Suasana bilik masih suram. Hanya diterangi cahaya dari lampu tidur.
Jimmy mula menggerakkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Sesekali dia meregangkan otot badannya.
Matanya masih lagi terpejam. Hanya kelopak matanya saja bergerak-gerak.
Dia berpusing ke kanan. Matanya jatuh pada si dia yang sedang nyenyak tidur.
Automatik bibirnya menarik senyuman lebar.
Dia mengusap lembut rambut Jasmine.
Semalam bukan main lagi bergaduh berebut katil. Sudahlah rasa penatnya dari Dubai masih belum hilang.
Sepatutnya perempuan itu tahu bahawa dia sanggup berjumpa dengannya hanya kerana rindu.
Haih, Jasmine sungguh bertuah memiliki hatinya. Jika perempuan lain, belum tentu dia mahu melirik walaupun sesaat.
Jimmy tersengih bangga.
Dalam diam, dia menjentik perlahan dahi Jasmine. Geram.
Dia bangun sedikit. Mahu meletakkan kepala Jasmine dibantal. Kasihan dia sakit lehernya nanti.
Oh ya, lupa pula. Jasmine sekarang sedang memeluk tubuh sasanya tanpa sedar.
Hahahaha. Baru puas hatinya. Oh, semalam jual mahal. Sekarang dia sendiri yang menyerahkan dirinya? Ops, bukan ‘serah diri’ yang ke arah ‘itu’ ya. Nakal!
Sebelum dia meletakkan kepala Jasmine dibantal. Sempat dia mencapai telefonnya. Aplikasi kamera dibuka.
Klik! Klik! Klik!
Beberapa keeping foto Jasmine yang sedang lena sambil memeluk tubuhnya sudah selamat disimpan ke dalam galerinya.
Dia ketawa sendiri.
Ini adalah modalnya nanti mahu mengusik Jasmine. Padan muka dia!
Dia menelek jam ditelefonnya.
5.30 pagi.
Masih awal lagi.
Dia merapati Jasmine. Jari telunjuknya menari dipipi bersih itu. Kemudian, dilarikan pula pada hidungnya.
Dia masih belum puas melihat muka comel itu.
Pandangannya jatuh pada bibir lembabnya.
Dia masih ingat lagi senyuman pertama perempuan itu buatnya.
Serta-merta fikirannya melayang pada 13 tahun lalu.
----
(Rumah Kubur, Malaysia- 16 September 2007; 9.30 Pagi)
Disatu sudut berteleku seorang remaja lelaki sedang duduk melutut. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangisan.
Apabila ada air jernih yang mengalir membasahi pipi, cepat saja disekanya.
Tap, tap, tap!
Dari jauh kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 50-an mengatur langkah menuju ke arahnya.
“Jimmy.” Zade menyeru lembut sebaris nama itu.
Zade orang kanan Jayden.
“Jom, ikut uncle. Uncle bawa Jimmy jumpa daddy dan mummy.” Dia menepuk perlahan bahu Jimmy.
Jimmy bangun perlahan-lahan.
Hilang semangatnya. Dia tidak mahu berjumpa dengan jasad orang tuanya yang tidak bernyawa.
Ini bukan tujuan asalnya datang secara mengejut ke tanah Malaysia. Jika diikutkan selepas tamat saja pengajiannya di tanah sakura, dia mahu berjumpa dengan kedua-dua orang tuanya. Sudah enam bulan mereka menetap di Malaysia. Kadang-kala mereka juga akan ke Thailand. Semuanya atas urusan kerja.
Tetapi lain pula berita yang diterimanya.
Tiba di ruang memorial, Jimmy memberhentikan langkahnya. Begitu juga Zade.
“Ini tempat Jayden dan June.” Zade merapati anak muda itu.
Rambut Jimmy diusap sayang.
Sebaliknya Jimmy diam tanpa bicara. Air matanya mula bergenang. Esak tangisnya mula kedengaran.
Zade menarik nafas dalam.
Kasihan anak itu. Dari kecil mereka jarang meluangkan masa bersama. Hanya kerana pengorbanan seorang ibu dan ayah yang bekerja keras demi kesenangan anaknya nanti.
Dia saksi pengorbanan mereka. Sehinggakan Jayden dan June terlibat dalam nahas jalan raya ketika pulang dari lawatan kerjanya.
Ah, jika dia ada bersama mereka pastinya kemalangan itu tidak akan berlaku. Jika dia yang memandu kereta itu, pastinya tidak akan wujud kemalangan yang meragut nyawa mereka.
Bukan dia sengaja. Malah, dia telah diamanahkan oleh Jayden agar menjaga Jimmy sementara dia menghabiskan pengajiannya di Tokyo.
Tidak mungkin dia akan meninggalkan anak muda yang baru mengenal dunia itu sendirian.
Semuanya berlaku dalam sekelip mata.
“Uncle tunggu diluar ya.” Ujarnya perlahan.
Jimmy masih bungkam. Dia berdiri tegak sambil memandang gambar mendiang orang tuanya silih berganti.
Dia mengepal penumbuk. Dia masih perlukan mereka. Kenapa Tuhan mengambil mereka terlalu awal?
Esakannya semakin didengari. Dibiarkan saja air mata yang deras membasahi pipinya.
Dia tahu Tuhan tidak zalim padanya. Mungkin dia mahu orang tuanya berehat sementelah penat membanting tulang selama ini.
Habis itu, salah dirinya? Tetapi bukan dia yang memaksa kedua-dua orang tuanya. Sungguh dia juga tidak mahu berpisah dengan mereka. Mereka terlalu sibuk dengan kerjanya.
Untuk siapa? Untuk dirinya juga.
Lututnya lemah longlai. Akhirnya dia terjelepok ke lantai.
“Daddy…m…mum…myyy. K…ke…kenapa…tinggal…kan…Jimmy…s…seorang?” Esakannya tidak putus dari tadi. Dia tersedu-sedan menahan tangis. Kepalanya dirapatkan ke lutut. Esakannya berlagu dalam tunduknya. Setitik demi setitik butiran jernih membasahi lengannya.
Tanpa disedarinya, dibalik biasan matahari yang memancar ke seluruh ruang rumah kubur itu seorang gadis dalam lingkungan 12 tahun sedang mendekatinya. Dia duduk diatas sebuah kerusi roda.
Dibelakangnya ada seorang jururawat perempuan yang membantu menyorong kerusi rodanya.
Pandangannya jatuh ke arah Jimmy yang sedang menekup mukanya dilutut. Esakannya dari tadi tidak putus. Timbul rasa simpati pada dirinya.
Dia teragak-agak mahu mengeluarkan sesuatu dari sapu tangan birunya. Bibirnya bergerak kecil mahu memanggil. Tetapi dia tidak tahu bahasa apa yang sesuai mahu digelarkan pada remaja lelaki yang sedang menangis itu.
“Er…” Gadis itu memberhentikan kata-katanya. Takut jika dia sedang mengganggunya.
“Abang.” Suara lembut itu memecahkan suasa hening dirumah kubur itu. Dia berdehem sedikit membetulkan suaranya.
Jimmy mendongak apabila ada suara yang menegurnya. Pantas tangannya menyeka air mata yang membasahi pipinya sejak tadi. Dia cuba mengawal sedunya. Matanya tekebil-kebil memandang dua orang manusia yang wujud dihadapannya sekarang.
“Nah. Ambillah.” Gadis kecil itu menghulur satu balutan dari sapu tangan biru kepada Jimmy. Bibirnya terhias senyuman kecil. Senyuman itu manis.
Jimmy menyambut bungkusan yang berbalut kemas itu. Dia meneliti isi dalam bungkusan ditangannya.
Ada sebungkus coklat bar sebesar tapak tangannya dikeluarkan. Sedunya semakin reda.
Dia memandang ke arah si pemberi tadi. “Terima ka….” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, gadis itu telah jauh dari pandangannya.
Ketika itu pandangannya jatuh pada kaki kiri yang berbalut dengan kain. Ada kesan iodine dan tompokan darah pada balutannya. Kasihan dia.
Jimmy tersedar dari lamunannya. Jasmine mula menggerakkan tubuhnya.
Dia hanya memerhati dalam diam.
Jasmine mula membuka matanya.
Saat itu pandangan mata mereka bertemu.
Zap!
Seolah-olah putaran jam turut terhenti.
Dia memandang Jimmy.
Manakala, lelaki itu pula sedang merenung tajam ke arahnya.
“Nyenyak kau tidur?” Jimmy memulakan bicara paginya.
Jasmine masih terkebil-kebil memandangnya.
“Sedap sangat ke badan aku sampai kau peluk tak nak lepas?” Dia menyambung lagi. Masih dengan renungan tajamnya pada Jasmine.
Apabila melihat perempuannya masih berkhayal, dia menjentik dahi Jasmine.
“Berangan apa?” Soalnya geram.
Jasmine bagai tersedar. Cepat saja dia mengaduh.
Dahinya digosok perlahan.
“Sampai bila kau nak peluk aku ni? Tak nak bangun mandi? Hah?” Jimmy menyimpan senyum.
Riak mukanya sengaja diseriuskan. Sebaliknya dia mahu tergelak.
Jasmine menjatuhkan pandangannya ke bawah.
Terus saja diangkat tangan kanannya yang masih memeluk badan Jimmy.
Kalut dia nampaknya.
‘Aku peluk dia? Tak mungkin! Ini mesti dia yang peluk aku! Dasar lelaki suka ambil kesempatan!’
“Sedap ke peluk aku?” Jimmy merapatkan badannya dengan jasmine sambil menongkat dagu.
Jasmine duduk menegak seperti tiang.
Malu? Eh tidak! Buat apa mahu malu. Bukan dia yang memeluk lelaki itu.
Ya. Bukan. Bukan dia yang memeluknya.
“Encik Jimmy kan yang sengaja nak kenakan saya? Entah-entah Encik Jimmy yang….err.. Yang peluk saya. Mentang-mentanglah saya perempuan, senang aje nak ambil kesempatan.” Jasmine bingkas bangun dari katil.
Terkebil-kebil Jimmy mendengar bebelannya.
“Hahahahahahaha. Kau merepek apa ni? Kau ingat aku nak sangat ke peluk kau? Kau bukannya comel mana pun. Hahaha. Lagi satu, kalau kau lelaki pun belum tentu aku nak peluk kau, tahu? Perasan betullah kau ni. Hahahahaha.” Berdekah-dekah dia melepaskan gelaknya.
Perutnya ditekan senak. Air mata yang keluar ditubi mata diseka.
Tawanya masih lagi bersisa.
“Ha…habis tu takkanlah saya…saya yang peluk Encik Jimmy? Saya belum gila lagi.” Seboleh-bolehnya jasmine mempertahankan dirinya.
“Hahahaha. Fine. Kau masih tak percaya ya? Come here, sayang. I’ll show you something interesting.” Dia masih lagi dengan gelaknya.
Beberapa keping foto Jasmine yang sedang memeluknya dihulur depan mukanya.
Tajam mata Jasmine melihat satu-persatu gambar yang diambil.
Terus saja dia merampas telefon dari tangan Jimmy.
Bibir bawahnya digigit.
Arghhhhhh!!
Jadi?
Telefon Jimmy dicampak ke katil.
Dia bergegas menuju ke bilik air.
Bam!
Pintu bilik air tidak sengaja ditutup kuat.
Jimmy yang masih duduk dikatil tersengih kemenangan.
Dia bangun menuju ke bilik air.
Rimas.
Tiga baris butang baju kemejanya dibuka. Mendedahkan lagi dada bidangnya yang putih.
Dia ke sini semalam tidak membawa sehelai baju pun.
Tok, tok, tok!
Perlahan saja dia mengetuk pintu bilik air.
“Cepat sikit mandi. Jangan sambung berangan pula dalam bilik air. Kau jangan risaulah. Aku masih ada lagi dekat sini kalau kau nak sambung peluk aku.” Dia menahan gelaknya dari terhambur.
Sakit perutnya dari tadi menahan tawa.
“Ishhh! Diamlah! Encik Jimmy pergi balik! Menyibuk aje dekat sini!” Laung Jasmine dari dalam bilik air.
Jimmy bersandar pada dinding luar bilik air sambil memeluk tubuh.
Bukan mahu menerjah masuk ke bilik air. Saja mahu tunggu perempuannya disitu.
Masih belum puas lagi menyakat Jasmine.
Bzz!
Telefonnya bergetar menandakan ada satu pesanan diterima.
Dia membuka aplikasi mesej.
‘Bos. Kau masuk office tak hari ni? Tidur mana semalam?’- Brian.
Bibirnya tersengih.
Pesanan itu dibalas.
‘Masuk. Aku tidur rumah Jasmine.’
Pesanan Berjaya dihantar.
Bzz!
Tidak sampai sesaat, pesanan diterima kembali.
‘What?! Kau buat apa dekat dia?! Kau!’- Brian.
Pesanan itu membuatkan dia tergelak sendiri.
‘Hahaha. Relaxlah. Aku tumpang tidur aje. Bukan buat benda jahat pun.’
Pesanan dihantar lagi.
Tok, tok, tok!
Jimmy mengetuk pintu bilik air buat kali kedua.
“Hoi, cepat sikit. Kau tidur ke apa dalam tu? Aku lapar. Tolong aku boleh tak?” Soalnya bersahaja.
Kakinya digoyangkan sambil bersandar di dinding.
“Ishhh! Kenapa tak balik lagiii?!” Jasmine menjerit dari dalam bilik air.
“Hahahaha. Cepatlah keluar. Aku lapar ni. Aku tunggu kau.” Terus saja dia membawa langkahnya ke meja makan.
Meja yang hanya memuatkan dua orang makan.
Romantik betul. Ada lilin tinggi lagi.
Kalau dia, lilin itu pastinya sudah tercampak ke dalam tong sampah. Buat semak saja.
Dia menarik kerusi makan.
Tetapi belum sempat dia melabuhkan punggungnya, matanya menangkap sesuatu.
Dia merapati kerusi makan yang bertentangannya.
Ada seekor anak patung beruang diletakkan pada kerusi itu.
Seekor anak patung? Betul ke penggunaan ayatnya? Atau sebuah? Sebiji? Anak patung? Tetapi dia seekor beruang? Bukan ke seekor anak patung beruang?
Ah, betullah agaknya.
Dia menundukkan badannya menghadap anak patung besar itu.
Selama ini Jasmine makan bertemankan seekor beruang gemuk?
“Huh! Suka-suka hati saja ambil Jasmine aku ya? Nah!” Dia menggumam sendiri.
Dush! Dush! Dush!
Tiga biji tumbukan padu dilemparkan buat anak patung beruang itu.
Akibatnya, anak patung itu terkulai lembik jatuh ke lantai.
Dia tersengih puas.
Tangannya dikebas-kebas lagaknya seperti membuang habuk.
Barulah tenang hatinya sekarang. Kerusi dihadapannya sudah kosong. Jadi, Jasmine yang akan duduk disitu nanti.
Bukannya si beruang gemuk berbulu itu. Huh!
Dia memeluk tubuh sambil menyilang kaki.
Lama betul ya perempuan jika mandi? Entah-entah lemas dalam bilik air?
Kemudian, dia tergelak sendiri. Aish, tak mungkin!
Jasmine oi, bila kau nak keluar dari bilik air?
Share this novel
lagii