17

Romance Series 70889

(J Architecture, Tokyo – 7 petang)

Suasana didalam pejabat kaca itu sunyi. Para pekerja yang lain sudah tamat waktu kerjanya.

Dia sedang duduk menghadap ke luar. Pemandangan kota Tokyo petang itu sudah diterangi dengan lampu-lampu dijalanan mahupun disetiap bangunan.

Kakinya disilangkan. Manakala, ditangannya pula terdapat sebuah tablet.
Jarinya rancak menari diatas skrin.

(Baroque Styles Architecture)

Matanya meneliti setiap seni bina yang dihasilkan pada bangunan tersebut. Setiap dekorasinya diilhamkan dari seni bina klasik di Itali.

Rasanya selepas ini dia dia perlu mengutarakan idea seperti itu kepada Jimmy.

Dia mencapai telefon diatas meja. Sekarang sudah empat jam berlalu. Agak-agaknya sudah dimana agaknya penerbangan Jimmy?

Tablet diletakkan ke meja. Meja kerjanya dikemas. Setelah memastikan semuanya dalam keadaan yang teratur, dia bangun dari duduknya.

Kunci kereta dan telefon bimbit dicapai.

Sebelum melangkah keluar, tangannya sempat mencapai suis lampu.

Suasana bilik menjadi suram.

Pintu ditarik. Dia melangkah menuju ke lif.

(Empat jam sebelum)

Bzz!

Telefonnya berdering diatas meja. Nama pemanggil dipandang sekilas.

Terbit sengihan dibibirnya.

“Hello.” Sapanya terlebih dahulu.

“Hello, Brian. Kau dekat mana sekarang?” Jimmy menyoal tenang.

“Aku dekat office. Kenapa? Kau dah makan ke belum?” Soalnya lagi.

“Sudah. Tapi rasa air tangannya tak sama macam air tangan kau.” Jawabnya jujur.

Mahu tergelak brian dengan sebaris ayat itu.

“Hahaha. Memanglah. Ada apa kau call aku? Takkan baru naik flight dah rindukan aku?” Dia tersengih.

“Aku sentiasa rindukan kau. Hahahaha.” Jawabnya sarkastik.

“Hahaha. S**k! Ada apa? Cakaplah.” Dia bermain dengan pennya.

Kertas kerja ditutup. Dia bangun menuju ke dinding kaca.

Dia berdiri sambil menghadap pemandangan diluar. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluar.

“Aku nak minta tolong kau sikit boleh?” Pintanya.

“Em…cakaplah.” Brian sabar menunggu.

“Kau tolong aku…”

Brian hanya menadah telinganya diselangi dengan anggukan kecil. Kadang-kadang bibirnya melorek senyuman.

“Em…okey.” Jam tangan dipandang sekilas. Ada masa lagi nampaknya.

Tidak lama kemudian, Brian melepaskan tawanya.

“Hahaha. That’s all, Your Highness?” Soalnya lagi. Sisa tawanya masih belum habis.

“Tsk! Tak payah gelakkan aku sangatlah! Okey, aku nak off telefon dah ni. Jangan lupa dan jangan lambat tau! Kalau lambat, siap kau!” Suaranya ditekan sedikit.

“Hahaha. Ya lah. Aku tahu. Take care. Nanti dah sampai bagi tahu aku. Bye!” Kepalanya digeleng kecil sambil tersengih.
-----
(Dalkom Café- 8.40 malam)

Jarinya diketuk-ketuk pada stereng. Dia menoleh ke kafe. Suasananya semakin lengang. Sudah tidak ramai pelanggan seperti tadi.

Dari jauh kelihatan seorang gadis berambut separas leher berjalan menuju ke pintu masuk kafe.

Dia sedang menukar tanda yang tergantung pada pintu kaca.

‘Close.’

Brian memerhatikan gerak-gerinya. Mungkin ini Stella yang dimaksudkan Jimmy petang tadi.

“Comel.” Tanpa sedar bibirnya melorek senyuman kecil.

Dia memandang jam tangannya. Jarum jam menunjukkan angka 8.41 malam. Masih berbaki lagi 20 minit untuk dia berjumpa dengan perempuan itu.

----
“Eva! Tolong cuci tandas sekali tau! Aku terlupa nak cuci tadi!” Laung Stella dari kaunter.
Dia mengira jumlah keuntungan yang diperolehi kafenya. Mulutnya juga berbisik kecil sambil mengira.

“Okey!” balas Jasmine dari dapur.

Sementara dia sedang leka dengan tugasnya, ada seseorang sedang melangkah menuju ke kafenya.

Pintu kaca ditolak dari luar.

Ting!

Loceng pintu turut mengudang si tetamu.

Seraya itu, Stella mendongak sekilas memandang si gerangan yang datang.

“Maaf encik. Kafe kami dah tutup ya.” Ucap Stella sopan.

Brian melangkah menghampiri kaunter.

Senyuman ditarik manis.

“Ya, saya tahu. Sebenarnya, saya datang ke sini untuk menjemput Cik Jasmine. Dia ada ke?”

Stella mengerutkan dahinya.

“Err…jemput Jasmine? Eva Jasmine?” Soalnya bagi meminta kepastian.

Bukan main lagi ya sahabatnya itu. balik kerja mahu berjemput pula. Siapalah yang baik hati sangat menawarkan perkhidmatan seperti itu.

Brian mengangguk kecil.

“Ya, betul. Eva Jasmine. Dia dah balik ke?”

“Eva belum balik lagi. Dia ada dekat belakang. Tengah mengemas. Boleh saya tahu, encik ni siapa?”

Brian tersengih. Sopan betul gaya gadis itu bercakap dengannya.

“Brian.” Jawabnya sepatah.

“Oh, Encik Brian. Encik sila duduk dulu ya. Saya panggilkan Eva sekejap.”

Brian sekadar mengangguk kecil. Dia memerhati gadis itu masuk ke ruang belakang.

Sementara menunggu kehadiran Jasmine, dia melabuhkan punggungnya disebuah kerusi panjang yang terletak di sebelah pintu masuk.

Dia memeluk tubuh sambil kakinya disilangkan. Matanya meliar pada sekeliling dekorasi kafe itu.

Unik. Klasik. Simple. Yang penting selesa untuk para pelanggan meluangkan masa bersama keluarga disitu.

Di bahagian kanan terdapat perpustakaan mini. Raknya diperbuat dari lapisan kayu palet.
Begitu juga dengan set meja dan bangku kecil.

Stella dan Jasmine keluar dari arah dapur.

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

“Ehem!” Stella berdehem.

Brian menoleh ke arah mereka. Lantas dia berdiri dan menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.

“Encik Brian duduklah dulu.” Ujarnya ringkas.

Stella menepuk perlahan lengan Jasmine sambil tersengih nakal.

“Cik Jasmine?” Brian membuka bicara.

“Err… ya. Ya, saya Jasmine. Encik ni siapa ya? Atau saya ada berhutang dengan encik?” Soalnya berhati-hati.

Jasmine membetulkan duduknya. Sekejap dia menggaru hujung keningnya. Sekejap dia dia menggaru batang hidungnya.

Berdebar-debar pula jantungnya ketika ini.

Brian yang menyaksikan tingkah gadis itu tersenyum sendiri.

“Cik Jasmine bertenang ya. Cik tak ada berhutang dengan saya pun. Sebenarnya tujuan saya datang ke sini atas permintaan majikan saya, Jimmy.” Tuturnya sopan.

Tidak lama kemudian, datang Stella membawa secawa teh ros kepadanya. Dengan perlahan-lahan cawan itu diletakkan dihadapan Brian.

“Jemput minum, Encik Brian.” Ujarnya sebelum melangkah meninggalkan mereka berdua.

“Terima kasih.”

“Berbalik pada tadi. Boleh saya tahu kenapa Encik Jimmy minta encik datang ke sini?” Soal Jasmine ingin tahu.

“Oh, ya. Jimmy minta saya untuk temankan Cik Jasmine ke apartment dia. Jadi, kalau Cik Jasmine dah selesai semuanya selepas ni boleh saya bawakan.” Cawan dicapai.
Brian menyisip minumannya.

‘Dia hantar orang untuk jemput aku?’ Dia terkebil-kebil memandang ke luar. Bibirnya mahu tersenyum tetapi cepat saja disangkal perasaanya. Jangan berangan!

“Encik Brian ni berbeza dari Encik Jimmy.” Ujar Jasmine sambil menekur ke lantai.

Brian memandangnya. Ada kerutan didahinya.

“Apa yang bezanya?” Soalnya.

“Yalah. Cara percakapan Encik Brian sopan. Tak macam Encik Jimmy. Selalu berkasar dengan saya. Tapi, dengan Stella elok pula dia bahasakan ‘saya-awak’. Dengan saya…” belum sempat patah bicaranya dihabiskan, Brian terlebih dahulu mencelah.

“Kau-aku?” Terjungkit keningnya sambil tersengih.

Cepat saja Jasmine mengangguk.

“Jimmy memang macam tu. Mungkin ini kali pertama Cik Jasmine jumpa orang macam dia.” Brian memandang ke luar dinding kaca.

“Maksudnya?” Terkebil-kebil Jasmine menunggu jawapan dari Brian.

“Dia akan bercakap dengan orang yang dia sayang dengan cara tu. Aku-kau.” Brian merenung lembut anak mata Jasmine.

“Tapi…dengan Encik Brian?”

“Hm, dengan saya pun dia akan cakap macam tu. Saya anggap dia macam adik saya sendiri. Mungkin sebab…dia sayangkan abang dia ni juga agaknya. Haha.” Ketawanya terlepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience