia? Kenapa bukan Encik Brian?” Keningnya bertaut.

Brian merapati Jasmine.

“Sebab dia perempuan macam Cik Jasmine.”

“Betina.” Jasmine membetulkan ayat Brian.

“Ha, ya. Maksud saya betina.” Dia tersengih.

“Jimmy beritahu saya, Melly dah dua hari tak mahu makan.” Ujarnya serius.

“Hah? Dia sakit ke? Encik Brian. Saya manalah tahu nak jaga kura-kura sakit. Diri saya sendiri pun tak terurus.” Dia meminta simpati Brian.

“Bawa bertenang, Cik Jasmine. Melly tu bukannya sakit teruk pun. Dia cuma…” ayat tergantung disitu.
Malu pula dia mahu menghabiskan ayatnya.

“Cuma?” Jasmine menunggu jawapan dari Brian.

“Err…dia…tsk! Aish!” Dahinya digaru perlahan.

“Encik Brian. Dia apa?” Jasmine meninggikan sedikit suaranya.

“Dia nak mengawan!” Akhirnya terlepas begitu saja ayatnya. Mukanya diraup malu.

Hah? Jasmine bagaikan hilang kata-kata. Dia diam sejenak memandang Melly.

Melly pula menyorokkan semula kepalanya ke dalam cengkerangnya.

“Ka..kalau macam tu manalah saya tahu. Suruhlah Encik Jimmy hantar ke klinik veterinar. Bolehkan?” Usulnya dengan idea bernas.

“Tapi kalau hantar ke veterinar sama juga kan? Mereka bukannya ada kura-kura jantan yang sihat.” Keningnya dinaikkan sedikit.

Jasmine mengangguk kecil. Membenarkan kata-kata Brian.

“Betul juga. Jadi, sekarang ni macam mana?” Soalnya lagi.

“Sekarang ni Cik Jasmine bawa melly balik ke rumah dulu. Kasihan pula nanti dekat sini tak ada orang yang nak bagi dia makan. Tentang makanan kura-kura, Cik Jasmine boleh cari diinternet rasanya. Saya pun bukannya arif sangat hal kura-kura.” Dia tersengih bersalah.

‘Encik Jimmy! Sengaja nak kenakan saya ke apa?! Dalam banyak benda, kura-kura yang kau bagi dekat aku?’ Giginya diketap geram.

“Ah, err..jomlah balik.”

“Nah.” Brian menghulur Melly kepadanya.

Dia menyambut bekas tersebut dengan berat hati.

“Atau…Cik Jasmine nak tidur sini. Jimmy tak kisah tu kalau Cik Jasmine nak tidur sini. Manalah tahu Cik Jasmine rindukan dia.” Keningnya dijungkit nakal sambil tersenyum.

“Eh! Tak perlu. Saya rela tidur dirumah saya sendiri.” Cepat saja dia membuka langkahnya menuju ke pintu.

Brian tergelak kecil memerhati tingkah Jasmine.
--
Pagi itu, dia terpaksa bergegas ke dalkom café. Hanya mahu melunaskan permintaan Jimmy pagi itu.

Brian memandang jambangan bunga ditempat duduk penumpang. Stereng kereta diketuk perlahan.

Dia mendail nombor Jimmy. Hanya dua deringan, panggilannya disambut.

“Hello, Jimmy. Bunga ni boleh tak kalau kau sendiri yang bagi?”

Jambangan bunga itu dipandang untuk kesekian kalinya.

Dia menggaru dahi.

(Dubai, UAE- 9 pagi)

“Kalau aku yang bagi, lagi dua minggulah jawabnya, bian. Masa tu bunga pun dah mati. Aku risau dia baling semula bunga tu dekat muka aku.” Jimmy tersengih sendiri.

(J Apartment – 9.30 pagi)

“Oh, ya tak ya juga. Nantilah aku reka ayat yang sesuai. Okey. Take care. Bye.”

Talian ditamatkan.

Dia memandang sekali lagi jambangan bunga itu. Kepalanya digeleng kecil.

“Macam-macamlah kau orang ni. Akhirnya, aku yang tekena dekat sini. Haih.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience